Wednesday, May 6, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI


Assalamualaikum and Hello!

Blog aku sejak bulan Ramadan ni dah macam blog mak-mak ya. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempoh PKP haha. Aku harap korang semua hadap jelah dengan segala juadah yang aku nak buat ni. Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal resipi donat gebu!
Actually aku ada terbaca dekat satu blog (tapi tak ingat blog siapa) pasal resipi donat ni. Aku tak save pula link blog dia. Cuma ingat dalam otak ja. Lepas baca post dia, aku jadi macam nak try la sebab ada bahan dia yang "rare" sedikit hehe.
RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
 BAHAN-BAHAN

- Yis (15 gram)
- Fresh Milk
- Susu Pekat Manis (2 sudu)
- Marjerin/Butter (2-3 sudu)
- Gula kastor
- Tepung Gandum (500gram)
- Garam (secubit)
CARA-CARA
1) Masukkan yis serbuk ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan air. Biarkan selama beberapa minit (jangan biar lama sangat okay?). Kacaukan yis sehingga ia hancur.

2) Kemudian, masukkan 500gram tepung gandum ke dalam bekas (bekas ambil yang besar sedikit supaya memudahkan proses menguli doh) diikuti marjerin, susu pekat, garam dan juga fresh milk. 

3) Bila dah campurkan semua bahan yang disenaraikan, uli semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Jika adunan keras, tambahkan fresh milk ke dalam adunan. 

4) Setelah selesai menguli doh, biarkan doh selama 30 minit (benda ni actually depends on yis kau. Kalau yis elok, sekejap ja doh akan kembang. Kalau tak elok, biar sejam pun doh tak nak naik)

Hasilnya apabila doh sudah kembang dan sedia untuk diacukan
5) Seterusnya, bulat-bulatkan doh tersebut sebelum kita tekap menggunakan acuan donat

Untuk tak nak bagi doh melekat di acuan, golekkan doh ke atas tepung dan tekapkan dengan acuan
6) Selesai diacukan, tunggu dalam 5 ke 10 minit sebelum menggoreng.

Donat yang telah selesai diacukan. Adunan ni dianggarkan boleh menghasilkan 30-40 biji donat kot?
Donat harus digoreng dengan api yang sederhana besar. Sambil tu rajinlah balik-balik kan donat tu kalau tidak warna dia gelap la sikit hehe


Gaulkan bersama gula kastor apabila sudah selesai! Kalau nak letak topping coklat pun boleh. Ikutlah masing-masing punya selera hehe. Tapi aku akui la resipi ni memang menjadi sebab donat ni LEMBUT SESANGAT. Aku buat ni untuk berbuka puasa, now dah pukul 2 PAGI still lembut. Aku rasa sebab kandungan fresh milk tu dia menjadikan donat ni lembut. Aku sangat berpuas hati dengan donat aku harini hehe. Sebab donat ni banyak sangat, aku dah sedekahkan kepada jiran-jiran dan juga sedara aku yang duduk satu taman perumahan dengan aku ni. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca dan Selamat mencuba! 

Tuesday, May 5, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI ROTI JOHN PALING SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi!

Bila bulan Ramadan tiba, ada dua juadah yang kita memang tak boleh miss. Kedua juadah itu ialah Murtabak (Resipi Murtabak Daging) dan juga Roti John. Aku dah cuba untuk buat murtabak pada entry yang lalu (boleh la check dekat sidebar tu). Kali ini aku nak cuba untuk buat Roti John pula. Yang menariknya, Roti John aku kali ini memang aku tak refer dekat mana-mana resipi. Aku buat ikut citarasa aku sendiri dan hasilnya memang sedap! 

RESIPI ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN

- Roti (kalau ada roti panjang yang besar tu lagi bagus)
- Bawang Holland (setengah biji) *dipotong dadu*
- Bawang Putih (4 ulas) *dipotong dadu*
- Lada (depends on level kepedasan kau)
- Daun sup 
- Burger Daging (pastikan Ramly! baru beli)
- Seasoning 
- Telur (5 biji)
- Daging Cincang (200g)
- Kobis 
- Mayonnaise (mayonis lah tu)
- Sos Cili
PENYEDIAAN INTI DAGING

1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. (minyak tak perlu banyak sebab nanti minyak dari daging cincang akan keluar ya)

2) Kacaukan sehingga bawang-bawang tersebut layu dan berubah warna. (kau kena rilek ja masa ni, jangan terus masuk daging, tunggu ja sampai dia warna coklat sikit)

3) Kemudian, masukkan daging cincang ke dalam kuali dan juga hirisan lada merah. Kacau sehingga tekstur daging dan warnanya berubah.

4) Masukkan juga sedikit garam dan perasa (in this case aku guna Maggi cukup rasa) secukup rasa. Kemudian kita sprinkle kan sikit dengan lada hitam.

5) Bila rasanya telah sempurna, boleh diangkat daripada dapur.


6) Bila dah selesai buat inti daging tadi, ambil beberapa keping daging burger dan masakkan terlebih dahulu.  Pastikan kau letak sedikit marjerin di atas kuali. Semasa memasak daging, letakkan sedikit seasoning di atas setiap daging dan juga sprinkle sedikit black pepper supaya rasanya lebih sedap (aku selalu perhati orang jual burger and that's how they do it!)

7) Pastikan kau memasak dengan api yang sederhana supaya tekstur dan warna daging masih dalam keadaan yang cantik (manusia kan suka yang cantik-cantik. heh.)
PENYEDIAAN ROTI JOHN

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti daging yang telah disediakan, perasakan dengan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam. Turut dimasukkan juga daun sup yang telah dihiris halus dan kacau bancuhan sehingga sebati.


2) Menggunakan kuali leper, letak sedikit marjerin di atas kuali. Apabila marjerin telah cair, tuangkan bancuhan telur bersama inti daging di atas kuali

3) Potong roti panjang kepada separuh (pastikan tidak putus ya) dan telekupkan roti tersebut di atas bancuhan telur sebentar tadi (boleh rujuk gambar di atas). Tekan sedikit roti supaya ia mesra dengan bancuhan inti daging tersebut.

4) Tunggu selama 2 ke 3 minit, sapu sedikit marjerin di bahagian atas roti. 


5) Terbalikkan roti ke bahagian yang lain pula. Pastikan anda tidak membiarkan roti tersebut terlalu lama. Bahagian atas dia tu cepat masak, kalau biar lama sikit nanti hangus la jawabnya haha (actually aku pun overcooked sebab aku busy sangat multi-tasking! hahaha)


6) Seterusnya, kau boleh letak sos cili, mayonis, kobis dan sayur-sayur yang diminati ke dalam roti yang telah siap dimasak. Macam aku, aku tak berapa gemar sangat tomato dan timun. So, untuk sayur aku cuma letak kobis haha. Letakkan juga daging burger yang telah dimasak tadi. Jika anda penggemar cheese, boleh juga untuk letakkan bersama.
ROTI JOHN TERSEDAP DI DUNIA SEDIA DIHIDANG! 

Walaupun presentation OUT sikit sebab aku overcooked (tulah, busy sangat tengok phone) tapi SERIOUSLY RASA DIA SEDAP. Menyesal pula terbiar lama atas dapur. Dah hitam sikit rotinya tu. Kalau beli dekat kedai biasanya dia akan guna kari tapi aku tak suka kari dalam Roti John sebab nanti dia akan rasa macam murtabak. That's why aku come up dengan resipi ni and it turned out GREAT! 

Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba!