Monday, February 6, 2017

PEMBEDAHAN PEMBUANGAN APPENDIX DAN BAHAYA PENYAKIT APPENDICITIS ATAU RADANG PERUT

Pembedahan Pembuangan Appendix

Okay harini kita akan membincangkan perkara yang agak serius iaitu mengenai Appendicitis. Sebelum aku memulakan penulisan ni, aku nak betulkan term "Appendix" yang dah disalahgunakan setelah sekian lama. Actually, appendix ni ialah nama bahagian organ dalam badan kita bukan nama penyakit. Kalau appendix yang ada dalam badan kita ni pecah atau bengkak itu baru kita namakan appendicitis. So, appendicitis ialah nama penyakit ni yang sebenarnya bukannya appendix! (stress aku sebab dah kena baru tahu rupanya appendix tu organ hahaha). Kalau dalam Bahasa Malaysia pula, appendicitis ni ialah radang perut.

Aku merupakan salah seorang di antara ramai orang yang kena penyakit ni. Aku dah menjalani pembedahan untuk buang aku punya appendix ni pada 30 November 2016. Takdalah lama sangat, baru saja lagi operate. Terbayang-bayang lagi kesakitan yang aku alami sebelum operate tu. Dah la time operate tu Deepavali, tak sempat aku nak makan maruku! haha. Penyakit radang perut ni bukan sesuatu yang boleh bawa main tau. Kalau lambat dapat rawatan dan buat pembedahan silap-silap boleh meninggal jawabnya. (refer gambar di bawah)

Pembedahan Pembuangan Appendix
fact: manusia boleh ada 1 appendix je dalam badan. mana boleh ada appendixs haha k tak baik.
TANDA-TANDA PENYAKIT APPENDICITIS 
Penyakit ni antara penyakit yang susah nak detect sebab kau akan tahu kau ada appendicitis bila kau punya perut memang dah sakit tahap kritikal sampai kau tak boleh bangun langsung. Aku dulu masa sekolah rendah pernah sakit perut and doktor pernah suspect aku ada radang perut ni tapi actually tak pun. Cuma kali ni memang aku betul-betul sah and confirmed kena penyakit ni.

Satu tanda yang paling obvious sekali aku alami ialah rasa mual dan muntah-muntah. Malam sebelum aku kena benda ni, aku ada makan meggi dekat mamak pukul 2 pagi. Time makan tu okay je sedap and tak expect apa-apa pun. Cuma, petang tu memang aku ada sakit perut, sebab perut masuk angin makan lambat punya pasal. Balik dari makan dekat mamak tu, aku pun macam biasa lah tidur sebab dah pukul 2 pagi kan? takkan nak berjaga pula. Tengah sedap-sedap mimpi kahwin dengan anak raja, tiba-tiba aku terjaga daripada tidur time tu pukul 4.00 pagi. 

Aku terjaga sebab perut aku sakit sangat-sangat. Aku memang selalu sakit perut before this, tapi sakit perut kali ni rasa lain sangat. Aku rasa mual dan sakit. Aku dah tak tahu nak buat apa pagi buta tu, tengok orang lain semua tidur best gila. Aku pun paksa diri aku muntah. Aku jolok mulut aku dengan jari sebab tak tahan sangat dia punya sakit. Biasanya kalau aku sakit perut, bila dah muntah tu memang akan pulih serta merta. Tapi malangnya haritu, lepas aku muntah tu, rasa mual, loya and sakit tu masih bersarang dekat perut. Dah la punya sakit time tu, aku try macam-macam posisi untuk tidur, tapi tak dapat tidur. Meniarap atas lantai, kaki kat dinding, tidur menonggeng semua aku dah try sebab aku nak tidur punya pasal. Memang tak boleh nak tidur langsung sebab perut sakit sangat.

Rasa mual dan muntah-muntah berterusan sampai kesudah. Pagi buta tu sahaja aku dah muntah lebih kurang 8 kali dah. 8 kali keluar masuk tandas sampai kau muntah pun dah takda apa yang keluar. Serius, aku muntah sampai muntah aku tu putih jernih just air liur je yang keluar tapi still sakit sangat rasa perut tak hilang. Aku bertahan dari pukul 4.00 pagi sampai pukul 9.00 pagi. Nak tunggu semua orang bangun dari tidur and nak minta tolong bawa pergi hospital. Pukul 7 macamtu ingat nak kejut orang minta hantarkan tapi tak sampai hati. Lepastu, fikir nak naik uber atau grabcar je tapi nak berjalan pun tak larat macam mana. Finally, Ken (roomate) sedar dan dia pun kejut Derek (housemate). Pukul 9.30 macamtu terus gerak pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (aku pun gigih juga mandi even tengah sakit gila babeng tu).

Oh lupa nak include sekali, sepanjang aku sakit dan tak dapat tidur langsung tu, aku pun google tanda-tanda penyakit appendix (sebab time tu tak tahu lagi nama appendicitis). Aku tengok beberapa tanda yg disenaraikan, dialami oleh aku. Aku dah suspect dah aku kena appendicitis ni, sebab tu terus ambil keputusan nak pergi PPUM tu. So, tanda-tanda yang dialami aku ada 3 sahaja.

1) Mual dan muntah-muntah
2) Sakit perut tahap yang tak boleh baring, duduk, melentang dan tidur
3) Sakit perut di bahagian kanan (kalau tekan belah kanan ada rasa sakit)

Kalau google dia senaraikan banyak lagi termasuk demam, batuk, kencing kotor dan apa lagi entah aku tak ingat. Boleh google untuk maklumat yang lebih tepat.
SEBELUM PEMBEDAHAN
Dekat PPUM tu nak kena tunggu turn untuk kena check takdalah lama sangat, tapi sebab sakit ni dia rasa macam lama nak mampus. Kerja duk pegang perut jelah time tu. Time nak tunggu turn sempat aku muntah 2 kali lagi dalam toilet. Lepas buat urine test, X-Ray semua tu, agaknya aku ni dah sah dah appencitis (tapi takda pun doktor bagitahu aku). So, dia cakap aku kena admit masuk wad. Lepas dia kasi injection dekat aku, terus sakit tu berkurang. At least aku boleh duduk dengan selesa la. ubat tahan sakit agaknya tah la haha.

Cucuk untuk masuk wad

Lepas dah tahu aku kena admit masuk wad, terus cucuk benda ni dekat tangan aku. Haritu sahaja dah berapa kali kena cucuk. Aku tadah jelah tangan sebab rela kena cucuk banyak mana pun asalkan aku punya sakit hilang haha.

Wad PPUM

Lepas dah selesai semua procedure, aku dipindahkan di wad sementara. Tak tahu wad apa ni haha. Time dekat sini la few doctors came untuk check aku lagi. Dia masukkan tangan dalam dubur la (untuk check tekstur tahi kot?, bapak sakit haha). Lepastu ada satu sorang nurse kot datang, dia datang and cakap dekat aku "Okay, awak siap sedia ya, pukul 7 ni nanti awak nak kena operate". Aku pun macam terkejut sebab so sudden hahaha. Aku indirectly balas "Sebenarnya saya sakit apa ni?". Seriously, takda pun doktor bagitahu aku yang aku ni kena appendicitis, aku expect macam dialog dalam drama melayu tu "Maafkan saya encik, anda disahkan menghidap appendicitis". hahahahha baru nak feeling macam dalam drama tapi takda pun dengar dialog tu. Doktor lupa nak cakap kot agaknya, atau aku yang tak perasan? kah kah. 

Time tu juga dia ada ukur lubang kencing aku sebab nak masukkan tiub katanya. Aku dengar je nak masuk tiub tu rasa macam ngilu kejap time tu. Takutnya nak kena bedah! dah la nak masuk tiub dalam kau punya genital tu sakit kot. Aku pun macam redha kejap time tu. For your information, kau boleh minta shaver dekat jururawat kat situ. Aku sempat shave dulu sebelum kena bedah hahaha sebab malu la orang ramai tengok nanti.

Sebelum pembedahan appendicitis

Dari pagi pukul 9.30, sampai ke petang pukul 6.00 baru selesai semua urusan. Baru confirm yang aku memang betul2 akan dibedah. So, nurse bagi baju suruh tukar and get ready dalam bilik lain pula sementara tunggu operation theater kosong. Sepatutnya pembedahan aku dia nak jalankan pukul 7 petang macamtu. Tapi kena tangguh sebab ada banyak kes emergency yang lain. Ada juga kes orang yang appendix dia dah pecah, so keutamaan diberi kepada yang lagi teruk lah. Aku pun tak kisah, lagi lambat lagi bagus sebenarnya sebab nervous weh nak kena operate walaupun untuk minor operation!

Sebelum operation ni dia ada bagitahu aku risiko-risiko yang bakal aku hadapi kalau pembedahan tak berjaya. Antaranya ialah jangkitan kuman dekat usus. So, kalau aku kena jangkitan kuman tu nanti kena operate lain pula. Bawa keluar usus tu and cuci lepastu masukkan semula. Aku dah cuak je dengar explanation doktor tu rasa macam nak cancel operation. Lepastu dia cakap la takpa jangan risau, doktor akan cuba yang terbaik. Dia ada explain juga tentang kaedah operation yang bakal dia buat. Kalau macam dulu-dulu, operation untuk Appendix ni dia belah perut tu berapa inci tak tahu. Tapi sekarang ni dia buat yang 3 holes (kot nama dia). Ada 3 tempat di bahagian perut yang dia akan tebuk, untuk masukkan camera dan untuk tarik appendix keluar. 

Aku pun chill lah sementara tunggu turn nak operate tu. Dah selesai solat Maghrib, Isyak semua. Nasib baik ada Ken, Derek, Azfar, Ramiza and Afiq kot? Aku tak ingat hahaha. Depa datang buat riuh dekat hospital takdalah aku cuak sangat nak operate. Kalau aku sorang-sorang kat situ tabah jelah. Lepastu datang Hassan and Mak dia puak hihihi dengar pengalaman dia operate appendix dulu pun cuak juga haaa.
SEMASA PEMBEDAHAN 
Akhirnya, sampai juga masa untuk aku dibedah. Waktu tu pukul 11 rasanya aku dibawa masuk ke dewan bedah. Lama juga aku dekat luar tu. Dia bagi aku rehat ke apa aku tak tahu la sementara menunggu masuk operation theater tu. Aku banyak-banyak berdoa ingat tuhan semua. Bapak la nervous time nak kena operate tu. Lepastu, time ramai-ramai doktor tolak katil bawa masuk dewan bedah tu rasa lagi cuak. Dia punya feeling macam dalam movie weh dah la dikelilingi oleh ramai doktor. 

Bila dah ada dalam bilik bedah tu, aku dengar je doktor-doktor tu bersembang. Depa punya bersembang dalam tu macam sembang kita dekat kedai kopi haha. Dah biasa kan, kalau kita ni yelah cuak nak kena operate. Aku diberi bius penuh untuk pembedahan ni. Doktor pakar bius ada tanya aku ada allergik dekat ubat bius ke tak. Aku cakap takda and doktor pesan kalau nanti tersedar time operation ke jangan kalut sebab dalam mulut aku dia masukkan tiub untuk pernafasan. Time aku kena bius tu (sedut gas apa entah, aku ingat bius ni dia inject) aku perasan mata aku mula tertutup. Tak rasa mengantuk pun tapi cuba nak buka mata pun tak boleh. Power betul perasaan dia tu haha. Time aku operate tu dalam pukul 1 pagi macamtu aku rasa.

Alhamdulillah aku tak sedar langsung apa doktor-doktor buat dengan aku dalam dewan bedah tu. Nak terjaga time pembedahan tu pun takda. Aku sedar pukul 2.30 pagi, semua benda dah selesai. Aku tengok perut aku dah ada tampal-tampal and benda paling tak selesa sekali ada beg tempat buang air kencing tu. Doktor masukkan tiub dalam dalam aku punya zakar. Dia tak rasa sakit, tapi rasa tak selesa with that urine bag around you. Aku dibawa ke wad surgeri tingkat 7 PPUM sejurus sahaja selesai pembedahan aku. Time bawa keluar dari situ aku nampak mak dengan akak aku tunggu kat luar tu. Lepastu sambung tidur sampai pagi.
SELEPAS PEMBEDAHAN
Pagi tu, aku bangun je tengok kantung kencing tu rasa tak selesa betul. Aku nak kencing tapi kena kencing yang tersangkut-sangkut sebab guna tube tu. Rasa pedih dah sangat tak selesa nak buang air weh. Seksa gila aku rasa, lepastu aku panggil nurse dekat situ suruh buka terus sebab aku dah boleh berjalan ke sana sini. 

Cara memasang kantung kencing pada zakar
Okay gambar di atas menunjukkan illustrasi macam mana dia masukkan tube tu dalam zakar aku. Bila ingat balik pun rasa ngilu tak sudah haha. Aku suruh nurse tu buka tube ni awal pagi tu, dah la nurse perempuan aku yang malu haha. By the way, nak keluarkan tiub ni dari zakar kita bukannya tak sakit. SAKIT AND PEDIH PEDIH macamtu rasa dia haha dah la panjang dia masukkan dalam zakar tu. Rasa keras zakar tu bila tekan dari luar sebab dapat rasa tube tu dekat dalam. ya Allah tie tu Allah je tahu perasaan dia macam mana lega bila dah buang. 

Lepas dah buang benda tu aku ingat boleh kencing dengan selesa la, tapi bila aku pergi toilet. SEKSA NAK KENCING WEH. Seksa sebab dia rasa pedih and air kencing tu nak keluar macam nak tak nak je. Sakit dia macam kita mula-mula nak kencing time lepas sunat tu. haaaa tak sanggup nak ingat balik rasanya haha. Sakit nak kencing ni dia berterusan sehingga 3 ke 4 hari juga la baru hilang dia punya pedih-pedih nak buang air tu.

Lepas bedah ni aku bukan duduk diam pun, pagi tu juga merata dah aku pusing PPUM tu dengan baju biru besar aku tu. Cari makanan nak tengok apa yang boleh dimakan dekat food court, jauh juga aku merantau dengan mak dan kakak aku dah macam orang tak sakit. Tapi, bila lama-lama berjalan dia ada rasa sakit juga and nak baring je tak nak buat apa-apa. 

Keluar dari wad PPUM setelah sehari

Alhamdulillah, selesai operate 2.30 pagi, 5.00 petang tu aku dah dimaklumkan oleh doktor yang aku boleh keluar wad. Sekejap gila aku duduk dekat wad tak sampai sehari pun dah boleh keluar hahaha. Tak puas lagi makan makanan hospital. Not bad juga sebenarnya bubur dekat wad ni. Sedap juga la bubur dia even aku bukan jenis makan bubur. Tapi sebab terpaksa, so yeah makan jelah. Keluar wad awal pun senang sebab at least family aku boleh balik Pahang dah. Susah lama-lama dekat wad ni bukan selesa sangat nak tidur ke apa. Kalau aku selesa la sebab aku ada katil haha.

Bubur untuk orang selepas pembedahan

So, selepas pembedahan memang makanan aku bubur jelah takda benda lain. Nasib baik ada Hassan tolong masakkan bubur and bagi makanan tiap hari lepas operation aku. Thanks hassan! :) . Aku makan bubur dengan konsisten ada dalam 3 hari je kot, lama-lama aku dah tak boleh terima dah ak makan bubur. Bosan and tak pedas (since aku memang tak boleh makan benda kalau tak pedas ni). Untuk hari-hari yang berikutnya aku dah mula makan ayam and daging semua aku bahan. Cuma aku tak berapa makan pedas sangat. Kalau pedas pun pedas sikit-sikit ja hahaha. Kalau rasa perut lain macam je lepas makan, stop lah. 

Escape Room

Lepas operate tu esoknya kawan aku ajak main escape room! hahahahaha, walaupun aku tak larat tapi sebab member dah ajak kan, so pergi jelah. Dah la dia yang bawa aku pergi PPUM time tu kahkah kira balas jasa lah walaupun aku macam takda function je main benda ni. Aku macam jadi hiasan je weh time main benda ni. Tak dapat berfiir langsung, dah la perut sakit. Dah la nak gelak-gelak semua tak boleh sebab bila gelak perut kau sakit hahaha.

One thing you should know, bila kau lepas operate, kau akan hadapi kesukaran untuk ketawa dengan normal. Aku tak boleh nak gelak beria time tu sebab bila gelak perut kau akan bergerak sekali kan? so dia sangat sakit haha. Lepastu bila terbersin tu lagi laaaa. Bila terbersin tu kau akan rasa macam kau hilang segala isi perut keluar. Punyalah sakit tak tahu nak cakap macam mana. Dah la terbersin ni bukan boleh kita tahan. Kadang-kadang tak sanggup rasa nak bersin. Tapi benda ni semua sakit dalam seminggu juga la. Tahap kesakitan dia lama-lama makin berkurang.

Masuk bulan ni dah 3 bulan aku hidup tanpa appendix haha. Alhamdulillah masih mampu bernafas seperti biasa. Terima kasih banyak-banyak buat Ken, Derek yang sudi teman aku hantar pergi hospital dari pagi sampai petang. Terima kasih yang datang melawat. Terima kasih yang menceriakan hari hari aku lepas aku kena operate. Terima kasih mak and kakak aku yang datang jaga aku dekat PPUM. 

Satu je aku pesan, kalau taknak kena appendicitis ni jaga pemakanan. Jangan makan biji lada. Time aku pergi follow up dengan doktor. Dia cakap aku punya appendix dah buang habis and dalam tu ada batu-batu and biji-biji lada. So bila nak makan pedas tu jangan makan biji lada banyak-banyak. Terutama chilli flakes tu. It's not healthy guys. Aku banyak gila telan biji lada selama ni, chilli flakes tu lagi la favourite aku. Kalau boleh satu slice pizza tu aku guna 2 chilli flakes kot hahah. Okay sampai sini sahaja novel aku untuk harini. Panjang betul cerita dia.

71 comments :

  1. Biji lada tak dapat dihadam ke? Satu perkongsian cerita yang bermanfaat, lepas ni kena jaga makan... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp biji lada memang tak boleh dihadam, sebab tu bahaya makan dia. sila jaga pemakanan anda hehe.

      Delete
  2. Hye Syed.... Selamat Petang Cikgu Syed

    ReplyDelete
  3. hi Syed. Panjangnya cerita awak.. done follow back

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang kan? sebab tak tahu nak pendekkan macam mana. rasa macam semua penting nak cerita. haha.

      Delete
    2. aq baca pada hari kelima ada dihospital setelah kena apendik, cuma aku pnya dh pecah dan usus pon kacau gak. napelah tk baca awal-awal lg. best karangan ko. jd penulis boleh ni. btw, pengalaman sama bro tk brubah pon

      Delete
  4. omg sama! 3 hari lepas, saya sakit perut sangat sampai terjaga dari tidur. waktu tu pun pukul 4.00 pagi hahahaha sakit perut + mual then saya paksa diri untuk muntah (jolok jari dalam mulut). tak tahu pulak tu petanda appendicitis! T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik time yang sama pulak tu haha. aah tanda appendicitis lah tu, tapi kalau tak sakit perut di bahagian kanan tu biasanya sakit perut biasa ja. no worries.

      Delete
  5. Ngeri jap baca cerita panjang Cikgu Syed ni haa... Dalam family, ada 3 orang dah operate sebab appendicitis (kalau boleh tetap nak sebut appendix haha). Betullah, makcik saya pun sama dulu, nak gelak pun sakit. Awkward pulak tak boleh buat kelakar sebab dia tu kaki gelak, tak huhahuha dengab dia tak sah. Cikgu Syed duduk wad sekejap je mana taknya, satu hospital dia tawaf macam takde apa yang terjadi! 😆
    Ini komen ke nak sambung cerita Cikgu Syed! Haha aku dah kenapa, kbai! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tahu takpa. the struggle to use "appendix" instead of "appendicitis" is real. sebab appendix tu dah biasa guna. time tu kawan-kawan semua saja nak buat saya ketawa, so terpaksa juga ketawa haha. Takpa, kalau nak sambung cerita pun boleh juga, versi raya punya kalau drama tv3 kah2.

      Delete
  6. Syukur segala2nya selamat.
    Bila dah buang usus buntu tu, tak akan kena lagi.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..prosedur pembedahan berlangsung dengan lancar..walaupun appendicitis dah dibuang tetap perlu menjaga pemakanan kerana banyak lagi penyakit yang boleh timbul berpunca daripada pemakaban.
    Alhamdulillah kak PC done follow..salam ukhuwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak penyakit yang boleh dapat berpunca dari makanan yg tidak sihat. Salam ukhwah kak PC, terima kasih.

      Delete
  8. Alhamdulillah.. syukurlah pembedahan tue berjalan dgn selamat.. Jaga pemakanan .. jagn makan cili/lada byak cgat haha xD,, terima kasih for sharing your experience details sekali dgn sblum dan selepas pembedahan :) Take care

    Salam ukhuwah.. done follow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hahah sebab banyak sangat nak cerita and semua benda rasa penting nak ditulis. Terima kasih and salam perkenalan :)

      Delete
  9. my dad selalu ckp, jgn mkn biji lada. jgn mkn biji terung. perut x blh hadam. nnt usus blh tersumbat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sekarang rasa menyesal sebab banyak makan biji lada sangat hahaha tapi dah buang pun kira okay juga la.

      Delete
  10. OMG, sama la suka gila chili flakes tu, habis surface pizza tu penuh. takut baca,masalahnya yang baca ngilu tak abes, yang sakit tu macam tak da apa pulak esoknya dah kesana sini.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa kan! sebab dia punya pedas tu tak rasa pedas sangat. rasa macam sebelum operate tu lagi sakit so setakat sakit sikit lepas operate tu takda hal.

      Delete
  11. Suami sis pun ada juga simptom tu. pantang makan lambat sikit mulalah menggigil satu badan, pastu kalau salah makan jawabnya startlah muntah-muntah dan sakit perut smpai kena ke ER.

    part tiub air kencing tu sis pun prnh rasa masa operate bersalin anak ke dua! Sakit giler giler kau.. seksa oo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy selalu kena macamtu lah dulu kak. haha tapi inshaAllah takda apa selagi tak da sakit yg teruk macam sy cerita kat atas.

      Yang tu bila terbayang balik pun rasa tak sanggup dah kak nak ingat kah2.

      Delete
  12. Masa akak dulu.. memang dah kritikal.. doktor pegang terus admit bilik bedah.. Kalau lambat sikit je, dia kata kantung tu pecah.. Pergh!! Memang ngeri.. And yes, semuanya sebab biji cili.. hahaha.. But sumtimes sakit tu still datang.. sebab usus kita dia dah usik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh akak dah kena juga eh. Saya nasib baik la masih awal rasanya haha. kalau tidak mesti ngeri rasa dia. memang sakit tu datang kadang2 tempat operate tu huhu.

      Delete
  13. get well soon ya. kena jaga kesihatan

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. haaaa kalau tak nak kena baik jaga kesihatan hehe.

      Delete
  15. Betul, mmg panjang sungguh catatannya... Anyway, thanks singgah di blog saya. Anda jadi follower saya yang ke 201... dan saya pun jadi follower anda yang ke 201 jugak.

    ReplyDelete
  16. Happy muka syed walaupun dah nak kena bedah pun ,, kalau kak wani tak lena nak tido lahh.. apa pun alhamdulillah dapat rawat awal2

    ReplyDelete
  17. ooh appendicitis ke namanya. aina suka makan makanan pedas2 n selalu juga lah sakit2 perut. sakit mcm gastrik tapi bukan gastrik. takut juga kut2 terkena appendicitis ni. huhu

    ReplyDelete
  18. appendix ni selagi xdibedah menaggunglah sakitnya xtertahan kansyed

    ReplyDelete
  19. salam bro , aku dah 4-5 hari terasa sakit di bahagian kanan perut dkt area celah tu. tapi aku tak demam tak loya tak muntah. But skng aku rasa mcm risau lah juga kalau kalau kena operate. hahah aduihhh aku ingat nk tggu sampai isnin (besok) untuk gi check. Sakit dia mcm mana eh ? aku dh risau sgt dh ni hahaha

    ReplyDelete
  20. Assalam nk tanya.. Sy dh dekat sebulan oparate Appendicitis,,memg kt bwh perut kita nampak mcm kembung ke?? Sbb npk sdikit membukit.. 😂 ke sbb angin? Xmkn pun still npk lg.. Ketara gila.. Anyone boleh explain x.. Cuak juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala bru masuk sminggu operate...skrg ni kembung perut tu dah ok ke?? Nx month baru appointment follow up...time follow up tu dr bgtao ap ye??

      Delete
    2. Mse tu lpas sminggu nk buka jhitan.. Tp luka dlm xelok lg.. So, kne cuci sndri pki air insulin.. Time tula npk kembung. 😅 tp skrg Alhamdulillah luka dah tertutup.. Sy nk share yg mne operate bedah ke ape, blh cuba ubat 4life.. Memg menjadi.. Luka cpt sembuh.

      Delete
  21. Ependicitis bermaksud yang dah bengkak,pecah atau jangkitan kuman dah merebak ke saluran darah.. Mcm saya apendicitis, 2hari dah duk tahan sakiy, igt sakit biase aje,, makan muntah, makan muntah,, 2hari xmkn xmnum.. Time cek up tu doc gtau suhu bdan naik(demam) sakit abdomen bahgian kanan..

    ReplyDelete
  22. Assalam, nk tanya perlu ke berpantang lepas operated apendiks ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Penting sis untuk luka oparte bhgian dalam cpt sembuh.. Klu blh amalkan pati ikan haruan.. Ia bagus utk proses luka dalaman baik dgn cpat.

      Delete
    2. Agak2 berapa lama tempoh untuk luka bhgian dalam sembuh? Saya dh tiga minggu operated masih perlu berpantang ke?

      Delete
  23. Plg lma dlm 3 tahun sis.. Masih lg perlu berpantang.. 😂 klu sy dh dkat 3 bln dah.. Hjung bln 11 taun lpas.. Hehe sy mkn ubt 4life.. Memg elok ubat tuh..

    ReplyDelete
  24. lepas pembedahan apendix.. lepas sihat dan sembuh 100%.. boleh merokok ke? sekadar pertanyaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada asalnya rokok memang tak elok untuk kesihatan so better tinggalkan.

      Delete
  25. lepas operation dan sembuh nanti.. boleh merokok ke?

    ReplyDelete
  26. Berapa kos rawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Sy guna GL untuk government. Rasanya haritu dalam 4K something kot.

      Delete
  27. Saya oprate apendix tahun 2010, waktu tahun 2014 last sem dip waktu tu, jadi xboleh makan, xboleh berak, asyik muntah ja. Sakit tak tau nak habaq. P klinik u, klinim ntah apa2. Dari Tganu balik ke Kedah p klinik kesihatan, depa x ray nampak usus penuh taik sbb usus melekat kat perut dktr cakap. Adhesion colic nama dia kalau xsilap. Dktr cakap sbb gam dalam badan wak keluaq lebih. Lepastu amik ubat lama juga begantung ngan ubat. Baru ok. Cuma kalau xjaga makan, xpn mkan laju, mmg jadi semula.

    ReplyDelete
  28. Sakit2 pun ceria eh..😂 btw.. Tgh sakit ni..dkt bawah perut sebelah kanan..haritu dh cek ada cyst kt ovari kanan tp doc ckp kecik je so xperlu buat apa2.. Tp sakit ni mcm x hilang2.. Ingt lps period je dtg sakit ngilu2 tu.. Tp mcm masih sakit je.. Risau kalau ada appencitis ni.. Dh la next week nk travel.. Jgn lah sakit time tu.. Ya allah.. Tktnya.. Doc bg ubat tahan sakit je haritu.. Kbtulan google tnda2 sakit ni mcm ada sikit persamaan.. Sakit dia mmg efek smpai kt blakang n peha kanan tu.. Tp x de muntah2 tu. Nk g hspital serba salah.. Kalau kena operate mcm mana.. Next week je nk g travel.. Hmm...laparoscopic tu dh penah ada pengalaman sblm ni.. Masa tu kena buang hempedu sbb ada ada batu hmpedu.. Wlpn bkn open surgery..tp seksa jgk tu.. Sakit.. 😢 dilema..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum... Sakit nie mmg xleh wat main²..bru bedah minggu lepas

    ReplyDelete
  30. sama la kita buat dekat ppum.cume aku dah pesan awal2 kat nurse, tiub kencing pasang masa aku dah pengsan dan masa aku belum sedar minta dicabutkan. sakit babe nk kencing. setengah jam berdiri xnk keluar lagi. hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu pun dia nak pasang bendalah tu. huaaaa sabor jelah.

      Delete
  31. Sy operate appendicitis 13/6/16
    Skrg pon kdg2 rse skt jgk kat tmpt operate tu😪

    ReplyDelete
  32. Sy bru lepas operate,seminggu..perut memg akan saket lagi ea??kdg2 saket serang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sakit pun. Tapi dia ada masa-masa bila kita sentuh parut tu dia rasa ngilu2 juga haha.

      Delete
  33. dari first paragraph sampai last paragraph, sama gila cerita dengan saya. cuma saya perempuan so ada la lain sikit haha. baru seminggu habis operation appendix. still tak boleh adapt sebab first time operate haha. and first time warded juga masa tu. so experience la tu kiranya haha ya why dah habis operate baru baca blog ni eh aiya haha

    ReplyDelete
  34. Sy baru lepas operate apendiks 2 minggu lepas... Mmg perut org lepas opeoperate buncit skit ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure lah pulak haha sorry tak sempat nak tengok perut sendiri.

      Delete
    2. Aku nak tumpang tanye.. aku dah dua minggu tanpa appendix ni.. kadang2 bile duduk tu mmg ade rase sakit ke?? Sakit dia tu skjp ade skjp takde.. pastu bile kita pegang tempat jahitan tu rse bengkak.. mmg cmtu ke?

      Delete
  35. hi, saya pun baru je lepas operation appendix, so em yah .. lepas operation tuh a few hour dah boleh balik and mc pun dye bg 3 days sahaja, rehat sehari dan boleh start kerja .. byngkn lah senak sakit dia masih ada

    ReplyDelete
  36. saya baru 4 hari lepas operation appendix, puasa pukul 2 pagi, memang mlm tu nurse suruh tido but setiap jam bangun dedor x boleh tido lena.. so lepas operation a few hour terus boleh balik and doc bg mc 3 day sahaja... i feel like 3 hari je? balik tu still naik kerusi roda ngade.. hhahaha tp rehat sehari then esok nya dah boleh masuk kerja.. masa kerja tu dia punya ngilu masa nak bergerak dan sakit dia hanya Allah je yg tahu... tapi masa keluar ward tunang terus ajak jalan, dia punya penat masyaAllah... yela sebab masa nak masuk ward tunang yg teman siap amk emergency leave.. so lps keluar ward balas la balik jasa dia teman dia shopping ...

    ReplyDelete
  37. Sekarang saya pon rasé macam kena apendiks ni,sakit dia takleh bawak bincang,dah takleh tido.sebab sakit saya cari Google,boleh pulak jumpa cerita ni hurm, sekarang jugak rasa nak pergi hospital tak tahan dengan sakit.dah la baca cerita ni sambil ketawa 😂😂 adoi redha jela

    ReplyDelete
  38. Saya baru seminggu oprate apendiks..sebijik sakit macam cik sakit...mual muntah ..sakit perut tak boleh bincang..

    ReplyDelete
  39. Saya nak tanya selepas operate tu berapa lama pula perlu berpuasa, saya operate semalam pukul 2.30pm habis around 5pm,lepas tu sy kena puasa, masalah saya sampai skrg doktor xdtg cek jadi nurse xberani nk kasi makan, dah nk masuk 24jam selepas operate saya tak makan ape2..dr busy ade operation..stress saya hospital ni harap je swasta nak admit wad dari pagi sampai petang xdpt2..skrg dah pukul 1 lebih dr masih tak datang2..sy dah ketar kebulur dah nii, dgn air habis dieorang x dtg pantau pon...emmmmmmm

    ReplyDelete
  40. Salam nak tanye lepas beberapa tahun dah operate you ada rasa tak selesa tak tempat apendix tu ?

    ReplyDelete
  41. lama tak nak sembuh balik dari operate appendix ni? biasa ambik masa berapa lama?

    ReplyDelete
  42. saya baru je operation appendik 11 julai..10 julai skit setengah mati dah ...allahu semua yang diceritakan dalam blog ni sedang sy alami...nauzubilah Allah sayang kita semua...

    ReplyDelete