Salam and Hi! dear readers,
Aku yakin ramai di antara kita ni menghadapi kesukaran untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Terutamanya dengan mereka yang kita tidak kenali ataupun yang jarang sekali kita bertegur sapa. Tak dinafikan ada diantara kita ni memang jenis yang "introvert". Mereka yang introvert ni lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan sukar untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Lebih teruk lagi kalau memang dia takda tunjuk minat pun nak berbual dengan kita dan hanya jawab sepatah bila kita tanya dia soalan.
Bagi aku, aku ni bukanlah seorang yang introvert sangat pun. Tapi memang aku lebih prefer kalau orang yang initiate conversation dulu dengan aku hahaha. Antara sebabnya ialah sebab aku rasa tak confident nak mulakan perbualan dengan orang lain. Bila nak tegur tu kadang-kadang ada perasaan takut tak dilayan, hambar dan juga takut tak kena dengan mood seseorang tu. Bila berhadapan dengan orang yang baru pula, aku memang akan senyum macamtu sahaja. Kalau aku rasa dia menarik dan mudah didekati so aku akan initiate conversation. Lagi satu, kalau aku rasa waktu tu macam sunyi dan boleh dengar bunyi cengkerik tambahan pula orang tu masih tak tegur aku, aku tahu aku kena mulakan perbualan. Siapa je yang suka duduk dalam situasi yang "awkward" kan?.
Entry kali ini aku nak berkongsi tips macam mana nak mulakan perbualan dengan orang lain. Tips ni mengikut apa yang aku selalu praktikkan dalam kehidupan seharian. Kalau kau rasa benda tu relevan dan boleh diambil sebagai contoh, teruskan. Kalau rasa macam tak berguna sahaja cara aku ni, maybe you can suggest me a better way? :) . Berikut merupakan 5 cara untuk memulakan perbualan dengan orang lain.
#1 START WITH SOMETHING BASIC
Perkara pertama sekali yang penting untuk kita memulakan perbualan ialah dengan menyapa orang tersebut dengan "Hi, Good Morning" ataupun dengan senyuman semanis gula. Who knows a simple "Hi" may lead to many beautiful things? Selain daripada itu, anda juga boleh mulakan perbualan dengan bertanya khabar seperti contoh "Okay tak harini?" "Macam lama tak jumpa kau, kau kerja mana sekarang?" "Amboi, makin bergaya pula kau ni sekarang". Yang last tu boleh apply untuk tarik minat orang bercakap dengan kita. Bila dah puji sikit-sikit tu mesti mood dia baik, lepastu boleh la proceed kepada topik yang seterusnya. It's important to get their attention and interest.
#2 TAHU DIA PUNYA MINAT
Pada pendapat aku, kalau kita nak ada conversation yang bagus, mesti kita kena tahu minat seseorang tu. Takkanlah dia minat main bola tapi kita ajak bersembang pasal masak-masak. Mesti jadi awkward dan tak menarik hahaha. Ini memang merupakan satu masalah bagi aku. Kalau takda minat yang sama aku akan banyak diam dan tak tahu nak cakap apa. Unless kalau orang tu tanya pasal aku, dan kalau soalan dia tu menarik bolehlah aku cerita panjang lebar dan buat conversation tu menarik. Kadang-kadang walupun minat tu tak sama, tapi kita boleh tunjuk yang kita berminat nak tahu lebih lanjut tentang minat dia tu. So, get them to tell their grandfather stories to you. Ikut sahaja rentak dia, kalau dia memang jenis yang minat bercerita, okay lah.
#3 CAKAP MENGENAI ISU SEMASA
Benda ni selalu terjadi kalau kau dengan strangers. Kau tak tahu background dia, tak tahu nama dia and tak tahu minat dia. Pendek kata, semuanya pasal dia kau tak tahu. Commonly kau akan hadapi situasi ni bila kau naik Uber atau Grab Car sebagai contoh. Aku tak boleh duduk diam sebelah driver without any conversation. So, here's the trick. Boleh la mula tanya dia macam mana pengalaman bawa uber ni? customer ramai yang pelik-pelik tak? Nak tanya pasal income pun boleh. tapi tengok la kalau orang tu berminat nak cerita. Kena ikut situasi juga. Banyak actually benda yang korang boleh belajar daripada pemandu-pemandu uber ataupun teksi ni. Sebabnya diorang dah jumpa with many kinds of people jadi banyak isu semasa yang diorang boleh kongsikan dengan kau. Aku ada naik teksi dulu, lepas dia dapat tahu aku ni bakal cikgu terus dia share pandangan dia tentang perguruan and isu-isu pendidikan yang berlaku. Surprisingly, he knows a lot!
#4 ELAKKAN SYOK SENDIRI
Aku paling pantang sekali bila orang syok sendiri ni. Syok sendiri dekat sini bererti, kalau bercerita tu nak cerita pasal dia sahaja. Habis dari awal sampai habis nak bagitahu yang dia sahaja yang bagus, dia sahaja yang boleh buat semua benda. Dia ingat dia nak melobi untuk jawatan Perdana Menteri ke apa? Tak salah nak introduce diri kita bila approach orang, tapi pastikan kita ni tak syok sendiri. Meaning, kena bagi equal opportunity for everyone to speak. Macam mana nak bagi sesuatu conversation tu effective kalau sebelah pihak sahaja yang mendominasi? orang pun tak nak layan lama-lama.
#5 CARI MASA YANG SESUAI
Sebelum memulakan perbualan dengan orang lain, pastikan kita tahu bila masa yang sesuai untuk kita approach dia. Kalau kita tegur dia, tapi dia nak tak nak sahaja layan, mungkin mood dia tak baik waktu tu. Kalau kau rasa kau mampu untuk buat mood dia baik, teruskan. Kalau kau rasa dia perlukan space untuk dia berseorangan, excuse yourself. Mungkin kau boleh tanya 2 3 soalan dulu untuk tahu respon dia. Kalau kau rasa sesuai then boleh teruskan dengan sesi story telling. Eh hahaha. Kena pandai baca riak muka orang dan juga respon yang dia bagi.
APA KATA NETIZENSAku sempat juga membuat kajian dekat twitter, dengan bertanyakan pendapat masing-masing tentang macam mana diorang ni approach orang lain? so here's the replies.
Mostly ramai yang akan start conversation diorang dengan something yang basic seperti Hi, how are you, how was your day and things like that. Lepastu kalau orang tu just jawab sepatah, ada cara dia macam mana kita nak tackle dia and reply (boleh rujuk gambar di atas). Bagi aku cadangan yang diorang bagi ni semua merupakan satu contoh yang bagus. Kalau aku, orang jawab sepatah ni aku akan tanya balik "balas tu je ke?" ataupun "ohhhhh okay". Kalau aku rasa nak panjangkan conversation tu baru aku usaha sikit nak reply lain hahahaha. Thanks guys for your opinions :)
Bagi Bella Zahir, dia akan mulakan conversation dia pasal makanan hahaha. Katanya topik pasal makanan ni topik yang paling berkesan sekali untuk memulakan conversation. Siapa je tak suka makan weh? Semua orang suka makan! lepastu korang mungkin boleh kongsi resipi atau buat partner food hunting ke kan. bagus juga idea ni.
KONKLUSI
Apa-apa pun ia bergantung kepada diri anda sendiri. Kalau anda rasa lebih selesa untuk menggunakan cara anda sendiri, why not? Aku kat sini hanya bagi cadangan sahaja and aku sendiri pun tulis untuk peringatan aku sendiri. Mana tahu since dah lama mengangur tak jumpa orang luar ni tiba-tiba aku tak reti nak bercakap, so nanti aku boleh refer blog aku sendiri hahahaha okay. Harap tips yang aku kongsikan ni sedikit sebanyak membantu anda untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Terima kasih :)
Cuba buat lawak hambar. Kalau respon tak bagus tu, sila zip mulut anda. Hahahahahahahaha tips tak berapa nak bernas, tapi nak bagi tips jugak. :'D
ReplyDeletehahaha syed memang selalu buat lawak hambar ni. takpa, boleh consider lagi ni kah2.
DeleteHii. Siqah susah juga nak mulakan perbualan dengan orang tak dikenali secara berdepan. If kat alam maya, senang je. Maybe sebab tak bertentang mata kot 😅😅
ReplyDeleteaah kannn. kalau dekat alam maya memang senang hahaha betul tu sebab tak perlu bertentang mata semua.
DeleteThanks Syed for the tips. InshaALLAh, esok akak akn berjumpa dengan seorang blogger ni. Yang selalu singgah di blog akak dan kami banyak bertukar-tukar komentar. Wahh gituhhh! HAHAH! boleh lah akak applikasi kan nya. Hehehe. Anyways, part UBER or GRAB tuh interesting kan? few times I met with wonderful UBER/GRAB drivers. And yes! its was so amazing bile dengar cerita pasal derang. Background, experiences. Lebih2 lagi bila all drivers is Chinese / Indian. Seronok dengar derang cerita. :)
ReplyDeleteyou're welcome kak. takpa kak kalau geng2 blogger ni senang ja sebab kita banyak modal nak disembangkan hehehe. interesting sebab diorang punya background and knowledge pun banyak, kadang2 bukan calang2 punya orang sebab tu enjoy dengar diorang bercerita.
Deletethanks for sharing...
ReplyDeleteyou're welcome :)
DeleteByla pun jenis susah nak mulakan permulaan. Sebab takut hambar dan krik krik, hahaha. Malu seyhhhh. Apa-apa pun thanks for sharing syed :)
ReplyDeletehaaaa kan byla. sama la kita hahaha tapi kalau dah terpaksa tu boleh ja hahaha.
DeleteKak ana selalu guna syafi untuk mulakan conversation. Sebabnya org akan senyum2 dekat syafi so kak ana akan suruh syafi say hi/hello. Then baru kak ana masuk line. Hehe.
ReplyDeleteohhhhh trick yang bagus juga tu kak ana. nampak la seorang yang opportunist! hehehe.
Deletenak tahu tak? elsa nie pemalu bila nak tegur orang dahulu. tapi dari segi pandangan orang lain, diorang anggap elsa sombong. sebabnya ramai yang kata elsa dah pandang seseorang tu tapi elsa tak senyum. eee takkan diorang tak tahu yang elsa perlukan cermin mata untuk melihat? elsa rabun tau! hahaha. so memang elsa jarang bertegur dengan orang dulu melainkan dia tegur elsa, selalunya akan tanya "hai, boleh berkenalan?" emmmmm
ReplyDeletesinggah isi tabung pibg :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/tahun-pertama-terima-br1m.html
hahahaha elsa rabun ke? alaaa diorang ni pun satu takkan la tak tahu and kalau nampak orang kenapa tak mula tegur dulu kan? takpa nanti kena banyakkan jumpa orang baru. baru kita boleh mahir skill nak approach org ni hehe.
Deletewahhh thanks for the tips!
ReplyDeleteBV susah nak start conversation ngan orang sebab taktau nak bukak topik apa XD
you're welcome. itulah salah satu puncanya hahaha so kena cari juga apa yang dia minat atau benda-benda yang menarik untuk diperbincangkan.
DeleteSukalah dengan post ni Syed ada ciri psycho sikit. Akak pula kurang mesra dengan org baru kenal.. tegur gitu2 jer. Jadi x akan berlaku perkenalan singkat. Akak ambil masa sikit sampai boleh baca character org itu baru start tegur.. Kalau ada yg x kena mesti langsung x mesra.. Kalau ada chemistry memang terus ngam..😄
ReplyDeletehaha psycho la sanat kak. ohhhhh macamtu eh kak, saya ok je dengan perkenalan yang singkat kalau dua-dua boleh masuk and ada chemistry. kalau tak masuk tu memang tegur gitu2 jelah hahaha.
DeleteCharyed Puth
ReplyDeletelol yang tu dia nampak dulu haha
DeleteCakap yg syok sendiri tu yg paling membuat kawan boring
ReplyDeleteYelah asyik dia aje yg nak cakap..
kannn kak. memang bosan kalau jenis macamtu haha.
Deletehihiih, kite pun tk reti camner nak mulakan perbualan, tambah2 dgn org yang 'senyap' juga, kalau rajin, kite mulakan dulu, kalau malas, senyap, senyap dan terus senyap....aduhai..rimas kan! last2 kite jugak kena start dulu....tapi biasanya kite buat yang no 2# tu, borak pasl minat dia. contoh : eh... semlm dgr2 awk join bla bla bla...bagus eh..eh..best eh... terus dia pun bukak citer tentang itu..hahhaha....
ReplyDeleteKannnn, rasa macam malas nak fikir topik apa nak dibualkan hahaha. Tapi saya pun selalu gunakan yang no #2 tu hehe. kalau dia minat game, sembang la pasal game.
Deletekalau sye memang bukan jenis yg mulakan perbualan, tapi, kalau org mulakan perbualan tu, tgk la sye x berhenti cakap la nanti. hehehe. malu2 taik kucing namanya tu
ReplyDeletehahahahaha macamtu eh. lebih kurang la, saya pun bila dah kenal memang banyak cakap.
Deleteterbaik tips ni syed.. akak pown jenis penyegan jugak kalau nak bertegur sapa ni... kat alam maya jerk mesra sebab x perlu berdepan kan.. hehehe
ReplyDeletehahahaha malu-malu kucing kan kak hehe terima kasih :)
Deleteyg pntg jgn terlbh atau terkurg..huhuh
ReplyDeleteyesss betul tu yui. lebih cakap pun tak boleh, kurang pun tak elok juga hehe.
Deletesy..bergantung pd keadaan... tp apa2 pun kita mulakan dgn senyuman. kalu dibalas maknanya bg sy dia sudi utk berbual. kalu x maknanya dia mmg x de mood nk berbual
ReplyDeletehaah betul tu anies. kena tengok mood orang juga kan. kalau kita senyum pun tak dibalas means ada la benda tak kena tu.
Deletebagus tip ni. Akak pun jenis tak tau nak cakap apa
ReplyDeletehehehe terima kasih kak. samalah saya pun kadang-kadang haha.
DeleteSally ni mesin soalan...hahahha..ade je benda yang nak tanya kat org..kadang mmg ade yg spesis tak-nak-jawab-soalan-kau punya org...tapi ade mood mmg sally suka diam je..hahahha
ReplyDeletehahahah best kalau bersembang dengan jenis yang mesin soalan ni. banyak topik yang boleh dikupas hehe tapi kadang2 ikut mood juga kan.
Deletebagus tips ni.. sy pun bukannya jenis yang tau nak cakap apa sangat. Yang tau hanya senyum hehe
ReplyDeleteTerima kasih, harap dapat membantu haha.
DeleteNice sharing ! Tips ke - 4 tu selalu berlaku kot . Sebab macam kita je nak berbual dengan dia dengan girangnya . Hahaha . Btw , saya follow blog cikgu . Salam perkenalan :)
ReplyDeletehahaha itulah tapi takut juga kalau dia macam dah bosan dan tak berminat nak dengar lama-lama tu. Terima kasih dan salam perkenalan juga :)
DeleteBagus jugak tip ni.. kak wani memang jenis yang nak suka mulakan perbualan ..tapi tengok air muka orang tu jugak kalo masam mencuka. Macam nak tak nak jer, ok kita senyappppppp.. no action , tapi tak tahulah dalam dunia blogging ni boleh lah sembang sempoi macam ni.. tak boleh nak bayang kalo nak jumpa reality macam mana.. haaa
ReplyDeletehahaha samalah kita kak. saya kalau dalam media sosial ni memang banyak cakap tapi kalau depan2 pemalu juga orangnya hehe.
DeletePart yang last tu memang betol..
ReplyDeleteKalau mulakan dengan makanan memang perbualan tu boleh jadi sangat panjang.. jarang ada manusia yang tak suka sembang pasal makan.. hehehe.. pastu tempat makan.. memang menjadi topik hangat lah..
hahahaha saya pernah sembang pasal makanan sampai sejam kot. tapi dengan orang yang dah kenal la. sambil tengok2 gambar makanan dekat google kot kah2.
Deleteaina dulu jenis yang kena org lain mulakan dulu juga. tapi skrg dah mula slow2 tegur dulu org tu. kecuali kalau time memang xde mood nk tegur org, yg tu memang buat dek lah jawabnya. btw nice tips ni
ReplyDeleteyeahhh sama lah kita. makin lama makin belajar cara nak communicate dengan orang bila dah jumpa dgn ramai orang. Thanks hehe :)
DeleteKalu pemalu tahap gaban, macam mana pulak? hahaha..
ReplyDeleteseorang sharifah...
kalau pemalu tahap gaban kena duduk dalam almari je lah tutup muka. ha macamtu haha. ehhh hai seorang sharifah
DeleteDepends pada situasilah kot. Kalau plg formal memang tanya nama je. Kalau tak, tanya je apa2 yg berkaitan pada masa tuu. Haha
ReplyDeletehahaha yeah betul tu. tapi kalau tak boleh masuk dengan orang tu, lepas tanya nama ja dah stop there.
Deletehahaha kan itulah. kadang-kadang kita ni nak cepat tapi semacam ja ajak borak sampai esok pagi hehe.
ReplyDeletenice sharing ... ... ...
ReplyDeletehahahaha siot kau "nice-sharing" kan aku.
Deletekauu balas dendamm nampakkkk. hahaha panjangg kottt essei blog hangg. sama macam blog cik epal lahhh... tak dan aku nak baca , aku tolong tambah comment je kim. haha ... rajinn ooo kau taip panjang2.. essei blog kau dah boleh koyak dua jadi 2 posts.
Deletehang waktu exam dulu, mesti pandai mengoreng kan kim... untung kalau pandai goreng2 ni. haha
Deletehahahahaha aku tak balas lagi kau tambah kan. Aku memang hebat menggoreng2 ni. kadang-kadang tu content sikit ja tapi muqaddimah dia panjang betul (nak cover tak banyak membaca punya pasal kah2)
DeleteMulakan topik dengan makanan tu boleh di-relate balik dengan point #2 haha.
ReplyDeleteNice tips syed!
yeahhhh boleh juga tu hehe. thanks :)
Deletenice tips syed. tapi for me it's better that people approach me first ahahahha. seriously takdak konfiden langsung nak approach orang hee
ReplyDeletehaha it's okay. lain orang lain pendekatan dia kan?
DeleteGood tips ...
ReplyDeleteKalau mrs pip, selalunya mulakan dgn senyuman..
Then say Hi ...
Kalau org tu respon baik,then baru start dgn conversation....
Kalau org tak respon, senyum and buat buat tengok HP, hehe.
thanks hehehe yang senyum and buat-buat tengok HP tu mesti awkward haha.
DeleteTips yang bagus terutama bagi orang yang pemalu.
ReplyDeletehehehe thanks WP :)
Deletelawak hambar tweet tu.. lama tak buka. hehe. jenis sepisis org sembang bru ckp, kalau tak memang diam memanjang. haha. bkn sombong
ReplyDeletekannnn, nak buat macam mana kalau kita dah memang macamtu hehe. cuma kadang2 kita initiate juga la kalau org diam sangat.
Deletekadang memang malu juga untuk memulai percakapan, tapi yang paling banyak disentuh adalah perbuakan semasa, lebih senang nak ajak bersembang.
ReplyDeleteYuppp betul tu, ikut keadaan semasa kan lebih mudah kadang2 hehe.
Deletesaya pendiam, hahaha
ReplyDeletehaha ni boleh komen ni maknanya tak cukup diam lah. Eh.
DeleteWahhh..terbaiklah tips ni
ReplyDeleteThanks Lya :)
Deletetengok sape yg kita nak tegur dan berada di mana...kalau berada di stesen...boleh jer..mula..hi...nak pergi mana... atau citer pasal cuaca...itu kebiasaan yg akak buat la..
ReplyDeleteYes kak, saya pun selalu buat2 tegur macamtu ja. depends kepada situasi kan :)
DeleteCmne cara nak mintak nombor seseorang tu ye klau kt stesen?
DeleteCmne nak mintak nmbr dia....
DeleteSusah jugak nak menyembang yek Syed .... tp kalau pompuan sesama pompuan senang sikit. Cite masak jerlah kot hihi...
ReplyDeleteYelah kan nak menyembang kena tengok jugak mood org tu. Kang kita pulak yg bopeng dia tak layan.
hahaha kalau perempuan ni memang banyak topik yang nak disembangkan. pasal makeup pun boleh jadi. pasal baju pun boleh semua lah. Betul tu, yang penting kena tengok mood orang tu dulu hehe.
DeleteSaya pun tak tau nak mulakan macam mana sampaikan takde topik nk borak ..so senyap je la tp bosan xd teman bersembang
ReplyDeleteThanks for your information.l trust you can
ReplyDeletetq syed sharing tips. tak best la jadi introvert ni 😭😭 idea susah nak sampai masa sembang tpi lepas sembang tu baru fikir balik apa yang patut cakap 🥶
ReplyDeletePaling membantu :)
ReplyDeleteWow aku sorang jeke dari 2020
ReplyDeletekalau dia nmpk mcm sombong mcm mana ek nk start conversation? tgk muka dia je dh takut nk ajak borak sbb takut dia tak layan. dahlah saya ni bnyk ckp
ReplyDeleteassalamualaikum , hai.. erm kalau sy nak share/tanya @seorangsyed something kat sini boleh ke.. ? erm hehe 😅
ReplyDeleteMacam mana nak hilangkan rasa awkward dengan lelaki? To be honest, saya dan lelaki ni mcam ada barrier, and saya x boleh nak keluar dari barrier tu even though saya dh try.. dia jd lagi susah sebb saya ada masalah dgn lelaki.. n you know what, utk pengetahuan encik, saya ni pljr kejuruteraan n of course lelaki dan saya x boleh nak lari.. sbb setiap kelas akan ada lelaki.. n what should I do? I do really need your advice.. thank you
ReplyDeleteMacam mana nak hilangkan rasa awkward dengan lelaki? To be honest, saya dan lelaki ni mcam ada barrier, and saya x boleh nak keluar dari barrier tu even though saya dh try.. dia jd lagi susah sebb saya ada masalah dgn lelaki.. n you know what, utk pengetahuan encik, saya ni pljr kejuruteraan n of course lelaki dan saya x boleh nak lari.. sbb setiap kelas akan ada lelaki.. n what should I do? I do really need your advice.. thank you
ReplyDeleteTerima kasih atas tips yang sangat bermanfaat🥰
ReplyDelete