Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Saturday, May 2, 2020

TUTORIAL MEMBUAT SOALAN SENDIRI DI QUIZIZZ


Assalamualaikum dan Hello!

Bagi guru-guru yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan Quizizz, mai sini sekejap saya nak cerita serba ringkas. Quizizz ialah satu website di mana kita boleh bermain kuiz secara interaktif bersama murid-murid. Pada pendapat saya, ia sangat mudah digunakan dan diakses oleh murid-murid dan apa yang penting ia sangat menyeronokkan! Membuat soalan di Quizizz ini sebenarnya jauh lebih mudah kerana penggunaan grafik dan interface websitenya yang menarik.

Entry kali ini saya akan ajar anda langkah-langkah dan cara-cara untuk membina atau membuat soalan anda sendiri di Quizizz. Jangan risau, saya akan pastikan saya menulis secara terang dan jelas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pembacaan anda. Saya akan bahagikan penulisan saya mengikut langkah-langkah supaya lebih teratur dan senang untuk dibaca.
LANGKAH 1

Terlebih dahulu, anda perlu membuka akaun baru di https://quizizz.com/


Selepas itu, click "create a new quiz" seperti dalam gambar di atas. Anda boleh click antara dua kotak merah di atas. Pilih la yang mana berkenan di hati cikgu.
LANGKAH 2

Berikan nama kuiz anda contohnya seperti gambar di atas yang diberi nama "Grammar lesson" dan pilih subjek berkaitan dengan kuiz yang ingin dibuat. Kemudian klik "Next"


Kita ada 5 pilihan untuk pilih kaedah apa yang kita nak. Nanti saya akan tunjukkan contoh bagi setiap satu kaedah di atas.
1) MULTIPLE CHOICE

Soalan berbentuk multiple choice amat sesuai digunakan kalau anda ingin membuat soalan-soalan berbentuk soalan peperiksaan. Soalan boleh dibuat berdasarkan pilihan anda. Anda boleh memilih untuk memasukkan gambar pada soalan dan pilihan jawapan. Selain itu, anda juga boleh tetapkan masa menjawab bagi setiap soalan. Click "save" jika anda telah selesai
2) CHECKBOX

Antara Checkbox dan Multiple Choice actually lebih kurang sama sahaja. Untuk kepelbagaian bentuk soalan boleh la anda selang-selikan penggunaan antara dua format ni.
3) FILL IN THE BLANK

Untuk soalan berbentuk "Fill in the blank", murid-murid perlu mengisi/menulis jawapan mereka sendiri pada ruangan yang disediakan. Guru pula boleh tulis jawapan yang betul dan alternatif jawapan (sebab ada certain jawapan yang boleh diterima)
4) POLL

Untuk soalan berbentuk poll, soalan ini tidak akan digredkan. Dia akan appear sebagai "correct" di bahagian laporan permainan nanti. Bentuk soalan ini sesuai untuk kita gunakan jika ingin membuat tinjauan pada murid-murid. Contohnya soalan saya di atas bertanyakan sama ada murid-murid suka kuiz yang disediakan atau tidak. Murid-murid boleh memilih ya atau tidak. Tiada jawapan yang betul dan tiada jawapan yang salah.
5) OPEN ENDED

Bagi soalan yang berbentuk open ended pula, ia lebih sesuai digunakan oleh anda jika hendak bertanyakan soalan yang berdasarkan pendapat. Jawapan yang diberikan oleh murid tidak akan digredkan. Murid bebas untuk memberi jawapan mereka masing-masing. Kebiasannya, masa untuk menjawab soalan berbentuk open ended ini perlu disetkan lama sedikit kerana murid memerlukan masa untuk berfikir.
LANGKAH 3

Anda perlu click "New Question" untuk menambah soalan. Kalau nak ada 20 soalan dalam kuiz tersebut, maka anda perlu repeat setiap kali selesai menulis soalan. Once dah siap merangka semua soalan yang dikehendaki, click "Done"


Seterusnya masukkan gambar yang dikehendaki, pilih grade sasaran (untuk tahun berapa), setkan kepada public dan tekan "save"


Setelah selesai, click "practice" untuk review kuiz yang telah kita buat sebentar tadi. 
LANGKAH 4

Apabila anda telah berpuas hati dengan kuiz yang telah dibuat sebentar tadi, anda boleh memberi kerja rumah kepada murid-murid/pelajar dengan menekan butang "Assign HW". Seterusnya masukkan tarikh dan masa tugasan untuk dilengkapkan


Paparan seterusnya, anda dikehendaki untuk copy link yang diberikan dan masukkan ke dalam group whatsapp atau telegram sebagai makluman kerja rumah pada hari tersebut. Guru-guru juga boleh memilih untuk share kuiz yang telah dibuat sebentar tadi ke dalam Google Classroom.
KESIMPULAN


Kesimpulannya, Quizizz ni pada saya satu website yang sangat menarik sebab dia very interactive. Selain dari mudah diakses, grafik dan interface yang menarik membuatkan pelajar lebih tertarik untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Selain itu, setiap kali selepas selesai menjawab kuiz, murid-murid akan dapat performance stats untuk menunjukkan prestasi mereka. It's really motivating! Saya lebih prefer untuk menggunakan Quizizz selain Google Form kerana lebih mudah dan menarik untuk pelajar. Saya harap perkongsian saya pada harini membawa manfaat kepada guru-guru lain. Sekian, terima kasih.

Thursday, September 7, 2017

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, syukur. Akhirnya berjaya juga menghabiskan pelajaran dan menggenggam segulung ijazah (tapi dia tak bagi dalam bentuk gulung pun actually) setelah selama 5 tahun setengah berhempas pulas mempelajari segala teknik, pedagogi dalam pendidikan. Tidak terungkap kata-kata kerana diri ini sebenarnya masih lagi tidak percaya akan pencapaian yang bermakna ini. 
Flashback
I'm not a bright student to begin with. Aku bukannya budak pandai pun, dulu masa sekolah rendah pernah jadi budak target 5A UPSR but I flunked my UPSR. Aku dapat 1A sahaja and turun kelas 2 kali. Okay. Sebab apa? yes, banyak main. Dulu waktu sekolah rendah aku banyak pergi Cyber Cafe. Tempat tu dah macam rumah kedua aku. Pantang ada duit mesti dekat situ jadi tempat persinggahan and to make it worst, aku mula terjebak pergi tempat tu since I was 9 kot! Tapi aku tak buat apa pun selain dari main game. Kerja sekolah apa semua memang tak sentuh (so aku datang pagi ke sekolah and buat kerja sekolah waktu pagi tu). Itu sahaja waktu aku buat kerja sekolah aku haha.

Benda ni berlarutan sehingga aku masuk sekolah menengah. Aku merupakan lepasan pelajar sekolah agama sebenarnya. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah merupakan tempat yang aku banyak belajar pasal kehidupan. It was an eye-opening experience bila waktu form 1 aku duduk asrama walaupun rumah dekat. Macam-macam aku belajar waktu dekat sekolah agama. And, yeah aku masih lagi "ketagih" pergi Cyber Cafe. Waktu tu aku diperkenalkan dengan online games. Segala jenis game online semua aku dah main. Paling banyak main waktu tu ialah DOTA. Bayangkan berapa banyak duit aku habis kalau main dota tu 1 game = 1 jam. 1 jam = RM2 kau kena bayar. Sanggup ikat perut nak pergi cc kot.

Hasilnya? Keputusan PMR tidak memberangsangkan. Disebabkan aku ni bukan gifted student, tak study apa memang tak dapat cemerlang lah. Tapi Alhamdulillah takdalah teruk sangat walaupun malas nak study. Waktu form 4 ada peperiksaan besar juga untuk sekolah agama, SMA (sijil agama). This one aku dapat Pangkat 2 (Jayyid Jiddan), waktu tu paling tinggi ialah Pangkat 1 (Mumtaz). Kira not bad juga result aku tapi Bahasa Arab teruk.

Waktu SPM pula, aku dah mula fikir nak sambung study dekat mana. Kebiasaannya pelajar sekolah agama akan melanjutkan pelajaran ke Kuliyyah Pekan, untuk ambil STAM (Sijil Tinggi Agama). Taraf STAM ni dah macam diploma lah tapi yang bestnya, dalam masa setahun kau dah boleh habis and terus boleh further ke degree. Waktu form 5 tu kira macam kau ada conflict juga nak decide mana satu terbaik untuk kau. Aku tak tahu aku bagus dalam bidang apa, aku memang nekad tak nak ambil STAM sebab aku tak berapa bijak menghafal dan bahasa arab aku pun teruk :( . Aku suka bidang graphic design, tapi mak aku tak bagi and susah dapat kerja (thank god mak aku tak bagi).

Dalam banyak-banyak result, result SPM aku sahajalah yang aku boleh banggakan. Walaupun result aku cukup makan je sebenarnya. Aku bersyukur. So, bila dah dapat result SPM semua tu aku dah mula fikir macam-macam. Dengan result yang tak seberapa, boleh ke aku nak masuk universiti? For your information, aku tak credit Mathematics. Mathematics aku sangat teruk sebab I don't like maths. Kesian kadang-kadang dekat cikgu yang ajar banyak kali, tapi aku masih bebal. Mula-mula aku macam nak jadi lawyer, tapi sebab bengap sangat tak kredit Maths aku tak rasa dapat jadi lawyer sebab syarat nak ambil law pun kena at least credit Maths kot?
Bidang yang aku minati

Aku dari sekolah rendah minat English! Macam mana boleh timbul minat mendalam dekat bahasa penjajah ni? Semuanya bermula bila aku pergi Cyber Cafe dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. .I started to speak in English (dalam game jelah kahkah) walaupun Grammar ke laut. Waktu tu aku rasa macam yakin sangat that my English was up to the standard and Grammar aku semua bagus. Subjek ni antara subjek yang aku target A, kalau tak dapat A memang aku frust. Biasanya kalau exam pertengahan tahun susah sangat nak dapat A, mesti score teruk dekat bahagian karangan sebab tulis panjang tapi grammar ke laut cina selatan wei! Tapi Alhamdulillah aku dapat A waktu SPM so that would be a big advantage for me to apply for TESL course.

Nak dipendekkan cerita, aku tak dapat panggilan ke universiti langsung! satu universiti pun tak nak panggil aku.Tapi bersyukur Alhamdulillah, nasib baik aku lulus temuduga IPG dan dapat bidang yang aku minati iaitu Bahasa Inggeris! dan bermulalah cerita macam mana aku boleh jadi seorang guru sekarang ni. (panjangnya cerita kau, mesti ramai skip kot Syed! haha)
Majlis Konvokesyen Kali Kelapan Institut Pendidikan Guru KPM
Aku banyak belajar benda-benda baru dekat IPG. Aku juga banyak improve English aku dekat sana. English aku teruk gila kot sebelum ni, I don't even know basic Grammar (sedih kan?). Cikgu dah ajar banyak kali dah tapi aku yang mudah confuse. Aku tak boleh ingat rules semua tu tapi bila masuk IPG agaknya kita praktikkan benda tu, and selalu tulis dalam English so lama kelamaan you'll learn and improve. Kawan-kawan dekat IPG pula dah macam family sendiri semua supportive and buat apa-apa semua sama-sama for the 5 and a half years. So seriously bila dah kerja ni rasa rindu dekat kawan-kawan and memang tak sabar nak jumpa semua masa konvokesyen tu.


Dapat jubah sahaja masing-masing terus sakan bergambar walaupun jubah aku tu macam selekeh gila haha. Please believe me nak pakai benda dekat leher tu betul-betul satu penyeksaan. Nak iron jubah and benda tu payah sangat haha. Punyalah berhati-hati gosok benda-benda ni supaya nak kemas dan jadi lelaki paling handsome waktu konvo haritu (yakin kan?)


Ini pula suasana dewan pada waktu tersebut. Berdebar juga rasanya nak konvo ni sebab yang akan menyampaikan ijazah pada pagi tersebut ialah Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Nervous bila nak sampai waktu tu sebab takut buat benda bodoh je atas pentas tu haha. Mana tahu kot tersadung lepastu jatuh depan orang ramai tu. Boleh tahan malu juga kan? Alhamdulillah nothing happened dan aku cuma berharap gambar yang diambil waku atas pentas tu lawa lah sebab rasanya macam aku pandang kamera waktu tu tapi tak tahu lah hahaha. Dia punya awkward nak pose depan orang ramai tu memang real weh. 


Alhamdulillah, B.Ed TESL (Hons)


Pada mulanya aku ingat nak hire professional photographer for my convocation day, tapi disebabkan aku rasa macam awkward sahaja nak pose depan camera (aku tak reti nak posing wei!) nanti malulah dekat orang asyik buat gaya yang sama sahaja so rasa macam tak berbaloi pula bayar mahal-mahal tapi end up 10 keping semua gambar sama kan? Lastly aku decide tangkap gambar pakai kamera iPhone jelah. Nampak la juga macam DSLR walaupun tak secantik tangkap gambar pakai DSLR. At least dapat jugalah jimat duit, mungkin ada benda lain yang lebih penting kan?

Apa yang menarik dengan MAEPS ni ialah tempat dia dekat dengan Putrajaya. So, lepas habis sesi konvokesyen tu terus bergerak ke Putrajaya untuk tangkap gambar dekat tempat-tempat yang menarik di sana. Thanks to my sister yang banyak korbankan diri sendiri untuk melayan kerenah aku nak tangkap gambar haha. Aku ni boleh tahan cerewet juga bab gambar ni. Kalau boleh composition, angle semua tu mesti nak on point. Banyak kali lah akak aku kena tangkap gambar hehehe.
Perancangan masa hadapan?
waktu nak ambil jubah sempat lagi berwefie

Bila cakap pasal masa depan, of course aku nak sambung master pula lepasni. Tak tahu kenapa but I feel like apa yang aku belajar tu tak cukup lagi. Kalau boleh nak sambung master dalam bahasa Inggeris juga. I wanna go deeper into the language. Tetapi bila dan bagaimana itu aku tak tahu. Setakat ni perancangan nak sambung tu adalah, cumanya masa, wang dan berbagai benda lagi takda. Biarlah masa yang menentukan. Merancang sangat pun kalau tak diizinkan tak boleh juga kan? :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru saya daripada saya tadika sehingga ke sekolah menengah yang mengajar saya ABC mengeja dan membaca. Tanpa kalian mustahil saya dapat menjadi seorang guru pada hari ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah di IPG yang banyak membantu dan membentuk kami supaya menjadi seorang guru yang baik. Jasa dan budi baik kalian tidak terbalas. Tidak dilupakan juga sahabat seperjuangan yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang saya sepanjang pengajian. Thanks to those who stay and those who left. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian! :)

(Aku terpaksa stop di sini sebab rasa macam dah panjang sangat merapu! Thanks for reading this entry. Mesti ramai skip ni sebab panjang sangat kahkah)

Saturday, August 19, 2017

TEACHER'S DIARY: THE JOURNEY OF A NEW TEACHER

Teacher's Diary

Assalamualaikum and Hello dear readers!

Again, this post would not be written in English because I'm lazy and it's already 12.44 a.m. Aku dah sepatutnya tidur waktu sekarang ni tetapi since aku rasa macam dah lama sangat tak menaip apa-apa dekat blog ni, better aku tulis sesuatu. Rasa kekok pula sebab dah lama rasanya tak menulis, tak tahu nak mula dari mana dan tulis macam mana haha

Okay, sebelum ni kalau kau ingat aku ada cakap yang aku akan update tentang perasaan (yeke perasaan? haha macam pelik) menjadi seorang guru. Ingatkan haritu lepas sebulan posting dekat sekolah, dapatlah aku nak cerita panjang lebar dekat sini. Tetapi tangguh punya tangguh sebab banyak hal yang menimpa, finally today is the day! *mohon buat kenduri kesyukuran okay!
Posting dekat mana?
Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum

Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum, Kuala Krau Pahang. Alhamdulillah, dapat daerah kelahiran aku juga. Jarak rumah aku ke sekolah ni ialah 45 km. Aku memang lahir, membesar apa semua dekat Temerloh. Tapi tolonglah percaya aku tak tahu pun kewujudan sekolah ni haha. Gunong Senyum ni aku pernah pergi tapi bukan pergi buat aktiviti apa pun, hantar akak aku pergi kem sahaja. Itupun waktu aku tingkatan satu. Disebabkan malas nak rushing gerak pagi-pagi unuk ke sekolah, aku duduk di rumah sewa. Aku rasa bersalah sebagai anak jati Temerloh tapi tak tahu dan tak pernah lalu langsung kawasan sekolah ni! (please punish me)

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum
Do I look like their dad? Of course not

Sekolah aku ni dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan juga kubur (serious ada kubur tepi kantin so kau boleh reflect siap-siap cukup atau tak amalan kau nak bawa pergi mati haha). Murid-murid pun tak ramai ada 160++ orang sahaja dan guru-guru pula ada dalam 17 orang. Bila aku masuk sekolah ni, cikgu English dekat sekolah aku tu pun dah dapat pertukaran ke sekolah lain. Akulah guru yang bertanggungjawab untuk mengajar English tahun 6 dan juga ketua panitia. Believe me, mula-mula rasa kekok lama-lama Alhamdulillah I can adapt.
Sibuk ke jadi cikgu?
Calon-calon UPSR SKGS
Aku sendiri tak tahu macam mana nak menjawab persoalan ni haha. Apa-apa pekerjaan pun semua ada sibuknya yang tersendiri lah kan? Cuma kalau kau jadi cikgu, kau rasa macam penat nak membebel. Every day rasa macam ulang benda yang sama. Kadang-kadang rasa macam aku ni membosankan and ada juga rasa macam I failed as a teacher bila budak-budak tak faham apa yang kau ajar. Then setiap hari Sabtu kena buat kelas tambahan untuk budak-budak ni belajar. Aku faham juga usia macam diorang ni kalau dekat rumah memang takda nak sentuh buku dah. Keinsafan tu hanya akan datang sehari sebelum UPSR! (macam ada pengalaman je kan? kahkah)
Best tak mengajar dekat Pahang?
Tak reti kemas ke?
Tempat Mr. Syed yang agak bersepah waktu itu  

Mula-mula rasa macam kecewa juga dapat Pahang sebab dekat sangat dengan rumah. Ingatkan dapatlah jauh dari rumah kononnya atas dasar nak berdikari etc. but nope. Allah knows best. Baru-baru ni aku ada pergi KL nak beli phone baru (ehem dah ada phone) lepastu kena hadap jalan penuh sesak sangat menginsafkan! Aku rasa macam bersyukur sangat-sangat sebab tak posting dekat Selangor atau KL. Bayangkanlah sewa rumah/bilik sahaja sekurang-kurangnya RM300 nak kena ada dah kot. Aku dekat sini sewa RM150 sahaja. Jalan pun tak sesak, tol pun takda. Cuma life lah tak berapa nak ada (sebab aku suka life kl banyak tempat makan bukan nak pergi kelab malam lol)

Tempat Makan Hipster di Kuala Krau
Tempat lepak paling hipster di Kuala Krau

Lagi satu, kawasan sini memang line internet teruk sangat. Dekat rumah sewa aku 4G boleh dapat tapi line 3G memang tak dapat (pelik kan?). Memang cepat drain lah aku punya bateri sebab 4G punya pasal. Dekat sekolah pula memang angan-angan lah kalau kau nak dapat 4G. 3G pun belum tentu boleh dapat. Kawasan-kawasan tertentu sahaja yang kau boleh dapat 3G. Kadang-kadang tu memang GPRS sahaja. Paling teruk no service. Aku tak tahu kenapa kawasan sini semua telco teruk. Celcom ni kalau nak ikutkan antara telco yang mempunyai rangkaian terluas dah tapi still line internet semput. 

Aku pun redha sahajalah guna line 4G. Memang sangat laju tapi dia punya quota pun laju macam air habis. Aku baru upgrade ke plan RM98 dapat 40GB. Kalau habis juga aku stop la main internet. Aku nak pergi main congkak ke, main guli ke. Internet pun mahal stress pula haha. Bila kita complain dekat customer service sama juga. Still takda perubahan apa-apa. 
Apakah harapan anda?
Kelas Tahun 5 SK Gunong Senyum

Sebagai seorang guru, I always want the best for my children. Aku harap depa semua ni membesar menjadi orang yang berguna, hormat ibu bapa, guru-guru dan juga orang sekeliling. Aku takda apa pun nak bagi dekat diorang selain sedikit ilmu yang aku ada. Nak bagi tanah ke, kereta honda ke memang tak mampu lagi rasanya haha. 

Aku rasa setakat ini sahaja catatan aku untuk kali ini. Rasa macam banyak benda lagi nak tulis tapi baru teringat esok aku ada kelas pukul 8.30 pagi. Sekarang dah pukul 2.00 pagi dah. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku berehat dan menikmati tidur yang singkat. Gigih betul aku update blog pagi-pagi buta ni. Tolong doakan Seorang Syed supaya mampu menjadi pendidik yang baik dan juga doakan kejayaan anak-anak murid Syed dalam UPSR :) 

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, April 26, 2017

PENGALAMAN SEORANG PELAJAR TESL - APA YANG TELAH DIPELAJARI

Pengalaman Seorang Pelajar TESL

Assalamualaikum dan Hi!

"English saya lemah boleh ke saya nak apply TESL?"
"Kalau ambil TESL belajar English saja ke?"
"Saya speaking English tak boleh sangat, macam mana nak interview TESL nanti?"
"Kalau ambil TESL tak nak jadi cikgu boleh ke?"

First of all, sebelum aku mula untuk menaip dengan lebih panjang berjela-jela 10 muka surat, kau tahu tak TESL tu apa? Kalau tak tahu, TESL ialah singkatan kepada Teaching English as a Second Language. The word "teaching" indicates that TESL students are going to be an English teacher in the future. Beza diploma/ijazah Bahasa Inggeris dengan TESL ialah, TESL ni more specific to education. Kau akan belajar cara-cara nak handle budak, cara-cara nak mengajar and all that kind of school-related stuff. Manakala, kalau kau ambil course Bahasa Inggeris sahaja, jurusan tu lebih general (aku tak tahu sangat apa content dia so tak boleh nak ulas). Ambil TESL tak semestinya kau kena jadi cikgu, boleh sahaja kau jadi benda lain sebab bidang bahasa ni luas.

English merupakan salah satu subjek kegemaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Kalau ada subject English dekat sekolah, aku lah manusia yang paling excited nak belajar. Kalau teacher English tak masuk kelas waktu tu, I was the one who disappointed because the only subject I love is English. Tapi still, English aku wasn't that good walaupun dapat A on paper kan. Grammar apa semua berterabur. Since I love English very much, I decided to further my studies in TESL.

Jujur aku cakap, sebagai pelajar lepasan sekolah agama, aku macam culture shock juga lah bila ambil TESL ni. Sebab apa? Masuk sahaja maktab tu semua orang speaking. Time dekat sekolah agama dulu memang boleh kira berapa kali sahaja kami communicate guna English (only during English classes and club to be exact). Aku rasa macam awkward dan malu nak cakap bahasa Inggeris waktu aku foundation. Lepas aku dah go through macam-macam latihan, kuiz, assignment dan sebagainya, baru tahu yang aku punya level English tu biasa sahaja. Aku memang lemah sangat grammar waktu tu. Even simple grammar rules pun aku boleh tak tahu (sebenarnya time dekat sekolah pun markah English aku rendah bahagian grammar). Daripada situlah terbitnya rasa macam menyesal ambil TESL
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI DALAM BIDANG TESL?
1. Grammar

Waktu foundation ialah waktu kau menguatkan segala knowledge kau tentang bahasa especially grammar. Seriously grammar yang kau belajar dekat sekolah tu baru sikit sebenarnya. There's a lot more type of grammar yang tak pernah didengari. Aku bayangkan bila ambil TESL ni akan belajar singular plural sahaja (sebab nak ajar budak-budak kan) hahaha rupanya lebih daripada tu. Bila masuk degree pula kau akan didedahkan dengan phonetics. Sebutan setiap huruf, macam mana nak baca simbol yang kau selalu tengok dekat dictionary tu. Waktu foundation pun ada tapi tak cukup mendalam la.

Bawah ni merupakan contoh phonemic chart yang aku dah belajar 
fuhhhhh complicated juga benda ni time buat assignment dulu haha.
Phonemic Chart
2. Teaching

Bila kau dah dilengkapkan dengan basic English yang kau perlu tahu, kau akan diajar cara untuk mengajar English pula. There are many fun ways to teach English. Itu yang lecturer-lecturer aku ajar dekat maktab. Kalau dulu waktu aku kecil, belajar English best tapi agak bosan sebab teacher-centered. Cikgu sahaja yang akan bercakap dan kita just dengar sambil buat latihan. Sekarang ni, selepas KSSR diperkenalkan ada elemen Language Arts di dalam subjek English. Language arts tu best sebab budak-budak akan belajar melalui lagu, cerita, seni dan sebagainya. So, sebagai seorang pelajar TESL, kau juga akan diajar cara untuk menerapkan elemen-elemen fun dalam pengajaran

Cakap sahaja apa yang aku tak buat zaman aku belajar dulu. Kalau nak ikutkan aku punya pemalu ni, nak berdiri depan orang ramai pun tak boleh. Tapi disebabkan aku ambil TESL ni, macam-macam perkara aku dah harungi. Antaranya ialah berlakon, menyanyi (yeah I sang during my lesson in school), story-telling dan sebagainya. Mula-mula tu rasa malu sebab aku memang tak biasa buat kerja macamtu. Tapi memang tuntutan course macamtu, kalau buat nak tak nak sahaja rendah la markah kau. Struggle jugalah nak berlakon dalam English dulu tu. Rasa macam tak natural langsung sebab speaking pun sangkut-sangkut huh!

3. Teori

Okay ini antara benda yang kau kena hadap bila ambil TESL ni sebab banyak sangat teori-teori yang kau kena hafal. Teori-teori ni memang berguna untuk kau ingat dan tahu sebab bila kau nak buat assignment kau kena ada reference. At least boleh kau kaitkan dengan penulisan kau tu. Selain itu juga, banyak teori lain lagi kau kena tahu seperti teori perkembangan kanak-kanak, teori pembelajaran dan sebagainya (sebab dah lupa hahaha). Mostly teori ni kau rasa susah waktu foundation sahaja sebab waktu tu semua benda pun kau kena hafal. Bila kau dah sambung ke degree, fokus dia lebih kepada teaching content and strategies sahaja.

4. Elektif

Walaupun kau ambil TESL, itu tak bermakna kau takda belajar subjek lain. Kalau dekat IPG, kau kena ambil subjek elektif. Antara pilihannya ialah Seni, Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan sebagainya. Lain IPG lain subjek elektif yang ditawarkan. Kiranya kalau kau masuk sekolah, if kau tak ajar English, kau boleh la ajar subjek yang lain. Itulah pentingnya ada elektif. Aku dulu ambil seni. Walaupun aku ni tak berseni mana, tapi inshaAllah kalau aku kena ajar subjek seni kira dapatlah aku ajar sikit-sikit walaupun lukis gambar kucing jadi panda.

Aku rasa itu sahaja yang aku boleh share pada entry kali ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang aku nak ceritakan, tapi aku rasa macam dah boleh dibukukan pula bila nak cakap pasal TESL ni. Nasihat abang kepada adik-adik yang nak ambil TESL, just go for it! Takpa, kalau tak reti boleh belajar. Yang penting ada minat dan usaha. Kalau nak ikutkan, dulu abang pun nak give up dah adik oi. Tapi bila fikir "inilah jalan yang aku ambil, takkan nak berhenti di tengah jalan?" lepastu fikir pula "kalau orang lain boleh? kenapa kita tidak?". Lemah takpa, yang penting usaha tu kena lebih sikit dan jangan give up. Rajinkan bertanya kawan yang boleh membantu dan praktis bahasa tu (practice makes perfect kan?)

Note: Penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tak pasti pula macam mana program TESL di Universiti lain macam mana. Most likely sama sahaja kot rasanya. Kalau ada beza pun tak jauh sangat.

Sunday, April 9, 2017

5 TIPS TERBAIK STUDY LAST MINUTE YANG BERKESAN


Salam dan Hi! 

Aku memang jenis yang suka study last minute. Bukannya sebab aku pandai or genius ke apa, tapi memang aku dah dibiasakan dengan study last minute sejak dari bangku sekolah lagi. Kadang-kadang waktu sekolah dulu tak study langsung hahaha buka buku untuk buat syarat sahaja. Asyik fikir nak main je waktu kecil dulu sampaikan mak suruh belajar pun tak nak dengar! Lepastu dah besar ni mulalah menyesal tak sudah sebab dulu tak belajar sungguh-sungguh. Masuk zaman belajar waktu degree, baru kesedaran untuk study tu ada walaupun tetap study last minute

Bagi aku, aku lebih selesa untuk study last minute sebab aku lebih senang "catch up" benda yang aku baca tu. Aku ni sejenis yang kena ada pressure baru aku boleh mula buat sesuatu. So, kalau aku nak study awal-awal tu memang tak boleh sebab tak ada rasa "pressure" untuk aku study. Aku tahu bila waktu aku perlu study bila pressure tu datang sendiri tengok kawan-kawan yang dah mula study tapi aku satu benda pun tak baca. Lepastu bila terbaca nota and banyak benda lagi yang aku tak faham dan tak tahu. Daripada situ, aku tahu I should begin studying at least to get A- for the exam hahaha (kau dah la study last minute, kalau kau expect nak dapat A+ macamlah genius sangat kan!?)

Untuk entry kali ini aku akan berkongsi beberapa tips yang berkesan untuk study last minute. At least it works for me kalau untuk kau tak boleh guna, kena panggil bomoh la jampi bagi muncul jawapan time jawab exam kahkah.

#1 Focus on your weak area
Bila kau dah mula study last minute ni, you don't really have time to read the whole book and go through chapter by chapter. Kalau kau baca the whole book pun belum tentu kau akan ingat semua content buku-buku yang kau dah baca tu. So, be smart. Fokus kepada perkara yang kau lemah sahaja. Biasanya bila kita dah belajar ni mesti kita tahu di mana kelemahan kita. Konsep ni kira macam "sediakan payung sebelum hujan". Since kita tak tahu soalan apa yang akan keluar dalam exam, kita prepare sahaja untuk sebarang kemungkinan. Mana tahu perkara atau topik yang kita lemah tu masuk dalam exam? Kalau soalan tu keluar dalam exam, at least kau dapatlah jawab based on apa yang kau dah study tu :)
#2 Tulis apa yang kau tahu
Get yourself a piece of paper. Tulis apa benda yang kau tahu. Contohnya kalau kau tengah study Bab 1. Bab 1 tu pula pasal faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. So, tulis la apa yang kau tahu pasal bab tu. Jangan refer buku! I repeat, don't refer to your book. Kalau kau rasa macam banyak benda yang kau tak tahu, that's how you're going to be in the examination hall. Benda yang kau tahu tu lah yang kau akan tulis dalam kertas peperiksaan kau. Jangan panic kalau kau rasa macam banyak benda yang kau tak tahu, tapi ambil beberapa minit, untuk baca balik dan refresh balik otak kau. Bila kau dah dapat recall informasi-informasi tersebut, then baru mula tulis balik dan compare apa yang kau tulis dengan apa yang ada dalam buku
#3 Study group
Sesetengah orang tak prefer untuk study secara berkumpulan, tetapi aku rasa study secara berkumpulan ni sangat membantu especially bila kau study last minute. Pada pendapat aku, study group tu akan berkesan kalau ada 4 hingga 5 orang sahaja ahli dalam kumpulan. Kalau lebih dari tu memang tak jadi study group, kau akan end up main game "warewolf" (macam aku zaman degree dulu hahahaha okay rindu pulak). Kenapa pentingnya study group?

Antara sebabnya ialah,  kau boleh share apa yang kau tahu dengan kawan-kawan kau dan pada masa yang sama, benda yang kau tak tahu pun kau boleh belajar dengan kawan kau. Aku percaya kalau kita share dengan orang ilmu yang kita ada, mesti lebih senang urusan kita nanti. Kalau ada soalan-soalan yang kau tak faham, masa ni lah kau nak tanya dekat kawan-kawan kau. Bila dengar penjelasan daripada kawan kau, mesti kau akan ingat benda tu sampai nak masuk dewan peperiksaan tu nanti. Kadang-kadang ada juga yang berkongsi cara dan formula untuk ingat sesuatu maklumat. Kan bagus tu? 
#4 Past year questions
Biasanya setiap kali nak exam, mesti lecturer ataupun cikgu akan bagi soalan-soalan tahun sebelumnya dekat pelajar kan? so, aku cadangkan kau supaya manfaatkan soalan-soalan tu! Kebiasaannya memang ada soalan tahun lepas yang masuk dalam exam cuma bentuk soalan tu diubah sikit. Kadang-kadang benda yang nak ditanya tu sama sahaja tetapi cara soalan tu ditulis seoalah-olah kita nampak macam ia satu soalan yang berbeza. Kalau dapat skema jawapan untuk soalan-soalan tu, baca juga sebab macam tu jugalah kau punya jawapan akan dinilai nanti. Jangan terpengaruh dengan soalan ramalan semua tu. Kalau kau terlampau meletakkan harapan terhadap soalan ramalan, nanti kau akan cenderung untuk study soalan tu sahaja. Akhirnya kau yang akan kecewa bila soalan yang diramal tak masuk
#5 Be positive 
Sebelum tidur tu, make sure yang kau dah habis buat semua perkara di atas. Kalau kau dah buat, don't worry everything will be fine inshaAllah. Yang penting kau jangan overthinking. Jangan rasa macam apa yang kau baca tu tak cukup untuk buat bekalan masuk dewan peperiksaan nanti. Believe yourself! "kau dah pergi kelas semua kot lepastu kau baca lagi takkanlah tak dapat jawab". Aku selalu pesan kat diri sendiri macamtu, sebab aku tahu apa yang aku dah belajar dan aku dah berusaha yang terbaik (walaupun last minute). Dengan apa yang kau pelajari dalam kelas dan apa yang kau dah belajar untuk exam, mustahil kalau tak lulus.

Akhir kata, study last minute ni bukan satu perkara yang sihat untuk kau contohi. Kalau boleh study awal-awal tu, aku nasihatkan better untuk kau mula study awal-awal sebab banyak advantages yang kau boleh dapat kalau kau study awal. Bila study last minute ni kalau kau tak dapat handle pressure benda tu akan affect kau punya diri juga. Sebab study last minute jugalah aku tak dapat first class degree! hahaha tapi Alhamdulillah berbaloi la dengan usaha aku kan? Good luck! 

Tuesday, March 21, 2017

LULUS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Semakan Keputusan Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua,

Untuk pengetahuan semua, pada tarikh 23 Januari 2017 yang lalu, aku dah selesai menjalani interview untuk jawatan Pegawai Pendidikan DG41 (cikgu lah tu). Kalau nak ingat balik macam mana sesi interview tu aku rasa dah tak sanggup dah sebab sangat mendebarkan haha. Dah la nervous gila time tu tak tahu macam mana nak handle so aku buat confident aku jelah. Kalau korang nak baca perjalanan aku sewaktu interview dan soalan-soalan yang telah diajukan kepada aku ketika itu, boleh refer entry TIPS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PENDIDIKAN DG41 LEPASAN IPG.

Alhamdulillah, harini ada berita baik untuk aku rupanya. Aku lulus temuduga tersebut! Time nak check tu dah berdebar dah jantung ni hahaha. Kalau ikutkan aku punya confident, aku memang yakin aku lulus interview tu. Tapi who knows kan? mana tahu tiba-tiba penemuduga tu tak suka English aku ke? So, there's a possibility kot. Dah la aku pakai seluar baju fit time tu, terus rasa bersalah kahkah.

Secara jujurnya aku sangat menanti-nanti keputusan temuduga ni. Sebab apa? Sebab aku tak sabar nak masuk sekolah nak mengajar. Aku dah belajar selama 5 tahun setengah kot lepastu menganggur tak buat apa dari bulan 12 tahun lepas sampai bulan 2. Walaupun sekarang ni aku tengah kerja sementara, tapi serius cakap, kerja yang aku tengah buat sekarang ni bukannya jiwa aku. Aku tak boleh nak buat kerja tu lama-lama.  Nantilah aku share apa kerja yang aku buat. Tunggu bulan depan lah kot? sebab saja nak tunggu sebulan kerja lepastu barulah boleh buat review pasal kerja tu kan.

Bila time aku sorang-sorang, aku selalu feeling-feeling cakap English dekat diri sendiri sebab rasa macam dah lama sangat tak guna bahasa tu. Lepastu bila jumpa budak-budak yang datang dekat tempat kerja aku ni pakai baju sekolah, rasa nak sahaja aku sembang dengan dia nak tanya dia sekolah mana. Aku rindu suasana sekolah sebenarnya hahahaha over kot. Rindu juga nak sembang-sembang dengan budak-budak, sebab dulu masa aku praktikal dekat sekolah, aku memang kuat sembang dengan budak. Jadi, bila dah lama tak buat semua benda tu rasa macam I miss those good moments hehe.
TAK SAMPAI HATI
Jujur aku cakap, bila tahu sahaja keputusan temuduga ni terus rasa macam nak berhenti kerja haha walaupun penempatan tak tahu bila. Mengikut khabar angin, ramai yang kata awal bulan empat. So, kalau betullah apa yang aku dengar tu means aku kena berhenti kerja la bulan 4 nanti. Sempat lah sebulan aku kerja dekat situ. Tapi, masalahnya aku tak tahu macam mana nak bagitahu yang aku nak berhenti kerja haha. Rasa macam tak sampai hati nak cakap. Tak suka buat orang rasa kecewa. Tapi memang dari interview kerja tu lagi aku dah cakap aku nak kerja mungkin sekejap sahaja

Bila tengok senarai dokumen yang aku kena selesaikan tu macam banyak pula hehe. Dah la off day kerja aku cuma satu hari sahaja. Nak buat apa pun tak sempat kot aku rasa. Aku cuti harini duk online lepastu basuh baju yang banyak-banyak tu. Boleh tahan lama juga aku tak basuh tangan manually. Penat kot nak basuh tangan kalau tak pakai mesin basuh. Zaman aku basuh pakai tangan ni zaman duduk asrama time form 1 dulu sahaja haha. Patut ke tidak eh aku berhenti kerja bila masuk bulan 4 ni? ataupun aku just kerja sahaja sampai dapat panggilan posting? hmmm dilemma betul.

Apa-apa pun, aku doakan kepada kawan-kawan yang masih belum mendapat panggilan temuduga (calon-calon SJKT) supaya sentiasa bersabar. InshaAllah tak lama lagi tu ada lah panggilan temuduga untuk korang semua. Supaya dipermudahkan segala urusan korang. Good luck! :)

Untuk semakan keputusan temuduga SPP, boleh layari;

Monday, March 20, 2017

5 SEBAB KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN

Kelebihan Belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebab aku yakin, so aku letak gambar aku ala-ala cover magazine macamtu!
hahaha yakin betul aku
Assalamualaikum dan Hi! 

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan satu institusi yang melatih bakal-bakal guru di sekolah rendah. Ramai actually yang tak tahu kewujudan IPG ni. Aku sebagai seorang bekas pelajar IPG, rasa serba salah nak jawab soalan "belajar dekat mana?" dulu. Sebab bila aku cakap aku belajar dekat IPG, orang akan tanya aku balik IPG tu apa? Bila makin lama dapat soalan ni, aku makin bijak lah. Aku jawab sahaja belajar dekat maktab perguruan. Dulu IPG terkenal dengan nama maktab perguruan sekitar tahun 2004 macamtulah. Setelah dinaik taraf kepada IPG, barulah IPG ni ada menawarkan program ijazah sarjana muda. 

Aku merupakan seorang bekas pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA). Punyalah tak famous IPG ni sampaikan masa aku nak masuk IPG tahun 2011 dulu, aku search kat google takda pun maklumat pasal IPG KBA ni. Aku ingat lagi, time tu dah la aku nak pergi interview. Sorang-sorang pula tu, nasib baiklah aku jumpa senior yang kebetulan aku memang kenal dekat facebook. Tujuan aku tulis entry kali ni tak lain tak bukan nak famouskan IPG supaya dikenali oleh orang ramai! haha. At least bila orang search maklumat dekat google tu keluar juga la benda yang mereka perlu tahu sebelum nak masuk IPG ni kan?

Namun begitu, pada pendapat aku IPG sekarang makin mendapat perhatian dan tempat dikalangan pelajar lepasan SPM. Ramai juga yang dah aware dengan kewujudan IPG ni. Setiap kali pengambilan memang ramai yang akan apply tapi syarat pengambilan sangat ketat sekarang ni. Kalau masa zaman aku dulu, nak masuk IPG ni kau kena datang sekali sahaja untuk interview. Kalau kau pass maksudnya kau berjayalah. Tapi sekarang ni siap ada "fitness test" lagi. Kalau kau dah lepas target untuk fitness test tu, baru kau boleh ke peringkat yang seterusnya. Kira macam ada saringan lah. Sebab itu aku perasan yang masuk IPG sekarang ramai budak yang fit dan bersukan.
KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN?
Pada pendapat aku, banyak kelebihan-kelebihan yang kau boleh dapat kalau kau pilih untuk belajar di IPG. Tapi kau kena tahu juga yang kau akan menjadi seorang guru. Kalau rasa tak sanggup nak jadi guru, better tak payah cuba nak masuk IPG.

1) Elaun

Perkara penting sekali yang kau akan dapat bila masuk IPG ialah elaun. Tahukah anda bahawa elaun di IPG akan dibayar setiap bulan selama 5 tahun setengah tempoh pengajian? (tapi sekarang program dah dipendekkan kepada 5 tahun sahaja). Aku tak akan nyatakan nilai elaun yang kau akan terima bila kau masuk IPG, tapi Alhamdulillah duit yang ada tu kalau kau guna elok-elok dan untuk tujuan yang betul, boleh sahaja survive. Berdasarkan pengalaman aku, waktu aku belajar dulu aku tak pernah minta duit dekat mak aku bila dah dapat elaun. Bila fikir balik rasa kagum pula selama 5 tahun setengah tu, boleh kira berapa kali sahaja aku minta duit dekat mak aku. Itupun kalau kereta buat hal dan elaun lambat masuk sikit haha.

Selain daripada elaun bulanan, banyak lagi elaun yang kau akan dapat. Antaranya ialah elaun praktikum, elaun buku (sekali sahaja setiap tahun) dan elaun thesis. Namun begitu, dengar cerita tahun 2017 ni dah dipinda semua elaun ni. Maknanya kau dah tak dapat dah elaun-elaun ni dan elaun bulanan juga telah dikurangkan. Aku tak tahu atas sebab apa dan tak nak comment lah pasal ni, mungkin nak jimat perbelanjaan etc. Paling best sekali kau tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar. Untung kot dapat ijazah tapi tiada hutang pendidikan yang perlu dibayar.

2) Kemudahan hostel

Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Bila kau masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian. Kalau kau tengok gambar di atas, obviously asrama aku yang warna coklat tu. Sebelah asrama tu pula Zhen Apartment yang harga dia mahal nak mampus tahap kau mampu tengok sahaja haha. Kalau nak tahu Sheikh Muszaphar Shukor duduk situ lah! hehe. IPG aku ni dah la memang tengah-tengah bandar KL, so kalau nak ikutkan nak sewa bilik sahaja pun harga dah cecah RM300. Apa lagi yang kau nak? memang bangunan asrama kat sini agak lama, tapi bersyukur sahaja lah dah disediakan tempat tinggal.

Namun begitu, ada sesetengah IPG yang memang tiada tempat tinggal disediakan bila kau dah masuk degree. Mungkin sebab kolej kediaman dia kecil sikit kot so tak dapat nak memuatkan semua orang dalam satu kolej. Walaubagaimanapun, kalau kau tak duduk dekat asrama, kau boleh dapat RM80 duit asrama. Duit tu nanti kau kumpul lah dengan kawan-kawan kau yang lain untuk buat sewa rumah. Aku tak dapat nak cerita lebih tentang ni sebab aku memang tak payah menyewa luar. 

Kalau kau masuk IPG KBA ni, memang kau sangat heaven sebab asrama dia betul-betul tengah bandar. Kau nak pergi mana-mana pun senang kot. LRT stesen Kerinchi dengan stesen Universiti sebelah-sebelah sahaja. Lepastu kalau guna Uber atau Grab memang tak payah tunggu lama. Aku pernah tunggu 2 minit sahaja dah sampai. Memang kawasan tu ramai uber driver. Diorang boleh ambil sampai depan blok kau lagi (itupun kalau guard kasi masuk lah). 

3) Suasana pembelajaran

Dinner Batch PISMP Januari 2013

Di IPG, kau akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap kau selama 5 tahun setengah! dah macam sekolah kot haha. Gambar dekat atas ni merupakan gambar classmates aku yang dirindui. Sejak dah habis belajar ni rasa rindu pulak nak hadap perangai sorang-sorang hahaha. Seriously bila kau duduk dalam satu kelas selama 5 tahun setengah, banyak yang kau discover tentang perangai masing-masing. Masa tu jugaklah kau nak create memories banyak-banyak sebelum kau tamatkan pelajaran kau

Suasana Kelas dan Pembelajaran di IPG

Ni contoh kelas yang kau akan duduk selema 5 tahun setengah tu haha. Memang dia punya environment sebijik lah macam kelas kau masa sekolah menengah dulu tu. Kau kena hias and decorate segala benda dalam kelas tu untuk jadikan kelas kau menarik dan kondusif. Nampak tak? dekat IPG lagi kau dah dilatih untuk menghias kelas sebabnya time kau dah jadi cikgu nanti kau kena hias kelas kau juga bila jadi guru kelas kahkah. Kalau kau ada lecture, kau akan masuk hall. Untuk kelas tutorial pula kau akan berpecah sekejap dari kelas asal kau mengikut lecturer  yang kau pilih

4) Jaminan pekerjaan

Kau kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan. Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru. Ni antara perkara yang paling utama bila kau masuk IPG. Kau tak payah nak fikir masalah pengangguran yang berlaku sekarang ni sebab kau akan dapat penempatan di sekolah tetapi cuma cepat atau lambat sahaja. Walaupun kau dah ada jaminan pekerjaan, itu bukan sebagai tiket untuk kau belajar secara acuh tak acuh. Still, kau kena bagi yang terbaik dan jangan gunakan alasan "alah, pointer tinggi pun jadi cikgu juga". Itu merupakan alasan paling lame sekali bagi aku. Berusahalah meningkatkan potensi diri semasa kau menuntut di IPG tu nanti.

5) Waktu cuti

Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya. Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali. Kalau ada kelas ganti, kau pun kena ada kelas ganti. ha macamtulah. Best juga sebab kau takdalah cuti lama sangat. Kalau cuti lama-lama sampai 3 bulan macamtu bosan juga tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma cuti yang paling lama di IPG aku rasa ialah cuti bulan 11 sampai bulan 1. Itu memang sangat lama. Walaupun kau bercuti, tapi kau tetap dapat elaun untuk meneruskan hidup. Waktu itulah kau akan merasai betapa penatnya menahan nafsu untuk tidak menggunakan elaun yang kau dapat tu haha
MACAM MANA NAK MOHON IPG?

Permohonan Kemasukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) 2017

Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke IPG 2017 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohanan IPG bagi 2017 akan dibuka pada 23 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 secara online.

Untuk mendaftar boleh klik link permohonan berikut : https://pismp.moe.gov.my/

Saturday, March 18, 2017

DISKUSI: TAK PERLU BELAJAR TINGGI PUN BOLEH BERJAYA

Tidak Perlu Belajar Tinggi Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan Hai,

Untuk entry kali ini, kita actually akan berdiskusi tentang satu perkara yang aku rasa tidak lagi asing buat kita semua. Aku letakkan "diskusi" di sini kerana, perkara yang bakal dibincangkan agak subjektif dan aku yakin setiap orang tu dia ada pandangan dia sendiri tentang isu ini. So why not you drop your opinion or thoughts in the comment section? nak komen panjang mana pun tak kisah kalau kau rajin. Aku sendiri pun akan tulis pendapat aku dalam post ni dan kalau kau rasa kau tak setuju dengan apa yang aku tulis, no worries. Bagitahu sahaja di bawah ya?

Pada pendapat aku, education merupakan satu benda yang penting. Kalau kau tanya benda apa yang aku akan tengok pada seseorang, aku akan tengok dia punya education dulu. It just that people with education appear to be really catchy and interesting in my eyes. Namun begitu, aku takdalah cakap yang aku tak suka atau pandang rendah dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi. Malahan, aku siap respect lagi orang yang tidak berpelajaran tinggi tapi berjaya pergi sejauh mungkin dalam hidup beliau.

Selalu dengar orang cakap "Eleh, tak payah belajar tinggi pun boleh berjaya la". Memang betul, aku akui kalau kau tak belajar tinggi sampai universiti pun kau BOLEH berjaya. Semua orang boleh berjaya even tanpa education background yang bagus pun kalau kau rajin berusaha dan ada X factor dalam diri kau. Contoh yang dah pun berjaya ialah Steve Jobs (pemilik Apple) dan juga Bill Gates (yang buat microsoft tu lah). Kejayaan dua tokoh ni bagi aku memang sangat memberi inspirasi kepada orang ramai. Tetapi bagi aku, bila kau gunakan alasan macamni sebagai tiket kau malas belajar, benda tu jadi macam parah la. Lagi teruk lagi bila kau malas belajar tapi takda pun nampak matlamat dan usaha apa yang kau nak buat untuk jadi BERJAYA dimasa akan datang.

Kau tak perlukan pelajaran yang tinggi untuk berjaya kalau...

1) Kau lahir dalam keluarga yang kaya raya dan ada bisnes sendiri

Kalau kau lahir dalam keluarga yang lengkap serba serbi, memang kau tak payah ada pelajaran yang tinggi pun. Cukuplah kau take over syarikat atau bisnes keluarga kau. Tapi aku still rasa kalau kau ada pelajaran yang tinggi, benda tu jadi macam bonus untuk diri kau sebenarnya. Sebab pelajaran itulah yang akan tentukan kau punya bisnes macam mana. Bila kau belajar lebih tinggi, kau akan jumpa dengan ramai orang dan kau akan belajar how to deal with people. Dalam masa yang sama, di universiti kau akan develop banyak kau punya soft skill. Tapi, sebab kau memang dari keluarga yang kaya, boleh kot nak attend short course macam Azizan Osman punya talk. Itu pun still dikira sebagai satu proses menuntut ilmu juga (nampak tak pelajaran tu penting?)

2) Kau dah cukup selesa dengan hidup kau

Lain orang lain dia punya tahap keselesaan, ada orang yang as long as dia cukup makan pakai semua pun dah cukup selesa dah. Tapi still pada pendapat aku, kalau dia usaha lebih dalam kerja yang dia ada sekarang, dia boleh berjaya. On the other hand, kalau dia ditahap yang sama sahaja sampai bila-bila, memang susah sikit la dia nak survive pada masa akan datang. We don't really know what might happen in the future. Tengoklah macam sekarang, kos sara hidup pun makin lama makin meningkat, barang pun makin lama makin mahal. Yang belajar tinggi-tinggi pun kerja untuk bayar PTPTN sahaja. *merenung nasib sendiri.

3) Kau rajin berusaha

Usaha ni antara benda yang paling penting sekali nak berjaya tak kisah la kalau kau ada pelajaran ataupun tidak. Allah akan bagi rezeki kepada mereka yang rajin berusaha. Aku ambil contoh orang-orang yang buat bisnes yang dah jadi jutawan sekarang ni. Diorang punya perjalanan dalam bisnes memang sangat aku kagumi. Ada yang dah mula berniaga sejak dibangku sekolah lagi bermula dengan jadi agen dropship. Ada juga yang jual alat-alat kecantikan di pasar malam, tetapi tengoklah ditahap mana mereka berada sekarang. That's the power of hard work. Jangan mudah putus asa, kalau kita tengok mereka boleh berjaya, kenapa kita tidak?

Kesimpulannya, jangan pandang rendah terhadap orang lain walaupun dia tidak berpelajaran tinggi macam kau. We don't know what future holds, mungkin satu hari nanti dia akan lebih berjaya dari kau? Walaubagaimanapun, jangan gunakan alasan "tak perlu belajar tinggi untuk berjaya" sebagai satu tiket untuk kau malas belajar. Untuk adik-adik lepasan SPM, teruskanlah menuntut ilmu, nak buat bisnes ke apa boleh, tetapi dengan pelajaran yang tinggi aku yakin korang semua boleh pergi lagi jauh. Setiap orang dilahirkan untuk berjaya! :)

Terima kasih kerana sudi membaca. Boleh komen di bawah apa pendapat anda mengenai isu yang diketengahkan kali ini. Mungkin pendapat kita berbeza? would love to read your take in this issue :) 

Thursday, March 16, 2017

HALA TUJU SELEPAS SPM

Hala Tuju Selepas SPM
Assalamualaikum dan Hi!

Umum mengetahui bahawa harini merupakan tarikh keramat bagi pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2016. Kenapa tarikh keramat? Haaaa kalau masih ada yang tidak tahu, harini merupakan hari untuk pelajar lepasan SPM 2016 mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing. Aku yakin, mesti budak-budak ni tak tidur malam sebab fikir pasal result punya pasal haha. Apa-apa pun, aku harap korang yang ambil result pada harini mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Orang tua tua kabor "with flying colours"

Memang bila dah berakhirnya SPM, pelajar-pelajar ni akan ingat bahawa mereka telah merdeka (sebab dah tamat sesi persekolahan kan). Tapi tolonglah don't be too happy. Kenapa? Sebabnya kau memang dah mengakhiri zaman persekolah kau, tapi pada masa yang sama kau akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ni. It's a beginning to a new life. Satu titik permulaan untuk hidup yang baru. Kau yang akan menentukan kemana hala tuju hidup kau selepas ni

Untuk topik kali ini, aku akan menulis tentang hala tuju selepas SPM dan apa yang patut kau buat once dah dapat keputusan SPM. Aku tertarik untuk mengupas isu ni sebab mostly students ni dia tak begitu cakna dan tak berapa nampak jalan hidup dia lepas SPM (sesetengah). Kalau ada yang concern tu baguslah, tapi bagi certain orang dia memang tak tahu langsung course apa dia nak ambil lepas SPM dan universiti mana dia nak pergi. Aku ni bukanlah pelajar SPM yang straight A ke apa, tapi melalui pengalaman aku, aku yakin benda yang aku akan tulis ni berguna untuk SPM leavers yang still tak tahu nak sambung pelajaran mereka dalam bidang apa di universiti kelak.
KENA ADA TARGET DAN MATLAMAT
Sebenarnya dekat dunia ni kau buatlah kerja apa sekalipun mesti nak kena ada target dan matlamat. Sama juga bila kau nak mulakan suatu hidup dan perjalanan yang baru. Kau kena kenalpasti matlamat kau, apa yang kau nak jadi lepas ni. Kenapa pentingnya untuk kita ada target dan juga matlamat? Bagi aku, bila kau dah set kan kau punya target dan matlamat kau sendiri, kau sendiri akan berusaha untuk mencapai matlamat yang kau dah set kan. Kau sendiri pun dah tahu apa yang perlu kau lakukan untuk capai matlamat tersebut. 

Nak setkan kau punya target dan matlamat tu bukannya pakai set sahaja. kau kena make sure matlamat kau tu sesuai dengan keputusan SPM yang kau perolehi. Tak bolehlah kau target nak ambil course Bahasa Inggeris, tapi keputusan BI kau dapat C-. Itu namanya matlamat yang tak realistik. Tengok dan hadam keputusan SPM kau tu elok-elok dan come up with a target yang attainable.
MINAT
Kebanyakan pelajar bila ditanya apa minat diorang, memang ramai yang terkandas sebab tak tahu minat dia apa. Aku bukan buat kesimpulan sendiri, aku aktif jadi fasilitator untuk salah satu program under Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Berdasarkan pemerhatian, sesetengah pelajar masih tak tahu apa minat dia. Minat ni antara salah satu benda yang penting untuk kau ambil kira bila nak lanjutkan pelajaran ke universiti. Kalau kau terperangkap dalam course yang kau memang tak minat, bersedialah untuk melalui 3 tahun (untuk diploma) yang menyeksakan.

Selain itu, minat juga yang akan menentukan kerjaya kau nanti. Bukan waktu belajar sahaja yang penting, tapi bila kau kerja nanti mesti kau akan kerja bidang yang kau belajar tu kan? Nak ke kau habiskan seumur hidup kau untuk buat kerja yang kau tak minat dan takda jiwa langsung?  tepuk dada tanya selera.
RESEARCH
Bila kau dah dapat result SPM ni, percayalah cakap aku bahawa peti surat kau akan dipenuhi dengan tawaran dari pelbagai universiti swasta! haha. Kalau kau rasa berminat dan mampu untuk cuba menuntut ilmu di IPTS, mungkin kau boleh pergi. Tapi make sure before kau pergi, kau buat research dulu tentang course yang ditawarkan itu. For your information, sesetengah IPTS dia punya course yang ditawarkan takda pengiktirafan daripada MQA. Bila kau ambik course yang tak diiktiraf MQA, kau punya program tu kira sia-sia tahu tak? Nak pergi minta kerja pun bila company tengok takda pengiktirafan MQA, terus dia reject nanti. Maka, membazir sahaja usaha kau belajar selama ni.

Maklumat sekarang ni semua dihujung jari. Rajinkan diri untuk cari informasi tentang course-course yang kau minat diinternet. Banyak info dan perkongsian pengalaman daripada orang ramai tentang course-course yang ada di universiti. Bila nak apply UPU tu, buatlah research sikit apa qualification dia untuk kau ambil course tu. Sesuai atau tidak dengan keputusan yang kau ada. Banyakkan membaca, dan benda ni akan membantu kau untuk kau capai matlamat dan target yang telah kau tetapkan tadi.
TANYA PENDAPAT
Kalau kau sendiri pun rasa confuse dengan hidup kau dan pilihan yang kau nak buat, jangan malu untuk minta pendapat orang yang lebih berpengalaman. Bagi aku firstly kau kena tanya ahli keluarga kau dulu sebab apa-apa keputusan pun, kenalah dapat restu ibu bapa dulu kan? hehe. Kadang-kadang ahli keluarga kita lebih kenal diri kita daripada kita sendiri. So, mungkin bila kau tanya pendapat diorang, sedikit sebanyak boleh membantu kau dalam membuat keputusan. Elakkan membuat keputusan sebab kau nak ikut kawan kau. No, jangan macamtu. Bab-bab belajar ni aku minta janganlah ikut kawan. Lain orang lain dia punya kemampuan. Nanti kalau kau ikut kawan kau, bila dah masuk universiti nanti dia ada kawan baru juga. Baik kau cari kawan baru terus! hahaha.

Jangan lupa pula orang yang banyak berkorban dan memberi ilmu kepada kau, siapa lagi kalau bukan guru-guru kau. Guru merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan ni. Cubalah minta pendapat daripada guru-guru kau dekat sekolah tu, aku percaya banyak yang diorang boleh bantu. Lagipun guru-guru jugalah yang ajar kau, dia tahu kebolehan kau dan pencapaian kau dalam kelas macam mana.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kalau nak tulis pasal ni sampai esok pun tak habis. Buatlah keputusan yang betul sebab benda ni melibatkan kau punya masa depan. Kalau kau tahu matlamat dan minat kau, bagi aku itu dah cukup dah untuk membantu kau nak ambil course apa di universiti. Jangan menyesal dikemudian hari sudahlah. Selamat maju jaya saya ucapkan! :)