Thursday, February 16, 2017

NIDA ROOMS | HARGA BAJET UNTUK BACKPACKERS

Hotel dan Bilik Murah di Seluruh Asia

Salah satu perkara yang paling penting untuk backpackers ialah penginapan kan? Bila kita travel secara backpacking ni, mesti kita nak cari hotel yang berdekatan dengan lokasi yang nak kita tuju atau yang kita dah plan. Betul tak? Takkanlah kita nak cari hotel yang jauh 10 kilometer dengan destinasi dan tempat menarik yang kita ingin tuju. Kadang-kadang tu bila kita backpacking mesti ada limit dan bajet untuk setiap orang. Biasanya satu kepala tu tak boleh lebih dari RM100. Kalau lebih tu nanti lari lah bajet kita kan? tak boleh lah nak berbelanja lebih sikit untuk ke tempat lain. Sebab tu pentingnya kita book hotel awal-awal dan survey siap-siap sebelum pergi melancong. Sekarang ni banyak dah websites yang menawarkan harga hotel yang murah.

Mesti korang kadang-kadang tu dah penat nak survey harga hotel kan? Aku kalau nak pergi jalan atau travel mana-mana selalu guna Hotels.com dan Agoda untuk compare harga. Yelah, kita pun nak travel sekadar nak berjalan tempat orang. Kalau boleh tak nak bazir banyak sangat duit untuk penginapan. Betul tak? Jadi kali ni, aku nak perkenalkan satu lagi website untuk mencari hotel yang murah, harga bajet yang memang korang takkan menyesal iaitu NIDA ROOMS. NIDA rooms ni antara website yang anda boleh gunakan untuk survey hotel-hotel termurah sesuai dengan backpackers

Nida rooms ni juga banyak focus kepada area Asia macam Philippines, Thailand, Vietnam dan juga Malaysia. Kiranya macam kalau korang nak pergi bercuti di Krabi ke, korang boleh gunakan khidmat Nida rooms ni untuk mencari pakej dan bilik yang terbaik untuk percutian anda. Maklumlah sekarang ni kan semua orang nak pergi Krabi. Aku je yang mereput tak pernah sampai Krabi lagi haha!

Destinasi Menarik di Asia
Ini antara contoh destinasi-destinasi yang terdapat dalam pilihan NIDA rooms. 

Dekat Kuala Lumpur sahaja kita ada lebih 100 hotel dengan harga serendah RM55. Okay sangat tu harga RM55. Anda tak perlu lagi untuk tidur dalam kereta, dengan harga serendah RM55 ni boleh la kalau malam tu nak makan dekat restoran-restoran hipster around Kuala Lumpur. Banyak lagi hotel-hotel yang menarik dengan harga terendah yang anda boleh dapatkan di NIDA rooms.
KENAPA KENA PILIH NIDA Rooms?
Satu benda yang menarik tentang  NIDA rooms ialah sistem dia yang mudah dan straightforward. Biasanya kalau kita nak booking hotel ke apa nak kena guna card credit semua kan? Tapi dengan NIDA rooms ni, sistem pembayaran dia sangat mudah. Anda tidak perlu ada kad kredit, pembayaran melalui kad debit pun boleh. *so tak payah nak guna kad kredit mak lagi dah! hehe. Aku pun suka benda yang memudahkan macam ni. Dah la aku ni kad kredit pun takda. Nak kena minta sana sini macam susah pula kan? Tapi dengan NIDA rooms dia lebih menjimatkan masa dan yang penting sistem tempahan dan pembayaran yang mudah. 
HOW TO CONTACT
+60 377 329 899
Kalau ada sebarang soalan anda juga boleh tanya melalui live chat di website tersebut

Enjoy your stay people! :)

52 comments :

  1. Competitors sana-sini mereka kena berlumba bagi yg terbaik dan mampu utk dipilih oleh customer. Apa lagi keadaan nilai duit makin kecik sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. persaingan makin banyak dan marketing strategy pun kena pelbagai utk dapatkan customers.

      Delete
  2. Terima kasih info... Mana tau nak gi travel... boleh cuba...

    ReplyDelete
  3. betul tu. time kak ana backpacker last year, hotel mesti yang senang di akses dan dekat dengan public transport. lepas ni kalau ada rezeki ke Thai atau singapura boleh lah try Nida rooms ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak. Try lah nanti nak tengok okay ke tak hehe. Saya pun tak berpeluang lagi nak guna sekarang.

      Delete
  4. Wah!! Best juga... Terima kasih ye sudi share

    ReplyDelete
  5. sejak dari tahun 2008 sampai sekrang kalau saya nak cari hostel backpackers, saya guna website hostelworld.com .. Memang sangat-sangat reliable & frinedly.. Nida Rooms ni website baru, tak pernah cuba lagi. btw, tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kawan saya pun ada yang selalu guna website tu. Nida rooms ni memang baru lagi nanti try la kalau nak pergi travel mana-mana :)

      Delete
  6. Bermenafaat ni bagi yg suka travelsecara backpackers

    ReplyDelete
  7. Pernah nampak sign 'Nida Member' ni kat hotel. Ingatkan cuma sign jer rupanya mcm website ek...
    Lepas ni boleh trylah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? saya tak pernah pula nampak setakat ni hehe nanti try la ya :)

      Delete
  8. Kalau pergi mana mana memang bab penginapan yang paling penting. Nak pulak kalau travel dengan geng geng bujang, wajiblah cari hotel yang murah tapi selesa. Heheh. Baru tahu pasal ni, lepas ni boleh lah try booking melalui web ni pulak 😊 Thank you for sharing this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, bila travel dengan geng bujang memang harus jimatkan kos untuk bilik heheh bersempit pun takpa sanggup.

      Delete
  9. sy nk forward entry ni kt member sbb katanya mmg nk cari blk sementara nk bertolak ke KLIA

    ReplyDelete
  10. first time dengar nida rooms ni. biasanya trivago tapi tu pun harga mahal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha trivago tu memang selalu melekat dekat otak ni.

      Delete
  11. Pasni boleh tukar iklan trivago tu, "Hotel? NIDA ROOMS!" Bhahahaha...

    Tak payah guna kad kredit mak lagi erh. Mmg ma tak pakai credit card pun. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh juga tu. mak syed pun tak pakai kad kredit kahkah.

      Delete
  12. selalu kalau jenjalan nak cari tmpt menginap guna trivago. last2, bincang ngan kwn sampai tmpt tu baru cari tmpt menginap 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ada orang yang lebih selesa kalau dapat cari penginapan dulu sebelum sampai destinasi. bergantung juga hehe.

      Delete
  13. kebetulan plan nak travel this coming scool holiday..harap2 terlaksanalaa jadinya, Tq share Tuan Syed

    ReplyDelete
  14. post ini berbau ..... collaboration dengan... nanti hang share kat aku boleh dak selok belok Invoice Asia ni, macam mana dia pay blogger. aritu dia ada tawar aku untuk join mereka. tapi aku masih blurr macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmmm aku rasa macam...tak berbaloi ja mer hahaha.

      Delete
  15. First time dengar Nida. Buat masa ni Traveloka ja sebab ada boucher lagi RM50 menang contest instagram diorang haritu. Hahaha. Kena start menempah hotel dah ni, konvo bulan April.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni post lama. tapi kita dua baru nak comment ari ni.. Amer pikiaq ni post baru dr Tuan Syed. Tapi post lama siket

      Delete
    2. hahahaha korang dua ni lambat la. ni tah zaman bila punya post dah ni tapi baru nak komen hihihi

      Delete
    3. Hahahaha, tengok kat bawah ramai lagi orang baru komen :P Alaa lama sikit je pun, kasi chance la nak memeriahkan comment section blog ni.Hahah

      Delete
  16. info yg bagus utk kaki jln mcm ky nie..

    ReplyDelete
  17. hi...baru sempat baca..tp dah follow dr pagi td..thank you for sharing..ermmm rasa nak bercuti rasanya seharian penat bekerja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome. terima kasih juga kak singgah dan follow blog saya :)
      Bawa2 bercuti la kak. Kadang-kadang kena reward diri sendiri hehe

      Delete
  18. Sekarang memang tengah planning dengan kawan2 nak travel. Boleh la cuba NIDA rooms. Nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba kalau nak travel lepas ni ya. terima kasih :)

      Delete
  19. kenkadang kalau last minute deals, boleh dapat bilik cuma berbelas ringgit je untuk hotel backpackers ni, kalau nasib baik lah, hehehe

    ReplyDelete