Monday, February 13, 2017

FOOD REVIEW: HANBING KOREAN DESSERT CAFE, BANGSAR


Satu perkara yang korang kena tahu, aku bukannya penggemar makanan Korea. Kpopers pun tak juga hahaha. Aku pernah makan makanan Korea ni sekali sahaja iaitu di Dubu-Dubu. Aku tak ingat bila exact date aku pergi dekat restoran tu tapi I guess it's 6 years back kot. I had a terrible experience of eating Korean food there. Aku tak tahu aku salah order ke apa tapi serius ah aku memang tak boleh makan makanan yang aku order time dekat Dubu-Dubu tu (tapi sekarang dah tukar nama Dubu-Yo). Sejak dari tu aku menanam azam dalam diri bahawa aku tak nak lagi dah makan makanan Korea. Sebab tak sesuai dengan tekak aku and aku tak suka dia letak seaweed dalam sup (bau dia macam pelik and aku tak boleh telan sebab bau dia)

Sehinggalah pada suatu hari, 
Masa aku pergi KL bulan satu haritu untuk interview SPP, ada seorang bekas senior aku merangkap cikgu cemerlang dah sekarang ni ajak aku pergi Hanbing Korean Dessert Cafe ni. Aku macam taknaklah sebab aku teringat pengalaman makan makanan korea time dekat Dubu-dubu tu. Tapi since dia ajak teman kan, sebagai seorang yang baik hati, pemurah dan hensem, Syed pun temanlah dia makan sebab takut la dia menangis ke apa makan sorang-sorang tu. Lokasi dia terletak di Bangsar , so takdalah jauh sangat kan.

Buka-buka menu sahaja aku dah menelan air liur. Mana tak nya, Bingsu yang dikatakan famous di cafe ni harga dia dah RM26 kalau tak silap aku. Nampak macam ABC yang dekat kedai je kan? tapi harga dia Allahu boleh buat kita makan pasir selama sebulan (maybe sebab kau miskin kot syed). Lepas dah study menu tu dalam 10 minit jugalah, kami membuat keputusan untuk order set meal. Kalau set meal ni dia jimat sikit sebab dapat Bingsu tu + any other meal yang kau kena pilih. Harga bagi Set Meal ni satu set RM30 tak silap aku. So, kami ambil dua set. Air aku tak pasti la included ke tidak. Aku rasa macam included sekali kot.


Ini set yang kami order pada hari tersebut. Aku order Blueberry Cheese Snowy Ice and senior aku tu order Oreo Snow Ice. Nasi pula aku tak tahu nama dia apa, tapi yang satu tu ayam dan lagi satu beef. Aku ambil yang beef sebab aku suka daging. Tengok gambar ni nampak menyelerakan bukan?


Aku mulakan dengan Blueberry Cheese Snowy Ice ni. Nama dia kemain grand lagi haha. Bagi aku rasa benda ni okay lah not bad sebab aku suka cheese. I like the blueberries too. Aku tak tahu la aku pernah makan ke tak blueberry tu sebelum ni tapi it tastes quite good la buah tu. Macam anggur tapi lain sikit. Dalam hanbing ni pun dia ada letak ice cream vanilla kot mengikut pengamatan aku and blueberry sauce. Dan yang petak-petak korang nampak tu ialah cheesecake. Kombinasi rasa dia okay dan takdelah sedap sangat. Rasa lah creamy dan ice dia sangat lembut macam salji. Kalau nak bagi rating kan, aku rasa aku bagi dalam 7/10 maybe?


Bear yang comel ni pula nama dia Oreo Snow Ice. Aku sempat merasa yang oreo punya bingsu ni. Bagi aku rasa dia sangat biasa. Yang aku punya jauh lebih sedap hahaha. Tak tahu kenapa rasa dia macam plain dan takda variasi. Hanya ada rasa ice cream dengan oreo sahaja. Tak tau la kalau aku tak reti nak rasa ke apa haha. Tapi part yang best dia, ice dalam tu macam salji. lembut dan cair dalam mulut. Mungkin aku tak berapa suka yang ni sebab dia guna biskut oreo tu kot. So, aku bagi 5/10.
NASI
Kalau untuk nasi pula, jujur aku cakap aku tak boleh masuk makan nasi dia. Satu, sebab dia guna sticky rice kot? Lepastu dia punya sauce tu bila kita gaul dengan nasi and sayur rasa dia macam pelik. Sayur dia tu aku tak tahu la sayur apa dia guna. Macam aku cakap lah, dia ada bau yang membuatkan aku tak boleh nak telan semua tu. Mungkin tekak aku tekak orang kampung so aku sentiasa membasahkan tekak aku dengan sambal tempoyak. Jadi, bila tetiba makan makanan Korea, tekak tu dia macam terkejut sekejap haaa. Culture shock orang cakap (hahahaha apa aku mengarut). So, aku punya bahagian nasi tu senior aku yang habiskan (habis ke tak eh time tu tak ingat).
AIR
Secara jujurnya aku sangat suka dia punya air. It's a tea with honey lepastu ada benda pelik-pelik dalam tu aku tak tahu la dia letak apa. Tapi benda tu macam boleh kunyah hahaha takkan bunga kot. Tapi memang sedap air dia, rasa tea campur madu. Kalau aku ditakdirkan pergi lagi cafe ni aku akan order teh dia sebab sedap haha. Blueberry cheese snow tu pun aku boleh order juga next time haha.

Thanks abang Nawi bawa seorang Syed makan sini hehehe.
Overall, aku rasa okay je cafe ni. Tapi kalau kau nak pergi sini make sure yang kau memang betul-betul penggemar makanan Korea. Kau juga kena pastikan duit dalam poket kau tebal kalau nak datang cafe ni sebab nanti kalau tak kau kena cuci pinggan kat sini la selama sehari. It's a good place to eat Korean dessert albeit it's quite expensive. Personally, aku rasa aku lebih prefer makan ABC tepi jalan la lagi sedap hahaha tapi sekali sekala nak merasa hipster sikit kan apa salahnya. 

In case kalau korang nak pergi merasai sendiri makanan dekat sini, 
boleh rujuk maklumat di bawah;

Hanbing Korean Dessert Cafe
Specialized in Korean Dessert (of course)
Location33 Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
Operation hoursMon-Thurs: 12:00-00:00, Fri-Sat: 12:00-01:00, Sun: 12:00-00:00

70 comments :

  1. Bestnye... Jauh tu menu import dari Korea sebab tu mahal sikit... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jauh sangat kan. lagi satu cafe dia dekat Bangsar pulak tu mana tak mahal.

      Delete
  2. walaupun saya suka tengok drama korea tapi memang tak gemar makanan korea ni semua, maklumlah tekak orang melayu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa nasib baik tak terpengaruh dgn makanan korea sekali hihi. tapi toppuki saya pernah rasa macam sedap juga.

      Delete
  3. Duluuu Hanbing ni pernah viral dekat twitter. Heheh. Teringin nak pergi sini sebab nak rasa oreo snow ice tu tapi tak berkesempatan lagi. Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada ternampak juga hehe. nanti pergi la tapi saya tak suka sangat yang oreo tu, cute je lebih haha.

      Delete
  4. Kak Ana dulu pun tak boleh masuk langsung makanan korea ni. Kimchi apa ntah lagi. Tapi terpaksa cuba juga sebab nak ke korea kan (last year punya cerita ni). Kak Ana dan suami ke Dubuyo. Sebelum order kak Ana tanya apa yang boleh dimakan untuk first timer cam kak Ana. Bila makanan dah sampai, ragu2 nak makan tapi cekalkan hati. Sekali jatuh chenta. Dengan Kimchi pun kak Ana tergoda. Haha. Suami akak siap order extra beef bulgogi tu. Hehe.
    Last week try seoul garden pulak. Try menu sizzling. Sedap. Awak patut try jugak nanti. Hehe.

    Panjang plak cerita. K bye 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak? saya tak boleh la tengok kimchi tu. sebab dia macam jeruk macamtu haha. Tunggu saya nak pergi korea dulu la baru try makan balik. Tapi seoul garden saya suka! sebab dia BBQ hehe.

      Delete
  5. Masyaallah tengok gambar pun dah terliur hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa terliur kan? baik pergi cafe tu sekarang. hehehe.

      Delete
  6. sedapnya Blueberry Cheese Snowy Ice tu!!! hehe. meleleh air liur dh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. yang tu memang sedap hehe tapi nasi dia tak best haha.

      Delete
  7. Nasi sana memang lekit-lekit gitu macam sushi juga
    Kalau belum jatuh cinta gitulah nanti bila dah suka asyik nak masuk selalu
    Boleh tipis wallet hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak? hahaha tapi sushi tu saya okay lagi.
      makanan korea tu saya rasa dia banyak pakai sayur la tu yang tak berkenan sikit tu.

      Delete
  8. Sedap nmpak semua mkanan tu tapi kalau tekak xterima xboleh nk kata apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa kak. tapi yang blueberry tu memang sedap hehe.

      Delete
  9. Alamak.. nengok harga je dah telan air liur.. hehehe..
    Nampaknya cuci mata dengan gambar kat blog syed jelah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe kak kalau sekali sekala boleh je, nanti akak pergi la bila-bila hehe.

      Delete
  10. yeahhhh.. tq sebab kasi info ni.. Nurul memang penggemar makanan korea.. so nak try dekat sini la nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh maybe Nurul akan suka kot nanti. Syed tak pandai sangat nak judge makanan korea ni sebab tak tahu dia patut rasa macam mana haha.

      Delete
  11. Ouh cam sedap je ni. selalu dgr pergi je tak pernah. terpukau tgk orea ice snow tu. wahhh

    ReplyDelete
  12. haah dah takde dah sekarang lagu baru pulak hakhakhak

    wahhh kena cuba nieyh! elsa dah laaa gila makan. aish tak boleh jadi nieyh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhh kenapa tukar lagu baru instrumental yang tu best hahaha kadang2 saja buka nak dengar.

      haaaa baik elsa pergi rasa dan cuba sekarang! hehe.

      Delete
  13. Hmmm telan air liur jelah. AMERZING: https://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. tertelan air liuq tengok gambar makanan ni.

    teringin nak makan, tapi selalunya tekak saya tak berapa kena dengan korean food ni

    xx atheera / http://atheeradayana.com xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. setakat nak cuba tu boleh la kot saya rasa hehe.

      Delete
  15. Syed, saya memang kurang makan makanan Korea kecuali kimchi sbb kebanyakkan hidangannya hanyir. Saya prefer Japanese food itu pun jenis yg dimasak bukan raw..

    By the way, seronok tengok makanan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh sy Kimchi pun tak pernah rasa sebab macam pelik je jeruk sayur haha. Saya pun suka Japanese food yang dimasak. Kalau kat sushi king tu selalu order mix bento sebab ayam dia ayam goreng hehe.

      Saya belanja cuci mata sikit haha.

      Delete
  16. Mcm dap jer. tgk gambo je lah. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tengok gambar mana boleh kenyang. kena pergi cafe ni rasa sendiri la hehe.

      Delete
  17. Owh ni makanan korea ke.. haha mcm tak jauh beza je ngan makanan western tempatan kita. kalau aku, kena makan 2 pinggan ni. haha sepinggan tu mcm tak cukup je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cukup je aku rasa amer. sebab nasi dia tu melekit bila gaul2 dengan sayur tu dia macam kembang.

      Delete
  18. Pernah makan sini and suka dessert dia je, kebetulan try yg sama macam syed.. haha..Since I love berries,I would rate it a bit higher than yours.. haha
    And ayam goreng pedas dia not bad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa haritu teringin nak makan ayam goreng dia tapi macam tak berbaloi je so cancel sebab dah beli set ni haha.

      Delete
  19. sedapnya tgk Blueberry Snowy cheesy ice dan oreo snow ice. Kelihatan sgt melazatkan. tapi mahal la restoran ini. huhu. takpe, ada rezeki nanti, boleh try nanti. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia memang buat kita fikir banyak kali nak makan ke tak haha, inshaAllahada rezeki tu nanti

      Delete
  20. Blueberry Cheese Snowy Ice looks nyummy. Mai suka makanan korea mcm udon and tteobokki (entah betul tak eja @ juga dikenali sebagai korean rice cakes), nanti cubalah. Korean rice tak pernah try dan kimcy juga tak kena dek selera tekak Malaysian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy juga lah hehehe. toppoki eh? hahaha tak pasti juga eja dia macam mana. haritu pernah juga makan ttopoki tu. pedas and not bad rasa dia. Kimchi tu memang takkan try laa tak boleh telan juga haha.

      Delete
  21. bestnya....... salam perkenalan..singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  22. Hak hak hak! sama la kita. Akak kan sushi ka, tempura ka memang boleh telan lagi. Kalau makanan Korean ni macam terkulat2 la nak telan gak. Pernah makan nasi bimbibap ke ape ntah nama die. Masa tuh 1st time makan makanan KOREAN dekat KOREA. Nasik tu kalau plain makan dengan kicap, telur mata goreng dah memang sedap. Tapi die campur pelbagai sos and sayur ape ntah. Telur pulak half cook. Memang loya juga tekak nak telan. Bak kata Syed, tekak dah biasa dengan tempoyak dan sambal belacan. Agaknya, kalau kita suh orang KOREA makan sambal tempoyak dengan sambal belacan, lalu tak deme makan yer? Aiigooo!!!! HAHAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kita sama saya suka sushi tapi bukan yang raw la haha. sos dan sayur tu memang buat benda tu rasa pelik. I kenot go betul. hahaha mungkin orang korea suka kot kak. Sebab diorang memang makan pedas so tak mustahil juga tu.

      Delete
  23. Ayoyoooo.. eskerem tu nmpak sodap sgt.. ngeeeeee

    ReplyDelete
  24. sedap gak sebenarnya makanan korea. paling suka yang pedas dan bulgogi. try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena banyak praktis lagi ni agaknya. haha bulgogi tu yang nasi kan?

      Delete
  25. tlg buka di ipoh
    aduhhh tension tgk menu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha setakat ni dekat KL je banyak. nanti2 sampai la tu ke Ipoh. Ipoh kan bandar hipster kah2.

      Delete
  26. Oreo snow bear tuh sangatlah comel. Nak makan pun sayang rasanya!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah comel sangat! rasa tak sampai hati nak makan haha.

      Delete
  27. dessert tu menggoda betul, tapi betullah abc tepi jalan sedap lagi. hahaha

    ReplyDelete
  28. prnh mkn kimbap ja sblm ni, tu pun buat sendiri. jadi, bolehlah hadam 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimbap tu macam mana? okay tak tahu. nasib baik buat sendiri kan haha.

      Delete
    2. yg dgn seaweed tu, x tau nak gmbrkan camna 😂 rujuk kat entry ni la

      http://nourayuadieb.blogspot.com/2017/01/resepi-kimbap-simple.html

      Delete
  29. Baca sambil telan ayaq lioq! Hahahahahaha semua benda dikatanya 'pelik pelik' si Syed nih! Teringinnyaaaa nk mkn makanan koreaaaaaa... Sini susah sangat cari, balik balik Seoul Garden je. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak boleh laaaa makan sayur dia memang pelik. serius hahaha. ala seoul garden pun best apa boleh makan sampai kenyang lagi tu. hehe.

      Delete
  30. nampaknya saya tak dapat ke sini...sebab bukan penggemar makanan korea mahupun jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cuba boleh kot arz. tapi kalau saya memang tak boleh masuk dah nasi dia. kalau aiskrim tu boleh la hehe.

      Delete
  31. Haha.. .betul jugak. Kalau bau pelik automatically patah selera. Bak kata AR TOMPEL dalam cerita Ahmad Albab.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu takpa. nak telan memang payah sikit la.

      Delete
  32. the out of the world price solely sbb venue and brand since the material used is biasa biasa je. personally, i loved that nasik and sayur stuff, bulgogi apa tah nama. there is others yg xminat, like you, which make me puzzled. since nasik dgn sayur je kot. and bila org nak try selau cadangkan yg ni sbb nasik dgn sayur je kot. lol. but nak buat mcm mana if tak boleh terima. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh yes it's bulgogi idk why but I can't eat that because the rice is quite sticky like that and the vegetables as well. Sayur dia macam tak pernah makan haha.

      Delete
  33. yg ice tu lebih mencengkam jiwa yg menengoknya ;-)

    ReplyDelete
  34. baba makanan korea ni akak memang teruja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke kak. saya selalu makan makanan korea pun dekat seoul garden jelah.

      Delete