Sebab aku yakin, so aku letak gambar aku ala-ala cover magazine macamtu! hahaha yakin betul aku |
Assalamualaikum dan Hi!
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan satu institusi yang melatih bakal-bakal guru di sekolah rendah. Ramai actually yang tak tahu kewujudan IPG ni. Aku sebagai seorang bekas pelajar IPG, rasa serba salah nak jawab soalan "belajar dekat mana?" dulu. Sebab bila aku cakap aku belajar dekat IPG, orang akan tanya aku balik IPG tu apa? Bila makin lama dapat soalan ni, aku makin bijak lah. Aku jawab sahaja belajar dekat maktab perguruan. Dulu IPG terkenal dengan nama maktab perguruan sekitar tahun 2004 macamtulah. Setelah dinaik taraf kepada IPG, barulah IPG ni ada menawarkan program ijazah sarjana muda.
Aku merupakan seorang bekas pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA). Punyalah tak famous IPG ni sampaikan masa aku nak masuk IPG tahun 2011 dulu, aku search kat google takda pun maklumat pasal IPG KBA ni. Aku ingat lagi, time tu dah la aku nak pergi interview. Sorang-sorang pula tu, nasib baiklah aku jumpa senior yang kebetulan aku memang kenal dekat facebook. Tujuan aku tulis entry kali ni tak lain tak bukan nak famouskan IPG supaya dikenali oleh orang ramai! haha. At least bila orang search maklumat dekat google tu keluar juga la benda yang mereka perlu tahu sebelum nak masuk IPG ni kan?
Namun begitu, pada pendapat aku IPG sekarang makin mendapat perhatian dan tempat dikalangan pelajar lepasan SPM. Ramai juga yang dah aware dengan kewujudan IPG ni. Setiap kali pengambilan memang ramai yang akan apply tapi syarat pengambilan sangat ketat sekarang ni. Kalau masa zaman aku dulu, nak masuk IPG ni kau kena datang sekali sahaja untuk interview. Kalau kau pass maksudnya kau berjayalah. Tapi sekarang ni siap ada "fitness test" lagi. Kalau kau dah lepas target untuk fitness test tu, baru kau boleh ke peringkat yang seterusnya. Kira macam ada saringan lah. Sebab itu aku perasan yang masuk IPG sekarang ramai budak yang fit dan bersukan.
KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN?
Pada pendapat aku, banyak kelebihan-kelebihan yang kau boleh dapat kalau kau pilih untuk belajar di IPG. Tapi kau kena tahu juga yang kau akan menjadi seorang guru. Kalau rasa tak sanggup nak jadi guru, better tak payah cuba nak masuk IPG.
1) Elaun
Perkara penting sekali yang kau akan dapat bila masuk IPG ialah elaun. Tahukah anda bahawa elaun di IPG akan dibayar setiap bulan selama 5 tahun setengah tempoh pengajian? (tapi sekarang program dah dipendekkan kepada 5 tahun sahaja). Aku tak akan nyatakan nilai elaun yang kau akan terima bila kau masuk IPG, tapi Alhamdulillah duit yang ada tu kalau kau guna elok-elok dan untuk tujuan yang betul, boleh sahaja survive. Berdasarkan pengalaman aku, waktu aku belajar dulu aku tak pernah minta duit dekat mak aku bila dah dapat elaun. Bila fikir balik rasa kagum pula selama 5 tahun setengah tu, boleh kira berapa kali sahaja aku minta duit dekat mak aku. Itupun kalau kereta buat hal dan elaun lambat masuk sikit haha.
Selain daripada elaun bulanan, banyak lagi elaun yang kau akan dapat. Antaranya ialah elaun praktikum, elaun buku (sekali sahaja setiap tahun) dan elaun thesis. Namun begitu, dengar cerita tahun 2017 ni dah dipinda semua elaun ni. Maknanya kau dah tak dapat dah elaun-elaun ni dan elaun bulanan juga telah dikurangkan. Aku tak tahu atas sebab apa dan tak nak comment lah pasal ni, mungkin nak jimat perbelanjaan etc. Paling best sekali kau tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar. Untung kot dapat ijazah tapi tiada hutang pendidikan yang perlu dibayar.
2) Kemudahan hostel
Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa |
Bila kau masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian. Kalau kau tengok gambar di atas, obviously asrama aku yang warna coklat tu. Sebelah asrama tu pula Zhen Apartment yang harga dia mahal nak mampus tahap kau mampu tengok sahaja haha. Kalau nak tahu Sheikh Muszaphar Shukor duduk situ lah! hehe. IPG aku ni dah la memang tengah-tengah bandar KL, so kalau nak ikutkan nak sewa bilik sahaja pun harga dah cecah RM300. Apa lagi yang kau nak? memang bangunan asrama kat sini agak lama, tapi bersyukur sahaja lah dah disediakan tempat tinggal.
Namun begitu, ada sesetengah IPG yang memang tiada tempat tinggal disediakan bila kau dah masuk degree. Mungkin sebab kolej kediaman dia kecil sikit kot so tak dapat nak memuatkan semua orang dalam satu kolej. Walaubagaimanapun, kalau kau tak duduk dekat asrama, kau boleh dapat RM80 duit asrama. Duit tu nanti kau kumpul lah dengan kawan-kawan kau yang lain untuk buat sewa rumah. Aku tak dapat nak cerita lebih tentang ni sebab aku memang tak payah menyewa luar.
Kalau kau masuk IPG KBA ni, memang kau sangat heaven sebab asrama dia betul-betul tengah bandar. Kau nak pergi mana-mana pun senang kot. LRT stesen Kerinchi dengan stesen Universiti sebelah-sebelah sahaja. Lepastu kalau guna Uber atau Grab memang tak payah tunggu lama. Aku pernah tunggu 2 minit sahaja dah sampai. Memang kawasan tu ramai uber driver. Diorang boleh ambil sampai depan blok kau lagi (itupun kalau guard kasi masuk lah).
3) Suasana pembelajaran
Di IPG, kau akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap kau selama 5 tahun setengah! dah macam sekolah kot haha. Gambar dekat atas ni merupakan gambar classmates aku yang dirindui. Sejak dah habis belajar ni rasa rindu pulak nak hadap perangai sorang-sorang hahaha. Seriously bila kau duduk dalam satu kelas selama 5 tahun setengah, banyak yang kau discover tentang perangai masing-masing. Masa tu jugaklah kau nak create memories banyak-banyak sebelum kau tamatkan pelajaran kau.
Ni contoh kelas yang kau akan duduk selema 5 tahun setengah tu haha. Memang dia punya environment sebijik lah macam kelas kau masa sekolah menengah dulu tu. Kau kena hias and decorate segala benda dalam kelas tu untuk jadikan kelas kau menarik dan kondusif. Nampak tak? dekat IPG lagi kau dah dilatih untuk menghias kelas sebabnya time kau dah jadi cikgu nanti kau kena hias kelas kau juga bila jadi guru kelas kahkah. Kalau kau ada lecture, kau akan masuk hall. Untuk kelas tutorial pula kau akan berpecah sekejap dari kelas asal kau mengikut lecturer yang kau pilih.
4) Jaminan pekerjaan
Kau kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan. Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru. Ni antara perkara yang paling utama bila kau masuk IPG. Kau tak payah nak fikir masalah pengangguran yang berlaku sekarang ni sebab kau akan dapat penempatan di sekolah tetapi cuma cepat atau lambat sahaja. Walaupun kau dah ada jaminan pekerjaan, itu bukan sebagai tiket untuk kau belajar secara acuh tak acuh. Still, kau kena bagi yang terbaik dan jangan gunakan alasan "alah, pointer tinggi pun jadi cikgu juga". Itu merupakan alasan paling lame sekali bagi aku. Berusahalah meningkatkan potensi diri semasa kau menuntut di IPG tu nanti.
5) Waktu cuti
Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya. Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali. Kalau ada kelas ganti, kau pun kena ada kelas ganti. ha macamtulah. Best juga sebab kau takdalah cuti lama sangat. Kalau cuti lama-lama sampai 3 bulan macamtu bosan juga tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma cuti yang paling lama di IPG aku rasa ialah cuti bulan 11 sampai bulan 1. Itu memang sangat lama. Walaupun kau bercuti, tapi kau tetap dapat elaun untuk meneruskan hidup. Waktu itulah kau akan merasai betapa penatnya menahan nafsu untuk tidak menggunakan elaun yang kau dapat tu haha.
MACAM MANA NAK MOHON IPG?
Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke IPG 2017 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohanan IPG bagi 2017 akan dibuka pada 23 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 secara online.
Untuk mendaftar boleh klik link permohonan berikut : https://pismp.moe.gov.my/
Dulu kalau sebut IPG ramai yang geleng kepala ..kalau sebut maktab baru lah diorang tahu ...
ReplyDeleteAdik CCL pernah apply IPG ..tapi tak lepas fitness test ..mungkin bukan rezeki dia .. tapi ada rezeki lain yang menanti dia
Aah, sekarang ada segelintir la yang masih tak tahu ipg tu apa hehe.
DeleteAlhamdulillah, mungkin rezeki dia dalam bidang lain kan? :)
elsa kenal je ipg nie dari dulu hehe. cuma nak mohon tu pikir banyak kali yelah kita belajar pun terkontang kanting nak mengajar orang pulak
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html
Syed fikir macam tu juga mula2 elsa, but then I gave it a try and struggling with myself and I could see the rainbow now.
DeleteFuhhh bergaya la cikgu Syed. Tapi Ira memang failed kalau jadi cikgu sebab sejenis tak suka berjumpa dengan bilangan orang yang ramai untuk tempoh masa yang lama dan tahap kesabaran yang rendah ehehe :D
ReplyDeletehahaha bergaya la sangat kan. Ohhhh, syed pun dulu macamtu juga. Bila jumpa ramai orang mesti nervous. tapi bila dah biasa jumpa budak2 okay la hehe. Cuma syed memang penyabar la orangnya.
DeleteBertuah terpilih menjadi cikgu... tanpa Cikgu siapalah kami.. :)
ReplyDeleteSyukur kak, rezeki saya hehe. Terima kasih :)
DeleteTo be frank, anis baru tau pasal ipg.. hehe// Kenapa syed tak kenalkan ipg dari 3 tahun lepasssss...!! Kalau tak dah apply jd junior sini dah... Q_Q
ReplyDeleteTapi takpe, bersyukur dgn mara yang ada.. haha..
Hahaha serius lah anis baru tahu ni? aduiiii 3 tahun lepas mana start blogging lagi kah2. Kalau tak boleh ja anis masuk. Anis pun ambil TESL kan sekarang. Mungkin rezeki ada di tempat lain la tu hehe.
DeleteDari tadika sampailah tingkatan 5..orang tanya nak jadi apa???yakin jawab Cikgu!...sekarang...surihati dan suri rumahtangga..IPG dah bertapak lama tapi mungkin masa itu kak PC kurang mendapat pendedahan..sungguh..tapi tidak mengapalah..pasti berhikmah..dan untuk adik-adik yang layak untuk mohon..mohonlah..manfaatkan sebaik-baiknya..kerana Allah.
ReplyDeleteSebab dulu2 kan takda internet kan kak? jadi penyebaran maklumat tu macam susah sikit lah. InshaAllah kak, ada hikmah dia. Mungkin kalau bukan akak, anak-anak akak yang akan meneruskan perjuangan tu? siapa tahu kan.
DeleteI respect those who signed up for the education program. couldn't imagine myself as a teacher
ReplyDeleteYou never know how it's like until you give it a try. hahaha who knows you might be an excellent teacher.
Deletecikgu ni pekerjaan yang sangat bagus,mereka mendidik anak2 bangsa untuk menjadi orang yang berguna.
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
Terima kasih kak :)
DeletePILIH IPG UTK SAMBUNG PENGAJIAN MMG TERBAIK...ADA REZEKI INSYAALLAH DPTLAH MASUK KE SINI
ReplyDeleteBetul tu kak, semoga adik-adik lepasan spm yang berkelayakan boleh memohon sini :)
DeleteAda jugak kawan belajar kat IPG Sungai Petani, tak ingat apa nama IPG tu. Tapi memang environment IPG tu macam sekolah! Bangunan dia semua. Hehehe persediaan awal, seolah-olah "macam inilah nanti tempat korang nak berbakti pada anak bangsa". Perghhhhh tabik habis lah!
ReplyDeleteSeronok erh, dapat sama kelas sampai habis. Tak payah nak berebut-rebut register kelas. Perangai masing-masing, bonding mesti dah macam adik-beradik bloodbrother bloodsister dah. 🙆💕
Memang kalau fairuz masuk mana-mana IPG pun bangunan and environment dia semua macam sekolah. Undang-undang pun macam sekolah juga. Tak boleh langsung nak feeling2 student universiti haha. Seronokkkk. tapi kena berebut juga untuk register kelas tutorial kahkah. Aah kira macam adik beradik dah buat benda semua sama sama haha..
DeleteSyed hitam
ReplyDeletehahahahah siapa doh ni. mesti hitam juga ni kan.
DeleteItulah apo ko bondo IPG tu? Sewaktu dengan maktab ghupernya.
ReplyDeleteThanks for sharing this information. Bolehlah Mrs. A war-warkan kat niece yang baru habis SPM tu.
Kat Nilai ada satu IPG teknik baru jer... tahu itupun sebab hantar anak ada pertandingan silat di situ.
hehehe itulah, bila sebut maktab barulah orang tahu kak. Boleh ja suruh dia apply kalau dapat 5A ke atas. Aah IPG teknik tu yang baru buka tu. cantik lagi bangunannya.
Deletehehe..kalau sebut IPG memang tak tau tapi kalau maktab tu tau la hikhik. thanks for sharing ya
ReplyDeletehaha itulah cik tie ramai sangat yang tak tahu hehe. You're welcome, bagitahulah dekat sesiapa yang berminat.
Deletekakak sedara airah ramai jugak masuk IPG ni.
ReplyDeleteOhhhh kalau macamtu mesti tahu dah kan pasal IPG. hehehe.
Deletebaru tahu IPG ada banyak elaun. Not bad la kalau masuk sini. Jimat pun jimat
ReplyDeleteHaah memang banyak elaun tapi sekarang elaun bulanan sahaja yang tinggal. itupun dah dikurangkan sedikit.
DeleteKalau sebut IPG mungkin ramai lagi yang tak tau.
ReplyDeleteTapi kalau sebut 'Maktab Perguruan' okay.
Brzanya kalau keluaran maktab dulu terus kerja, sekarang kena ikut keperluan.
Tahniah Syed, semoga menjadi guru yang cemerlang.
Aah pakcik, sekarang ni kena ada kekosongan barulah dapat kerja.
DeleteTapi inshaAllah la kerja tu ada, cuma cepat atau lambat tu yang kita tak tahu.
Baguslah kau punya entry..aku suka baca! banyak info. tetiba feeling nak apply plak haha.
ReplyDeleteThanks bro hehehe bolehlah apply laa kalau cukup umur keh2.
DeleteMaktab perguruan.. Tak sangka ada elaun disediakan. Sangat bagus info ni..
ReplyDeleteYa memang ada elaun disediakan :) terima kasih.
DeleteCuti tu yang paling best sbb cuti sekali dengan cuti sekolah kan?
ReplyDeleteCita cita dulu ada je nak jadi cikgu matematik tapi takde rezeki dalam bidang ni gamaknya. Fail iv IPG. Haha. Harap tercapai jugak impian Lya nak.jadi lecturer lepas ni, amin.
Nice info on IPG btw Syed, buat orang yang fail iv IPG ni merasa la jugak walaupun sekadar melalui tulisan huhu
Haah tapi yang tak bestnya bila kita cuti, kawan-kawan kita yang masuk U tu tak bercuti kah2. Jadi, waktu cuti tu kita spend masa sorang-sorang jalah. inshaAllah lya, mungkin ada rezeki yang lebih baik tu. Syed pun inshaAllah macam nak jadi lecturer juga hehe. Terima kasih lya :)
DeleteTeringin nak join UPSI tapi hm... takde rezeki .. untunglah siapa yang dapat masuk dekat situ. :(
ReplyDeletePost ni bukan pasal UPSI la tapi IPG! hahaha. Ke amer cerita yang amer teringin masuk UPSI? ok confuse dah.
DeletePernah ada impian utk masuk ke IPG. Tapi tak kesampaian. Last2 jadi akauntan. Pilihan terbaik untuk diri kak ana. ✌
ReplyDeleteAlhamdulilah kak, jadi akauntan lagi best! hehehe. Saya tak boleh jadi akauntan sebab kena bekerja dengan mesin dan nombor. Both are my weaknesses.
Deletenama lama IPG ni maktab perguruan kan? family saya majoritinya cikgu hehe jadinya IPG ni macam familiar sangat. ayah mak abg pakcik makcik sepupu sepapat memang ramai, kalau duduk semeja memang haru rasa nak dengar cerita2 diorang pasal pendidikan ni. Rasa asing sbb sy bidang lain. :D
ReplyDeletewaktu cuti tu memang best lah, sebab senang nak rancang dengan family.
hanisamanina.com
Yuppp betul tu Hanis, biasanya orang yang family dia majority cikgu memang tahu dah pasal IPG ni hehe. Samalah, mak sedara saya ramai cikgu. Bila sembang ja memang duk cerita pasal pendidikan hehe. Takpalah hanis, boleh juga tahu senario terkini dunia pendidikan hehe.
DeleteKan? Nak pergi mana-mana pun senang sebab cuti sama dengan sekolah.
Punyalah ketinggalan zaman, lebih tepat tk ambik tau perkembangan semasa, smp tak tau maktab perguruan dah bertukar nama jadi ipg. Nak tau maktab perguruan nilah first choice akk dulu, tapi tkdo rezeki, tk pas test, last2 ikut pengajian tadika, jadilah cikgu tadika, jadilah kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, yang penting tercapai juga akak punya impian nak jadi guru tu. Guru tadika lagi mencabar kak. Saya tabik betul guru tadika sebab nak layan kerenah budak2 kecil ni bukannya senang.
Deleteini pilihan yang terbaik, all the best
ReplyDeleteYeahhhh semoga mereka yang apply IPG ni berjaya masuk ke IPG.
Deletepeh! bakal cikgu rupenye syed nie.. patut laa tulis blog macam karangan.. kbai!
ReplyDeletehahaha.. gurau je taw.. jangan marah..
e'in nie orangnye jenis tak sabar.. so memang tak boleh laa nak jadi cikgu cikgi nie.. semoga berjaya!
hahahahaha. tulis blog macam karangan eh. boleh juga macamtu.
DeleteSyed ni tak tahulah kenapa ada kesabaran yang tinggi sikit.
Cuma kalau melebih tu memang meletup la kah2. Thanks e'in! :)
Nani tak berapa nak sebati jadi cikgu ni. Dulu apply pun sebab mak ayah suruh. Hahahah! Memang banyak manfaat bila masuk IPG ni, paling penting bila lepas grad dah nampak hala tuju :)
ReplyDeleteBetul tu Inani. Tak payah nak fikir kerja lagi dah sebab memang hala tuju kita dah nampak kearah pendidikan. Sementara menunggu tu pun boleh la kerja pusat tuisyen atau private tutor kan.
Deletesalam singgah ...
ReplyDeleteThanks singgah :)
Deletesekarang ni memang betul susah nak masuk ipg. kira nasib baik jugaklah zaman sekarang siapa yg lepas test dia tu.
ReplyDeleteBetul, test dia tu yang susah. Lepastu syarat dia pun ketat. Nak yang 5A ke atas sahaja. fuhhh untungla siapa yang dapat.
DeleteIPG dulu maktab yer.. patutlah dah tak dengar org guna term maktab perguruan.
ReplyDeleteYupppp, sebelum dia naik taraf jadi IPG, dia guna maktab perguruan la.
Deleteuntung terpilih belajar kat sana tau syed.. Dulu bukan senang nk dpt belajar kat sana.. asek x lulus exam je.. hahaha..
ReplyDeletelama x jenjalan kat rumah syed ni.. sori ye.. hiks..
hehehe Alhamdulillah kak. belajar mana2 pun sama ja sebenarnya hehe depends pada rezeki kita la kan.
Deletehaaaaaa tak jumpa jalan kerumah syed ke.
goodluck kepada lepasan spm yang memohon. harap tak persia peluang yang ada ;)
ReplyDeleteBetul tu, peluang yang datang hanya sekali. so manfaatkannya hehe :)
DeleteNice entry syed, indeed IPG is one of the jaminan pekerjaan yang baik InsyaAllah. ^^
ReplyDeleteThanks eyqa. tapi still kena tunggu la untuk posting. not that you don't have to wait at all.
Deletetahniahhhhhhh cikgu syed! hehehe. dan alhamdulillah rezeki dari DIA untuk syed.. busyra hepy tngok syed dh dpt kerja. nnti up entri plis first day mngajar.. hehe.. apapun kerja elok2 ye syed. :)
ReplyDeletesy x boleh bab ngajar ni. dah try ngajar budak upsr hjg minggu, tp mmg x masuk sebab sngt menguji kesabaran.
ReplyDeleteohhh yeke? hahaha budak2 ni memang menguji kesabaran. kena banyak2 bersabar la kalau nak mengajar.
DeleteBagus usaha Syed nie.. Maybe lepas nie boleh cerita lagi pasal IPG nie.. lagi banyak lagi bagus.. Budak-budak sekarang nie Google je Sume maklumat.. hehehe..
ReplyDeletehehehe kalau rajin kak boleh la saya tulis haha.
DeleteTerima kasih Syed atas infonya. Peluang untuk budak lelaki mesti cerah dpd budak pompuan kan agaknya..... Menarik jugak bila dengar elaun dia tu...
ReplyDeleteCikgu ajar Bahasa Inggeris ke? hihi...
Aah sebab biasanya yang apply ramai perempuan dari lelaki.
DeleteTapi sekarang ni elaun dah kurang sikit dah kak. Aah kak saya ajar bahasa inggeris hehe.
untung kalau sesapa dapat rezeki ke sini... so yg terpilih tu, jgn laa berpatah balik.... bkn semua org dpt peluang ke sini dan sy slh seorg drpd nyer...
ReplyDeleteTakpa anies, ada rezeki yang lebih baik untuk anies nanti :)
DeleteKakak saya dulu belajat di maktab bahasa melayu..lupa apa namanya..tahniah syed
ReplyDeleteJanjiKita
IPG KBM tu. sebelah tempat saya je hehehe.
Deletenasib baik la saya tahu IPG tu apa sebab mostly saudara mara saya ni lepasan IPG. kalau cousin lepasan SPM memang disyorkan masuk IPG. dulu masa UPU saya ada apply UPSI tapi tak dapat
ReplyDeleteohhhh kalau keluarga background cikgu mesti tahu kewujudan ipg ni biasanya hehe. Mungkin rezeki bukan kat situ kan? :)
Deletebab elaun tu mmg penting
ReplyDeleteYa, banyak membantu saya dulu.
DeleteKalau boleh diputar masa rasa nak masuk IPG je, hahaha. Apapun, semoga berjaya Syed, budak2 zaman sekarang ni boleh tahan juga kan.
ReplyDeleteAtok mai dulu pun cikgu juga, keluar upsi lagi, tapi masa tu hanya kolej ,bukan universiti. Tapi setakat ni sorang pun tak ikut jejak atok, harap adalah sorang nanti. hehe.
hehehe thanks Mai, itulah pening juga nak handle perangai budak zaman sekarang ni ha. Nanti ada lah yang ikut jejak langkah atok tu hehe. Saya pun mak sedara ja ramai cikgu2.
Deletehehe saya dh apply kemasukan ke IPG ni dn kalau sy terpilih ke ujian ukcg nnti...semoga saya lulus sbb sy tak aktif sangat fitness test... heheh
ReplyDeleteInshaAllah! Do your best dik :)
DeletePunya lama belajar s...5 tahun sekolah menengah dan tambah lagi 5 tahun setengah
ReplyDeletedi IPG..terbaik la gitu
haaaa tahu takpe. sepanjang hidup belajar hehehe best la juga.
DeleteAsalamulaikum.saya baru saja dpt twrn ipg utk ujian ukcg..ermmm,saya nk mntk pendpt laa...saya dulu mint jugak nk jdi cg,tpi lama kelamaan mint tu mkin kurng sbb saya lebih mint ke arah masscomm..ayh saya sarankan masuk ipg sbb senng..n keluar nnti konfem dh ada kerja..tpi tu laa..minat tu kurng sikit..hati saya dok berbolak balik..jap2 rasa mcm ok ja jdi cg...jap2 rasa xok....dulu abg mmg nk jadi cg ka?
ReplyDeleteWaalaikumussalam dik. minat tu sentiasa boleh dipupuk, and for your information jadi cikgu pun fun juga. dalam course TESL contohnya ada jugak menari, berlakon, story telling and banyak juga benda-benda yang perlukan kreativiti kita macam masscomm tu. Lagi satu, kalau adik rasa taknak berhutang untuk belajar masuklah IPG. At least ada elaun dik. Fikir lah zaman sekarang ni, nak ke kita kerja untuk bayar hutang PTPTN? walaupun elaun sekarang dah dipotong sikit, at least still membantu kita sebab IPG takda yuran setiap sem yang kita kena bayar. Abang dulu pun tak pernah terlintas nak jadi cikgu tapi Alhamdulillah everything went well for me dekat IPG dulu :)
DeleteTerima kasih abg^^kalau dpt ipg,kan nnti keluar jadi cg sr..macam mana nak jadi cg sklh menengah?.
Delete#saya pun skrng bnyk fikir,takut jugak kalau bljr benda lain,tpi xdpt kerja..sekurng2nya,cg ni insyaallah dh konfem dpt.cuma saya akan try pupuk mint tu^^
Ohhhh nak jadi cikgu sekolah menengah itu abang tak berapa pasti. Tapi rasanya boleh apply kot? ataupun nanti sambung la master jadi pensyarah terus haha. betul, sekarang kerja memang susah sangat nak cari. Kalau IPG ni at least terjamin la juga kerja tu cuma cepat atau lambat sahaja.
Deletedulu spm dapat berapa? saye dpt 5A,syarat minima masuk IPG. and ade harapan tak ye utk sye berjaye masuk IPG? sbb mesti ramai saingan yg dapat banyak A. huhu
ReplyDeleteSPM saya bawah 5A. InshaAllah ada harapan kalau dapat panggilan interview. Kalau pass UKCG, buat interview tu elok2. Memang banyak saingan but be different. dah masuk situ nanti tak tengok dah keputusan SPM tu.
DeleteBoleh tak nak tahu UKCG tu apa dia? . Rabu ni ada interview . Email saya nurliyananorisam@gmail.com thanks!
ReplyDeleteUKCG is ujian kecergasan. Dia akan uji sama ada kita ni fit atau tak. Banyak tahap2 dia. Bila dah lulus ujian kecergasan baru dapat panggil interview.
DeleteAssalamualaikum. Hai. Saya dah selesai ukcg dan tengah tunggu panggilan interview.
ReplyDelete1. Saya minta SJ as the first choice dan 2nd choice, BM. Saya memang minat both subjects. Both dapat A+ dalam spm. Tapi saya agak risau sebab SJ bukan subjek upsr kan? Tak penting ke?
2. Saya ada mintak Asasi Bi di UIA. Plannya degree nak ambik TESL.Tapi masalahnya, saya kurang fluent dan confident nak speaking depan orang. Writing is okay but not speaking. Spm BI saya dapat A solid. (Saya tak mintak TESL untuk ipg sebab dekat upu dah mintak. Ingat nak try something else yang saya minat. Tapi ada jugak rasa menyesal) Can you give me some comforting advices?
3. Dekat ipg bukan belajar subjek yang kita mintak je kan? Dengarnya macam ada banyak subjek kena belajar?
4. Lepas habis ipg, kena tunggu posting atau boleh terus sambung master?
6. Gaji cikgu sk rendah dengan smk lebih kurang je ke? (Trust me, saya malu nak tanya tapi saya teringin nak tahu)
Ipg atau UIA adalah top choices yang saya letak. Harap ada laa rezeki saya kat sana. Tq in advance :)
Waalaikumussalam. First of all congrats!
Delete1. Actually benda yang kita minta tu tak semestinya dapat. Isi BM, tapi nanti interview tiba2 dapat course TESL. Anything can happen and memang ada intake SJ. Don't worry tentang subjek tu penting atau tidak. Tapi biasanya TESL banyak guru yg diperlukan (brighter chance)
2. Sy tak pasti tentang TESL di universiti macam mana mereka diajar. Tapi I can assure you that TESL students from IPG memang antara yang bagus. Sebab dekat IPG ni kita dah diajar untuk menjadi guru dan environment dia pun macam sekolah. Lecturers pula macam cikgu, sangat concern with your studies. Tapi it's okay, belajar mana-mana pun balik kepada diri kita sendiri juga. As long as you know what your goals are, work towards it. InshaAllah it'll be fine.
3. Yessss we have a lot of subjects! Hahaha but its quite fun though. You've to take minor (arts, music, science etc.). Ada juga subjek2 untuk education. Macam psychology in education, child development and etc. Maths pun ada sikit2.
4. Boleh terus sambung master if you want. Now ada UKM buat master mode cuti sekolah. Ada juga kawan2 saya yg dah sambung.
6. Gaji sama ja sekolah men or sek rendah. Takda beza. Still gred DG41.
InshaAllah, good luck and all the best. Looking forward to know your iv result! Hehe. My pleasure.
Satu lagi,kampus penempatan ditempatkan camne? Ikut subjek atau random?
ReplyDeleteIkut subjek and random. And yeah, jangan risau kalau tak fluent in English. You don't have to be fluent to take TESL. You're going to learn a lot during the course. It'll help you to improve yout language 😊
DeleteThank you very much teacher syed. Nanti saya inform kalau dapat iv hehe
DeleteBro, nak tanya sikit, kalau masuk ipg, memang akan jadi guru sekolah rendah or boleh apply jadi guru sekolah menengah? And lagi satu, boleh ke apply jadi guru under Mara? Thank you.
ReplyDeleteTak boleh. IPG untuk mengajar di sekolah rendah kerajaan sahaja.
DeleteFuhhh... mengimbau kenangan betul. bila dah kerja ni, lalu je kat IPBA mmg rasa nak singgah... Hostel blok 3 dah repair ke still mcm tu jgk? btw, dah dpt posting ke?
ReplyDeletehaha, bestla dapat kerja area sana lagi. Masih sama ja macam dulu, tidak digunakan dan dibaik pulih pun. Alhamdulillah dah posting dekat pahang :)
Deletesalam, nak tanya. lepasan spm je ke boleh apply utk ipg? lepasan lain tak boleh apply ipg ke?
ReplyDeleteWslam, ya lepasan SPM sahaja. Kalau dah setahun dua lepas SPM and nak masuk IPG still kena guna result SPM.
DeleteSalam cikgu syed.. saya sekarang tgh confuse.. sbb 21 may ni saya kene daftar uitm.. dalam masa yang sama saya tggu Iv IPG ni.. boleh x bagi pendapat agar saya dapat buat pilihan yg terbaik. Maybe uitm as a backup plan if x dpt IPG.. but sya punye bleep test dapat full mark.. tapi saya takut x lepas die punye IV
ReplyDeleteWaalaikumussalam Sharif. Saya nasihatkan untuk awak pergi ja dulu daftar uitm. Rugi sikit takpa, sebab takut juga kalau tak berjaya iv IPG nanti. Pengambilan IPG bulan 6 nanti daftar, so avoid la dulu untuk bayar yuran sem. Waktu saya dulu ada juga mereka dari UITM semua, rugi duit pendaftaran ja lah dalam RM500 macamtu.
Deleteem nak tanya kalau saya dapat iv ipg ni dlm bidang pendidikan awal kanak kanak ada tips tak nk dikongsi utk saya ? Thankyouu
ReplyDeleteTips dia berdasarkan pengalaman saya, baca anything that related to the course. Lepastu isu-isu semasa pun kena aware juga. Menteri2 tu apa semua kena tahu juga.
DeleteHye, nak tnya. Klu masuk ipg bolehkh smbung stdy untk peringkat lg tinggi? Actually sy dilema nak masuk IPG atau smbung Degree Acc sbb sy lepasan matriks. So tak thu nk decide mana yg lbih baik. 😔
ReplyDeleteMestilah boleh. kan dah ada degree tu. Kalau rasa hutang dengan PTPN dan sambung belajar, masuk la U biasa. Kalau rasa nak ada kerja yang terjamin dan tak payar bayar pinjaman, masuk IPG. As simple as that hehe.
Deleteassalamualaikum,sy dapat iv bhs inggeris,so borang penyataan hasrat tu kena isi dalam bhs inggeris or bhs melayu? pastu dalam bentuk essay or poin2 je? then,kena tulisan tangan ke? terima kasih..maaf menyusahkan cg..
ReplyDeleteTulis dalam bahasa melayu ja cukup dah. Tapi no harm kalau nak tulis dalam English pun in any form would be fine. Essay atau point boleh ja mana-mana. Yes, tulis tangan ja. Sama-sama and good luck for your interview :)
DeleteAlhamdulillah lps ujian fizikal..mnggu dpn temuduga..hm agak2 soalan ap yg dtnya??takot niiii
ReplyDeleteTahniahhh, jangan risau sangat pasal iv. Interviewers ni nak tengok kita yakin ja masa jawab soalan. So, be confident. Soalan-soalan lain biasanya tentang isu-isu semasa, menteri-menteri pendidikan etc. Ada juga yang suruh kita mengajar, menyanyi, menari. Anything. Get ready for any possibilities.
DeleteAssalamualaikum teacher syed. Alhamdulillah saya dipanggil untuk interview bagi subjek sejarah. Sijil masa sekolah rendah nak kena sertakan jugak ke? Sebab terbaca macam perlu tapi ramai cakap tak payah
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Alhamdulillah tahniah! Sijil masa sekolah rendah tak payah la unless sijil tu peringkat kebangsaan etc dan berharga baru include sekali :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks for the info Cikgu Syed.. Saya apply IPG ni & alhamdulillah dah lepas fitness test. So sekrng tinggal interview hari Khamis ni ( 25 / 5 ) . Doakan ok. Klu lepas brulh boleh jdi student IPG. :)
ReplyDeleteInshaAllah boleh tu izzat, baca lah tips interview ipg dekat blog saya ni. mana tahu membantu hehe. Good luck! :D
Deleteok thanks.. dh baca dh. membantu sgt2 . :)
Deletewahhhhh..kalau bidang bahasa inggeris memang dekat IPGKBA ka?
ReplyDeleteDekat sini center untuk bahasa inggeris. tapi ada juga course TESL dekat IPG lain.
DeleteHai salam cg syed hensem wkakakak..sy bru lps iv di ipgmsultan mizan..so tlg doa2kan sy eyh..hehehe..btw ade soalan..sy ambik kos bimbingan dan kaunseling...so nak tanaya semua ipg ke ade kos bk ni?? Bleh tlg senaraikan x ipg yg ade kos bk ni..sbb penemuduga ade tanya sy nak hantar belajar ipg kat mana sbb bukan semua ipg ade kos ni..die kata perlis or sabah..so boleh explain x (hehe petanda baik yg sy akan diterima insyaallah amin hehehe) barakallahu cg syed..wassalam
Deleteassalamualaikum 😊 alhamdulillah rezeki saya dapat interview IPG esok di IPG kampus bahasa melayu hehe sebelah sebelah jew dengan KBA 🙈 doakan yang terbaik untuk saya ya 😭 and thank you sebab share info ❤
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tahniah ya! InshaAllah boleh lepas interview dengan jayanya. Harap membantu dengan sedikit info yang saya ada ni :)
DeleteAssalamualaikum,cikgu syed...untuk lulusan SMA dan SMU ni ada laluan khas kan?Alhamdulillah,saya dh interview haritu...tpi result saya kurang 1 drpd syarat yg ditetapkan...dan saya juga mempunyai pengalaman selama 4 bulan menjadi guru...Adakah saya masih mempunyai harapan utk ke ipg?tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tahniah dah lepas interview. Saya tak pernah dengar pula ada laluan khas etc. sama ja rasanya semua candidates and pengalaman tu maybe would be your advantage. Depends kepada kekosongan IPG la, kalau intake kali ni banyak, inshaAllah lebih mudah untuk dapat. Tak boleh nak predict hehe. apa pun good luck! :)
Deleteassalammualaikum Cikgu Syed ,Ipg yg tawarkan bidang sains kat mane?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, itu saya tak pasti pula. tapi dekat IPG Bahasa Antarabangsa memang takda.
DeleteAssalamualaikum Syed. Saya nak mintak pendapat abang lah ya :) Saya merupakan pelajar asasi UITM bagi kursus undang-undang, dan saya telah daftar diri sebagai pelajar dah pun. Ni pun tengah dalam dilemma sama ada nak stay atau keluar bila dapat IPG nanti.
ReplyDeleteSaya tahu course undang-undang ni tak menjamin apa-apa kan berbanding IPG? Lagipun saya mohon IPG dalam bidang bahasa melayu (subjek yang saya minat).
And for sure, saya dah jatuh cinta jugak kat law dan environment kat sini walaupun hanya untuk satu tahun.
Waalaikumussalam. Maaf kalau terlambat reply. Asasi setahun sahaja kan? and after that kena sambung degree pula. Kalau sambung degree nanti bila dah grad kena bersaing untuk masuk ke alam pekerjaan.
DeleteAndai kata kalau awak masuk IPG, ada elaun sikit dan at least jaminan pekerjaan tu ada. Tapi bagi saya, pentingkan minat awak. Kalau rasa minat dalam undang-undang and nak jadi lawyer, go for it. It depends on you. You're going to work for the rest of your life. So, pilih kerjaya yang awak rasa awak enjoy buat. Harap membantu :)
Assalamualaikum...knpe sye ade dngar ura2 yang bukan semua lepasan ipg akan dpt tempat di sekolah rendah nnti?
ReplyDeleteura-ura maknanya tak betul lah tu. Takkan diorang dah bagi elaun and laburkan sejumlah wang untuk pelajar tapi tak bagi kerja?
DeleteSalam....ipg ada yuran pengajian ke?
ReplyDeleteWslm. IPG takda yuran. hanya bayar RM500 sahaja masa daftar.
DeleteMasa saya pegi interview haritu, diorang ada tanya , kalau ipg kena buat pinjaman macam ipta jugak nak belajar ipg lagi tak? Betul ke sekarang/ akan datang ipg kena buat pinjaman jugak ?
ReplyDeleteTak mustahil sebab sekarang ni pun elaun dah kena cut.
DeleteMeans mungkin utk pismp kena bt pinjaman ptptn la ya? Sbb ppismp elaun diberikan tp utk pismp bergantung pada kerajaan..
ReplyDeleteItu saya tak pasti. sebab dari dulu lagi ada dengar pasal elaun akan tukar jadi pinjaman tapi tak tahu la.
Deletesaya dapat tawaran ppsimp kat sini. doakan saya dapat tempuh 5 tahun sepanjang kat sana nanti :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Welcome to IPBA. Have fun! :)
DeleteBelajar dekat ipg ni ada peluang tak nak study oversea?
ReplyDeleteKenapa pulak takda peluang???
DeleteMacam saya minat bahasa asing like bahasa mandarin. Ada tak course mcm tu di ipg? And study di ipg ada peluang tak nak study dkt oversea?
ReplyDeleteMandarin ada, german ada, perancis ada and jepun pun ada. You can choose any of these. Mestilah boleh. kenapa pula tak boleh?
DeleteSaya ada kelebihan bahasa tambahan bahasa cina dan juga ada amik subjek tu masa spm... spm i got 6 As and my parents request me to applied for IPG even I refuse to do so... nak tak nak ikut jelah... saya mohon untuk subjek Bm and Sj , akhirnya , saya tak dapat... heart broken betul... adakah pemilihan ipg ni dia tengok pada bilangan A ? Sebab yg saya perhatikan kawan2 saya yang 7 A keatas ramai yg dapat... but yang 6A , mcm krik2 je.. Lagi satu , hehe masa saya nak g iv , saya terlewat , begitu juga 7 orang yang lain... tapi kita orang masih diberi peluang untuk ditemu duga... tapi sayang , kami semua tak dapat dan sijil kami juga tak diselak sedikit pun TT...walaubagaimanapun saya akan cuba mohon lagi tahun depan... doakan saya jika saya ada rezeki di situ...
ReplyDeleteYessss dia memang tengok bilangan As. Better luck next time. InshaAllah.
DeleteMmg confirm dpt keje eh
ReplyDeleteMmg confirm dpt keje eh
ReplyDeleteYes. Ada jaminan kerja la.
DeleteNice post. Very Informative. Oh, how I miss my IPBA days �� (before it was called IPG KBA). We are very fortunate to have all the perks kann??
ReplyDeleteYessss I miss ipba too! We’re so lucky to have all the things that the future teachers won’t get it anymore 😭 . I feel sorry for them.
DeleteAde tak yang dah masuk maktab ni tapi die masih tak perform.Dekat situ saye ade sikit ragu-ragu sebab kat mana lagi sorang tu nak pergi.Saya pon masih nak fahamkan lagi cabang-cabang kalau nak masuk maktab ni.Btw info ni bergune sangat untuk saya pilih nak jadi ape.Tq
ReplyDeleteAlah kalau dah masuk tu perform punya. Kalau failed kena repeat sem. 3 times failed you will be expelled
DeleteAssalamualaikum, baru baca blog ni. Info yg bagus. Mmng dah lama cari info pasal ipg, btw nk tnya pasal kos belajar di ipg. Anggaran nya berapa RM ye kosnye? Skrg ni saya jdi cikgu di sekolah rendah swasta
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Maaf, saya tak pasti sebab kami punya program ditanggung sepenuhnya. Cuma starting from this year dah start pinjam ptptn so I don’t know.
Deleteada kenal sesiapa tak yang amik bahasa perancis di ipgkba
ReplyDeletehek eleh... GURU UPSI lagi mantap kot.. huhuhu #dakupsiforever
ReplyDeleteYa saudara boleh cari dan komen di artikel atau blog dari UPSI sebab dekat sini kita sembang pasal IPG ja. Sorry produk UPSI hebat.
DeleteAssalamualaikum,ada x ipg tawarkan bahasa jepun..sebab saya tengok kat tawaran kursus ipg x ada...kalau ditawarkan macam mana saya nak minta...tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam ada. tapi tak tahu macam mana cara nak apply.
Deletesaya baru dapat pergi ujian kelayakan hari ni. saya takutlah tak dapat. ada soalan yang susah tak yang dia tanya or biasa je?
ReplyDeleteujian kelayakan tu ukcg ke? itu belum iv lagi.
DeleteAssalam...saya lepasan spm 2018 dan tk layak lah untuk mohon pismp ni...tp saya nak jadi guru...macam mana eh ?
ReplyDeleteBoleh cuba ambil TESL di KPTM ataupun course pendidikan di UPSI
DeleteAssalamualaikum... just nk tanya brape markah lulus untuk ukcg...?
ReplyDeleteWallahualam saya pun tak pasti berkenaan ini.
Deleteassalamualaikum.. macam mana nak tahu bidang pengajian yang dipilih sewaktu permohonan ipg online tu ek? sebab saya terlupa.. tapi sekarang ni saya dah layak pegi ujian ukcg tu cuma saya terlupa bidang pengajian yg dipilih sewaktu sy buat permohonan online bln mac haritu.. tq kerana kerjasama dn reply ☺
ReplyDeleteWaalaikumussalam. saya pun tak sure macam mana. Tapi UKCG bukan ikut course pun kan? Just ujian kelayakan sahaja. Dah lepas UKCG baru la dapat interview based on your chosen course
DeleteCkgu amek subjek ap ye kat ipg?
ReplyDeletehi... saya dh lalui step pertama dan kedua iaitu saya dah duduk UKCG test and fitness test dan juga attend temu duga... esok 13/6/2018 akan diumumkan calon yang berjaya...saya amat berharap saya dapat masuk maktab perguruan ini...memang cita-cita saya menjadi seorang guru... with God's grace and everyones bless i hope i will get it... wish me best of luckkk...yeahhh... thank you.
ReplyDeleteGraduan ipg ni memang habis belajar tu jadi cikgu terus ke ?
ReplyDeleteKenapa kita ditawarkan option yang kita Tk minta ya? Memang biasa berlaku ke..
ReplyDeleteKat kampus Nilai IPG ada ATM ke?kalau takda mana ATM yang terdekat?
ReplyDeleteKAT KAMPUS NILAI iPG ADA ATM?KALAU TAKDA MANA ATMM YANG TERDEKAT?
ReplyDeleteCikgu Syed. Tgok bio cikgu katanya 'masih menganggur' ��. Hahahaha. Saja laa nak tanya. Selalunya lepas habis belajar dari IPG. Nak tunggu posting tu berapa lama ya? Apa2 pon tahniah cikgu dah graduate dah. Hahaha. Kan? ���� Doakan untuk saya pula;Pelajar IPDA.
ReplyDeleteOh tak menganggur dah. Lupa nak update. Sy haritu bulan 1 interview, bulan 3 keluar keputusan bulan 5 posting.
DeleteNak tanya kan kalau saya nk jadi pensyarah bole tak saya sambung selepas ipg dan suka n yg ad kat ipg ni aktif tak
ReplyDeleteboleh. depends la, ikut IPG masing-masing. ada ipg yang aktif.
DeleteNak tanya bole tak saya nak jadi cikgu sekolah menengah ataupun pensyarah selepas IPG ni
ReplyDeleteBoleh. Sambung master.
DeleteAssalam cikgu saya pelajar SPM TAHUN 2018 nak masuk ipg untuk tahun 2019...jadi saya nak tanya cuma saya risau takut takde peluang pekerjaan la bila masuk ipg ni...ataupun mmg confirm dapat jadi cikgu..oleh itu apa pendapat cikgu syed..
ReplyDeleteWslam, jangan takut dik. memang confirm jadi cikgu.
Deleteaslkm..my daughter got called to sit for the UKCG on 8/4...she applied via SMA result with the intention of becoming an ustazah teaching Islamic subjects..here are some questions tht I m not tht clear:
ReplyDelete1. Is the fitness test b conducted on the same day as the UKCG?
2. If the chosen field is pendidikan islam, will there be any BM, BI n math questions included?
3. What language will be used during the interview?
4. It is mentioned tht for those applying for Pendidikan Islam, there will be some kind of practical test for the candidate. Can Cikgu Syed elaborate abt this.
Currently my daughter is taking STAM. At the same time, I asked her to apply for IPG. If she is offered to join IPG, it will be a dillema for her: STAM or IPG. What is ur opinion of this?
Waalaikumussalam, ok I’ll try fo enlighten you a bit
Delete1) Yes, usually fitness test would be conducted on the same day you’re having UKCG. It’s a part of the test also. First, candidates need to sit for the psychometric test (to check whether you fit into the profession or not). Then, they would be having their fitness test. If they pass the tests, they will be shortlisted for an interview
2) What do you mean? Is it questions during the interview? I don’t think so. They would ask questions related to the course that candidates have chosen
3) Depends of the course. Based on my experience, they conducted the interview in English when I was sitting for it. As for Islamic Studies, maybe they would be using Arabic? or maybe they would ask candidates to read the Quran? Idk I’m not sure of this too but whatever it is, always be prepared for anything related to the course chosen
4) As what I’ve mentioned above, the practical test maybe is the form of reading Quran, demonstrating how to teach tajwid in classroom. It could be any form of assessment they want. As for me, the interviewer asked me to demonstrate on how to teach grammar to Year 3 class. Some were asked tk sing and dance. Depends.
If she’s really into becoming a teacher, I would suggest your daughter to enroll into IPG because it’s secured. STAM is fine but after your daughter completed her STAM, she would enter IPTA and most likely would enter UPSI (since UPSI offered a lot of degree in education). However, the road isn’t that easy of becoming a teacher. Some need to wait until 3 to 4 years to be posted. Some didn’t even get their posting. That’s why I strongly suggest her to enter IPG since students will be given allowance and the fee is sponsored by the gov. I hope it helps you and your daughter a bit. 😊
nak tanya , skrg ni msa pngajian dia 5 tahun lg la?
ReplyDeleteYes, still five years.
DeleteNak tanye, ape yg cikgu belajar sewaktu nak ambik exam perguruan?
ReplyDeleteTak payah belajar apa pun. Exam tu more on nak tahu kita sesuai atau tak nak jadi cikgu.
DeleteOh my.. 8/4 ni ada ukcg huhuhu takutnya. Apapun, thank you for the informations ya cikgu! 😊
ReplyDeleteGood luck! inshaAllah you can do it :)
DeleteCikgu syed masa UKCG tu kene bawa sijil-sijil penghargaan dan penyertaan ke? Sbb saya dpt surat tawaran dia suruh bawa salinan surat akuan dan surat tawaran sahaja.
ReplyDeleteTak payah bawa. ITu semua bawa masa interview nanti ja.
DeleteCikgu , saya nak tanya jika kita belajar dia ipg then keluar kita nak kerja lain boleh ke ? Contoh guna sijil degree situ untuk apply polis . Saya buntu , cita cita saya ingin menjadi pegawai polis dan dalam masa yg sama saya dapat tawaran ke ipg . Jadi boleh ke kalau saya sambung belajar situ , dan keluar kerja lain ? Atau kita akan terikat dgn kerja guru ?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya sikit.
ReplyDeleteSaya dapat interview ipg untuk subjek pendidikan islam and ada interview,amali and ujian kecergasan fizikal. Untuk amali tu biasanya kena buat apa ja ye?
Untuk interview amali macam mana ye?
ReplyDeleteSaya nak bertanya Cikgu Syed surat akuan calon untuk ukf di situ ada tandatangan calon , saksi 1: ibu bapa/penjaga , Saksi 2: Penilai . Jadi saya nak tanya penilai itu patut disahkan oleh cop sekolah atau pihak ipg . Tolong Cikgu Syed jelaskan ... saya keliru
ReplyDeleteAssalamualaikum ckgu. Maaf bertanya apa ada eluang ke untuk yg sudah berumur 26 tahun tapi nak apply ipg . Tapi bila cari info di ipg takde jumpa pula yg berkaitan. Ke dah terlambat ya ckgu, sy tak jumpa pun flow untuk jd ckgu bila dah lebih usia 20 tahun dan keatas . Harap ckgu boleh explain a little bit . Thank you in advance.
Deleteassalamualaikum nak tanya nie lepas habis belajar kat ipg n dh kerja lepas tu boleh sambung master and phd tak? because saya nak pensyarah. nie sekadar pertanyaan. saya nak jadi pensyarah yang mengajar kat ipg or uni...
ReplyDeleteSaya baru lepas temuduga untuk ipg 2019,tahun ini ada pertukaran sikit.First interview,ada ujian bertulis ukcg sahaja.Bila dah lepas ujian bertulis ukcg...baru anda layak untuk menduduki ujian fizikal dan interview yang ada penemuduga tu.Alhamdulillah saya dah lepas semua tu,sekarang hanya tunggu result je hujung bulan ni...Doakan saya ye,saya mohon kos bahasa melayu😊
ReplyDelete