Thursday, March 2, 2017

MAKAN TEPI PANTAI DI TAMAN GELORA, KUANTAN

Makan Tepi Pantai di Taman Gelora
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan,

Makanan dengan aku ni bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kulit. Tak boleh berpisah. Kalau pergi mana-mana tempat pun aku akan prefer untuk try makanan diorang dulu before anything else. Nampak tak obsesnya aku dengan makanan (patutlah gemuk oi). Tapi jenis aku ni bukannya jenis yang suka spend banyak sangat untuk makanan. Maksud aku, I'm willing to spend for food tapi make sure harga dia masuk akal dan sedap. Kalau tidak memang tak lah aku nak makan buat kali yang kedua. Tempat-tempat makan yang hipster pun aku tengok juga, kalau pergi sekali dalam setahun okay lah (itupun order yang affordable ja) tapi kalau makan maggi sampai 20 hengget baik lah aku beli Mee Sedap tu satu kotak. Bukan aku saja yang boleh makan, sekali dengan kucing semua aku hidangkan sekali lol.

Untuk pengetahuan semua, aku sekarang ni berada di Kuantan (hashtag followers perlu tahu). Disebabkan dekat Kuantan ni banyak pantai-pantai yang boleh kita kunjungi, aku tak terlepas peluang untuk menikmati keindahan alam di sini. Aku suka betul tengok pantai, rasa macam tenang ja and bila duduk tepi pantai tu dapat lah merenung nasib lepastu hilang segala masalah. Bertambah best lagi bila kita duduk tepi pantai tu sambil ada makanan untuk dikunyah! hahaha itu wajib lah baru feeling sikit makan tepi pantai sambil angin bertiup kan?

Semalam aku berkesempatan untuk singgah makan-makan dekat Taman Gelora. Taman Gelora ni takdalah jauh sangat dengan Teluk Chempedak. Aku rasa diorang ni share pantai yang sama ja cuma lokasi jauh sikit hahaha technically memang pantai semua sama kan? cuma nama sahaja yang berbeza. Taman Gelora ni dah agak membangun lah juga. Dulu masa kecil-kecil aku pergi mana ada lagi buka warung untuk jual makanan. Semua peniaga berniaga hanya menggunakan payung sahaja. Sekarang ni semua dah siap berwarung, kemas dan cantik siap ada parking space yang khas lagi. Sangat mudah kalau korang semua nak beli makanan dekat sana.

The Most Wanted Coconut Shake

Tepi pantai ni dia lebih seronok kalau kau makan benda-benda ringan sahaja. Kalau makan nasi goreng ke apa dia macam tak syok sangat. Aku haritu beli The Most Wanted Coconut Shake dekat Taman Gelora tu. Memang sedap ah dia punya coconut shake. Tapi akak aku cakap kurang manis, manalah tak kurang manis sebab manisnya pergi dekat aku! okay tak lawak.

The Most Wanted Coconut Shake

Ni close up gambar coconut shake. Okaylah untuk harga RM3. Sedap! aiskrim dia tu dia pakai yang ada serpihan (kot) coklat sekali. Memang sedap lah jawabnya.

Makanan Sedap di Kuantan

Ni makanan aku dengan akak aku petang tu. Actually, akak aku ni baru balik dari kerja. So, memang lapar dan tak sempat nak makan. Alang-alang tu singgah lah tepi pantai nak hirup udara segar sambil makan ringan-ringan kan. Kalau nak beli keropok dia kat sini kena pandai pilih. Ada yang banyak ikan, ada yang banyak tepung sahaja keropoknya. Kalau yang banyak tepung tu dia macam keras sikit. Kalau banyak ikan dia lembut, haaa siap bagi tips beli keropok lagi kahkah.

Makanan Sedap di Kuantan

Antara menu yang menjadi pilihan hati akak aku ialah Mihun Sup dan aku pula Mee Kari. Aku ni memang hantu sikit dengan Mee Kari ni. Favorite aku kot benda ni. Aku tak ingat bila masa Mee Kari ni jadi makanan kegemaran aku sebab dulu-dulu masa tulis biodata aku tulis makanan kegemaran aku ialah masakan mak aku lol. Personally, bagi aku rasa Mee Kari ni sedap lah juga. Harga RM5 untuk semangkuk. Kuantiti mee dan isi-isi dalam dia pun quite tak kedekut dan puas hati lah. Kadang-kadang tu bila kau beli mee kari ke atau mee sup, kuah sahaja yang banyak, kalau nak makan isi kena cari dah macam main treasure hunt. Tapi dekat gerai yang ada di Taman Gelora ni, kau boleh makan dengan puas hati. Aku tak tahu rasa mihun sup akak aku tu sedap ke tak. Sebabnya aku ni kalau tengah makan, Taylor Swift lalu depan aku pun aku tak sedar agaknya.

Kalau kau nak bawa mangkuk ni makan dekat depan pantai pun boleh kot aku rasa haha. Tapi masalahnya time akak aku dengan aku pergi tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Lagipun aku lebih prefer view dekat Teluk Chempedak lagi. Pilu betul rasa hati haha. Dah la aku park kereta jauh pula tu, tak pasal-pasal pulak lah kena mandi hujan pulak. Sekarang ni Kuantan memang tengah hujan. Dah macam nak banjir dah takut pula bila duduk rumah tok aku ni dengar bunyi tiupan angin tu. Fuhhhh.

p/s: I'm in the middle of something sekarang ni haha nak update blog pun susah haih. Nasib baik sempat juga tulis satu entry sebelum pukul 12 malam! :')

68 comments :

  1. Ya Allah lamanya tak makan mee kari.. Favourite jugak makan mee kari but I'm a bit choosy in this.. Makan mee kari mak masak je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah syed suka gila kalau mak yang masak mee kari. rasa dia memang terbaik la dari orang lain buat haha.

      Delete
  2. Balik kampung ke tu...

    Syoknya layan coconut shake sambil layan bayu laut tepi pantai, fuhh. Layan.

    Saja kan buh gambaq makanan besaq2, hahaha, tergoda aih tengah malam tengok mee kari pulekkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bukan balik kampung. saja merantau duduk tempat orang haha.
      Syokkkkk best kot, itu memang sengaja buat nak kasi terliur kah2.

      Delete
  3. Musim hujan ni Syed, hati-hati, jangan main banjir, mandi pantai... angin pantai menenangkan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak suka sangat mandi pantai ni sebab air masin. suka duk tepi pantai ja haha. tapi kalau mandi air terjun tu seronok la.

      Delete
  4. sedapnya coconut shake tuuu. hehe. kira murah la tu hrganya. kdg tu busyra pernah jumpa smpai rm6. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada yang sampai RM6 tu tak tahu la kelapa dari mana dia import. Tapi yang ni RM3 cawan medium ja tapi okaylah.

      Delete
  5. Replies
    1. Murahhhhh kannn walaupun medium cup tapi rasa dia pun setanding dengan harga dia hehe.

      Delete
  6. Pergh.. terliur pula nampak makanan dan minuman ni.. dah nampak sedap.. Murah pula tu..

    Tak sabar nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaa cubalah nanti, memang sedap sambil makan tepi pantai hehe.

      Delete
  7. Boleh cuba coconut shake tu. Tapi ayat manalah tak kurang manis sebab manisnya pergi dekat aku tu memang win 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak. saya teringin nak pergi Sara Thai yang akak pergi tu. tengok la nanti macam mana haha. saja melawak tu hehehe.

      Delete
  8. wow...makan besar bro..

    mesti sedap dan menyelerakan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak makan besar punnn. makan ringan-ringan untuk bersantai ja. Sedappppp datangla kuantan kalau nak rasa.

      Delete
  9. Sis selalu berkunjung ke Kuantan sebab kg mertua di sana...mmg menarik makanan disana kan...sedap2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis memang menarik tapi harga makanan-makanan dekat kuantan ni boleh tahan juga ada mahal dia haha.

      Delete
  10. sedapnya hahahaa :3 singgah sini http://shafyqahazahar.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapp hehe, thanks singgah sini ya. nanti saya singgah blog awak :)

      Delete
  11. wahhh lamanya tak pergi sini , tinggal dekat kuantan pun susah nak pergi tau , 'kalau hujung minggu mesti ramai org dan jalan jemmmm manjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah itulah yang tak tahan tu. Kuantan ni banyak sangat traffic light and selalu jem. stress pulak rasa haha.

      Delete
  12. lamanya tak pergi kuantan...
    terliur plak tengahari camni tgk kokenat shake tu..

    aduiii..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha apa lagi, pergilah cari kekenat shake dekat tempat yang berdekatan hehe.

      Delete
  13. bestnya kalau dpt mkn sedap2 ni. tepi pantai lgi.

    ReplyDelete
  14. Duduk kuantan ke....nanti boleh jumpa di sana...saya di sana hujung bulan april..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk merantai saja sini. InshaAllah kalau ada dekat sini lagi boleh la kita berjumpa.

      Delete
  15. mata sy melekat kt mihun sup tu...arghh sedapnya dpt mkn pns2 tepi pantai ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa mihun ja? mee kari tak sedap ka? hahahaha. memang best kalau tengah-tengah panas tu.

      Delete
  16. sedapnyaaa jadi foodie makan2.. buat food review... kan :D// harga sekarang rasa dah berbaloi tu... dgn nilai duit kita sekarang.. coconut shake tuu nampak sedappp..bestnya kalau dapat merasa ...

    sekali sekala keluar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak memang best buat food review ni. tapi sedihnya takda orang minta reviewkan restoran dia lagi hahaha. Okay la kak dengan harga RM3 saya rasa memang sedap la hehe.

      Delete
  17. Perghhhh! Nasib baik baru lepas makan, kalau tak memang mengundang betul Syed ni. Baru betul pilu. Oh ya, bila Taylor Swift pergi Kuantan? Xtau pun? Bhahaha..
    Lepak tepi pantai memang syok. Lagi-lagi kalau malam. Boleh tengok bintang! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ala kenapa baru lepas makan! takkan tak tahu kot Taylor Swift datang Kuantan. kena jadi swifters dulu ni nampaknya. Aah tengok bintang sambil melayan perasaan kan hehe.

      Delete
  18. aduhhhh sedapnya bihun sup tu syed... telan airliur sis ni tau. Mujurlah sis tak pragnent kalau tak memang syed kena pos juga kat sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sampai macamtu sekali kan kan, siap kena pos tu.

      Delete
  19. alamak tergoda dengan coconut shake tuuu wuwuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa kena cari la kekenat shake yang berdekatan kalau macamtu hihihi.

      Delete
  20. Uishhh menjejes ailioq nengok coconut shake dengan mee kari tu. Memang sasaran peti la malam hari ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. buka la peti manatau boleh buat coconut shake homemade ke kan :')

      Delete
  21. mak aihh..coconut shake tu feveret irda tu..nampak menyelerakan walaupun baca waktu malam..harga pun berpatutan..kay kl mana nak dpt harga gitu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm kalau kat kl mungkin boleh dapat harga RM3 tapi dekat pasar malam and rasa dia yang tak berapa nak kekenat shake tu haha.

      Delete
  22. Coconut shake mengancamnye!! Mee kari dgn mihun sup tuh. I prefer mihun sup. Lapar pulak tgk makanan lewat malam macamni. Padahal baru je lepas makan. Adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed dedua pun suka tapi lebih prefer mee kari especially bila letak kerang semua tu fuhh. Kalau mee sup pula mesti nak yang style makan dengan sambal kicap. Mee sup yang ni macam lain pula tengok.

      Delete
  23. Wow!!! Sedapnya semua makanan tu.. terliur akak tengok.. yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau terliur kena pergi cari terus la macamtu.

      Delete
  24. Wah...sedap dan nikmatnya tgk.. Haha... Mmp tgk je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kadang2 tengok gambar pun boleh mengenyangkan juga. Eh yeke.

      Delete
  25. lama tak ke kuantan, memang syok juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuantan best sebab ada pantai haha. kalau dekat Temerloh takda pantai.

      Delete
  26. aku pantang betul bila tengok coconut shake ni haha

    ok kena ke kuantan lepasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha favorite ke tu. Aku pun pantang juga bila tengok kekenat shake ni hihi mai la kuantan

      Delete
  27. Benda hidup mana yang tak suka makan Syed oii hihi....
    Betullah kan, sakit hati betul kalau nak cari isi kena treasure hunt lagi. Kalau murah tak perlah jugak.
    Tengok pantai dapat pahala Syed. Untunglah yg duduk dengan pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha okay kak ada kot yang tak suka makan. Bila makan sikit je dia ambil. Tahu takpa, ingatkan treasure hunt tu cuma outdoor activity. Tak sangka time makan pun ada kan hahaha. Especially yang duk ganu. Pantai dia cantikkk.

      Delete
  28. Favorite mee sup :) nampak sedap. Dah lama tak makan.

    By the way pantai tak sama, pendapat saya. Pernah pergi penang, pantai kat sini tak cantik sangat dari segi keadaan air laut. Penang macam kotor sikit nak compare dengan terengganu (sy org terengganu). Pantai belah terengganu mostly air dia bersih jernih. Tapi tak leh lawan pantai dekat pulau. Lagi cantik dan memang betul2 crystal clear water :) Pernah pergi Teluk Cempedak, tapi bagi sy pantai tu pun biasa2 juga. Hahaha. Maybe sebab dah sebati dengan negeri sendiri.

    Nice sharing Syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak pasti sedap ke tak sbb tak rasa yang akak saya punya tu.

      Maksud saya, kalau contohnya dekat ganu tu ada 3 pantai yang namanya berlainan. Tetapi actually tu satu pantai ja. Kan? Haha tapi memang pantai ada certain tempat yg tercemar sangat. Sedih pula tengok kadang2 tu kan. Kat kuantan ni especially pantai sepat. Banyak betul sampah.

      Delete
  29. terliur pulak tgk sup2 tuuu. ayooooo

    ReplyDelete
  30. Bestnya mee kari, dah lama nak makan tp tidak kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa nanti buat la sendiri. Kalau buat sendiri lagi puas hati rasanya hehe.

      Delete
  31. Bila baca nama taman tu bergelora tekak nak makan.. Hehehe..
    Akak pun suka mee kari.. Macam syed cakaplah kalau jenis tak kedekut memang puas kita makan.. Kalau jenis yang kedekut, jenuh mencari isi2 dia.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kemain kak. Siap bergelora tekak ya. Saya suka mee kari esp kalau dia serve dgn tahu goreng tu lepastu ada banyak kerang and bawang goreng. Fuhhh.

      Delete
  32. sy pon suka mee kari. kat kola ketil tu yg sodap mee kari kat cendol special 😁 uishhh, dah kira murah dah tu harga coconut shake RM3 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan memang best area kedah tu semua murah-murah huaaaaa rindu kedah haha. Murah juga la daripada RM5 kan.

      Delete
  33. nanti datang beserah pulak ye syed. makan calong.. sedapppp.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa mee calong pun sedap juga. ada masa boleh la pi sana hehe.

      Delete
  34. Apeni tunjuk gambar makanan sedap sedap. Hahaha!

    ReplyDelete