ASSALAMUALAIKUM AND HELLO!
Pada 1 Disember 2018 bersamaan dengan hari Sabtu, Seorang Syed telah dijemput oleh pihak AnCasa hotels & Resorts bagi menjayakan program Ancasa Junior Chef 2018. Untuk pengetahuan semua, program ini sudah menjadi satu tradisi ketika menjelangnya cuti persekolahan. Tahun ini merupakan tahun ke-8 penganjuran Ancasa Junior Chef dengan kerjasama ADABI bagi memupuk budaya minat memasak dalam diri anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi.
Program ini menyasarkan kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun bertepatan dengan perumpamaan melayu iaitu "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Pada peringkat umur begini, kanak-kanak mudah untuk menerima tunjuk ajar dan pada masa yang sama dapat membantu membentuk jati diri yang positif dalam diri mereka.
Sebelum memulakan aktiviti memasak, chef-chef cilik ini turut dipastikan agar sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan diri
Program yang ditunggu-tunggu oleh warga Pekan ini menyaksikan chef-chef cilik beraksi mempamerkan kreativiti mereka dalam menyediakan menu yang ringkas lagi berkhasiat iaitu "Chicken Spaghetti Carbonara" serta membuat dekorasi kek sambil dibantu oleh chef-chef Ancasa Royale Pekan Pahang. Pada masa yang sama, chef-chef cilik diberikan pendedahan tentang penyediaan makanan sihat dan seimbang bertepatan dengan menu yang disediakan kali ini.
Terlebih dahulu, chef AnCasa menunjukkan demonstrasi cara-cara memasak Spaghetti
Sebelum mula tu pun aku macam dah excited jugaklah nak tengok kehebatan adik-adik ni beraksi. Bukan apa, aku tengok budak-budak tu macam dah tak sabar semacam nak memasak. Masing-masing duk tengok bahan-bahan yang telah disediakan tu. Lepastu aku bayangkan budak-budak ni macam budak-budak yang aku ajar dekat sekolah tu ja haha.
Ya Allah kalau kau ada dekat situ waktu tu, terus automatik kau rasa lapar. Dah la dengan bau cheese lepastu tumis-tumis bawang putih apa semua memang sedap weh bau dia! Lepastu pulak ingredients yang pihak hotel ni sediakan bukan yang cikai-cikai tau. Kita tengok pun dah tahu dah kesegaran ramuan tu.
Usai sahaja mereka memasak spaghetti, majlis diteruskan lagi dengan aktiviti menghias cupcake. Yang atas ni antara contoh bagaimana hendak menghias cupcake. Aktiviti ini juga sangat menyeronokkan kerana chef-chef cilik kita dapat merasai sendiri bagaimana untuk menghias cupcake dengan cantik dan menarik.
Menurut Encik Baharin Baharudin, Pengurus Besar AnCasa Royale, Pekan Pahang, 'Ancasa Junior Chef' adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak bagi memanfaatkan cuti persekolahan dengan mengikut aktiviti memasak dalam suasana yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan. Daripada program ini, ibu bapa juga secara tidak langsung dapat mewujudkan 'family bonding'. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang! Tahniah AnCasa Royale Pekan di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.

These are the ingredients needed and the kids have the authority to choose anything that they wanted to put in their menu :')
Setelah selesai dengan menu pertama, chef-chef cilik kita meneruskan aktiviti seterusnya iaitu menghias cupcake! Part ni aku macam excited jugak sebab aku suka tengok hasil budak-budak especially when it comes to art.
SESSION 2 : DECORATING CUPCAKE
Usai sahaja mereka memasak spaghetti, majlis diteruskan lagi dengan aktiviti menghias cupcake. Yang atas ni antara contoh bagaimana hendak menghias cupcake. Aktiviti ini juga sangat menyeronokkan kerana chef-chef cilik kita dapat merasai sendiri bagaimana untuk menghias cupcake dengan cantik dan menarik.
Terlebih dahulu, adik-adik telah diberikan tunjuk ajar sebelum memulakan aktiviti oleh chef AnCasa sendiri. Mereka kelihatan sangat teruja dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri
Setelah berakhirnya aktiviti dekorasi cupcake, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata kepada semua chef-chef cilik dan juga sesi fotografi
Sebagai penghargaan kepada para peserta, pihak penganjur juga menyediakan lampiran resipi, apron dan topi chef serta hamper sumbangan dari pihak ADABI kepada kanak-kanak ini. Sijil penyertaan turut diberikan pada akhir program ini.
Selain dari Program Junior Chef, Ancasa Royale Pekan menampilkan kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menganjurkan program Zumba bersama coach Zana, Karnival Makanan serta "inflatable bouncer" untuk kanak-kanak. Lebih menarik lagi, program derma darah serta pemeriksaan kesihatan secara percuma dengan kerjasama Hospital Daerah dan Jabatan Kesihatan Daerah Pekan turut diadakan bagi memberikan pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan kepada orang ramai yang hadir dan seterusnya memeriahkan lagi program Ancasa Junior Chef.
Menurut Encik Baharin Baharudin, Pengurus Besar AnCasa Royale, Pekan Pahang, 'Ancasa Junior Chef' adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak bagi memanfaatkan cuti persekolahan dengan mengikut aktiviti memasak dalam suasana yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan. Daripada program ini, ibu bapa juga secara tidak langsung dapat mewujudkan 'family bonding'. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang! Tahniah AnCasa Royale Pekan di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.
MENGENAI ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANGAnCasa Royale Pekan, Pahang merupakan sebahagian daripada rangkaian AnCasa Hotel & Resorts yang juga mempunyai hotel dan resort yang terletak di Kuala Lumpur, Port Dickson & Kuala Terengganu. Ia juga merupakan rangkaian hospitaliti yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 09-4246600 atau layari laman web www.ancasahotels.com untuk mendapatkan kadar yang terbaik!