Thursday, April 20, 2017

1001 RAGAM CUSTOMER DI RESTORAN FAST FOOD

Ragam customer di restoran fast food

Salam dan Hi!

Dah genap 6 hari aku berhenti dari menjadi cashier di salah sebuah restoran fast food di Kuantan. Alhamdulillah, I'm happy that I've learnt a lot of new things especially about life. Kadang-kadang kau tak pernah sangka pun benda-benda simple yang berlaku disekeliling kau actually helped you a lot to understand how life works. Kalau kau baca entry Pengalaman Bekerja di Restoran Fast Food, aku ada kongsikan beberapa perkara tentang kenapa aku tak sesuai jadi cashier. Tapi sebenarnya boleh sahaja kalau aku kerja lebih lama dekat situ. Walaupun sekejap, percayalah pengalaman yang aku dapat dekat situ sedikit sebanyak membuka mata aku tentang beberapa perkara.

Entry kali ini aku akan berkongsi tentang beberapa ragam customer yang aku pernah hadap semasa menjadi cashier. To deal with customers is not an easy task. Sebelum ni aku tak sangka pula kerja dekat kedai fast food ni kadang-kadang menduga emosi aku juga. Ingatkan senang sahaja just ambil order, ambil duit dan bagi balance. hahaha rupanya sangkaan kau jauh tersasar Syed! Berikut aku kongsikan beberapa ragam customer yang aku masih ingat di dalam benak fikiran aku.

1) Nak study menu

Ada sesetengah customers ni memang suka study menu lama-lama. Kaunter ambil order tu dah macam tempat study diorang dah kadang-kadang. Aku tak kisah pun kalau customer ni nak study menu lama mana pun sebab aku pun kadang-kadang ada masalah nak fikir "nak makan mana dan nak makan apa". Walaubagaimanapun, biarlah bertempat kalau nak study lama-lama pun. Kalau ada customer yang tengah beratur belakang kau tu, faham-faham lah. Mereka pun tunggu lama juga untuk order. Sepatutnya sebelum sampai turn kau, kau dah fikir siap-siap nak order apa. Tak pun duduk tepi dulu, dan tengok menu dari jauh. Tak payah masuk beratur dulu pun takpa. Bukannya apa, kesian dekat orang lain yang mungkin nak order seketul ayam sahaja tapi kena tunggu 1 jam sampai kau habis order (exaggerate habis aku ni haha)

Kalau customer lain takda yang beratur, aku okay sahaja. Nak ajak aku study sama dengan kau pun takpa. Kadang-kadang study dah lama lepastu cancel order. Pilu betul hati ini.


2) Makan bersepah

Aku bukan nak jadi social justice warrior. Not at all. Makan bersepah ni nampak kau seorang yang sangatlah takda adab. Kalau satu family besar yang makan ramai-ramai dekat restoran and bersepah sebab ada budak-budak kecil, takpa aku faham. Bukannya nak suruh kau kemas dan basuh segala pinggan yang kau guna tu. Cukuplah sekadar tinggalkan meja tu dengan keadaan yang tersusun sedikit. Mula-mula aku kerja aku rasa macam geli jugaklah nak kutip sisa-sisa makanan yang mereka tinggalkan. It took time for me to cope with it haha dalam 2 3 hari macamtu (maklumlah tak biasa buat kerja macamtu). Bila dah lama-lama rasa macam, okay kot sebab benda tu makanan and it's a part of my work. Nak tak nak, aku terpaksa buat juga.

Tak faham kenapa kalau yang dah tua-tua ni makan nasi, ayam semua bersepah atas meja. Kalau budak-budak kecil yang makan macamtu aku boleh faham lagi la. Kalau yang dah tua tahap boleh kahwin dan yang berumahtangga buat macamtu aku macam tak boleh nak brain lah. Is it how you eat at home? Macamtu ke agaknya kau makan dekat rumah? Aku faham, kau memang makan dekat restoran, tapi kenapa ada sahaja orang yang boleh tinggalkan mereka punya sampah sarap dengan keadaan yang tersusun. Kita mudahkan kerja orang, inshaAllah nanti kerja kita akan dipermudahkan. 

3) Berbudi bahasa

Paling suka dengan customers yang bila dia cakap lembut sahaja. Ada sekali tu, customer ni anak dia tumpahkan air dan makanan dekat lantai. Dia nampak macam bersalah sangat sebab lantai tu memang kotor habis. Dia tanya aku ada penyapu atau mop tak sebab dia nak tolong bersihkan. Lepastu aku cakaplah, "takpa nanti kami yang akan bersihkan" (sebab time tu ada customer, aku tengah ambil order). Then, aku nampak dia kutip sendiri makanan dekat lantai tu dengan tangan dia dan letak atas pinggan. Kesan kotor dia lap sikit dengan tisu. Dia tinggalkan tempat tu dengan kemas walaupun ada kesan kotoran lagi dekat lantai tu. Ya Allah, terharu rasa tengok :')

Kita ni sebagai manusia tak lari dari kesilapan kan? kadang-kadang tu adalah aku tersalah ambil order. Lepas aku bagitahu, dia tenang sahaja dan willing to wait for another minute. Itu membuatkan aku rasa lega sedikit. Bila aku hantar makanan ke meja makan pula, ada yang tak putus-putus cakap terima kasih dan menolong aku untuk ambil dia punya makanan. Entahlah, aku rasa macam terharu sangat! bila dengar perkataan terima kasih tu rasa macam terus semangat buat kerja. Rasa nak overtime terus kerja! (okay tu tipu)

4) Selalu bersedekah

Ada satu pak cik ni, dia memang regular customer dekat restoran tempat aku kerja tu. Setiap hari dia akan datang untuk beli chicken porridge. Dan yang menariknya, setiap hari dia beli, duit balance bubur (25 sen) akan dimasukkan ke dalam tabung derma yang disediakan. EVERY DAY GUYS. "Bagusnya pak cik ni, rajin bersedekah"- selalu bermonolog dalam diri. Lepastu mula lah aku reflect diri sendiri. Bila last time aku bersedekah? Pak cik tu sedikit sebanyak mendorong aku untuk membuat perkara yang sama. Walaupun nilainya sedikit, tetapi keikhlasan tu yang penting. Kadang-kadang dia tak nak pun ambil baki tu. Aku yang masukkan sendiri duit tu dalam tabung. Thanks pak cik kerana memberi contoh yang baik kepada saya :)

5) Rajin bersembang

Aku takda masalah pun nak sembang dengan orang. I seriously enjoy any type of conversations (sebab aku dah banyak bercakap kot sekarang haha). Ada sekali tu, waktu tu aku tengah rehat selama sejam. Aku duduk sekejap dekat depan surau nak beristirehat katanya. Lepastu datang this one abang, duduk dekat aku. Sembang punya sembang dah sampai habis waktu rehat aku dah. WE HAD A CONVERSATION FOR AN HOUR GUYS. Bapak lamanya haha. Kadang-kadang aku tunggu sahaja bila dia nak stop bercakap. Tapi takpalah, agaknya seronok kot dapat bersembang dengan aku. Yelah, aku kan Seorang Syed! HAHAHA okay kidding. 

Topik yang dicover oleh abang tu sangat best sebenarnya. Dia nasihatkan aku banyak benda pasal hidup. Lepas dia tahu aku ni bakal bekerja dan jadi cikgu, dia nasihatkan aku untuk beli rumah dahulu sebelum beli kereta. Lepastu dia cakap lah yang dia tak nak aku menyesal macam apa yang dia rasa. Lepastu ada juga sembang tentang ekonomi, perniagaan melayu, kerja susah nak dapat dan sebagainya. Aku rasa macam aku seorang yang sangat ilmiah waktu tu! Walaupun tak berilmu mana, tapi terpaksa acah-acah seperti ilmu penuh didada haha. Thanks random brother for your kindness and time to have a conversation with me :) . At least sejam waktu rehat aku tu bermakna jugalah.
Tak pernah sangka benda-benda kecil yang berlaku dalam hidup kita macam ni boleh memberi banyak pengajaran kepada kita sendiri. Jauh berjalan luaslah pemandangan, kalau aku tak kerja dekat situ, aku tak pernah tahu dan mungkin takkan pernah rasa seperti apa yang aku rasa sekarang. Thanks for the priceless experience my dear customers :')
Thanks for reading!  

Tuesday, April 18, 2017

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Assalamualaikum dan Hai!

Bismillahirrahmanirrahim, buat julung-julung kalinya aku nak melancarkan satu segmen pertama untuk blog Seorang Syed ni. Tak tahulah dapat sambutan ramai atau tidak, tapi teringin juga nak buat hehe. Kalau kau tengok blog aku ni memang kosong dan sangat "selfish" sebab tiada bloglist yang aku letak dalam blog ni. Bukannya takda blog-blog yang aku minat untuk lawati setiap hari, tetapi banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Without further ado, here are some details of what you should follow to join this segment! 

Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal)

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link kepada blog ini

7. Comment entry penyertaan di bawah 

Kelebihan berada di dalam blog list Seorang Syed?
- Aku akan sentiasa terjah blog korang. Disebabkan aku ni memang jenis yang suka membaca blog orang dan tinggal komen sekali, so I'll definitely to the same to the blogs in my blog list.

- Mungkin aku tak dapat menjanjikan trafik daripada blog aku ke blog kau, haha tapi mungkin ada lah yang click blog kau bila tengok blog list aku kot? Salah sorangnya aku lah (lol)

- Dapat merapatkan silaturrahim antara kita. Dunia blog ni kecil sahaja, pergi mana-mana pun nanti akan jumpa orang yang sama juga. Apa salahnya nak tambah kawan-kawan blog kan? 
Hadiah?
As a token of appreciation, aku akan pilih 2 orang pemenang dengan entry yang paling kreatif! Pemenang akan memenangi tiket pelancongan ke Korea 3 hari 2 malam RM10 setiap seorang (boleh pilih nak top up ataupun bank in). Pemilihan akan dibuat secara telus oleh aku sendiri bukan guna random.org. 

Semua peserta segmen ini juga akan kekal berada di dalam blog list Seorang Syed sehinggalah aku rasa nak ada blog list yang baru. Tunggu apa lagi? jom lah join! 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 APRIL 2017 (11.59 P.M)

Senarai peserta Segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"
1. https://airahsyahirah.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
2. https://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
3. https://frrnxh.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
4. https://loveneddy.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
5. https://razanahanis.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
6. https://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
7. https://www.aimisyahirah.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
8. https://www.kasihjuju.com/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist.html
9. https://www.leaazleeya.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
10. https://ciknurul23.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
11. https://dorsettpink.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist-dorsettpink.html
12. https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
13. https://fairuzaqilah-official.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
14. https://kebaikankeindahan.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
15. https://missobsesi.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
16. https://www.ceriteraibu.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
17. https://nurfaezahabdullah1712.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
18. https://mrsteddybearlover.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
19. https://fazroliqbal.blogspot.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
20. https://www.thehundredpages.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
21. https://sweetsourleyra.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
22. https://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
23. https://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
24. https://unnianje.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
25. https://www.nanyfadhly.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
26. https://izyan5025.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
27. https://penggaliilmudunia.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
28. https://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
29. https://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
30. https://www.farahsanusi.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
31. https://galeriduniaku.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
32. https://www.blogeyja.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
33. https://mama3danish.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
34. https://aryanazra.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-bak-bloglist.html
35. https://thatsomine.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
36. https://kasihkuamani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
37. https://zahirahfarhani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
38. https://seindahcerita.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
39. https://cikilamenari.blogspot.my/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist.html
40. https://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
41. https://colouroflifek.blogspot.my/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist.html
42. https://www.adianiez.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
43. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
44. https://najmi-faiq.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
45. https://nadhiewueen.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
46. https://realsviors.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
47. https://mrsablogstori.blogspot.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
48. https://masturanasarudin.blogspot.com/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist-30-apr-17.html
49. https://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
50. https://bajetciputselerabesar.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
51. https://herneenazir.com/2017/04/30/segmen-seorang-syed-nak-bloglist/
52. https://diarikuwaniesyazwani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
53. https://cikash.blogspot.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
54. https://www.zuraini.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
55. https://nonasani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
56. https://www.sayidahnapisah.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
57. https://srikandiofficialblog.blogspot.my/2017/04/syarat-syarat-untuk-sertai-segmen.html