Sunday, April 30, 2017

CARA DAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA DARIPADA GSC

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Assalamualaikum dan Hi!

Sekarang ni aku dalam fasa bermalas-malasan untuk update blog. Kalau kau dapat baca entry ni dekat blog, means aku dah berjaya melawan segala sifat malas yang bersarang dalam diri aku harini. Aku rasa mungkin kerisauan nak masuk ke alam pekerjaan yang membuatkan aku banyak berfikir. Antaranya ialah nak pack apa, dapat sekolah mana, nak sewa rumah mana and so on. Tapi yang menariknya, aku risau pasal banyak benda and aku tak settlekan apa-apa pun lagi padahal esok dah nak pergi Kuantan! haha. Itulah perangai Seorang Syed yang sebenar, sobs.

Entry kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk korang dapatkan tiket wayang percuma daripada GSC! Tolonglah excited! haha. Bila sebut sahaja barang free, siapa yang tak nak kan? Bila dapat merasa benda-benda free ni nikmat dia lain macam sikit. Contohnya kalau kawan belanja makan, makanan tu tiba-tiba rasa macam sedap daripada biasa. Kalau GSC bagi tiket movie pula, walaupun kau kecewa dengan movie yang kau tengok, takdalah rasa kecewa sangat BECAUSE IT'S FREE
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA
1) Daftar sebagai ahli GSC di [sini] 

2) Dah ada akaun senang lah nak beli tiket wayang secara online. Tak payah la kau nak beratur panjang-panjang especially during weekends. Berjanggut jugalah nak tunggu turn kau kan

3) Wait for your birthday

4) Chek your e-mail

Sebenarnya benda yang paling penting ialah yang ke-3 sahaja! hahaha (sebab kalau tak birthday kau, tak dapatlah tiket free). Untuk setiap ahli GSC, mereka akan memberi 2 tiket wayang percuma kepada korang yang mendaftar. Movies yang korang boleh tengok hanyalah movies yang bertanda (*) sahaja. Tapi banyak juga pilihan movies yang baru bukannya movies yang ketinggalan zaman. Aku tak tahu pun boleh dapat tiket wayang percuma bila daftar sebagai ahli GSC. Sampailah aku check email aku baru-baru ni,

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Bila baca sahaja email ni, memang excited habis lah! At least kalau kau seorang yang forever alone, takda orang nak celebrate birthday kau, this would be perfect. Dapat juga merasa hadiah daripada takda kan? (kenapa rasa macam loser sangat ni). Nasib baik aku tergerak hati nak check aku punya email, kalau tidak memang goodbye lah free tickets ni. Tempoh kau boleh redeem free tickets ni ialah sepanjang bulan kelahiran kau. Contohnya kalau kau lahir 12 April, kau boleh redeem sampai 30 April. Lama juga masa yang dia bagi untuk kau fikir nak tengok cerita apa, nak tengok dengan siapa dan so on. It's quite cool isn't it?
MOVIE PILIHAN SEORANG SYED?
Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

I went to GSC last Wednesday dan movie yang ada (*) waktu itu ialah Smurf sahaja! I don't really like to watch cartoon at cinema, but since it's free why not? Aku pergi cinema dengan cousin aku ya, bukan dengan awek okay sebab aku terlampau hot untuk diorang and they can't handle me hahaha padahal tak laku. Movie lain ada, tapi kena datang hari lain. Disebabkan aku malas nak ulang banyak kali pergi mall tu, so hadap sahaja apa yang ada.

Smurfs : The Lost Village

Bagi aku cerita ni best gila. Walaupun cerita kartun, tetapi banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagi aku ini bukan antara cerita kartun yang bosanlah. Aku suka idea dia dimana setiap smurf ni ada nama dia sendiri contohnya "Clumsy, Hefty, Brainy". Setiap nama itu melambangkan karakter smurf tu sendiri. Kalau smurf yang clumsy tu memang clumsy habis la rasa nak lempang pula kalau ada depan aku tu. Kalau Brainy pula memang antara smurf yang bijak, semua benda kena refer buku dan dia ada gadget (iaitu kumbang) yang boleh tangkap gambar. It's cool. Lastly, Hefty pula smurf yang sado, kuat dan berani unlike the other smurfs.

Cerita ini mengajar penonton untuk menerima sesiapa seadanya tak kisahlah background dia macam mana sekali pun. Kalau kau nak tahu, Smurf perempuan dalam cerita ni (Smurfette) merupakan smurf jadian yang dicipta oleh ahli sihir. Ahli sihir tu kira nak gunakan dia untuk menculik semua smurfs yang ada sebab dia tak jumpa lagi kampung smurfs ni dekat mana. Unfortunately, it doesn't work. Plan tu tak berhasil, walaupun dia dicipta oleh ahli sihir yang jahat. Apa yang penting ialah hati. She has a kind heart unlike her creator. Dia yang menyelamatkan semua smurfs yang ada. She even willing to sacrifice herself sebab dia percaya, benda yang berlaku tu semua berpunca daripada dia. Okay aku suka gila ending cerita ni :')

Nak tahu lebih lanjut? itu kau kena tengok sendiri lah sebab kalau ikut aku review nanti kau tak larat nak baca haha. Tak sia-sia aku pilih untuk tengok movie Smurf ni. Thanks GSC for the free tickets and happy birthday to you too! :)

Thursday, April 27, 2017

DAPAT HADIAH DARIPADA LAZADA

Dapat Hadiah Daripada Lazada Malaysia

Assalamualaikum dan hello! :)

Okay, harini akulah orang yang paling bahagia sekali dekat dunia ni. Siapa tak happy kan bila dapat hadiah? lagi-lagi bila hadiah yang kita dapat tu merupakan hadiah yang kita nak. Bukannya senang orang nak bagi hadiah dekat kita. Biasanya kita akan dapat hadiah daripada orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Mana ada total random strangers yang akan bagi kau hadiah (unless kau Siti Nurhaliza tak hairanlah). Kalau kau nobody macam aku, memang harapan la nak orang bagi kau hadiah. Kena ada partner lah dulu kot. Mana tahu pakwe/makwe kau nak buat surprise birthday naik  limousine. So, bila dapat hadiah daripada Lazada ni pun aku dah cukup bersyukur :')

Actually Lazada bukannya bagi hadiah randomly dekat aku pun hahaha padan muka kena tipu. Sebenarnya "hadiah" yang aku maksudkan ialah hasil daripada baucer shopping yang aku menang dekat lazada waktu Lazada Birthday Bloger Contest dulu. Sebenarnya dah lama dah dapat baucer RM150 tu. Tetapi disebabkan aku tiada online banking, aku terpaksa peram lama-lama baucer tu. Kebetulan pula waktu Minggu Amanah Saham dekat Temerloh baru-baru ni, Maybank ada buka booth. Aku terus buka akaun dan daftar Maybank2u dekat situ! Lepas ni memang kencang lah aku beli barang online.

Disebabkan aku bakal masuk ke sekolah pada 2 Mei ni, so sebelum bekerja better aku persiapkan apa yang patut. Bila fikir balik barang-barang yang aku takda, memang banyaklah. Antaranya ialah jam tangan. Dah lama sangat sebenarnya nak beli jam tangan tapi takda duit lagi nak beli (sobs). Kebetulan pula ada baucer Lazada ni, memang senang lah kerja aku. Semalam aku mula survey jam-jam tangan yang menarik untuk dibeli di Lazada. Memang banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Baru aku sedar yang aku ni tak boleh la shopping online. I NEED TO FEEL AND TOUCH THE THING barulah boleh tahu jam tu kualiti dia macam mana kan?

Casio Men White Dial Stainless Steel Strap Watch
Lepas penat aku study website lazada tu yang setiap page dia tu habis aku teroka, I've decided to buy this watch! hahaha aku tak tahu la cantik ke tidak di mata korang. Tapi bagi aku okay sahaja kot sebab dia simple sahaja designnya and mungkin kalau ada warna biru ke dekat ring (cermin) dia tu lagi okay kot. Mana-mana pun okay lah sebab tengok gambar macam cantik kan?

Feedback

Lagi satu, aku beli jam ni sebab dia punya reviews semua elok-elok. hahaha aku terpengaruh weh dengan apa yang orang tulis dekat situ. Sebab semua cakap cantik, so aku pun lebih berkeyakinan untuk beli jam ni. Dasar takda pendirian diri betul syed! lemah betul sebab boleh terpengaruh dengan kata-kata manusia macamni! huh. So, tanpa berfikir panjang aku pun order lah jam tersebut.

Order hari semalam harini dah sampai!

Apa yang best dengan Lazada ni ialah, shipping dia cepat gila. Aku order semalam dan harini dah sampai dah! (except for another thing yang aku order sebab barang tu dari China so impossible lah). I'm so excited bila nampak van Pos Laju depan pintu rumah aku tadi haha. Rasa macam bagi hadiah dekat diri sendiri pula, tapi seronok! *iyalah takda orang nak bagi hadiah dekat kita kan :(

Jam dah sampai

Tadaaa! inilah dia rupa jam yang aku dah dapat tu. Memang puas hati la dengan barang ni. Apa yang aku tengok dalam gambar tu, sebijik la dengan apa yang aku dapat. Jam pun di bungkus dengan kemas, takda calar-balar semua siap ada bubble wrap lagi. So, memang puas hati habis.

Teruja dapat jam baru

Ni nak bagi gambaran yang lebih jelas lagi 
SESI PHOTOSHOOT
Men's Watch

Ingat manusia sahaja yang nak photoshoot? Jam aku pun kena lah juga photoshoot. Sexy betul jam ni dengan sentuhan seorang syed ni fuhh.

Men's Watch

Cantik pula gambar aku tangkap ni. Dah macam advertisement jam dah ni. Tiba-tiba rasa macam nak jual jam bila tengok gambar ni hahaha okay puji diri sendiri lagi.

Men's Watch

Perghhh tu sebenarnya tangan ke atau arang? Macam kayu pun ada juga. Kayu yang orang dah buat unggun api tu ha. hahahaha tolong bagitahu aku guys.

Thanks Lazada for the voucher! :')
and
Thanks everyone who reads this super lengthy post
(tak percaya aku taip sepanjang ni pasal jam hahaha!)

Wednesday, April 26, 2017

PENGALAMAN SEORANG PELAJAR TESL - APA YANG TELAH DIPELAJARI

Pengalaman Seorang Pelajar TESL

Assalamualaikum dan Hi!

"English saya lemah boleh ke saya nak apply TESL?"
"Kalau ambil TESL belajar English saja ke?"
"Saya speaking English tak boleh sangat, macam mana nak interview TESL nanti?"
"Kalau ambil TESL tak nak jadi cikgu boleh ke?"

First of all, sebelum aku mula untuk menaip dengan lebih panjang berjela-jela 10 muka surat, kau tahu tak TESL tu apa? Kalau tak tahu, TESL ialah singkatan kepada Teaching English as a Second Language. The word "teaching" indicates that TESL students are going to be an English teacher in the future. Beza diploma/ijazah Bahasa Inggeris dengan TESL ialah, TESL ni more specific to education. Kau akan belajar cara-cara nak handle budak, cara-cara nak mengajar and all that kind of school-related stuff. Manakala, kalau kau ambil course Bahasa Inggeris sahaja, jurusan tu lebih general (aku tak tahu sangat apa content dia so tak boleh nak ulas). Ambil TESL tak semestinya kau kena jadi cikgu, boleh sahaja kau jadi benda lain sebab bidang bahasa ni luas.

English merupakan salah satu subjek kegemaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Kalau ada subject English dekat sekolah, aku lah manusia yang paling excited nak belajar. Kalau teacher English tak masuk kelas waktu tu, I was the one who disappointed because the only subject I love is English. Tapi still, English aku wasn't that good walaupun dapat A on paper kan. Grammar apa semua berterabur. Since I love English very much, I decided to further my studies in TESL.

Jujur aku cakap, sebagai pelajar lepasan sekolah agama, aku macam culture shock juga lah bila ambil TESL ni. Sebab apa? Masuk sahaja maktab tu semua orang speaking. Time dekat sekolah agama dulu memang boleh kira berapa kali sahaja kami communicate guna English (only during English classes and club to be exact). Aku rasa macam awkward dan malu nak cakap bahasa Inggeris waktu aku foundation. Lepas aku dah go through macam-macam latihan, kuiz, assignment dan sebagainya, baru tahu yang aku punya level English tu biasa sahaja. Aku memang lemah sangat grammar waktu tu. Even simple grammar rules pun aku boleh tak tahu (sebenarnya time dekat sekolah pun markah English aku rendah bahagian grammar). Daripada situlah terbitnya rasa macam menyesal ambil TESL
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI DALAM BIDANG TESL?
1. Grammar

Waktu foundation ialah waktu kau menguatkan segala knowledge kau tentang bahasa especially grammar. Seriously grammar yang kau belajar dekat sekolah tu baru sikit sebenarnya. There's a lot more type of grammar yang tak pernah didengari. Aku bayangkan bila ambil TESL ni akan belajar singular plural sahaja (sebab nak ajar budak-budak kan) hahaha rupanya lebih daripada tu. Bila masuk degree pula kau akan didedahkan dengan phonetics. Sebutan setiap huruf, macam mana nak baca simbol yang kau selalu tengok dekat dictionary tu. Waktu foundation pun ada tapi tak cukup mendalam la.

Bawah ni merupakan contoh phonemic chart yang aku dah belajar 
fuhhhhh complicated juga benda ni time buat assignment dulu haha.
Phonemic Chart
2. Teaching

Bila kau dah dilengkapkan dengan basic English yang kau perlu tahu, kau akan diajar cara untuk mengajar English pula. There are many fun ways to teach English. Itu yang lecturer-lecturer aku ajar dekat maktab. Kalau dulu waktu aku kecil, belajar English best tapi agak bosan sebab teacher-centered. Cikgu sahaja yang akan bercakap dan kita just dengar sambil buat latihan. Sekarang ni, selepas KSSR diperkenalkan ada elemen Language Arts di dalam subjek English. Language arts tu best sebab budak-budak akan belajar melalui lagu, cerita, seni dan sebagainya. So, sebagai seorang pelajar TESL, kau juga akan diajar cara untuk menerapkan elemen-elemen fun dalam pengajaran

Cakap sahaja apa yang aku tak buat zaman aku belajar dulu. Kalau nak ikutkan aku punya pemalu ni, nak berdiri depan orang ramai pun tak boleh. Tapi disebabkan aku ambil TESL ni, macam-macam perkara aku dah harungi. Antaranya ialah berlakon, menyanyi (yeah I sang during my lesson in school), story-telling dan sebagainya. Mula-mula tu rasa malu sebab aku memang tak biasa buat kerja macamtu. Tapi memang tuntutan course macamtu, kalau buat nak tak nak sahaja rendah la markah kau. Struggle jugalah nak berlakon dalam English dulu tu. Rasa macam tak natural langsung sebab speaking pun sangkut-sangkut huh!

3. Teori

Okay ini antara benda yang kau kena hadap bila ambil TESL ni sebab banyak sangat teori-teori yang kau kena hafal. Teori-teori ni memang berguna untuk kau ingat dan tahu sebab bila kau nak buat assignment kau kena ada reference. At least boleh kau kaitkan dengan penulisan kau tu. Selain itu juga, banyak teori lain lagi kau kena tahu seperti teori perkembangan kanak-kanak, teori pembelajaran dan sebagainya (sebab dah lupa hahaha). Mostly teori ni kau rasa susah waktu foundation sahaja sebab waktu tu semua benda pun kau kena hafal. Bila kau dah sambung ke degree, fokus dia lebih kepada teaching content and strategies sahaja.

4. Elektif

Walaupun kau ambil TESL, itu tak bermakna kau takda belajar subjek lain. Kalau dekat IPG, kau kena ambil subjek elektif. Antara pilihannya ialah Seni, Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan sebagainya. Lain IPG lain subjek elektif yang ditawarkan. Kiranya kalau kau masuk sekolah, if kau tak ajar English, kau boleh la ajar subjek yang lain. Itulah pentingnya ada elektif. Aku dulu ambil seni. Walaupun aku ni tak berseni mana, tapi inshaAllah kalau aku kena ajar subjek seni kira dapatlah aku ajar sikit-sikit walaupun lukis gambar kucing jadi panda.

Aku rasa itu sahaja yang aku boleh share pada entry kali ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang aku nak ceritakan, tapi aku rasa macam dah boleh dibukukan pula bila nak cakap pasal TESL ni. Nasihat abang kepada adik-adik yang nak ambil TESL, just go for it! Takpa, kalau tak reti boleh belajar. Yang penting ada minat dan usaha. Kalau nak ikutkan, dulu abang pun nak give up dah adik oi. Tapi bila fikir "inilah jalan yang aku ambil, takkan nak berhenti di tengah jalan?" lepastu fikir pula "kalau orang lain boleh? kenapa kita tidak?". Lemah takpa, yang penting usaha tu kena lebih sikit dan jangan give up. Rajinkan bertanya kawan yang boleh membantu dan praktis bahasa tu (practice makes perfect kan?)

Note: Penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tak pasti pula macam mana program TESL di Universiti lain macam mana. Most likely sama sahaja kot rasanya. Kalau ada beza pun tak jauh sangat.

Tuesday, April 25, 2017

MEMANG 'EASY' DENGAN EZBUY

Memang Easy Dengan Ezbuy

Assalamualaikum dan Hai! 

Shopping merupakan satu bentuk terapi sebenarnya especially untuk kaum wanita (habislah kena bash kejap lagi ni haha). Namun, itu tidak bermakna lelaki tidak terlepas dari aktiviti shopping ni. Kadang-kadang ada beberapa kekangan yang membuatkan kita susah nak bershopping. Salah satu faktornya ialah kekangan masa. Bagi yang bekerja, sudah pasti sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Bagi suri rumah pula, sudah pasti sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Nak keluar rumah pun tak sempat! Bila dah penat tu, cuti pun rasa macam nak spend waktu dekat rumah sahaja kan?

Langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan membeli-belah secara online. Zaman sekarang ni dah mudah dah, nak beli apa pun semua dihujung jari. As long as kau ada internet connection, dunia pun kau boleh beli. Even kalau nak beli barang dapur pun kau dah boleh beli secara online siap dengan khidmat hantar depan pintu rumah lagi. Oleh itu, harini aku nak memperkenalkan satu website untuk korang shopping secara online dengan mudah. Website yang aku nak perkenalkan dekat korang semua ialah,


Korang pernah dengar mengenai Ezbuy? Kalau ada yang masih belum tahu, Ezbuy merupakan satu platform dimana korang boleh shopping secara online dengan mudah. Apa yang menariknya tentang Ezbuy ialah, barang-barang yang dijual di website tersebut merupakan barangan daripada China, Taiwan dan USA. Kalau kita nak shopping dekat overseas banyak juga kos yang perlu kita laburkan. Tiket flight sahaja dah menelan belanja beribu. Tetapi dengan Ezbuy, korang tak payah travel dekat luar negara pun dah boleh beli barangan daripada negara mereka. Malah harga yang ditawarkan di Ezbuy ni pula sangatlah berpatutan dan murah!

Interface Ezbuy.my
Interface Ezbuy.my
Banyak barangan yang dijual di ezbuy. Antaraya ialah baju wanita, baju lelaki, barang sukan, kasut, baju, beg dan sebagainya. Kalau aku nak list satu-satu sampai esok pun tak habis. Pilihan barang di ezbuy juga banyak dan pelbagai. Kalau korang nak survey barang pun boleh rambang mata juga nak pilih yang mana berkenan di hati sebab semua cantik cantik (of course aku dah survey dulu hehe). Interface website ni bagi aku sangat mesra pengguna sebab tersusun dan senang untuk aku mencari barang yang aku nak.
Harga barangan bawah RM30
Harga barangan bawah RM30 sahaja

Antara perkara yang menarik perhatian aku untuk menggunakan platform Ezbuy ini ialah kerana terdapat harga barangan di bawah RM30. Aku selalu berpendapat kalau nak beli barang dari overseas ni bukannya murah, belum kira nak convert kepada matawang negara mereka lagi. Tetapi dekat Ezbuy ni, barang-barang yang dijual semuanya menggunakan matawang negara kita. Lepastu ada section "Under RM30" pula memang sedap la kalau korang nak beli barang. Mana tahu tiba-tiba barang yang korang cari tengah promotion dekat situ. Bolehlah terus beli dengan gembiranya.
Things I want

/Diskaun yang banyak


Aku dah study habis website Ezbuy ni. Banyak sangat barang sampai aku tak tahu nak beli yang mana satu. Tapi seriously ah bila aku tengok this bed sheet nampak cantik sangat! Aku ni memang seorang yang sukakan typography. So anything yang ada typography nampak sangat cantik dan kemas di mata aku. Besides, dia punya design pun minimalist. Tak terlampau crowded dengan bermacam-macam pattern. Aku ni dah macam sindrom mak-mak dah ni tiba-tiba usha cadar katil. Kalau korang tengok harga asal bed sheet ni, daripada RM1700 dia bagi offer sampai harga dia jadi RM127.14 sen sahaja! 92% kot dia punya diskaun. Gila tak murah?

Beg untuk budak sekolah tapi aku tak peduli

Walaupun dia tulis dekat description backpack tu "high school student" tapi aku peduli apa hahaha. Aku ni forever 17 kot. Lepas ni nak masuk sekolah balik ha. Sesuai sangat lah kalau aku nak beli beg ni. Aku sebenarnya dah nampak banyak kali beg macam ni dekat Malaysia ni tapi not sure berapa harga dia. Bila tengok dekat Ezbuy ni harga dia after discount 82% dah jadi RM92.14 terus aku bercita-cita tinggi untuk beli beg ni! Bukan apa, bila ada beg ni senang nak letak barang-barang macam laptop, phone, dslr dan sebagainya. Aku tak suka bawa laptop briefcase (betul ke briefcase?) untuk pergi kemana-mana. Lebih prefer untuk pakai backpack. Feeling-feeling budak sekolah lah sikit.
Harga postage?
Disebabkan barang-barang yang ada di Ezbuy ni merupakan barangan luar negara, mesti korang risau tentang harga shipping yang akan dikenakan apabila korang berbelanja kan? Jangan risau, pada pendapat aku harga yang dikenakan sangat reasonable dengan barang yang dijual. Contohnya macam bed sheet di atas, harga untuk shipping adalah RM22.50. Manakala bagi backpack pula, harga shipping yang dikenakan sebanyak RM9 sahaja. Bergantunglah pada barang apa yang korang pilih selepas diambil kira berat, kuantiti semua tu.
PRIME MEMBERSHIP
Keistimewaan PRIME di Ezbuy
DON'T BE SURPRISED!

Untuk makluman semua, Ezbuy memperkenalkan "PRIME" kepada pengguna-pengguna mereka. Apa itu PRIME? PRIME ni dikira macam satu keahlian yang korang kena bayar sekali sahaja untuk setahun. Apa keistimewaannya? Kalau korang jadi ahli PRIME, korang akan menikmati harga shipping yang tetap iaitu hanya RM8.80 SAHAJA. RM8.80 ni harga shipping untuk apa-apa barang tak kira jumlah, saiz, kuantiti dan sebagainya. Untung sangat kan? Banyak sangat yang korang boleh save. Hanya cuma bayar RM188.00 sahaja untuk setahun bagi menikmati keistimewaan tersebut. Namun, ada sesetengah barang yang tidak dibenarkan untuk menggunakan PRIME. Kalau anda masih ragu-ragu, boleh cuba 5 Days trial dengan hanya RM18.80 dan nikmati harga shipping yang tetap sebanyak RM8.80 selama 5 hari.

TAWARAN ISTIMEWA!

Disebabkan korang setia membaca coretan aku sampai habis, aku nak belanja korang RM15 baucer beli-belah di Ezbuy.my! Tanpa melengahkah masa, jom daftar di Ezbuy menggunakan LINK INI <-- click untuk daftar . Selepas sahaja anda daftar akaun, anda akan memperolehi baucer sebanyak RM15. Selamat bershopping! Memang easy kan dengan Ezbuy ni? :)

Thanks for reading. Nanti aku akan update barang apa yang aku beli dekat sini. jeng jeng jeng.

Monday, April 24, 2017

PERMOHONAN SEMULA GOOGLE ADSENSE JIKA BERTUKAR KE DOMAIN BARU

Permohonan Google AdSense Untuk Domain Baru

"Kusangkakan panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang.  
Dalam tak sedar ku, kebasahan"

This song would be perfect to describe my feelings right now (serious aku tulis entry ni sambil dengar lagu tu). Actually aku tengah happy harini sebab baru bertukar ke domain baru, lepastu bila aku tengok iklan AdSense dekat blog aku tak keluar terus kebahagiaan tu hilang weh. Blog aku baru diluluskan untuk beriklan bersama AdSense pada 10 April 2017 yang lalu (boleh baca di entry INI). Baru dua minggu aku dapat merasa duit dollar yang diberikan oleh AdSense. Tiba-tiba, harini aku dikejutkan dengan iklan kosong di blog

Kenapa iklan AdSense kosong di blog?

Mula-mula aku ingatkan bila tak keluar iklan dekat blog ni sebab domain masih baru. So, iklan pun kena take time lah nak keluar dekat blog. Aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir macamtu haha. Lepastu aku dah habis godek dashboard Google AdSense dan tunggu untuk beberapa jam. Memang iklan tak keluar langsung, hampa betul. Berbekalkan kepandaian aku, dengan pantasnya aku mencari penyelesaian bagi masalah tersebut di Google

Iklan AdSense Tidak Keluar di Blog

I found that this guy over here was having the same problem with me. Rupanya iklan AdSense tak keluar dekat blog ialah sebab aku baru tukar domain. Sebelum tukar domain tu serius aku takda terlintas langsung pasal akaun AdSense ni. Aku ingatkan okay sahaja sebab aku tukar domain kot bukannya sekali dengan hosting. Aku masih menggunakan platform blogger untuk berblogging. 

Tiba-tiba aku teringat satu komen oleh kak Lea dan kak Wani Sukarno dekat entry "Blog Seorang Syed Lulus Adsense". Alamak, bila baca balik komen-komen ni terus rasa macam takda harapan dah aku ni nak dapat guna AdSense balik.

Permohonan Baru Google AdSense
Apa yang perlu dilakukan selepas tukar domain?
Langkah yang perlu dilakukan selepas tukar domain

I've been Googling for everything but haven't found any possible ways to get the ads shown on my website. The only thing I could do is to re-apply for AdSense. Kalau sebelum ni kau guna blogspot sebagai URL dan beralih ke domain yang baru, kau still kena apply semula untuk iklan AdSense ni. Aku rasa macam agak down jugaklah sebab nak apply balik semula tu bukannya sekejap proses dia.

Tunggu 3 Hari Untuk di Approve
As a result, aku kena tunggu 3 hari untuk dia review aku punya website ni. Dan mungkin juga 3 hari tu boleh jadi 3 bulan ataupun 3 tahun haha. PLEASE GOOGLE ADSENSE. DO APPROVE MY APPLICATION. Aku tak tahu peluang aku ni tipis ataupun tidak untuk mendapatkan Google AdSense ni kembali di dalam blog aku. Rasa macam tak puas lagi guna dua minggu. Dapatlah kumpul beberapa dollar buat beli aiskrim Magnum lepastu dah jadi macam ni. Haraplah AdSense approve aku punya application secepat mungkin sebab aku benci betul tengok blog aku without any advertisement. Dah la kosong, lepastu dia makan ruang pula. Nak remove code dia tapi kena tunggu dia review dahulu. Haaa faham tak perasaan aku? haha fine lah. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Seorang Syed! :)

Be 🍆Syed

Sunday, April 23, 2017

BLOG SEORANG SYED BERTUKAR DOMAIN DOT COM

Blog Seorang Syed Bertukar Domain

Assalamualaikum dan Hai!

Okay cerita dia macam ni, semalam aku blogwalking secara random dan tak tahulah aku baca dekat blog siapa pasal benefit of having your own domain and why you should have your own domain. Actually, sebelum ni pun dah banyak aku baca blog yang menyarankan untuk bloggers mempunyai domain sendiri. Cuma tak tahu kenapa, aku punya kesedaran tiba-tiba tinggi semalam untuk tukar domain. It only took me not even a day kot! Dalam pukul 2 pagi semalam aku terfikir nak tukar domain, pagi tadi aku fikir lagi lepastu tengah hari tadi aku terus bank in duit. Set up domain sendiri ni takda leceh mana tapi aku berjaya buat sendiri! *achievement unlocked

Kalau nak ikutkan memang sayang juga nak tukar domain, sebab aku punya Alexa ranking dah agak tinggi jugalah untuk blog baru macam aku ni (at least aku rasa tinggi bagi aku cukuplah kan). Bila aku fikir balik, better aku tukar sekarang since aku pun baru 4 bulan berblogging. Tak banyak sangat pun yang rugi kan, kalau setahun dua dah berblogging baru nak tukar itu merupakan satu kerugian yang besar jugalah

Facebook Seorang Syed

Faktor yang mempengaruhi aku untuk tukar domain
(dah macam subjek sains punya soalan dah)
1- Kepuasan diri

Kalau nak ikutkan, aku pun tak tahu aku akan blogging sampai bila (harap tak berhenti di tengah jalan). Bukan apa, takut juga kalau aku masuk sekolah nanti tiba-tiba hidup aku busy kalah perdana menteri, lepastu blog aku terabai. Aku cuba untuk ketepikan semua tu untuk kepuasan diri sendiri. Aku rasa lebih puas bila aku ada satu space yang memang 100% milik aku. Mungkin sesetengah orang tak dapat relate kot, tapi entahlah aku rasa puas la bila ada domain sendiri sebab guna nama kau sendiri kot. Bila ada "dot com" tu dia rasa macam eksklusif sikit lah bagi aku.

2- Identiti

Pada pendapat aku, bloggers ni kena ada identiti mereka sendiri. Not to say that those who are using "blogspot" takda identiti. Malah banyak sahaja contoh blogger-blogger yang terkenal dan tidak mempunyai domain sendiri tetapi masih boleh survive dalam dunia blog. Cuma bagi aku, kalau kau ada domain sendiri it indicates that you're a professional. Orang akan tahu yang kau blogging secara serius. Kalau kau target untuk buat duit melalui blog pula (review barang, perkhidmatan dan sebagainya), at least kau akan meyakinkan client sebab kau ada domain sendiri. Bila client minta blog URL, takdalah malu-malu kau nak bagi since kau dah ada domain sendiri kan. Tapi ni pendapat aku sahaja, pendapat orang lain-lain. Depends lah kau punya views terhadap ni macam mana.

3- Duit

Faktor seterusnya ialah sebab aku ada duit. Kalau aku takda duit memang taklah aku nak tukar domain. Aku beli domain ni dekat Netkl dengan harga RM45 setiap tahun. Disebabkan duit gaji aku kerja baru ni tak guna banyak mana, apa salahnya untuk aku laburkan sedikit untuk kegunaan blog. Lagipun Alhamdulillah setakat ni ada sahaja rezeki aku dalam dunia blog ni. Tak salah aku rasa untuk laburkan sedikit wang untuk kegunaan akan datang. Mana tahu lepas aku tukar domain ni rezeki aku lebih murah? Aminnnn :)
Harapan
Jadi, atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan yang agak drastik sekali untuk menukar domain daripada http://anothersyed.blogspot.my kepada www.seorangsyed.com. Harapan aku ialah supaya aku selalu update blog lepasni. Takkanlah dah invest untuk tukar domain lepastu nak update blog pun malas kan? tak boleh jadi juga kalau macamtu haha. InshaAllah I'll not take my blog for granted anymore. Bila dah bertukar status dot com tu kira macam aku dah ada komitmen baru yang aku kena laksanakan. Pray for me guys! :)

Thanks for reading 

Saturday, April 22, 2017

KEMBARA IFTAR DI PEKAN PAHANG | ANCASA ROYALE RAMADHAN BUFFET

Kembara Iftar di Pekan Pahang, Ancasa Royale Ramadhan Buffet

Assalamualaikum dan Hai!

Pejam celik, pejam celik dah tak lama dah kita nak menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Semoga kita masih diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan pada tahun ini InshaAllah. Banyak persediaan yang boleh dilakukan untuk kita sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Antaranya ialah aktiviti beriftar atau berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai. Kebiasaannya, bulan puasa ni memang penuh jadual sentiasa ada orang book untuk ajak buka puasa bersama kan? (tapi aku tak lah sebab aku forever alone sobs). Memang banyak tempat-tempat yang kita boleh survey untuk mencari tempat berbuka yang berbaloi dan memuaskan hati. Taknaklah bila bayar untuk makan lepastu tiba-tiba lauk pula tak cukup kan?

Entry kali ini aku akan berkongsi satu tempat menarik yang menyediakan Ramadhan Buffet yang bertempat di Pekan, Pahang. Pada 19 April 2017, aku berkesempatan untuk hadir ke event "Kembara Iftar di Pekan Pahang" yang dianjurkan oleh Ancasa Royale Hotel. Aku dari Temerloh gigih pula drive ke Pekan semata-mata nak join event yang dianjurkan ini dan Alhamdulillah memang berbaloi sangat makanan-makanan yang disediakan serta servis yang diberikan oleh hotel ni. Time aku tengah tulis ni pun aku masih terbayang juadah-juadah yang lazatnya sehingga menjilat ibu jari tu ha.
APA YANG ISTIMEWA DI ANCASA?
Konsep yang diketengahkan oleh hotel ini untuk Ramadhan buffet mereka ialah, Selera Desa. Bila aku dengar sahaja selera desa, aku dah terbayang lauk-lauk masakan kampung yang disajikan depan mata aku. Memang terus tak sabar nak makan rasanya. Disebabkan aku ni memang seorang yang gemar masakan kampung, memang ini merupakan satu peluang keemasan untuk aku merasai sendiri makanan yang disediakan oleh Chef di hotel ini.

Chef berpengalaman di Ancasa Royale

Antara sajian kembara iftar yang dihadangkan ialah makanan tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam. Kalau dekat Pahang takda lauk-lauk ni memang tak sah la kan? Masakan Opor Daging merupakan resipi di Raja Pahang yang sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang. Resipi ini dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang terlebih dahulu serta dicampurkan beberapa bahan lain yang membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Manakala, Ikan Patin Masak Tempoyak pula sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat di sini. Sambal Hitam pula merupakan sajian yang hanya boleh didapati di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Ia merupakan makanan tradisi yang masih diingati sehingga ke hari ini.

Tempat makan yang luas dan selesa

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan juga pencuci mulut. Sudah pasti, menu-menu yang menarik di hotel ini diilhamkan oleh chef-chef yang berpengalaman iaitu gabungan Chef Hazlan Hamzah, Chef Syed Badrul Hisham dan Chef Mohd Zamri serta pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Mula-mula aku melangkah masuk ke hotel ni, dah cukup buat aku teruja dengan hiasan tempat makan dia. Tempat makan yang disediakan sangat selesa dan luas. Siap ada lampu lip lap lagi. Lepastu mata aku melilau sekeliling kawasan makan tu sebab aku tak tahu nak mula makan dari mana. Serius banyak sangat lauk yang disajikan depan mata sampai kau tak tahu nak makan apa dulu haha. So, I ended up touring the whole place first and cari akak Azleeya sebab aku awkward first time join event macam ni kan? 
KERABU DAN ULAM-ULAMAN
Pelbagai jenis kerabu dan ulam disajikan kepada tetamu

When it comes to masakan kampung, of course kau tidak akan terlepas dari dijamukan dengan juadah-judah yang berasaskan ulam-ulaman. Ancasa menyediakan pelbagai jenis kerabu yang anda boleh nikmati di sini. Tengok sahaja dah cukup menyelerakan, bila makan tu terasa macam berada di awang-awangan. Apa yang aku kagum sangat dengan juadah-juadah yang disajikan di sini ialah dia punya plating. Walaupun juadah yang disediakan merupakan makanan tradisional sahaja. tetapi plating dia menampakkan makanan tu eksklusif! sayang rasa nak makan. Kira okay lah, makanan sedap lepastu hiasan pun terbaik! 

Ikan masin dengan hiasan yang unik

Mula-mula tengok aku ingatkan ni macam sushi (sebab letak dalam bekas macam bento dekat sushi king tu) haha. Rupanya ikan masin guys! Aku memang penggemar ikan masin, bila ikan masin dihidangkan sekali bersama bawang goreng dan lada goreng campur dengan asam limau tu memang menaikkan lagi rasa ikan masin tu

Pelbagai jenis sambal sebagai pembuka selera

Ini pula antara pilihan sambal yang ada untuk anda makan dengan nasi. Memang telan air liur lah bila tengok sambal-sambal ni waktu macamni. Dah la aku ni memang suka sambal, kalau dapat makan sambal dengan nasi kosong pun boleh tambah 2 pinggan! hehe.
NASI MANDY
Nasi Mandy (Nasi Arab Kambing)
Nasi Mandy (Nasi Arab Kambing)

Selain dari masakan kampung, juadah seperti Nasi Mandy juga ada disediakan. Antara lauk yang disajikan ialah ayam berempah. Aku sempat rasa ayam berempah sahaja sebab rasa macam dah banyak sangat dah makan. Tak sempat nak rasa lauk yang lain-lain. Tapi yang penting dia punya lauk tu memang panas sebab dia letak atas dapur arang. Kira still fresh dan takdalah kau makan lauk yang dah sejuk. Nasi dia pada pendapat aku, sangat sedap! dengan lauk ayam berempah dia yang kita boleh rasa la dia punya spices.
KAMBING BAKAR
Kambing bakar di Ancasa Royale

Kalau nak mencari buffet Ramadhan, bagi aku mesti kena ada kambing bakar. Kiranya kalau takda kambing ni macam tak lengkap la buffet tu haha. Aku sempat makan kambing ni banyak round juga semalam. Seriously rasa dia memang sedap dan daging dia sangat lembut. Sos black paper dia pun cukup rasa dan sesuai digandingkan dengan kambing bakar. Selain kambing bakar, dekat meja tu juga ada roasted chicken. Sambil-sambil tengah beratur untuk ambil kambing bakar, try la dia punya roasted chicken juga. Kambing ni memang antara makanan yang laris la waktu aku pergi haritu. 
STEAMBOAT
Aneka Steambot untuk dipilih
Untuk penggemar makanan steamboat, Ancasa juga ada menyediakan pelbagai pilihan steamboat yang anda boleh nikmati. Kalau nak berbuka dengan makanan yang light-light sahaja, mungkin boleh try makan steamboat ni.
ANEKA ROTI DAN SUP
Pelbagai jenis roti dan sup disediakan

Menariknya tentang roti ini ialah, ia dibuat sendiri oleh chef di Ancasa! bukannya roti beli dekat kedai. Bila chef terlatih yang buat sendiri roti ni, tak payah nak pertikaikan rasa dia, memang tengok rupa sahaja dah tahu sedap. Ada banyak sup yang disediakan untuk dimakan bersama roti-roti ni. Antaranya ialah sup cendawan (lupa nak tangkap gambar sup-sup).
SHELLOUT & SATAY
Shell Out dan Sate

Antara menu yang terbaik dekat Ancasa ni bagi aku sudah pasti Shell Out dia! SERIOUS WEH SEDAP SANGAT. Sebelum ni kalau pergi mana-mana restoran yang buat shell out, susah sangat nak jumpa yang betul-betul sedap. Tapi shell out dekat Ancasa, memang terbaik! Kuah dia memang best!. Aku meratah macam tu sahaja dah tak payah makan dengan nasi dah. Tengok la, sampai gambar yang dah masak pun aku lupa nak ambil! huaaaa sorry, kalau tak, dapatlah berkongsi kelazatan bersama korang sekali. Dekat sini pun ada satay disajikan. Memang berbaloi habis lah.
JERUK
Side Dishes di Ancasa Royale
Side Dishes di Ancasa Royale

Sebelah roti tu ada jeruk, chicken loaf dan macam-macam lagi makanan yang ringan-ringan. Sesuai untuk dibuat kunyah-kunyah (kalau kau dah kenyang, tapi rasa nak makan lagi bolehlah ambil yang tu)
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar

Banyak pilihan sayur dan buah-buahan yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah buah kurma yang terbahagi kepada beberapa jenis. Anda boleh pilih sendiri sama ada anda mahukan yang bertangkai ataupun tidak. Selain itu, juga terdapat beberapa buah-buah tempatan lain seperti tembikai, pisang dan nenas. Buah yang disediakan merupakan buah-buahan yang sangat segar.
MEE UDANG DAN AIS KACANG
Mee Udang yang menyelerakan dan Ais Kacang yang menyamankan

Kalau ada diantara anda yang gemarkan Mee Udang, Ancasa juga turut menyediakannya. Yang penting dia akan buat bila ada request dari customer. Tak payah susah-susah nak ambil sendiri. Dapat makan panas-panas tu memang sedap la. Sebelah "gerai" Mee Udang, ada Ais Kacang. Tengok bahan-bahan untuk ais kacang tu memang banyak sangat! Puas hati la kalau nak makan tu.
NASI AYAM ROYALE
Nasi Ayam Royale

Nasi Ayam juga merupakan salah satu hidangan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu kita, oleh itu Ancasa juga turut menyediakan Nasi Ayam Royale untuk santapan para tetamu.
MINUMAN
Pelbagai jenis minuman disediakan

Terdapat beberapa jenis pilihan minuman yang disediakan. Antaranya ialah Jus Mangga, Air Kelapa, Sarsi, Skyjuice dan Sirap. Pada pendapat aku, air yang disediakan memang agak sesuai dengan tema masakan melayu yang diperkenalkan. Minuman yang disediakan oleh Ancasa sangat menepati citarasa aku. Airnya tidak terlalu manis dan tidak tawar. Just nice! Jus mangga dan air kelapa dia memang rasa original, don't worry bukan cordial ya kawan-kawan. Jangan tanya berapa gelas air aku habiskan haritu hahaha.
KUIH MUIH DAN MANISAN
Pelbagai jenis manisan istimewa yang disediakan untuk pengunjung

Untuk penggemar manisan pula. Ancasa ada menyajikan Puding Raja. Pada asalnya, Puding Raja merupakan hidangan istimewa santapan di raja, namun pada harini semua lapisan masyarat boleh menikmatinya di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, malahan ada kuih-muih melayu yang turut disediakan seperti Lepat Pisang, Bingka Ubi,  Kuih Talam dan sebagainya. Memang kalau pergi Pekan tak cuba Puding Raja merupakan satu kerugian besar lah. Susah juga nak dapat kalau luar kawasan Pekan. 

Assorted cakes and puddings

Assorted cakes and puddings
Ini merupakan favorite spot aku waktu tu! Aku ni memang pantang sikit bila nampak manisan ni haha (patutlah aku manis orangnya, okay takda kaitan). Rasa macam nak habiskan semua kalau boleh (tapi memang mustahil la sebab banyak kot lepastu dia memang akan refill frequently bila nampak kosong). Kalau macam dalam gambar di atas ni ada kek coklat, kek gulung dan dalam cawan kecil tu merupakan puding. Puding dia memang sedap! ada rasa buah-buahan dan yang pasti flavor honeydew tu sangat sedap :')

Delicious Cheese Tarts

Delicious Cheese Tarts and Cakes

Wonderful desserts only at Ancasa Royale

Cheese Tarts dan Assorted Cakes semua sedap! Aku repeat banyak kali dekat tempat manisan. Rasa malu dah nak lalu depan chef hahaha. Tak boleh bawa pergi majlis betul aku ni.

Pengunjung yang berpuas hati

Mak aku pun suka sangat dengan manisan yang disediakan especially puding tu. Aku ambil beberapa cawan untuk mak aku sekejap sahaja habis. Katanya memang sedap dan puas hati.
WESTERN CORNER
Western corner di Ancasa Royale

Selain masakan Melayu, Ancasa juga ada menyediakan beberapa hidangan barat. Antaranya ialah Lasagna. Lasagna yang disediakan sangat sedap dan cheesy! (sebab aku kan hantu cheese so memang sedap sangatlah rasanya). Selain itu, ada juga beberapa hidangan barat lain yang disediakan. Kalau dah kenyang makan makanan melayu, beralih arah la pulak sekejap untuk merasai makanan barat kan? hehe.

Nyanyian oleh Artis Jemputan

Sambil menikmati makanan dan juadah berbuka puasa, anda juga akan ditemani dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh artis jemputan Ancasa Royale. Terasa kemeriahannya bila dengar nyanyian dari kumpulan yang diundang :)
KEMUDAHAN
Kemudahan yang bersih dan sangat selesa

Kemudahan surau yang ada di Ancasa ini sangat memuaskan. Ruang solat yang luas dan bersih membuatkan pengunjung senang untuk menunaikan kewajiban setelah berbuka puasa. Aku sempat berkunjung ke tandas hotel ni, memang sangat cantik, bersih dan tidak berbau. Ruang menunggu di hadapan surau pulau sangat luas dan selesa untuk anda sekeluarga bersantai seketika di situ sementara menunggu ahli keluarga yang lain.

Seorang Syed jumpa blogger!

Seorang Syed juga berpeluang untuk bersua muka sendiri dengan sis Azleeya ketika majlis tersebut berlangsung. Sebelum ni jumpa dekat blog sahaja. Tak sangka boleh jumpa in real life haha. Thanks kak! (yakin betul aku dengan kasut hijau tu)
Very friendly staff - Kak Rose

Overall, bagi aku Ancasa Royale, Pekan Pahang sangat menitikberatkan soal kebersihan, penyediaan makanan yang teliti dan servis yang baik kepada pengunjung. I don't mind paying my money to eat as much as I want! Seriously memang it worth every penny you spend. Masuk sahaja pintu hotel tu semua staff sangat friendly. Chef-chef pun terbaik, siap explain lagi masakan yang ada di situ. Terima Kasih kepada pihak Ancasa Royale, Pekan Pahang kerana sudi menjemput saya bersama keluarga untuk merasai sendiri juadah yang bakal disediakan waktu bulan Ramadhan nanti. Saya bagi 5 bintang! 
BERITA BAIK UNTUK ANDA!
Harga Istimewa Untuk Anda

 Dengan lebih 100 juadah berbuka puasa yang disediakan, anda hanya perlu membayar sebanyak RM68 seorang untuk dewasa manakala RM40 seorang untuk kanak-kanak. Tawaran harga istimewa juga turut diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 SAHAJA! 
Tawaran istimewa ini sah sehingga 15 Mei 2017

Sekiranya anda berminat untuk berbuka puasa di Ancasa Royale, Pekan Pahang. Ataupun inginkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah,

Alamat:
 No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur, Malaysia

No. Telefon:
+6094246600 (Saffron Brasserie)
+6094246700 (Faks)

Website:
www.ancasaroyale.com