Showing posts with label Adsense. Show all posts
Showing posts with label Adsense. Show all posts

Friday, July 14, 2017

SEORANG SYED DOT COM LULUS AKAUN PENUH ADSENSE

Lulus Akaun Penuh AdSense (Hosted Account)

Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah. Blog SeorangSyed.com dah lulus akaun penuh (hosted account) untuk Google Adsense. Untuk pengetahuan semua (kalau ada yang tak tahu lagi la), blog aku ni baru tukar domain beberapa bulan yang lalu. Bila tukar domain ni, faham-faham la kan. Memang automatik kau kena apply baru untuk menggunakan AdSense dekat website baru kau. It happened to me as well. Aku baru lulus AdSense dalam satu minggu, lepastu aku terus tukar domain dan tak dapat dah guna AdSense. 

Sebenarnya bila kau buat permohanan semula untuk akaun penuh AdSense ni bukannya senang nak kena approve! Nak menunggu dia punya result tu sempat lah kau bercinta beberapa bulan dulu baru boleh dapat. Bila dah tahu result pula, kena reject. Dah la tunggu lama lepastu kena reject pula haha mana tak syahdu kan? Nak buat macam mana, kita nak cari makan ni kenalah bersabar sikit. Sabar itu kan separuh daripada iman? (Ustaz mode: ON)

Yes, aku tahu aku memang dah lama tak update blog. Silap haribulan aku dah lupa pun macam mana nak menulis blog. Tapi tiba-tiba pula AdSense baik hati nak approve permohonan aku. Actually antara sebab aku malas nak tulis blog ialah sebab dah takda AdSense ni sebenarnya haha. Aku decide, kalau permohonan dah diapprove, baru aku akan usaha juga nak update walaupun busy kalah perdana menteri kita. Hampa juga bila permohonan demi permohonan aku kena reject dengan alasan insufficient content. Hampir 3 kali juga aku apply tapi semua kena reject. Memang patut pun bila fikir balik, sebab total posts aku dekat blog ni ada 80 SAHAJA. Mungkin you should have at least 100 posts kot before applying for AdSense.
KENA REJECT DAN APPROVE DALAM HARI YANG SAMA

Kena Reject Dengan Google AdSense

E-mail yang aku dapat ni bertarikh 12 Julai 2017 pada jam 8.42 pagi. Bila dapat email dari AdSense ni aku dah dapat agak dah actually, mesti kena reject punya and yeah betul lah expectation aku. Aku move on jelah dengan hidup aku. Pergi sekolah macam biasa dan lupakan pasal blog. 

Lulus Permohonan Akaun Penuh Google AdSense

Tapi yang ajaibnya, malam tu juga pukul 11.27 waktu orang dah nak tidur tiba-tiba dapat lagi email daripada Google AdSense. Kali ni dia kata aku punya website dah diapprove untuk letakkan iklan AdSense. Apa lagi! Melompat lah Seorang Syed dengan gembiranya (okay tipu). Rasa macam tak expect pun boleh kena reject lepastu tiba-tiba nak pula dekat aku ni. 
KENA TUNGGU SAMPAI BILA?
Bila dah kena approve ni, aku expect iklan tu terus keluar lah dekat blog. Tiba-tiba bila aku check memang takda langsung keluar iklan. Aku ingatkan mungkin aku salah letak code dia atau ada kesilapan lain. So, aku biarkan sahaja dulu dalam beberapa jam sebab dia cakap "within a few hours, you will begin to see live ads". Tapi ni dah nak masuk 2 hari still tiada khabar berita dari iklan AdSense.

Berbekalkan kekalutan aku sebab iklan tak keluar dekat blog, aku pun gigih la search dekat Google untuk cari apa puncanya. Macam-macam dah aku adjust dekat dashboard AdSense tu sebab nak bagi ikan keluar. Namun, masih hampa. Sehinggalah aku terjumpa satu article daripada AdSense yang membuatkan aku rasa lega sedikit bila baca.

Sebab Kenapa Iklan Google AdSense Tidak Keluar di Blog
So, segala misteri telah pun terungkai. Konklusi dia, kalau kau punya account AdSense kena reject at the first place, server dia terus block kau punya website untuk tunjuk iklan dari AdSense. Lepastu, bila dia dah approve pula, of course kau kena tunggu pihak AdSense untuk update mereka punya server. Bila main bab server ni bukannya macam on/off computer dah settle. Kena tunggu sehingga 48 jam untuk iklan keluar dekat blog. Setakat ni tak sampai lagi 48 jam aku tunggu.

Begitulah ceritanya perjalanan blog Seorang Syed dalam mendapatkan akaun penuh AdSense haha. Banyak perkara yang aku tak tahu lagi pasal AdSense ni, nak baca tips pun tak sempat. Kalau dengan adanya AdSense ni dapat menjana pendapatan sedikit sebanyak, Alhamdulillah. Harap aku boleh manfaatkan perkara ni. Bagi yang masih tidak diapprove oleh AdSense, banyakkan bersabar. Ikut suggestion yang AdSense bagi tu untuk perbaiki kita punya blog. InshaAllah nanti okay lah tu. Terima kasih kerana sudi membaca catatan panjang berjela bak kereta api ini. 

Monday, April 24, 2017

PERMOHONAN SEMULA GOOGLE ADSENSE JIKA BERTUKAR KE DOMAIN BARU

Permohonan Google AdSense Untuk Domain Baru

"Kusangkakan panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang.  
Dalam tak sedar ku, kebasahan"

This song would be perfect to describe my feelings right now (serious aku tulis entry ni sambil dengar lagu tu). Actually aku tengah happy harini sebab baru bertukar ke domain baru, lepastu bila aku tengok iklan AdSense dekat blog aku tak keluar terus kebahagiaan tu hilang weh. Blog aku baru diluluskan untuk beriklan bersama AdSense pada 10 April 2017 yang lalu (boleh baca di entry INI). Baru dua minggu aku dapat merasa duit dollar yang diberikan oleh AdSense. Tiba-tiba, harini aku dikejutkan dengan iklan kosong di blog

Kenapa iklan AdSense kosong di blog?

Mula-mula aku ingatkan bila tak keluar iklan dekat blog ni sebab domain masih baru. So, iklan pun kena take time lah nak keluar dekat blog. Aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir macamtu haha. Lepastu aku dah habis godek dashboard Google AdSense dan tunggu untuk beberapa jam. Memang iklan tak keluar langsung, hampa betul. Berbekalkan kepandaian aku, dengan pantasnya aku mencari penyelesaian bagi masalah tersebut di Google

Iklan AdSense Tidak Keluar di Blog

I found that this guy over here was having the same problem with me. Rupanya iklan AdSense tak keluar dekat blog ialah sebab aku baru tukar domain. Sebelum tukar domain tu serius aku takda terlintas langsung pasal akaun AdSense ni. Aku ingatkan okay sahaja sebab aku tukar domain kot bukannya sekali dengan hosting. Aku masih menggunakan platform blogger untuk berblogging. 

Tiba-tiba aku teringat satu komen oleh kak Lea dan kak Wani Sukarno dekat entry "Blog Seorang Syed Lulus Adsense". Alamak, bila baca balik komen-komen ni terus rasa macam takda harapan dah aku ni nak dapat guna AdSense balik.

Permohonan Baru Google AdSense
Apa yang perlu dilakukan selepas tukar domain?
Langkah yang perlu dilakukan selepas tukar domain

I've been Googling for everything but haven't found any possible ways to get the ads shown on my website. The only thing I could do is to re-apply for AdSense. Kalau sebelum ni kau guna blogspot sebagai URL dan beralih ke domain yang baru, kau still kena apply semula untuk iklan AdSense ni. Aku rasa macam agak down jugaklah sebab nak apply balik semula tu bukannya sekejap proses dia.

Tunggu 3 Hari Untuk di Approve
As a result, aku kena tunggu 3 hari untuk dia review aku punya website ni. Dan mungkin juga 3 hari tu boleh jadi 3 bulan ataupun 3 tahun haha. PLEASE GOOGLE ADSENSE. DO APPROVE MY APPLICATION. Aku tak tahu peluang aku ni tipis ataupun tidak untuk mendapatkan Google AdSense ni kembali di dalam blog aku. Rasa macam tak puas lagi guna dua minggu. Dapatlah kumpul beberapa dollar buat beli aiskrim Magnum lepastu dah jadi macam ni. Haraplah AdSense approve aku punya application secepat mungkin sebab aku benci betul tengok blog aku without any advertisement. Dah la kosong, lepastu dia makan ruang pula. Nak remove code dia tapi kena tunggu dia review dahulu. Haaa faham tak perasaan aku? haha fine lah. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Seorang Syed! :)

Be 🍆Syed

Tuesday, April 11, 2017

BLOG SEORANG SYED LULUS GOOGLE ADSENSE

Blog Seorang Syed lulus Google Adsense

Salam dan Hi!

Semalam aku tengah penat bekerja, time tu pukul 11 malam dan nak balik kerja dah. Aku main phone dan buka blog untuk baca apa yang menarik dan tiba-tiba masuk satu e-mail dari Google AdSense. Aku pun dah rasa macam nervous nak buka, sebab takut kena reject hahaha. Tengok subject dekat email tu "Your site is now connected to GoogleAdSense". Okay, it's a good news! Aku pun terus gembira tak tahu nak cakap apa time tu. Nak kongsi kegembiraan dengan rakan sekerja tapi memang tak faham jawabnya.

Alhamdulillah, tak sangka blog picisan macam aku ni berjaya diterima oleh Google AdSense! Untuk makluman semua (kalau ada yang tak tahu), Google AdSense ni ialah satu jenis pengiklanan daripada pihak Google yang disediakan untuk para bloggers. Aku tak pasti macam mana bloggers akan dibayar, sama ada dalam bentuk clicks ataupun visitors. Nampak sangat aku pakai apply sahaja tetapi tak buat research. Duit yang diterima dari Google AdSense ialah dalam bentuk US dollar ya kawan-kawan. So, mungkin ini peluang untuk menjana sedikit pendapatan sampingan
Pernah kena reject
Disapproved by Google AdSense
Actually, sebelum lulus AdSense ni, aku pernah kena reject sekali dengan pihak AdSense. Ini memang aku dah expect dah sebab masa tu aku baru buka blog sebulan lebih dan blog aku pun masih belum diindeks di dalam google search. Tapi sedih juga time tu sebenarnya sebab kena reject hahaha siapa suruh yakin sangat pergi apply time tu kan. Walaupun pihak Google AdSense reject aku waktu tu, tetapi dia ada bagi suggestion apa yang kita perlu perbaiki untuk lulus Google AdSense

Berikut merupakan sebab kenapa blog aku tidak diluluskan waktu tu

Sebab kena reject dengan Google AdSense

Insufficient content

Waktu aku apply Google AdSense sebelum ni, entry dekat blog aku baru ada less than 50. Kalau tak silap aku dalam 28 macamtu kot? Untuk diapprove oleh AdSense, blog kau kena ada text yang mencukupi untuk team Google review kau punya blog ni tulis tentang apa. So, kalau kau punya content dalam blog tak mencukupi, macam mana pihak Google nak approve? apa guna advertisement kalau content dekat blog kau pun kurang? bila aku fikir balik, betul juga tu

Suggestion yang dia bagi tu memang tepat sangat kena batang hidung aku especially point yang ke-3 tu, "ensure that your website is fully built and launced before you apply for AdSense". Sebenarnya waktu aku apply tu, blog aku memang tengah under construction hahaha. Aku tengah adjust macam mana nak bagi aku punya blog ada navigation bar. Lepastu sibuk juga edit HTML code untuk bagi SEO friendly yang menyebabkan kadang-kadang image dan header dalam blog tu lari sikit dari tempat asal. AdSense taknak benda macamtu, kalau boleh before kau apply for AdSense make sure website/blog kau tu dah 100% ready to be viewed dan jangan ubah apa-apa for the time being.

Antara cadangan yang lain ialah "provide a clear navigation system for your visitors so that they can easily find all of the sections and pages of your website". Disebabkan waktu aku apply tu aku tengah berusaha untuk buat navigation bar ni, so blog aku memang takda clear navigation system. Itulah sebab kenapa aku punya application kena reject waktu tu. In simple words, make sure blog kau ada page-page seperti "about me, home, sitemap, disclaimer" aku rasa benda ni one of the things you should have to be approved by AdSense.
Berapa lama ambil masa sebelum diapprove?
Lulus Google AdSense
Welcome to my blog Adsense! 

Aku tak pasti berapa lama masa yang diambil untuk blog aku kena approve dengan AdSense. Aku rasa aku apply dulu dalam tengah bulan 3 kot? Kurang dari sebulan la tapi almost sebulan juga tunggu baru kena approve. Untuk permohonan yang kedua, memang lambat sikit dia akan review kau punya blog.  Tak sama macam masa kau apply untuk pertama kali. Kalau kau jenis yang tak boleh nak tunggu lama-lama, guna email lain la untuk apply AdSense. Aku tak expect pun yang aku akan diapprove oleh AdSense, so yeah aku main apply sahaja lagi sekali dan bila rasa lama sangat baru aku hantar "feedback" dekat dia dan tanya soalan kenapa lama sangat hahaha.

Iklan-Iklan Google AdSense

Happy sangat dapat tengok iklan AdSense dekat blog aku ni! hehehe walaupun tak tahu macam mana nak jana income dari AdSense ni. Kalau rasa nak bersedekah sesen dua, click la iklan dekat blog syed ni, kalau tak nak pun takpa lah hak masing-masing kan hahaha. Yang tak boleh blah tu barang-barang yang aku selalu tengok dekat Zalora selalu keluar dekat iklan ni stress pula sebab rasa nak beli.


Thanks for reading! :)