Tuesday, April 9, 2019

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENGINAP DI ANCASA ROYALE, PEKAN PAHANG


Assalamualaikum and Hi!

First of all aku nak ucapkan selamat bertemu kembali di blog bersawang seorang syed kepada semua peminat setia (lol feeling betul). Actually pada bulan Disember 2018, aku dengan keluarga telah melawat bandar diraja Pekan, Pahang. Aku memang plan nak tulis entry ni dah lama sebenarnya cuma kerana kekangan masa, dah terlajak ke tahun 2019 kahkah. Entry kali ini aku akan menulis tentang AnCasa Hotels & Resorts di Pekan

Untuk makluman semua, AnCasa merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Pekan. Pada pendapat aku, lokasi hotel ini sangat strategik especially buat warga kota yang ingin lari dari kesibukan bandar. Disebabkan Pekan bukan bandar besar seperti Kuantan, maka tempat dia sangat tenang dan tak sibuk. Dari segi kemudahan di hotel, overall memang terbaik. Dari staff hotel sampailah ke bilik semua memuaskan hati aku. Nak tahu apa yang menarik di AnCasa Hotel? Sila teruskan pembacaan anda! hehe.
1) BILIK YANG SANGAT BESAR, LUAS DAN SELESA

Okay first of all, bilik yang aku checked in ini ialah bilik standard ya (atau bilik yang paling murah dekat hotel ni). Bilik ni cuma provide 2 super single punya katil tapi seriously kalau kau tengok dia punya bilik memang besar. Kau nak bawa keluarga tidur pun aku rasa masih selesa sebab ruang bilik dia yang luas tu kau boleh minta extra bed kot. Katil tak payah cakap la memang super comfy and beside the bed kita ada sofa yang kau boleh lepak-lepak atau termenung disebalik jendela.

Lepas aku checked in haritu, aku ingatkan nak pergi keluar round Kuantan petang tu, tapi apakan daya. Disebabkan bilik ni selesa gila membuatkan aku macam malas nak keluar dari bilik. Lalu aku dengan keluarga aku pun berhuhuhu dalam bilik and keluar bandar Kuantan pada waktu malam.
2) LENGKAP DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN

Selain dari bilik yang besar gedabak ni, hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Wardrobe yang luas, coffee maker, fridge, ironing board semuanya disediakan. Senang cerita kalau kau perlu apa-apa, kau pusing-pusing sahaja dekat bilik tu InshaAllah kau akan jumpa semua benda. Bagi aku, aku sangat minat dengan the way they put all the things together. Dia punya susunan perabot dan barang-barang sangat teratur dan kemas. Kalau kau nak feeling-feeling orang kaya macam dalam drama TV3 pukul 7 malam tu, kau boleh la pakai bathrobe tu. By the time kau sarung ja bathrobe tu dekat badan kau, automatik terus orang panggil kau dato' atau datin. (hahaha okay over)

Ya, boleh panggil saya Dato' Syed. Boleh saya bantu?
3) BATHROOM YANG SANGAT CLASSY

To be honest, If aku stay dekat mana-mana hotel, masuk sahaja bilik tu perkara pertama yang aku akan tengok ialah toilet. Bagi aku keselesaan untuk menguruskan dan membersihkan diri tu sangat penting. Aku rela bayar lebih untuk dapatkan tandas yang luas dan selesa. Pernah sekali dua juga aku pergi hotel yang rating dia not bad tapi dekat dia punya toilet takda paip air tu. Aku memang stress lah bila nak membuang tu. Kena ulang alik pergi ke sink untuk tadah air lepastu baru cuci. SANGAT MENYUSAHKAN.

Tetapi di AnCasa, kau bukan sahaja dapat masuk bilik air yang luas tetapi lengkap dengan pelbagai peralatan. Walaupun aku hanya book untuk standard room, tapi still ada bath tub. Jarang ada hotel yang ada bath tub for standard room (yelah kau duduk hotel 4 bintang kot what do you expect?) Selain itu, water pressure dia pun kuat. Kenapa aku cakap bilik air dia classy? It's simply sebab bilik air rumah aku tak macamni haha and masuk tu kau rasa macam syok ah. Nak berendam lama-lama dalam bath tub pun selesa. Bilik shower dia pun siap ada pintu-pintu kaca lagi okay!


Disamping toilet yang bersih dan pengudaraan yang baik, AnCasa juga ada sediakan hair dryer (I think some hotels pun ada provide tapi aku nak tulis juga! haha). So takda masalah rambut berbau sebab tak sempat nak keringkan ya akak-akak dan ibu-ibu yang dikasihi sekalian :')
4) TEMPAT BERSANTAI YANG TERBAIK

AnCasa ni merupakan pilihan yang baik kalau kau nak spend time sama-sama dengan keluarga kau. Duduk dalam bilik pun rasa macam dah tak nak keluar dah. Semua lengkap dah ada dekat hotel tu. Aku suka dia punya swimming pool tu, besar dan very clean. Air dia tak berklorin aku rasa (sorry tak ingat sebab last year punya experience). Orang yang menjaga swimming pool tu sangat concern dengan kebersihan pool tu. Sebelum nak masuk swimming pool, make sure kau prepare swimming suit kalau tidak memang tak boleh masuk ya. Bukan apa, pakaian yang sesuai waktu kau buat aktiviti juga penting untuk keselamatan kau disamping untuk menjaga kualiti air kolam renang tersebut.

Oh yes! lagi satu, bilik dia ni memang banyak cermin. Jadi, kalau semua orang nak bersiap pada masa yang sama, don't worry. Aku rasa ada more than 4 mirrors kot dalam bilik tu. Dah la semua besar-besar haha memang puas hati la tengok muka sendiri yang handsome dan cantik tu hah.
5) MAKANAN YANG TERBAIK

Aku dah pergi banyak hotel diseluruh Malaysia and aku berpendapat bahawa makanan dekat AnCasa ni antara yang paling best aku pernah makan! Serious aku tak tipu. Kalau kau tak percaya, boleh cuba sendiri. Aku pun ada update banyak pasal makanan dekat AnCasa Pekan ni. Selain dari chef dia yang ramah (selalu bertegur waktu tengah ambil makanan). Makanan dia pun sangat banyak pilihan and yang penting sedap!


Ini antara juadah yang disediakan waktu sarapan pagi. Actually ada banyak lagi tapi ini jelah yang aku sempat tangkap sebab aku dah lapar so aku makan dulu waktu tu hehe. Roti-roti dia tu semua freshly made tau. Memang sedap and lembut! Aku tak ingat aku makan apa yang banyak waktu tu. Disebabkan tekak aku ni macam omputeh sikit, aku rasa aku makan chicken loaf tu banyak2 dengan cereals haha. Kalau nak lagi best, kau kena makan dinner dekat sini. Seriously aku tak rasa ada hotel yang boleh beat masakan dekat sini.

Kalau kau nak tahu, waktu bulan Ramadhan, biasanya hotel ni ada buat pakej buffet Ramadhan. Aku dah pergi beberapa kali and memang tak pernah mengecewakan! Every year ada keunikan dia yang tersendiri. Masakan-masakan kampung dan moden yang dimasak sangat kena dengan citarasa aku.
KESIMPULAN
Just in case kalau kau tak percaya apa yang aku tulis ni, you can read the reviews dekat booking.com. Mostly memang ramai yang berpuas hati dengan servis hotel ni and harga yang dikenakan pun sangat berpatutan.

Selain itu, boleh juga hubungi nombor di bawah untuk membuat tempahan

09-4246600
atau layari