Friday, February 17, 2017

KENAPA BERAT UNTUK KITA KATAKAN "TIDAK"?

Kenapa Sukar untuk Katakan "TIDAK"

Aku merupakan salah seorang daripada seribu manusia yang susah untuk katakan "tidak". Aku tak tahu kenapa susah sangat nak cakap tak nak atau tak boleh dekat orang. Nak pula bila orang lain minta bantuan kita untuk tolong mereka. Kalau nak tolong karang, kita ada kerja lain juga dan kalau tak nak tolong pula nanti apa pula yang dikata. Most of the time I have this difficulty whether to say yes or no. Nampak mudah, tapi bagi sesetengah orang yang agak indecisive memang sangat susah nak decide. Aku rasa aku ni baik sangat kot, kalau boleh nak tolong semua orang hahaha (okay perasan). Itu pasal bila tak dapat tolong orang rasa macam bersalah sangat. Sebenarnya apa punca dan sebab kenapa kita susah sangat nak cakap "tidak" atau "no" bila orang minta tolong kita ni?

Pada pandangan aku sendiri, ada beberapa sebab kenapa susah nak cakap tidak dekat orang ni. Berikut merupakan sebab-sebab yang aku rasa relevan sekali bagi aku;
TIDAK MAHU MENGECEWAKAN ORANG
Salah satu sebab kenapa susah untuk kita katakan tidak dekat orang ni ialah sebab kita tak nak kecewakan orang. Aku sendiri tak suka bila orang cakap tidak atau tak nak bila aku ajak diorang semua pergi mana-mana. Bila aku sendiri tak suka benda tu, aku cuba sehabis baik untuk tidak berbuat perkara yang sama dekat orang lain. Memang kadang tu kita sendiri ada banyak kerja lain yang perlu disettlekan, tapi disebabkan taknak kecewakan orang lain dan juga atas dasar kesian, kita tolong juga dia. Bagus sebenarnya kita tolong orang lain ni, tetapi kalau sampai kita stress and kerja kita sendiri terganggu hanya kerana niat "menolong" orang lain tu, agak-agaknya bagus tak? Disebabkan aku selalu tak nak mengecewakan orang lain, aku selalu bersetuju untuk menolong. Depends pada benda yang diminta dan juga waktu haha. Tapi most of the time memang aku struggle sangat nak cakap "NO".  
TIDAK MAHU ADA KONFLIK
Dalam dunia ni siapa sahaja yang suka konflik? Serius tiada manusia di dunia ni yang mahu hidup dipenuhi konflik. Kita ni hidup dalam satu komuniti. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Orang yang kita kenal pun berlainan perangainya. That's the color of life: to deal with different type of people.  Salah satu sebab kenapa aku susah sangat nak cakap tidak kepada orang ialah sebab tak nak ada konflik. Aku tak suka kalau orang cakap belakang (memang  orang akan cakap belakang pun no matter what) tapi tak best la kalau sebab kita tak tolong dia atau tolak pelawaan dia, hubungan dengan dia jadi renggang. 

Kita sejak dari kecil lagi memang dah diajar untuk hormat orang yang lebih tua kan? Even di universiti atau sekolah pun kena respect dekat seniors. Berani tak kita nak kata "tidak" bila kita disuruh oleh senior untuk buat itu ini? Lagipun as a new comer, memang kita kena blendkan diri kita dengan orang-orang sekeliling kita. Maka, atas dasar hormat dan sebagai junior, kita pun takda pilihan lain untuk mengatakan tidak. Sebabnya kita tak nak bila kita tolak sesuatu tu, akan ada konflik lain pula yang tiba dikemudian hari. Ini bukan hal buli, buli tu lain cerita dia. 

Lagi satu, dalam psychology pun ada menyatakan bahawa manusia ni dia ada keperluan-keperluan yang perlu dia penuhi (Maslow's theory: hierarchy of needs). Salah satunya adalah untuk rasa "sense of belonging". Kadang-kadang kita tak nak tolong pun orang tu, tapi sebab nak rasa macam kita belong to the community, takpalah kita pun tolong dia (okay aku tak macam ni haha). Ni biasanya banyak berlaku dekat budak-budak sekolah. Budak sekolah kan banyak berpuak-puak, so untuk memenuhi syarat kerakyatan group tersebut, kau terpaksa juga buat benda tu even kau tak nak. Kalau tak nanti siapa nak kawan dengan kau, tak nak lah rasa loser takda kawan betul tak?
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN
Sejujurnya aku pun masih tak tahu macam mana nak mengatakan tidak in most polite way yang boleh orang terima. Tapi aku cadangkan salah satunya ialah bagi backup plan dekat dia. Contohnya kalau someone minta kita tolong hantarkan dia pergi KL sentral tapi pada masa yang sama, kita ada kelas. So, mungkin kita boleh minta maaf dekat dia cakap tak boleh hantarkan dia dan bagi nombor teksi atau call kan Uber untuk dia. At least walaupun kita tak dapat membantu dia, ada alternative lain yang boleh kita bagi. Takdalah kita rasa bersalah sangat sebab tak dapat bantu dia. 

Ikhlaskan diri. Sebaiknya, kalau kita memang tak boleh nak katakan tidak kepada orang lain, kita ikhlaskan diri kita dalam membantu dia. Memang susah nak ikhlaskan diri terutamanya bila kita tolong orang, tapi takda pun orang ucap "terima kasih" dekat kita. Kadang-kadang tak mengharapkan balasan apa-apa pun, cuma kalau orang cakap terima kasih ke apa at least rasa dihargai lah sikit. Walaubagaimanapun, aku percaya kalau kita ikhlas tolong orang dan mudahkan urusan orang lain, InshaAllah urusan kita Allah akan permudahkan
KESIMPULAN
Kita kena ada pendirian yang tetap. Kalau memang betul-betul kita sibuk dan tak dapat tolong, cakap terus maaf. Jangan bagi alasan macam "tengoklah dulu, boleh kot". Jangan. Kalau kau cakap macamtu dekat orang, seolah-olah kau menunjukkan yang kau boleh consider permintaan dia dan kau dah bagi harapan dekat dia. Macam bercinta jugalah. Kalau tak nak, terus cakap tak nak. jangan main tarik tali. Kesian dekat pihak yang menaruh harapan. Sekian saja untuk kali ini, terima kasih :)

57 comments :

  1. Part psychology tu, dah la baru lepas revise subject psychology, Syed pulak bagi ayat psycho, rasa macam.. Ya Allah psycho-nya... hahaha.. But well, I had a habit to say no jugak dulu.. Kalau lepak kl sentral, 2-3 org mintak sedekah, confirm org tu dapat sikit.. Tp bila hari-hari kena, slowly belajar to say no.. And now, ikut situation la.. Just kalau tak boleh, mmg directly no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. what a coincidence! hahaha, orang mintak sedekah tu memang syed tak bagi kadang2 (kalau ada duit lebih bagi la) tapi kesian dekat makcik yang jual kerepek tu. nak cakap taknak pun rasa bersalah. Tapi macam awak cakap, kena ikut situation la.

      Delete
  2. Betul, setuju sangat dgn post ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. betul tu kak, tapi nak buat keputusan tu banyak sangat benda fikir haha.

      Delete
  4. Dulu ssh jgk ckp "tidak" sbb tu la..kesian..haha penuh ngn belas ehsan tp sejak dh besar nie bru fhm yg hati kena sado.Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab orang selalu ambil kesempatan dekat kita. so from there kita tahu kita kena sado haha.

      Delete
  5. Backup plan tu bagus, at least ada juga pertolongan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tuan? walaupun tak dapat bantu banyak at least boleh bagi apa yg kita tahu.

      Delete
  6. Kak Ana lately ni baru ada kekuatan untuk kata tidak pada benda yang kak ana tak boleh nak buat atau bantu. Walaupun berat tapi dari beri harapan palsu kan. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan kak ana. Kadang-kadang memang terpaksa sebab kita pun berhak buat keputusan sendiri haha.

      Delete
  7. Salam perkenalan dari kak wani, tq sudi singgah blog akak ya.. ..:)

    Bagi k.wani la, suka lagi jika orang tu ucap terima kasih dekat kita, nampak macam dijargai sikit... budaya ucap terima kasih imasih kurang dipupuk dalam masyarakat kita nih... walaupun benda senang nak ucap pun susah nak buat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju akak. kita bukannya nak harap dapat hadiah ke apa bila kita tolong tu. at least ucap terima kasih pun dah cukup tapi malangnya still ada orang yang tak amalkan budaya ucap terima kasih ni.

      Delete
  8. Dayah depend dgn org jgak kot, kalau yang jenis memang tak berkira dengan dayah, dayah ok jer..susah la nak kata tidak dekat dia..tapi kalau yang jenis berkira dengan kita..haaa, masanya dayah nak kata tidak tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa sekarang ni syed cuba amalkan yang macam ni je senang haha.

      Delete
  9. aina hanya boleh cakap 'NO' kepada orang yang tidak kenal je. kalau kawan-kawan ke saudara mara susah sikit tapi tak ada lah sampai membebankan diri sendiri. selagi mampu kita on je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu aina. tapi kadang-kadang kesian juga bila nak cakap no tu huhu.

      Delete
  10. kena ada pendirian yang tegas.
    Itu pun kena belajar dari pengalaman dan situasi yang dialami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pakcik. saya rasa saya kena ada pendirian ni sebab kadang2 mudah sangat berubah sebab kesian hehe.

      Delete
  11. syed, pinjam $$$ seribu... jangan kata TIDAK tau!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak 1000 sen ada lah kak. 1000 ringgit takda.

      Delete
  12. Solution yang baik. Kalau kita tak dapat tolong dia secara berdepan, sekurangnya kita masih tetap berikan pertolongan dengan pendapat yang lain. ini selalu terjadi juga kat saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya masih cuba untuk membantu kan? daripada takda usaha langsung hehe.

      Delete
  13. Boleh jadi serba salah...cumanya kena berhati hati bila sukar untuk berkata tidak...kerana takut-takut ada yang cuba dan suka ambil kesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm itulah kak yg saya alami. selalu je orang ambil kesempatan.

      Delete
  14. tengok situasi la..kalau org jual barang..mcm noe laju jer...say "no"...tapi kalau org minta tolong...tengok la pertolongan mcm mana...kalau kita free ..ok la..tapi kalau dalam masa sama..kita ada hal...reject cara berhemah...n say sorry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan cara noe tu. tapi nak reject tu yang buat payah tu banyak benda fikir haha.

      Delete
  15. Tak faham betul dengan orang yang suka minta tolong, kita tolong banyak kali, then sekali tolak dia terus nak mengata dan berkonflik bagai, tak cool la macam tu.

    Mai sendiri sorang yang susah untuk say NO untuk permintaan orang, selagi boleh akan cuba, tapi sejak dah tua2 sikit ni semakin mengamalkan sikap LANTAKLER KOME SEMUA , so senang sikit nak cakap NO untuk perkara yang tak ikhlas or tak mampu nak buat tu, kekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan mai. syed pun dah mula amalkan sikap LANTAKLER KOME SEMUA macam mai. hidup lebih bahagia sekarang haha.

      Delete
  16. betul tu syed. busyra sndiri susah nak kata tak kalau untuk sesuatu benda. itulah masalahnya. huhu.. serba salah semua ada.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Syed,

    Saya pun sama, susah kata 'NO' sebab nak jaga hati orang.. Bila beberapa kali asyik terkena orang say 'NO' kat saya, masa tu kecewa yang amat. So enough is enough jangan jadi bodoh bisik dalam hati. Tetapkan pendirian dan mula kata 'TIDAK'. Lagi satu bila kita baik sangat tak berkira membantu orang ada yang mengambil kesempatan dan hilang respect pada kita.. Too much! Since then memang LZ berkira-kira sikit..

    By the way, nice sharing.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. setuju dengan akak, kadang-kadang bila kita baik sangat nanti orang pijak kepala and kadang2 bila kita tolong tu takda pun nak hargai ke apa kan.

      Delete
  18. hai..singgah sini sambil isi tabung..

    ReplyDelete
  19. samalah kita, ira pun payah sangat nak kata TIDAK bila diminta tolong atau something else. kalau malas macam mana sekalipun lepas tu sendiri rasa bersalah sebab tak tunaikan hasrat si peminta tu hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan, susah sangat nak menolak tu. kena ada pendirian yang kuat sikit lepas ni agaknya.

      Delete
  20. Same goes to me, susah betul nak cakap "tak", "taknak", "tak boleh". Haiihhh... Sampai kadang-kadang rasa kebaikan diri ni disalahguna pulak, orang suka pijak kepala. 😢💔

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fairuz, orang ni kalau kita baik sangat suka ambil kesempatan atas kebaikan kita kan.

      Delete
  21. Salam balas kunjungan..mmg betul agak susah utk mengatakan tidak demi menjadi hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tapi kena cuba juga atau orang akan ambil kesempatan nanti.

      Delete
  22. teringat pula kat sorg kwn ni yg x blh ckp 'tidak'. plg teruk, org minta tlg dia hntr dorg p satu tmpt, mnyk keta x ganti, bg sagu hati pon x. kalau dah berkali buat camtu, sakit jg hati. keta pakai mnyk, bkn air. tpaksa dia menempek dgn sy duaplohpatjam 😄 sy ni jenis mulut lepas sikit 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah jadinya, bila kita baik sangat kadang-kadang ada yang ambik kesempatan. agak-agakla sampai duit minyak tak bayar apa semua tu. geram juga kalau jadi dekat saya haha.

      Delete
    2. tulah, sy plak yg terlebih sakit hati dorg buat gitu kat kwn sy

      Delete
  23. Dulu-dulu masa memula kerja, akak memang buat cengginie.. tak pernah tolak untuk menolong walaupun payah tapi sekarang dah cerdik.. Ada masa kita boleh tolong, kita tolong.. Ada masa Lian kita kena dahulukan diri kita dan keluarga kita.. Mengatakan tidak bukanlah bererti kita nie jahat tapi menjaga diri kita.. Ada sesetengah manusia nie kadang-kadang suka mengambil kesempatan.. sebab tu kena jaga diri sendiri sebelum mengatakan ya pada orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan akak, betul apa yang akak cakap tu. Kita ni bila baik sangat selalu akan ada orang yang mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Jadi, apa-apa pun kita kena fikir dulu pasal diri kita kan? :)

      Delete
  24. We are in the same boat...sis juju pun agak payah nak say no...akan fikir pjg utk bg idea backup plan utk cara menolong mereka...org mcm ni agak susah nak minta pertolongan org tau...akak lebih selesa susahkan diri sendiri dari minta tlg org...rasa mcm menyusahkan org kalau selalu meminta kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh betul tu akak. time nak minta tolong orang banyak betul fikir. saya pun selagi boleh buat sendiri, saya cuba buat sendiri. Kalau keadaan betul2 terdesak dan terpaksa baru saya minta tolong orang. setuju dgn kak ju, sama betul kita hehe.

      Delete
  25. Memang susah nak cakap tidak. Lagi2 dekat orang yg mintak tolong dgn baik2 dan memang perlukan prtolongan. Cubalah semampu mungkin, tapi kalau tak mampu jgak terpaksalah cakap tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan fatihah. itulah yang saya buat setiap kali pun hehehe. tapi still rasa bersalah nak cakap tu.

      Delete
  26. semua org hadapi situasi yg sm... cuma... bla hadapinya, buat pertimbangan yg betul lbh2 lg kalu melibatkan agama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anies. terima kasih atas cadangan, boleh dipraktikkan hehe.

      Delete
  27. yes ! ju juga salah sorg yg susah nak cakap "TIDAK" tp lately ju cuba utk tetapkn pdirian & cuba belajar untuk menolak dgn cara baik utk mgelakkn krisis/konflik yg ju xingini. =D

    ReplyDelete
  28. Mmg sush nk ckp tidak dkt org yg mintak tlog dgn kita.sy pun ad rsa srba slah je sbb xleh nk tlong org tu.pdhal sy mmg niat nk sgt tlog dia.rsa ksian dan sdih pun ad sbb xleh tlong dia.agknya cara yg mcm mne ye untuk mnolak dgn baik?

    ReplyDelete