Friday, March 10, 2017

SENARAI KARTUN YANG WAJIB DITONTON SEMASA KECIL

Senarai Kartun Terbaik Yang Wajib Ditonton

Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Nampaknya semalam aku dah mendiamkan diri tanpa sebarang update di blog ni hahaha. Sorry guys I was so busy yesterday. Tengoklah kalau rajin bolehlah bila-bila aku cover balik post hari semalam. Lagipun semalam rasa macam malas pula nak menaip (sebab kena cari gambar dan edit so terus perangai malas tu menjadi-jadi walaupun idea banyak saja. Post ni sepatutnya aku tulis semalam tapi sebab aku busy (malas sebenarnya) mengalahkan perdana menteri so aku terpaksa forwardkan kepada hari ini. Disebabkan harini hari Jumaat, aku tak nak la update benda yang berat-berat untuk kepala hotak kita nak hadam (haha ada kaitan tak?).

Harini aku nak bawa korang semua kembali ke zaman kanak-kanak korang. Aku 'dak-dak 90-an' dan zaman aku membesar tu banyak juga aku tengok kartun! dah nama pun budak-budak kan, takkan kau nak tengok berita pula hahaha. Bila ingat balik kartun dulu-dulu rasa nostalgic gila kot. Walaupun grafik dulu takdalah cantik mana kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Tapi aku rasa dia punya jalan cerita dan moral values yang ada dalam kartun tu yang membuatkan kartun tu best gila tahap kau memang mengamuk kalau miss satu episod. Tanpa melengahkan masa, aku mulakan senarai kartun terbaik yang wajib aku tonton semasa aku seorang budak yang innocent dan hensem.
DRAGON BALL
Dragon Ball Z

Dragon Ball ni antara kartun yang memang aku rasa semua orang patut tahu dan pernah tengok! Cerita ni dulu selalu ditayangkan pukul 9.00 pagi kalau tak silap aku setiap hari Sabtu dan Ahad. Aku tak ingat apa yang best sangat cerita ni tapi dulu memang kalau aku bangun lambat hari sabtu tu aku rasa macam hidup ni tak lengkap! Rasa macam tak boleh blah betul bila terlupa nak tengok. Bila ada rancangan lain yang ganti  (contohnya sambutan hari merdeka) aku rasa pissed-off gila sebab boleh pula dia ganti rancangan favorite aku waktu tu! 

Aku rasa kartun ni best sebab dia ada kuasa la. Aku memang suka kartun-kartun yang ada kuasa ni. Aku kagum macam mana dia boleh edit bagi ada kuasa bagai tu. Time tu aku fikir juga wujud ke manusia yang ada kuasa macamni. Nampak tak sel-sel otak aku dah berhubung kejap bila tengok kartun ni? haha. Selain dari ada kuasa dan best aku tengok kartun ni juga sebab "semua orang tengok" kot. Kalau kat sekolah aku dulu, hari Isnin tu mesti wajib sembang pasal kartun-kartun yang kau dah tengok. Kalau diorang sembang pasal cerita Dragon Ball dan kebetulan aku tak tengok pula, mestilah aku tak dapat jadi budak yang paling cool dekat sekolah! . 
DORAEMON
Doraemon
Siapa yang kata dia tak tengok kartun Doraemon ni memang menipu lah kan. Aku bukan setakat tengok doraemon saja malah buku dia pun aku siap beli lagi dekat kedai (wow aku pernah membaca rupanya!) Kalau aku tak beli buku dia, aku akan pinjam dekat orang. Aku ada ramai kawan yang memang akan beli setiap keluaran komik doraemon ni. Kalau aku ada duit belanja yang lebih aku belilah, tapi biasanya selalu pinjam saja sebab rasa tak berbaloi nak beli pakai duit sendiri! hahaha dari kecil dah develop perangai kedekut duit nak beli buku sobs. Lepastu bila dah pinjam tu kau kena ikut lah syarat yang member kau bagi. Antaranya jangan lipat buku dia dan tak nak ada kesan terbuka, terlipat or whatsoever walaupun kadang2 buku tu sendiri pun dah memang macamtu kah2.

Aku dulu tak pernah terfikir pula Doraemon ni kucing. Aku ingatkan dia robot macam biasa saja rupanya dia kucing tapi telinga dia kena gigit dengan tikus, so sebab itu dia buang telinga dia dan dia takut dengan tikus sampai sekarang. Kartun ni best bagi aku sebab dia sangat futuristic. Doraemon ni ada banyak alat-alat yang cool yang kau sendiri harap kau ada alatan dia masa kau kecil dulu. Lagi satu, jalan cerita dia kau boleh relate dengan kehidupan kau sendiri. Kau sendiri pun mesti ada kawan-kawan yang macam Giant, Sizuka, Sunyo dan juga Nobita kan? Setting cerita tu pun mostly memang dekat sekolah, so memang kenalah dengan jiwa budak-budak aku time tu. Budak-budak dekat sekolah pula kalau ada yang lemah dan selalu kena buli automatik panggil orang tu Nobita. Kalau chubby dan comel terus label dia sebagai Doraemon. Kaki buli pula terus panggil Giant. Biasalah, budak-budak dan ejek-mengejek memang bagai aur dengan tebing. Aku dah penat dah nak solvekan isu gaduh pasal mengejek ni time jadi cikgu praktikal dulu
CRAYON SHIN CHAN 
Shin Chan
Kalau ada Doraemon wajiblah ada Shin Chan! Dua-dua kartun ni memang wajib tengok tiap hari Sabtu bermula pukul 7 malam sampai 8 malam. Nak solat ke apa, kena tunggu iklan dan solat macam macam bas express time tu takut terlepas cerita dia hahaha budak-budak sungguh. Korang tahu tak cerita Shin Chan ni actually berkisarkan kisah benar yang sebenar-benarnya? Shin Chan ni actually dah mati, sebab kemalangan. Lepastu satu hari ni mak dia jumpa krayon milik dia dalam kereta, so terus namakan kartun ni Crayon Shin Chan. Cerita-cerita yang ada dalam kartun ni katanya semua kisah benar. Mak dia memang depress dan sedih atas kehilangan anak dia, so dia ceritakan kisah Shin Chan dalam bentuk kartun. Tak tahulah betul ke tidak cerita yang aku pernah baca satu ketika dahulu ni.

Bagi aku kartun ni merupakan kartun keluarga. Bukannya budak-budak sahaja yang sesuai tengok, bagi aku kartun ni sesuai untuk semua lapisan umur. Aku suka gila cerita ni sebab dia berkisarkan kekeluargaan dan aku boleh relate juga benda tu dengan kehidupan aku. Budak-budak bila tengok kartun mesti suka bila kartun tu ada kaitan dengan hidup dia hehe. Shin Chan ni bagi aku budak yang nakal dia tak boleh blah tapi kadang-kadang baik pula. Aku suka tengok sebab setiap karakter dalam cerita ni ada ragam dia yang tersendiri yang buat aku fikir "ada atau tidak kehidupan orang yang sebiji macamni?" dah lah Shin Chan tu kecil lagi tapi pervert asyik duk usha perempuan saja haha. Adik dia pun sama asyik duk usha laki! haih
YOKIES
Yokies

OKAY SIAPA TAHU CERITA NI SILA ANGKAT TANGAN! Cerita ni serious ah aku cakap memang best dan legend gila kot. Cerita ni berkisarkan tentang keluarga telur. Ada papa telur, mama telur, adik telur dan semua telur-telur yang lain. Yang menariknya cerita ni, rumah dia pun dia duduk dalam telur tapi dalam telur tu la ada sofa, tv semua macam tak masuk akal pula haha. Tapi macam yang aku cakap tadi, since aku suka kartun yang bertemakan kekeluargaan I did love this cartoon as well! Aku dulu pelik juga kenapa nama kartun ni YOKIES macam pelik saja bunyinya kan? tapi lepas aku dah bijak sikit sekarang ni, aku dah dapat break the code dah! sebenarnya YOLK ialah telur kuning. Takkan nak bagi nama YOLKIES kan? macam pelik pula, so sebab nak bagi penonton berfikir, dia omit la "L" dalam YOLK tu dan jadilah YOKIES.  Kreatifnya! kenapa aku tak terfikir time sekolah dulu so dapatlah jadi bijak sikit bila dapat solvekan misteri macam ni huhu.

Takda apa sangat yang dapat aku cerita panjang lebar mengenai kartun ni, jalan cerita dia macam kehidupan manusia yang biasa cuma dia guna telur sahaja sebagai watak utama. Jalan cerita dia best juga sebab dia banyak spread awareness tentang isu-isu semasa (waktu dulu la). Ada satu episod tu adik dia tu jalan sorang-sorang dalam hutan lepastu kena culik dengan orang jahat sebab tak dengar kata ibu bapa. Dari situ, bila budak-budak tengok dia dapat satu pengajaran dah kan? (pergh aku ingat pulak tu episod zaman bila entah haha)

Jimmy Neutron Boy Genius

Last but not least, Jimmy Neutron! Cerita ni bagi aku sangat best! aku enjoy gila kartun ni sebab alasan yang sama macam doraemon tadi, cerita ni futuristic! Jimmy ni budak-budak lagi kot tapi sebab dia genius dan suka hasilkan pelbagai ciptaan dia sendiri aku rasa sangat kagum dengan dia waktu aku kecil dulu. Aku suka idea-idea dia buat barang walaupun at the end barang tu mesti meragam punya haha. Cerita ni sedikit sebanyak bagi aku dorongan untuk meminati sains, walaupun otak aku bukan otak sains bila tengok kartun ni ada terdetik sikit lah nak jadi saintis. Tapi memang taklah nak jadikan cita-cita. 

Selain itu, cerita ni juga berkisarkan tentang persahabatan. Itu yang membuatkan aku lebih tertarik untuk tengok cerita ni dulu. Sheen tu aku paling annoyed sekali dengan dia, sebab macam slow and bodoh-bodoh macamtu tak habis-habis dengan mainan dia. Geram juga tengok dia kadang-kadang! hahaha. Lagi satu kawan dia yang Nerd pakai spec tu aku memang sakit hati juga (Carl kot nama dia). Bila tengok kartun ni aku rasa kesian dengan Jimmy sebab dia tersepit dengan budak dua orang tu. I mean he's a genius but stuck with idiots. I feel you bro. Lagi satu aku pelik kenapa yang perempuan tu tak suka Jimmy? Rambut dia okay juga walaupun berketinggian seperti KLCC, genius pula tu. Aku rasa cerita ni dia saja nak tunjuk yang perempuan sukakan lelaki yang hensem dan famous di sekolah. kahkah.

Okay, panjang pula aku mengarut pasal kartun kegemaran aku zaman dulu kala ni! itu pun banyak lagi sebenarnya kartun yang tak dimasukkan hahahaha. Terima kasih kerana sudi membaca, nak get ready untuk ke masjid pula. Bye! :)

109 comments :

  1. kartun YOKIES tu fae tak pernah tgk.

    suka sgt cerita Doraemon hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yokies tu best gila kot kenapa ramai yang tak pernah tengok? sobs :(

      Delete
  2. satu lagi tambahan, kartun Sailormoon. "dengan kuasa bulan akan menghukummu".

    doraemon shin chan sampai sekarang akan layan lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu saya tengok kalau akak tengok ja tu pun terpaksa.
      Betul, kadang2 tengok dekat youtube.

      Delete
  3. masih layan smpai skrg dragon ball/shin chan even ulang byk kali pun xbosan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. Sebab best kot kartun tu walaupun dah alih bahasa. Originally dalam jepun kan? hehe.

      Delete
  4. Semua tgok..tp yg jimmy neutron tu tgk zaman dah remaja sikit. Hehehe
    Dragon ball tu tgk skali dgn ayah lg. Ayh pun sama jugak tgk kartun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah jimmy neutron tu macam dah besar sikit. Kartun yang lain2 tu semua time sekolah rendah. Satu family pun layan.

      Delete
  5. Doraemon & shin chan kartun yg CCL still tengok sampai sekarang .itu pun kalau ada masa terluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah jarang sikit tengok 2 kartun tu sebab dah tak selalu duk depan tv kah2. kalau nak tengok terus buka youtube.

      Delete
  6. semua yang atas tu memang nostalgia silam ah. rasanya pernah tengok yolkies, tapi, antara igt dgn x ingat je . hahah. dragonball dan doraemon tu memang terbaik ah. dengan lagu-lagu siap hafal haaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti pernah tengok. cerita tu best kot haha. Lagu doraemon dengan dragon ball memang dah siap hafal sebab tiap kali tengok kah2.

      Delete
  7. Doraemon & shin chan paling besttttt! smpai skrng busyra still tngok doraemon even umur dh 24.. hahahah.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! syed pun kalau bosan2 duk layan doraemon dekat youtube hahahaha.

      Delete
  8. Part tengok berita tuh memang sakit hati kalau mak ngan ayah tengok. HAHAHA..sedap masa tuh budak-budak kan. Dok pikir dalam kepala otak ni.Apalaaaa yang best sangat berita tuh. Boring giler kot. Kah Kah Kah! tapi nowadays pun dah tak layan berita sangat. Anyways, dalam banyak-banyak kartun tuh..akak paling layan Doraemon ngan Shin Chan. Doraemon pun dulu akak ade beli majalah die. Best kan? Lagi satu, masa kat Jepun dulu akak ade visit Museum Doraemon. Tengok macamana kartunis dia ( dah mati dah ) dulu reka cerita ni. Hehehe... Jadi memang lagi appreciate lah pasal Doraemon ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tahu takpa tak faham kenapa nak tengok berita. padahal bukannya ada apa yang menarik pun. Dulu selalu fikir macamtu. Sekarng ni pun kalau nak tengok berita dekat sosial media dah ada tak payah tgk tv pun takpa kah2. Komik dia memang best kakk! Banyak pula idea kartunis dia tu kan? memang best la siap ada muzium bagai hehe.

      Delete
  9. Hahaha samaa ! legend betul critaaa yokiess tuu. mmg minat betoii dragon ball, doraemon. kdg dulu pernah terfikir nak jadi doraemon. ada pintu masa lah. HAHA. part cite yokies tuu, episode tu jugak sy ingat.. time anak hilang tuu hahaa..nostalgia betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masa kecil dulu semua benda pun nak berimaginasi kan. Kalau dapat pintu doraemon tu nak sangat pergi kl (sebab dulu kononnya kalau lepas KL ni kira hebat dah dekat sekolah saya tu). haaaa!! episod yg tu hahaha tak sangka ada orang lain yang ingat juga yesss.

      Delete
  10. semua kartun ni memang legend la. dah lama saya cari tajuk cerita keluarga telur tu. titlenya Yokies rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang legend, tengok banyak kali pun tak jemu orang cakap haha. Aah yokies, saya pun penat nak mengingat balik tajuk dia.

      Delete
  11. anak-anak Sidek pun legend sebnrnya. Usop Sontorianla. Kluang Man la. bnyk lagi cerita kartun. sekarang je dah lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah semua cerita kartun tu saya suka sangat tengok. tapi nak masukkan dekat atas rasa macam dah overloaded sangat kah2.

      Delete
  12. Dalam banyak2 tu yg kak ana layan ada dua jer; Doraemon dengan Shin chan. Doraemon tu time kak ana sek selalu pergi rumah sepupu pinjam koleksi buku dia. Nak beli takde duit. Hehe. Habis semua siri kak ana baca sampai berulang kot ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doraemon tu dia punya buku memang best kan kak ana. Saya pun selalu meminjam ja buku2 doraemon ni. malas nak beli sendiri lagipun mak tak bagi sebab saya suka buat sepah dia cakap haha.

      Delete
  13. doraemon dengan shin chan tu tak boleh blah, sampai sekarang masih layan dua citer kartun tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang pun memang cerita tu kekal disiarkan di tv kan? itu tandanya memang lejen la hehe.

      Delete
  14. Yokies tu saya tak pernah tengok Syed.... Naruto, Dragon Ball, Doraemon... banyak lagi lah... saya memang suka kartun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yokies tu best laaa takkan tak pernah tengok haha. Naruto tak suka sangat sebab entah la macam tak best. Jiwa muda ni suka kartun hehe.

      Delete
  15. Semua kartun kat atas tu cik ila tengok dari zaman sekolah sampai ke la esp. Doraemon, sinchan dan jimmy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! Jimmy tu dulu ada dekat TV9 sekarang dah takda sebab dia ganti dengan rancangan lain. stress betul haha.

      Delete
  16. bestnya jimmy! lamanya tak tengok :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? dulu ada la dekat TV9 setiap hari jumaat. Lepastu sekarang ni dah diganti dengan cerita tah pape tah.

      Delete
  17. dragon ball paling win...n legend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh siap ada movie versi yang real lagi kan.

      Delete
  18. kalau sy ckp sy x tgk katun ms kecik2 dulu pecaya x? why? sbb kat umah sy dulu x de tv. kalu nk tgk tumpang rumah jiran. sy form 2 br umah sy ada tv. tu pn x tgk sbb sy ddk asrama ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa takpa jangan sedih2 hehe. At least tak dapat tengok tv dapat merasa benda lain kan? ada lah pro and cons dia hehe :)

      Delete
  19. Peminat kartun mmg xmiss tengok kartun walau berapa usianya..

    ReplyDelete
  20. Ira pun sama semua fav tu dulu kini dan selamanya hahaha kecuali Yokies. Tak sure pernah tengok ke tidak rasanya macam tak pernah dengar pun ada atau dah lupa huhuhu. Banyak betul kemungkinan tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alaa takkan iera tak pernah tengok kot. femes juga la cerita yokies ni. Best apa. Muzik dia pun kelakar hehe.

      Delete
  21. nisa suka sgt shin chan n doraemon. lepas tu boleh tahan la tgk usop sontorian semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa samalah! usop sontorian, keluangman and the list goes on. Banyak sangat kartun best2 dulu. Sekarang ni macam hmmm.

      Delete
  22. favourite neeza jimmy neutron hahaha

    ReplyDelete
  23. Teringat zaman kecik-kecik dulu.

    ReplyDelete
  24. haaa.. yokies tajuk dia!! dulu pernah la gaduh dgn member sebab nak ingat nama kartun ni.. hahaha.. ala.. nape xde frooties ngn keluang man?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sampai gaduh tu sebab nama kartun punya pasai keh2. nak masukkan frooties and keluang man tapi macam dah banyak sangat tulis. Nanti panjang sangat pulak kah2.

      Delete
  25. Okeyyy, semua termasuk dalam list. Tapi, paling legend Dragond Ball lah. Serius, khatam komik plus kartun sekali.

    Siap stress bila kena pi sekolah sebab hari Ahad kami kena sekolah. Sedih betul time tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dragon Ball tu kalau cikgu takda ke apa budak2 kelas semua duk lukis gambar goku or bezita. lepastu bandingkan siapa lagi pandai melukis kah2.

      sedihnya kena pi sekolah hari Ahad! I feel youuu haha.

      Delete
  26. saya tak tertarik langsung dengan kartun ini..kecuali anak saya hehehe

    ReplyDelete
  27. Hahaha. same. ni semua kartun2 yang pernah saye tonton dari kecik sampai sekrang^^ iolss jiwa muda kowt. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kartun2 ni macam takda limit usia pula kan, habis semua lapisan umur pun suka tengok kartun2 ni hehe.

      Delete
  28. Ok semua masuk list except for Dragon ball.. hehe..

    ReplyDelete
  29. heloooo!!! mana SailorMoon dan CardCaptor Sakura....???
    legend punya anime hoookaaayyy semua mesti tengok tak kira laki pompuan...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha alaaa panjang sangat la jadinya list ni kalau tambah dua cartoon tu. Cardcaptor saya layan!! sailor moon hmm jarang2.

      Delete
  30. Kartun mai pulak.

    01. Doraemon
    02. Kampung Boy
    03. Usop santorian (lupa la eja camna, so lazy to google,haha)
    04. Ninja Boy
    05. Kluang Man
    06. Cat Dog
    07. My life as a teenage robots
    08. Semua la kartun petang2 tv 9 tu, melekat je depan tv masa tu,haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss semua kartun tu my favs too! especially yang teenage robot tu sebab rasa dia robot yang cool haha.

      Delete
  31. zaman bila ni? zaman saya bukan katun ni rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni zaman saya tengah sekolah rendah ni haha tak ingat pula tahun berapa.

      Delete
  32. dulu suka sangat tengok dragonball. hahahhaha. teringat pada hari sabtu pukul 9-10 duduk depan tv tunggu dragonball. :D doraemon dan shin chan tu sampai sekarang masih tengok lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah samalah kita, wajib tu bangun awal semata-mata nak tengok cerita tu. kalau missed sekali dua tu rasa tak lengkap hidup kah2.

      Delete
  33. Saya orang lama zaman dulu keluarga tak mampu beli tv jadi tak tengok lah kartun baca je lah Lat Kampung Boy. Bila dapat cucu saya pun suka kartun. Cuba dengar lagu Bob The Builder. Semangat. . . Bob the builder. . . Can we fix it . . . Bob the Builder . . .Yes we can !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, saya pun selalu juga baca Lat Kampung Boy dulu hehehe. Lagu bob the builder tu bagus untuk budak2. Lagu dia pun catchy.

      Delete
  34. Suka tengok Kampung Boy jugak :D hehe

    Masa Doraemon & Sinchan ditayangkan, rasanya macam waktu Maghrib kot. Selalu kena tegur sbb lambat2kan solat T___T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung Boy besttt tapi macam jarang sangat ada dkat tv (rasanya lah)

      Tahu takpa, selalu kena marah sebab lambat solat haha.

      Delete
  35. Dragon ball tu akak layan gak.. sampai teruk sekali sama geng dgn kawan satu sekolah selalu bawak komik2 dragon balll. Ambik kau baca sampai muntah haaa..

    Satu lagi thunderstorms rasanya.. yg ni kartun keluar dah la time maghrib ke tak silap . Tak ingat.. Sealu curi- nak tengok bila abah dah pergi masjid ..kalau main 2 dgn adik ..selalu keluar perkataan thunder, thunder .thunderstorms !!,!,!,! sambil lompat katil turun bawah.. hanaaa adeh kenangan sungguh ..nasib baik syed mengungkit kembali memori budak 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dulu kalau pergi sekolah, hiburannya bawa komik2 jelah. Takda nak bawa phone ke apa haha.

      Tu cerita apa tu akak kenapa saya tak tahu hahaha. Seronok kan bila ingat balik zaman budak2. Rasa lucu pun ada kadang2 hehehe.

      Delete
  36. Sis suka tengok kartun chip n dales :D COMEYYYY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok juga dulu tapi tak suka sangat hahah

      Delete
  37. Kartoon Dragon ball mmg legend :D favourite dulu2.. tak boleh miss bila setiap kali d tv 2. Bukan stakat tgk crita dia, rajin pula main game di ps2. Tapi dgr kata penulis dragon ball dah meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Hahaha banyak betul plot twist cerita tu. Goku entah berapa kali mati dah taktau. Asyik duk cari dragon ball je kerjanya.

      Delete
  38. Sailormoon, usop santorian, kluangman, anak anak sidek. Banyak gila. Tak tau pulak cerita keluarga telur tu tajuknya Yokies hahaha... Dragonball tu tak sangka Fairuz yg pompuan pun layan. Sampai habis pulak tu! Kalau ikutkan, panjang gila kot cerita dragonball tu macam tak berpenghujung. Tapi masih mengikuti sampailah habis.

    Cuma, bila dah dewasa ni. Tengok adik-adik sepupu layan cartoon, pelik sebab bila part lawak Fairuz gelak lah. Tapi diorang tak gelak pun. Diorang ni faham ke tak tengok kartun? Atau Fairuz yang pelik? 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn dulu banyak sangat kartun2 yang best kot. Cerita dragon ball tu punyalah banyak plot twist. Kalau goku tu entah berapa kali mati dah tapi mesti hidup semula kah2. Keluang man pun bestt.

      Hahaha mungkin punchline kartun tu bukan level budak2 kot. Terlampau tinggi utk kanak2 agaknya. Takpun memang fairuz yang pelik 😂

      Delete
  39. x silap dragon ball tu main jam 9.30 am sabtu & ahad. jam 9 am sabtu, turn sailormoon. 9 am ahad plak, mask rider. tv2 kan. pastu ptg sabtu, ada power rangers. ptg ahad x ingat cartoon apa. ada sesame street, oggy and the cockroaches, anak2 sidek, usop sontorian... uishhh, best cartoon dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaaa detail betul siap hafal! hahahaa. Oggy and the cockroaches best!! walaupun takda dialog tapi faham pula bila tengok kah2. Kartun dulu semua best2 rasa sayang nak tinggalkan tv dulu.

      Delete
    2. kartun penguin pon layan walau tak faham apa yg dicakap 😂 kacang pun best juga. bnyk sebenarnya kartun dulu2 yg best. mickey mouse, eh totally spies tu kartun baru ke? yg ada 3 gegirlz jadi spy tu

      Delete
    3. hahahaha tahu takpa! padahal entah apa2 je kartun tu bila tengok balik. Cerita kacang tu cute sangat siap boleh hafal dah lagunya hehe. totally spies kira baru jugak la. not bad juga cerita tu.

      Delete
    4. senang ingat & best lagu kacang tu. lagipun dlm lagu tu terus perkenalkan jenis kacang. suka layan totally spies sampai pernah berangan nak jadi spy

      Delete
  40. Doraemon, Shin Chan dan tambah satu lagi, Sailor Moon. Sailor Moon paling suka lagu tema nanye. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak ingat lagu sailormoon. Tapi tahu la line dia yang "dengan kuasa bulan aku menghukummu!" kah2.

      Delete
  41. my favourite is jimmy neutron hehe

    ReplyDelete
  42. semua katon layaan. best gilaa. lagi lagi katun kat tv9. danny phantom lah, catdog lah hahhahaa. tapi dragon ball lah paling legend. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Tapi kartun kat tv9 sekarang dah takda dah. Menyedihkan betul. Nak cerita dulu balikkk.

      Delete
  43. Zaman mrs pip, kita tak byk kartun best...
    Inspector gadget, popeye, pink panther...
    Then nak masuk 90's, baru byk kartun best...
    Paling legend, mutiara naga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kak cerita popeye tu saya suka gila! Hahaha sebab lawak la makan bayam terus kuat. Inspector gadget pun besttt.
      Mutiara niaga saya tak pernah dengar pula haha.

      Delete
  44. Replies
    1. Semua suka doraemon. Tak kira la usia berapa pun hehe.

      Delete
  45. Hahaha.. akak suka semua tapi yg Yokies tu tak perasan.. Tu belum campur Sailormoon, Keluang man.. Gaban.. Suria baja hitam.. dan banyak lagilah.. adoi.. sekarang nie dah ada anak pun memang layan kartun gak lah.. Upin Ipin, Ejen Ali, Sofia the first la.. Kungfu Panda.. Adoi.. My life full with Kartuns... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa yokies akak tak pernah tengok ke. Kenapa ramai orang tak pernah tengok ni huhu. Baja hitam tu apa saya tak tau hahaha. kartun sekarang ni saya minat upin ipin je. Ejen ali semua tu tak pernah tengok pula. Ada anak kena la layan sekali kan hahaha.

      Delete
  46. Ni dh kira kartun alaf bru jgk...kecuali doraemon..
    Klo zmn kt kcik dlu...suka anak2 sidek... Sailormoon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah lama sangat. Yokies tu baru juga lagi sama macam anak2 sidek, usop sontorian semua hehe.

      Delete
  47. dulu suka melayan kartun jepun siap kumpul komik lagi. komik favourite doraemon dan detektif conan yg lain tengok tv je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Zaman dulu zaman kumpul komik. Sekarang ni semua dah ada dekat internet je. Dah takda keseronokan nak mengumpul komik. Bagi saya la.

      Delete
  48. SAmpai sekarang masih tengok doraemon & sin chan
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kalau ada masa terluang mesti tengok hehe.

      Delete
  49. Zaman hakak dulu cerita Mickey Mouse dengan Donald Duck Syed. Charlie Chaplin. BJ and The Bear...tak banyak rancangan masa tu. TV pun hitam putih lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah zaman saya dulu pun ada gak mickey mouse! Best kot hahaha. Tapi zaman akak lagi lejen la tv siap hitam putih lagi kan.

      Delete
  50. Legend la karton ni..tambah lagi satu sailormoon..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lejen sangat! Dengan kuasa bulan aku menghukummu!!

      Delete
  51. Ada siapa tahu tak tajuk anime tv2 pagi2 cerita dia tak ingat tapi yang aku ingat ada setan akan seru raksasa dalam kelas. Hm tolong lah bagitau nama cerita dia puas mencari merata dalam list wikipedia semua still tak jumpa

    ReplyDelete
  52. Ada sesiapa tahu Tak cerita yang raksasa yang Tak boleh nampak oleh orang biasa hanya orang tertentu je boleh nampak Dan hero Dia pulak budak sekolah lagi… ada orang tahu Tak tajuk Dia?!!

    ReplyDelete