Friday, February 10, 2017

PERJALANAN SEBAGAI BLOGGER | PENYERTAAN BLOGLIST FARHANA JAFRI

Peserta bloglist 2017

Salam and Hello, so here's my second attempt of joining giveaway/contest from blog. Untuk cubaan kali kedua ni aku perlu ikut step-step mudah untuk menuju kemenangan:
1. Follow blog Farhanna Jafri (done)
2. Buat satu posting ringkas mengenai (done)
   - Perjalanan sebagai seorang Blogger
3. Tag 3 orang blogger yang lain. (done)
4. Copy banner di atas & backlink ke post penganjur. (done)
5. Letakkan link posting di bahagian comment penganjur. (done)
PERJALANAN SEBAGAI BLOGGER 

Aku mula ada blog sejak tingkatan 5 lagi. Antara sebab aku nak sangat ada blog time tu ialah disebabkan pengaruh myspace. Zaman myspace dan friendster dulu cool gila sebab you can decorate your own page using HTML code. profile dekat myspace tu boleh kita tukar ikut kreativiti kita sendiri. Aku banyak belajar HTML code ni sejak daripada tu la. Selepas itu, myspace dah terkubur dengan adanya facebook. Semua orang dah tak guna myspace dah. Disebabkan aku rindu nak design pakai html code tu, aku decide untuk buat blog tahun 2010. 

Time tu memang dunia blog tengah berkembang aku rasa. Aku kenal ramai blogger-blogger (rasanya macam dah pernah cerita dekat blog ni. okay, next!). Tapi aku bukan guna blog ni la. Dulu aku menggunakan blog Syedgraphix. Dekat blog tu aku banyak berkongsi kehidupan sendiri yang tak penting pun untuk orang tahu. Dulu penulisan aku semua tak matang dan mengarut serta dipengaruhi bahasa-bahasa rempit. Aku tak tahu kenapa takda orang tegur aku punya penulisan yang entah apa-apa tu hahaha. Selain itu aku juga aktif buat tutorial tentang penggunaan photoshop dan tutorial blog yang mudah. Tapi entry untuk tutorial tu boleh kira je berapa sebab aku malas nak edit gambar haha.

Syedgraphix di Majalah Mangga
Jumlah followers
Antara pencapaian aku yang bermakna waktu aku berblogging dulu ialah dapat masuk Majalah Remaja Edisi 15 Jun 2011. Aku tak tahu macam mana editor tu boleh approve blog aku untuk masuk majalah remaja. Bila tengok balik buat malu je baca entry-entry kat situ hahahaa!. Benda ni berlaku macam miracle gila, dapat masuk majalah Remaja lepastu followers naik mendadak. Even bila aku tak update pun still ada yang visit (tapi aku tak tahu apa yang menarik dekat blog tu). Alhamdulillah mungkin rezeki agaknya. Aku aktif juga join macam-macam contest dan giveaway dan banyak juga menang time tu.

Aku ada ambil upah design header juga dulu. Tapi disebabkan aku tiada akaun bank time tu. Aku suruh pelanggan buat pembayaran melalui topup. So, waktu tu lepas habis SPM walaupun tak kerja, phone aku punya credit banyak gila! hahahaha nak dekat RM200 kot. Seronok, tapi time tu aku buat untuk suka-suka sahaja. Bukannya nak cari duit sangat pun. Bosan sebab duduk rumah dan tak buat apa. Tapi lepas sahaja aku masuk majalah ni, aku terus kena sambung belajar dan lama-lama blog aku semakin bersarang. Keinginan nak menulis tu pun makin lama makin pudar tak tahulah kena clorox ke apa. Aku hanya akan update kalau ada story yang aku nak ceritakan dekat situ. 
ANTARA HEADER YANG PERNAH AKU DESIGN (banyak lagi sebenarnya)
Cik Nur Azizah's Header
Syufa's header

Bila reflect balik kenangan-kenangan masa jadi blogger dulu, aku pun terus rasa nak buat blog dan menulis semula. Maka, dengan itu terhasillah blog Catatan Seorang Syed. Cuba membawa satu identiti yang baru, bentuk penulisan yang lebih matang dan semestinya berwajah baru?. Alhamdulillah, masuk harini dah hari ke 10 aku buat blog ni dan aku bersyukur sangat ada yang datang melawat blog aku, dan yang tinggalkan comments. Terharu sangat rasanya. Besar harapan aku supaya aku dapat kekalkan blog yang satu ni. Itupun kalau terus ada yang membaca lah. 

Mungkin perjalanan yang aku lalui ni kalau nak cerita pergi event and gathering semua tu panjang sangat. Mungkin tak cukup untuk satu blog post kalau nak cerita semua. Pengajarannya, kalau dah ada blog tu, sila jangan abaikan dia dan update la macam mana pun. Sebab nanti mesti rasa nak menulis balik even dah tak jadi blogger kahkah. Menarik kan perjalanan aku sebagai blogger ni? hahaha (puji diri sendiri). Nak disimpulkan aku punya perjalanan seorang blogger ni ibarat roller coaster. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Now, definitely dekat bawah semula :)

So, saya nak jemput 3 orang bloggers untuk join contest/giveaway ini


Hadiah-hadiah menarik menanti anda! 

45 comments :

  1. Kak ana tak reti guna myspace tu. So kak ana lebih pada friendster. Tapi tu lah, bila fb masuk line, friendster takde sapa pandang dah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak suka sangat friendster sebab ruang untuk hias friendster tu tak faham sangat haha.

      Delete
  2. Moga kali ini terus berkongsi ceritera untuk manfaat bersama sahaba-sahabat lain...

    ReplyDelete
  3. Perghhhh terbaikkkk la syed... Moga terus berjaya dlm dunia blogging... pape pown gut luck tau utk GA ni.. :)

    ReplyDelete
  4. oh i see! i kenal blog lama u. hehe.

    ReplyDelete
  5. Powernya siap masuk majalah. Baru sepuluh hari dah 1++ followers, ada can nak masuk majalah lagi nih.

    Thanks tag. Uihh, malunya tulis solehah girlz. Itulah bukti blog den dicipta semasa zaman rempitz jugak. Huahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, takdalah biasa-biasa ja pun. takda nak masuk majalah dah. ok apa solehah girlz hahaha rempitz sikit la.

      Delete
  6. wahhh hebat ni sampai masuk majalah! blog lama tu dah delete ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hehe, tak delete pun ada je lagi tu.

      Delete
  7. banyak betul kenangan dengan syedgrahpix tuh..kalau akulah tak tahu macam mana nak mula balik..aku start awal sikit bukak akaun blog nih..dalam tahun 2009..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang banyak sangat kenangan dengan blog tu. aku pun tak tau nak mula balik macam mana mula-mula. tapi lepas blogwalking okay la :)

      Delete
  8. Awat cik akak tak kenal..😂😂😂

    ReplyDelete
  9. Salam singgah. Good luck utk GA juga ya. mengimbau memori tu. huhu. alang2x klik sekali iklan kat blog ini. hihi. :)

    ReplyDelete
  10. Hebat la syed 10 hari dah 110 follower, siap ramai comment + blogger famous komen. Tabik2lah, aura itu masih terpancar, cewahh. Hahahaha. Apapun selamat maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takda maknanya. kita biasa biasa ja ni. terima kasih maizan hehe :)

      Delete
  11. As salam. Abam Kie singgah tengok blog yg awesome ni. La..x sangka rupanya Syed ni blogger retis dulu. Semoga dpt buat comeback mcm peserta Gegarvaganza gitu! Apa2 pun abam kie jd follower ke 111. Jemputlah ke blog www.zukidin.com bila free. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takda retis mana pun abam .biasa ja syed ni haha. terima kasih la sudi singgah dan follow blog syed ni, nanti saya jenguk abam :)

      Delete
  12. Fuyooo.... siap masuk magazine tu. Oleh kerana sis kena tag, so memang sis kena join la ni. haha... TQ Syed

    ReplyDelete
  13. hmmm patutlah blog ni gempak. teruskan berkarya. haha #pembacategar

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda gempak mana pun, biasa2 ja. terima kasih ya kerana menjadi pembaca tegar haha.

      Delete
  14. Bhahahahahahaha legend gilaaa zaman myspace! Rindu pulak. Azam I tahun ni moga moga lebih rajin update blog dgn entri entri yg lebih bermanfaat, bkn sekadar bebel bebel k dah tu je. Hopefully, boleh maintain sampai bila bila lah. Haha.. Teruskan blogging dgn entri menarik Syed! Suka baca. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, keep that spirit! Syed pun tengah cuba untuk menulis entry yang tak merepek. Tak tahu sampai bila bertahan hehe. Terima kasih fairuz for your kind words :)

      Delete
  15. Yeah!! Dapat kenal Syed lebih lagi..
    Semoga berjaya ye Syed..
    Rindu lak kat akaun Friendster dan Myspace..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe harap2 berjaya menang GA ni.
      Samalah! rindu juga zaman2 myspace dulu tu haha.

      Delete
  16. Balas lawatan. Hihi. Wow. Perjalanan hidup seorang blogger yang menarik! ^^ Good luck.

    ReplyDelete
  17. Thanks for tagging me syed. I really appreciated it. Insha Allah nanti aku join kalau ada masa. Almaklumlah sekarang ni busy buat entry untuk auto post bila aku pi training nanti. Kesian blog bersawang kalau tak update selama 9 bulan. hang jangan lupa letak blog ceq dalam bloglist hang. ceq dah letak hang dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome haha takpa, teruskan yang mana yang penting dulu. wahhh orait bro thanks letak aku dalam dalam bloglist. terharu rasa haha.

      Delete
  18. Click link blog lama, tak sure pernah jengah ke tak.. Bukak fb attached to old blog, eh.. Ramai jgk geng blogger otai yang mutual friend.. Rasa ketinggalan kapal terbang pulak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasa lah tu. dulu pun tulis entah apa-apa je. mesti tak pernah jengah kot?

      Delete
  19. kenapa tak teruskan je pakai blog lama and delete post post lama? tak sayang ke reader reader awak tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab tak rasa macam nak sambung guna blog tu and saya fikir maybe yang follow tu pun dah tak aktif?

      Delete
  20. Pernah follow dulu. Patut macam kenal.

    ReplyDelete
  21. dulu lagi suka guna friendster berbanding myspace..tapi sayangnyer masa masuk universiti dulu tak buat blog lagi, rasa rugi plak sbb takde blog ketika zaman belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa zaman belajar kalau buat blog memang best sebab banyak benda yang boleh dikongsikan :)

      Delete
  22. wow..tahniah..macam mana ya nak blog kita masuk majalah?

    ReplyDelete