Wednesday, March 1, 2017

FEBRUARY IN A NUTSHELL

I'm Sad
This picture literally explains my whole month of February :(

February is a month of opportunities and full of surprises. Aku dah malas dah nak ulang banyak kali aku ni penganggur, takda kerja dan sebagainya haha sebab rasa dah muak weh nak cerita banyak kali. Mesti yang baca pun annoyed nanti, so aku tak perlu mention benda yang obvious kot haha. Aku rasa hidup aku kembali ceria bila aku buat blog baru ni. Sebelum aku ada blog ni serius aku macam takda hala tuju tak tahu nak buat apa. Nak main game pun lama-lama dah bosan dah nak hadap haha. So aku nak ulas sikit pencapaian Blog Seorang Syed untuk sebulan ni.

Catatan Seorang Syed

Aku buat blog ni pada 1 Februari 2017. Kalau nak ikutkan mana cukup lagi sebulan hahaha (siapa suruh buat blog time bulan Februari kan). Alhamdulillah, dalam masa sebulan aku berblogging ni aku dah dapat 200 followers ke atas dan 123 followers di Google Plus. Aku tak expect pun orang akan follow blog ni sebab aku rasa blog aku macam hambar. Thanks semua kerana menyokong Seorang Syed. Rasa macam tak bermakna buat blog kalau tiada orang yang membaca. 

Secondly, pageviews blog ni dah mencapai 45,000 dalam masa 1 bulan beroperasi. Terima kasih semua yang view blog aku ni walaupun tak banyak pengisian sangat aku harap korang dapat lah sesuatu daripada cerita dongeng aku dekat blog ni. Ni buat aku rasa lagi semangat nak menulis ni haha. Please lah weh kalau cerita dongeng aku tak best korang komen sahaja dekat ruangan komen tu aku jenis yang tahan maki don't worry haha.

Selain itu, aku mampu menulis sebanyak 30 blog posts dalam masa sebulan. Target aku sebenarnya setiap hari nak tulis satu entry. Tapi aku ada missed 2 hari tak update blog sebab aku takda idea langsung nak update apa dan aku tak duduk depan laptop. Dalam otak aku kemain risau lagi time tu dengan blog tak update semua. Rasa macam tak selera nak makan, mandi tak basah tidur tak lena. Haaaa percaya tak? tolonglah percaya. Nasib baik ada hari yang aku post lebih sikit so boleh la nak cover hari yang aku tak update tu. Aku akan cuba lagi untuk update setiap hari satu entry untuk bulan Mac ni. Aku harap aku berjaya menulis dengan konsisten.

Paling aku terharu sangat-sangat ialah jumlah komen yang mencecah 1.6K dekat blog ni! (walaupun hampir separuh daripada jumlah komen ni rasa macam komen aku sendiri sebab aku reply balik apa yang pembaca aku komen).Ya Allah terima kasih sesiapa yang sudi bertandang sambil meninggalkan komen tu. Kalau ada yang aku terlepas pandang untuk balas lawatan korang, minta maaf ya (tapi setakat ni rasa semua dah balas kot). Terharu betul aku rasa bila orang komen apa yang aku tulis. Especially bila entry yang aku tulis tu bersifat luahan perasaan. Bila baca balik kata-kata semangat yang diberikan rasa macam terharu and semangat nak teruskan hidup (ok over). Serius aku cakap ni, tanpa komen korang semua tak bermaknalah blog seorang syed ni haha.

Blog Seorang Syed Ada Silent Reader
Tadi aku dikejutkan pula dengan e-mail dari seseorang merangkap silent reader blog seorang syed ni. Tak sangka sebenarnya blog aku ni ada juga silent reader hehehe. ingatkan yang baca cuma bloggers sahaja. Terima kasih ya huda sebab sudi baca blog saya, nanti saya reply dekat email awak okay? :)

Harapan aku ialah supaya bulan Mac ni akan menjadi bulan yang lebih baik bagi aku dalam dunia blog ni. Aku sebenarnya harap juga yang bulan Mac ni cepat berlalu supaya aku boleh posting awal. So, bila posting awal dapat jadi cikgu cepat sikit hahaha. Bukan apa, duk terperap sahaja ni nanti nak masuk sekolah English dah berkarat sebab tak guna sangat. Tak boleh la macamtu. Manusia ni bersifat lupa. Ilmu ni kalau tidak dipraktikkan memang susah la nak ingat kan? Kalau boleh mengajar budak-budak, dapatlah kuatkan lagi pengetahuan tu hehe inshaAllah harap dalam waktu yang terdekat nanti.
p/s: dulu lecturers selalu marah kalau guna "in a nutshell" dalam academic writing sebab tak sesuai. nasib baik aku tak pernah guna lagi setakat ni hahaha. 

90 comments :

  1. hebatlah, share lah tips syed.. please..please...please.. pageview kita pun kalah tak macam awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala pageview takda apa pun, yang penting orang dah ramai kenal blog awak kan. tips dia blogwalking ja saya rasa haha.

      Delete
    2. selain itu ada tak guna SEO ke?

      Delete
    3. Takda pun. Tak pandai sangat nak SEO ni haha. reti ping dekat google+ dengan group fb ja.

      Delete
  2. Biarlah saya orang pertama yang jadi pengomen disini.. hehehe anyway tahniah satu kejayaan di bulan feb untuk dunia berblogging. Moga awak teruskan menulis dengan cerita2 yang menarik.. diam2 ada silent reader... jeng2 jeng.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk rocky jadi orang kedua la hahaha. terima kasih rocky, harap2 boleh tulis cerita yang menarik kah2. Itulah terharu rasanya ada silent reader ni.

      Delete
  3. Hahaha scientific writing kitorang pakai ' As a conclusion ' je, takde nutshell2 ni, hahahaha.

    Hebat tu Syed, PV sebulan = 1/4 PV 6 tahun Mayy Jie, fuhhh.

    So semoga berjaya la menulis dengan konsistent, samalah macam March goals Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tahu takpa, in a nutshell biasanya kalau narrative writing boleh la. Rezeki kot mai padahal trafik sikit ja setiap hari haha. Aminnn harap kita berjaya capai blogging goals kita.

      Delete
  4. Tahniah. Satu pencapaian yang baik. Teruskan semangat untuk berblog.

    ReplyDelete
  5. salam syed...
    kira hebat la..baru buat blog tapi dah ramai followers..good luck yer syed..n teruskan menulis...

    ReplyDelete
  6. Wowwww tahniahh! Pencapaian yg sangat baik dlm masa sebulan. Sampai ada orang emel tu.

    "Aku dah malas dah nak ulang banyak kali aku ni penganggur, takda kerja dan sebagainya haha sebab rasa dah muak weh nak cerita banyak kali."

    Saja nak bagitau, statement kat atas tu, macam bagitau sekali lagi je. Haha *gurau2*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak sangka dapat pencapaian yang macamni hehehe. Memang saja nak bagitahu lagi sekali sebenarnya. kahkahkah.

      Delete
  7. Setiap angka itu boleh menjadi motivasi...insyaAllah.Asal kita tahu bagaimana menyalurkan apa yang ada pada diri..semuanya membuahkan hasil dan baik-baik sahaha nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, angka dan kata-kata orang lain sentiasa jadi motivasi untuk kita dalam berblogging ni. Terima kasih kak PC :)

      Delete
  8. Tahniah, sebulan dah ada 216 followers. Bukan senang tu.
    semoga terus bersemangat :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah Syed. Pencapaian besar dalam sebulan. Suka baca gaya penulisan syed.

    ReplyDelete
  10. xrasa mcm blog ni baru tau.. hebat.

    teruskan menulis =)

    ReplyDelete
  11. sebab blog syed banyak entry info yg berguna 😉 tu yg buat ramai tertarik utk BW 😄 semoga maju jaya dlm dunia penulisan blog

    ReplyDelete
  12. Wah tahniah. Kalah teruk kak ana dengan pencapaian page awak ni. Teruskan berblog dan semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jangan cakap gitu kak. akak hebat lagi la. Thanks kak :)

      Delete
  13. bagus la cmtu...
    Alhamdulillah....
    kdg² kita menulis, secara tidak langsung memberi sesuatu kepada pembaca...
    teruskan semangat begitu..ikhlas dalam menulis itu sgt bagus... :)Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rasa macam mengarut je tulis hahaha nasib baik ada yang nak membaca. Keikhlasan tu yang penting kan hehe. Thanks :)

      Delete
  14. Syed, tahniah saya ucapkan. Dalam tempoh sebulan awak menulis blog awak sudah boleh mendapat jumlah pageview sebanyak 45000. Itu adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi seorang blogger baru. Saya masa mula mula menulis blog pun dah cecah banyak macam tu. Tahniah sekali lagi.

    teruskan menulis ye...

    Cuma saya je yang saya tak faham. Lepas SPM dulu, saya pernah bercita cita nak masuk IPG dan jadi guru. Saya dimaklumkan bahawa guru guru lepasan IPG confirm dapat kerja berbanding dengan guru lepasan UPSI. Kenapa awak masih menganggur ye? Di mana silapnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terma kasih tuan :)

      Memang akan dapat kerja, tapi tunggu masa dipanggil untuk posting sahaja. Tapi tak tahu la bila. Haritu dah interview dah so sekarang ni just tunggu keputusan interview and keputusan untuk dipostingkan ke negeri mana. Yang saya duk sibuk nak kerja tu ialah kerja sementara sahaja :)

      Delete
  15. Keep it up! Nani tak konsisten langsung nak menulis hari hari. Datang masa dia malas, kelaut blog tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha rasanya semua bloggers macam tu kan. nak lawan sifat malas tu macam susah kemain.

      Delete
  16. Uuuuuuu.... Ramai peminat Syed nih. Famous! Tumpang bangga jap. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takda maknanya famous padahal tak ramai pun lagi yang kenal pun blog ni.

      Delete
  17. Tak aci laaaa.. Baru sebulan dah ramai follower.... Nak DENGKI bolah tak??? Hahahaha..

    Pape pown gut luck ye syed.. Moga terus berjaya dalam dunia blog yang penuh pancaroba ni.. Cewahhh.. Gituuu sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alaaa followers-followers tu datangnya daripada bloggers yang sangat supportive macam akak ni la contohnya! hehehe. mekaseh kak.

      Delete
  18. good! teruskan perjuangan. walaupun ada yang kata blogging semakin suram, jangan layan kata-kata tu. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai kan yang cakap macamtu. so tugas kita ialah untuk betulkan persepsi mereka! hehe.

      Delete
  19. wah tahniah awak :D hehe semoga terus bersemangat ya ! sukala blog awak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fhatin. saya pun suka tengok blog awak. Cantik! hehe.

      Delete
  20. Hebat baru sebulan dah ramai followers and siap ada silent reader :) Itu maksudnya blog awak ada banyak intipati berguna dan boleh jadi contoh utk bloggers lain termasuk saya :) Tq followed me. Balas kunjungan balik sambil followback sini jugak~
    http://fallensecrets.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Alhamdulillah, semua sebab adanya bloggers yang supportive ni. kalau tak saya blogging sorang-sorang dah hehe. Thanks sudi berkunjung di sini :)

      Delete
  21. omg your pageview is just wow.

    anyway, good luck for writing an entry every day

    Nurul Rasya | Blog

    ReplyDelete
  22. Teruskan berblogging Teacher Syed ! Saya dah dapat follow blog. Thank you :)

    ReplyDelete
  23. Waaa thniah syed ! Pncapaian yg baik :) Keep it up :)

    ReplyDelete
  24. Syed tau makna aura dan strong personalities tak? You have that... Gilapkan lagi supaya lebih mekar... Ada sesuatu tentang kamu yang kamu belum sedari... Galinya sedalam mungkin... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tapi macam pelik ja kalau saya ada aura. Aura apa ja yang saya ada ni hehe. InshaAllah, kalau betul ada nanti saya cuba gali-gali sampai ke lubang cacing.

      Delete
  25. Congratulations for last month's success! You write really well and I look forward for your future posts. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks syazwani! I like reading your posts too! :)

      Delete
  26. Tahniah syed .. beu sebulan pageview pun dh byk ...teruskan berblogging..

    ReplyDelete
  27. Wew.. Salute gila nie.. Well, I do love your blog.. XD

    ReplyDelete
  28. wah tahniah syed.. satu peningkatan yg bagus dri segi komen dan pv. bnyk tuu.. hehe. btw dh ada silent reader ehh. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Busyra hehehe. itulah tak sangka rasanya.

      Delete
  29. Rajinnya hari-hari update entri baru. Tahniah. Semoga bulan Mac lebih hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap macamtu lah. terima kasih dedaun comel hehe.

      Delete
  30. best nya boleh konsisten update blog.. skrg ni belum kerja lagi kan ?
    rajin2 update blog ye ! kot boleh juga share2 kalau ada job ke apa. haaa nak tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sekarang ni tengah kerja sementara sahaja haha.
      Wahhhhhh macam menarik tu nisa. NAKKKKKKKK hehe.

      Delete
  31. Syed ni rajin itu sebab dalam masa x sampai tempoh sebulan nampak syed menulis macam orang dh berpengalaman 10 tahun tau...nampak penulisan syed ikhlas dan jujur...dan jarang ada blogger lelaki nak menulis mcm penulisan blogger wanita...skrg syed ada...well done !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sebab takda buat apa-apa kak hehehe tulah pasal. Ehhhhhh serius ah nampak macam penulisan blogger wanita? huaaa hahaha.

      Delete
    2. Tu la... hebat betull.. u punya writting pun superb.. (thumbs up)

      Delete
  32. Replies
    1. eh takdalah hebat sangat, ramai lagi yang lagi hebat. Tips dia tulis dengan ikhlas la kot haha tahla. selalu rajin blogwalking ja.

      Delete
  33. tahniah..hebat tu..sebulan follower dah ramai..siap ada silent reader lagi..dr silent reader mana tahu ada silent jodoh dr Allah..ahhaha
    ..eeh bujang ag kan..hehe xsempay godek2 ag ..btw entry ni agak kelakar juga bila sebut maybe komen tu dr aku sendiri..sbb aku reply satu2..haa gitu lau bunyi entrynya..heheh...keep up ya..kalau xdpt job lagi..buatlah buinesa takpun masuk group blog di fb..banyak krje ringan2
    .dpt job dr blog
    .kecik2 pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi sampai kesitu pulak kan fikirnya hehe. Kalau ada jodoh dari blog pun ok juga tu kahkah. hehehe nasib baik kelakar fuh boleh masuk maharaja lawak ni. Terima kasihhhh nanti saya cuba usha-usha group tu :)

      Delete
  34. Salah satu perkara menggembirakan kalau berblogging ni ialah bila orang personally email kita kan :) I got few as well so I think I know how you feel hehe.

    Rasanya awak mampu buat sehari satu entry ni, fighting2!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setiap kali dapat email tu rasa berdebar nak buka haha. memang seronok baca email. Ohhh blog hanis memang best penuh nasihat yang berguna :). Tak mampu pula rasanya semalam dah miss satu haha.

      Delete
  35. Wow! Hebatlah adik syed baru sebulan jadi blogger dah dpt 200 follower and 45000 view dlm masa sebula . Amazing!! hebat!! Hebat!! (Tepuk tangan).. akak pun tak boleh jadi mcm tu walaupun dah lama blogging... (buat muka sedih jap)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takdalah kak. biasa ja tu. kebetulan pulak entry yang saya buat tu ramai orang view. thats why PV jadi banyak terus tu hihihi. Thanks kak.

      Delete
  36. Tahniah Syed....mula mula hakak berblogging mmg hakak kejarkan follower tapi bila dah lama, lama sikitlah hihi.... follower tak penting dah, yg penting sahabat yg datang berkomen. Kalau tak de, rasa mcm syok sendiri jer menulis entri ni haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh kak hahaha. mula2 kak memang kena ada followers untuk kumpul orang yang nak baca blog. lama-lama tu sangat appreciate orang yg datang komen hehe. setuju tu kak.

      Delete
  37. uuuuu, tahniahhh! Well memang layak pun. walaupun baru je blog ni tapi sebab banyak info dan tips dan entri yang berguna, sape yang tak suka baca kan? great job! =DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la kalau orang lain rasa informative blog ni. Harap dapat kekalkan hehe thanks ya.

      Delete
  38. Tahniah sbb ada peningkatan dalam masa yg singkat. Blog ni banyak cerita psl kisah yg dekat dgn kehidupan masyarakat. Satu lagi entri panjang panjang dan memang sampai kepada pembaca. Sangat santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, thanks sangat for the feedback. Terharu rasa haha. Memang suka tulis panjang, tak reti nak pendekkan.

      Delete
  39. Pencapaian yang ohsem.. Tahniah Syed..
    Teruskan berblog..

    ReplyDelete
  40. mmg bgus la.. akak nyer blog pun tade org nk komen wlau dh bertahun2 lama nye.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa kak, slow-slow nanti ada lah. kena banyak blogwalking hehe.

      Delete