Thursday, February 9, 2017

BIAR AKU JADI PENUNGGU

Drama Biar Aku Jadi Penunggu
Drama yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin - Khamis pukul 7 petang (okay episod akhir dah)
Salam and hello. Maaf, entry ini bukan nak bercerita pasal drama Biar Aku Jadi Penunggu yang selalu duk tayang dekat TV3 tu. Sebab aku sendiri pun tak layan sangat cerita ni. Kadang-kadang rasa nak tengok, aku tengok lah. Most of the time tak tengok pun sebab dah miss episod awal-awal tu and storyline dia pun dah banyak tak faham so no thanks maybe next drama lah kot?
BIAR AKU JADI PENUNGGU 
Sebenarnya kita semua ni ialah penunggu. Banyak benda yang kita tunggu-tunggu dan menjadikan kita seorang penunggu. Antaranya ialah menunggu rezeki masuk, menunggu pasangan hidup yang tak kunjung tiba, menunggu ajal, menunggu kelahiran cahaya mata dan banyak lagi. Bagi aku, buat masa sekarang ni aku tengah tunggu untuk mendapat posting. Tunggu posting ni macam tunggu bulan jatuh ke riba (sebab tak tahu bila nak masuk sekolah). 

Belajar dah 5 tahun setengah, so bila dah lama belajar of course nak kerja cepat kan? Tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang tak berapa nak stabil, aku tak tahu bila tarikh yang paling cepat untuk dapat penempatan di sekolah. Aku dah jadi penunggu sejak bulan 12 lagi. Dah tak tahu nak buat apa kadang-kadang. Banyak kali dah terfikir nak kerja. Tapi nak kerja apa, itu yang aku tak pasti. Aku banyak juga buka group jawatan kosong di facebook, tapi menurut orang ramai yang memohon, bila pergi interview dan pergi sendiri ke syarikat tersebut, keputusannya hampa. Tiada jawapan yang diterima dari pihak mereka.

Sebelum habis study tu, I was thinking that everything will be fine, my life is going to be perfect after graduate. Sebab aku dah terfikir nak minta kerja apa-apa yang possible dekat Temerloh ni. Tapi banyak peluang pekerjaan tu yang aku tak berapa nak berminat. Memang ramai orang cakap kerja saja apa yang ada untuk cari pengalaman. Tetapi, disebabkan aku ni tak pernah bekerja since lepas SPM lagi, I find it really difficult untuk buat kerja yang bukan bidang kau. Lagi-lagi bila kau takda pengalaman langsung dalam bidang tu. 

Rutin aku sejak jadi "penunggu" (penganggur sebenarnya) ni, ialah scroll jobstreet dan MauKerja.my. Sebelum aku buat blog ni, tiap hari aku duk scroll kedua-dua website tu. Aku sangat teringin untuk jadi English teacher dekat international school. Sebab aku rasa cool gila jadi cikgu dekat situ because everyone speaks English. At the same time, dapatlah aku practice and improve my English. Tetapi, International school yang ada semua dekat Kuala Lumpur. Itu yang menjadi satu masalah tu. Aku dekat Pahang tapi nak apply kerja dekat Kuala Lumpur. Kau rasa? Lebih baik dia hire orang yang memang duduk KL kan? Lebih promising dan tak banyak kerenah.

Online interview using whatsapp video call
Online video interview is awkward! hahaha
So, nak dijadikan cerita, ada satu hari ni aku saja cuba untuk apply satu kerja yang bukan bidang aku. Bukan bidang pendidikan, dan aku tak pernah buat kerja tu. Time apply tu aku dah nyatakan yang aku memang tiada pengalaman dalam bidang tu. Company tu ialah international company. They need someone who has Excellent English to work with them. English aku takdalah excellent pun hahahaha tapi sebab aku rasa macam aku boleh buat kerja tu, aku cuba untuk apply. Keputusannya, aku dapat interview dan dah diinterview secara video call menggunakan whatsapp.

Sebab aku tak mengharap pun untuk dapat kerja ni, bila dia interview aku semalam (dia call pakai whatsapp kot) aku just jadi diri aku sendiri. Pegang phone macam selfie tu. Takda nak letak phone atas meja ke apa hahaha boleh tahan teruk syed ni kadang-kadang. Apa yang dia tanya, aku pakai jawab je. Interviewers pula dua-dua foreigners (tapi depa jadi manager dekat Malaysia ni). The interview went well. We had a good conversation and they said that they like my personality (lol)

Alhamdulillah, akhirnya mereka sudi untuk ambil aku bekerja. 3 bulan untuk percubaan dan lepastu boleh update contract. Syukur sebab at least aku boleh kumpul duit dulu sebelum posting and masuk sekolah nanti. Walaupun tugas dia agak mencabar bagi aku, because I need to communicate in English 24/7. It will be really awkward at first (I guess) because English is not my first language but it's really a great opportunity to widen my networking and circle of friends. I'm looking forward to work at that company, InshaAllah. Nanti aku update dekat blog ni dan bagitahu kerja apa yang aku dapat tu hehehe. It must be fun to write. 
Kesimpulannya, teruskan menunggu but don't forget to do something. Kalau tunggu je tapi takda usaha nak buat apa tak jadi juga kan? Benda paling penting sekali ialah kita tunggu dan juga berusaha untuk dapat apa yang kita nak. InshaAllah kalau rezeki tu ada, it will be yours :) 

55 comments :

  1. Itu la ujian dia bila dah habis study. Nervous macam mana la perjalanan seterusnya kan? Sometimes tu ada la juga sedapkan hati. Tak apa, peluang mesti banyak punya. Jangan risau. That was back then tapi now hmmm macam tak boleh praktikkan lagi. Ekonomi tak menentu dah.

    Anyway, tak pernah lagi experience interview melalui video call. Confirm awkward. Tapi bestnya, jimat tenanga, masa dan duit. Tak perlu drive or jalan jauh ke tempat diorang. Teknologi dah semakin maju.

    best regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pojie, sekarang ni apa saja peluang yang ada depan mata better kita ambil je. Sebab pekerjaan makin susah nak cari sekarang, nak pulak kalau fresh graduates with zero experience kan.

      haha ni pun first time experience video interview, rasa pelik kena tengok camera and sembang dalam English. Biasanya cakap bahasa Melayu ja hehe.

      Delete
  2. semoga berjaya ye ^^ In Sha Allah ada rezeki tu nanti :D

    ReplyDelete
  3. Betul2..jadi penunggu pun perlu ada usaha bukan tunggu je tanpa buat apa2. It's quite interesting, online interview through whatsapp. Tahniah dapat kerja walaupun bukan dlm bidang yg bljr dulu. At least boleh kumpul pengalaman kerja dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga sebab dapat save masa utk pergi tempat dia and jimat duit juga kan hehe. Memang niat nak cari pengalaman je ni. Gaji semua tolak tepi dulu.

      Delete
  4. Kak ana dulu after habis study pun dalam 4 bulan jadi penganggur terhormat. Hehe. InsyaAllah rezeki akan sampai tepat pada waktunya. Keep on praying.
    Hidup ini satu penantian kan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 bulan tu bagi sesetengah orang rasa lama and ada yang rasa sekejap haha. betul tu kak, terima kasih atas nasihat.

      Delete
  5. Bagus! memang dalam keadaan sekarang sebaiknya jgn pilih kerja. Yg penting halal dan berpatutan. Anak kakak (eh baik panggil auntie atau acik ajelah sebab Syed ni muda benar) belajar law tapi sekarang kerja bidang lain. Janji ada kerja boleh tampung diri dan boleh menabung kan..

    Tak perlu tunggu lama-lama, grab the opportunity and show your capability.
    All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, as long as boleh menabung dan cukup untuk urus diri sendiri semua, kira dah mencukupi dah. Terima kasih atas nasihat :)

      Delete
  6. penunggu tu memang dah sentiasa jadi menunggu..eh..ape ni..hahaha...alhamdulillah..senang je dapat kerja...alhamdulillah kan..dapat rezeki awal untuk bekerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha berbelit2 dah tu kak. Rezeki nak cari duit sikit nampaknya hehe.

      Delete
  7. Mulakan dengan kerja biasa2 untuk survival terlebih dahulu... Atau mengajar tuisyen separuh masa ke... InsyaAllah boleh berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terfikir juga nak ajar tuisyen tapi rasa macam nak lari sikit dari bidang dulu haha. apa-apa pun pengalaman tu yang penting kan.

      Delete
  8. Salam perkenalan dari seorang 'penunggu' :)

    ReplyDelete
  9. sy pon sorang penunggu juga 😂 dah bnyk apply keja, skrg keja sdiri ja dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja sendiri pun boleh asalkan dapat punca pendapatan kan daripada duduk diam tak buat apa. nanti ada rezeki tu inshaAllah.

      Delete
  10. Alhamdulillah..akhirnya berjaya dapatkan kerja sementara tunggu posting. ..Follow back....

    ReplyDelete
  11. baguslah dah dapat kerja! tak boleh jadi penunggu lama lama. Even dapat kerja luar dari bidang pon at least ade experience nanti. kena cakap english 24/7 tuh bagus sbb boleh improve. hehe. btw tq singgah and follow arepnakbebel.com! Follow sini jgk.

    ReplyDelete
  12. SYUKUR ALHAMDULILLAH XSESIA MENUMGGU ADA HASILNYA TAPI PERLU ADA USAHA

    ReplyDelete
  13. Looking forward for your next entry.. Mana tau nanti boleh kerja macam tu jugak ke.. xD

    P/s:Something's wrong with your blog's following gadget.. Nak tekan follow, tapi keluar forbidden.. So follow cara manual.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi tapi bukan selepas entry yg ni lah. tak tau entry mana haha. thanks for the effort hehe, memang selalu forbidden. dekat blog lain sy try pun macamtu juga.

      Delete
  14. Wah tahniah! Kerja apa la tu agaknya

    ReplyDelete
  15. Tahniah.. tak sia2 jadi penunggu.

    ReplyDelete
  16. congrats...semoga kerja tu akan menjadi batu loncatan untuk lebih cemerlang..gud luck Syed.
    Thanks for the visit and following me too ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe my pleasure kak. thanks juga melawat blog saya :)

      Delete
  17. Yeayyy! Alhamdulillah. Finally. Congrats! Minggu depan ada interview, so wish me luck okay? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, everything is going to be fine. Good luck fairuz! you can do it :)

      Delete
  18. First tym dengar interview melalui video call..

    Tapi, harap ko boleh terus diserap kerja dekat syarikat tu.

    Do your best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, first time kena iv pakai video call haha.
      eh takpelah, sementara je kot rasanya. hehe thanks.

      Delete
  19. You graduate English-related course ke? I respect gila orang yang boleh speaking English dengan lancar ni.
    Biasa dengar interview through skype, tak pernah pulak yang through watsapp je XD
    Can't wait for your next entry, serious curious what job exactly yang you dapat ni :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah I ambil TESL hehe. hehe samalah kita, I pun respect orang yang boleh speak fluent English + less grammatical errors. Itulah, I thought diorang nak call pakai skype rupanya guna whatsapp je pelik betul. haha keep waiting maybe next 2 weeks (macam lambat lagi ja)

      Delete
  20. ehem2.. main seo keyword nampak nya budak ni. haha.

    Btw aku dah reply comment kau. and ....
    aku dah setahun pun dah jadi penunggu ni. Baru tahun ni dapat apa yang ditunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ala obvious sangat ke amer. aku saja cuba-cuba ni.
      thanks for the very detailed explanation. Takpalah amer, Alhamdulillah akhirnya berakhir penantian anda hihi.

      Delete
    2. alaa. aku blogger yang kejar organic visit aku tau lah syed. btw. aku harap kau punya template ni seo friendly.. kalau kau tengok template aku tu memang hodoh, tapi template tu memang seo friendly lah syed.

      You're welcome syed. hang buat lah bloglist dlm blog hang xdelah mcm lone ranger je dlm dunia blog.

      Delete
    3. hehehe aku punya tak berapa friendly sangat 58% je tak silap. Sebabnya heading aku takda tag. tak tahu macam mana nak letak tag tu. last2 biar jelah macamtu ja.

      Alright nanti aku buat kalau rajin haha. penting juga bloglist tu senang nak blogwalking kan.

      Delete
  21. Orang kata "sabar itu indah". Semoga berjaya dan dimudahkan apa yang ditunggu :)

    ReplyDelete
  22. Congratulations. Doakan penantian Mai pulak berakhir tau. ahahaha, tak larat jadi penunggu, dah rupa penunggu kampung pisang dah ni pokai tak mampu beli mekap.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, saya doakan rezeki mai murah dan boleh bershopping di sephora nanti hehehehe.

      Delete
  23. TAHNIAHHH!!! sis happy utk Syed. Dah kerja nanti jangan pula sampai lupa update new story kat blog ni ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis, hahaha tu yang saya risau tu takut tak terupdate hihi.

      Delete
  24. woahhh. nice. tak sabar nak tggu cerita selanjutnya.:)

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah.. Tahniah Syed..
    Akhirnya dapat juga menggunakan skill BI tu..
    You go syed.. hehehe..
    Semoga maju jaya and be open..
    belajar dan cari pengalaman..
    Mana tahu nanti skill di tempat kerja boleh diguna pakai masa mengajar.. kan..
    All the best tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. InshaAllah saya cuba buat yang terbaik walaupun macam risau lagi takut tak dapat buat hehe.

      Delete
  26. Saya pun dulu lepas degree terus menunggu di pinang kerja. Last2 dipinang org. Haha.. kerja kt umah je sekarang... tp xpe.. be positif.. rezeki ada di mana2 dan berbagai bentuk...

    Good luck...

    ReplyDelete