Assalamualaikum dan Hi!
First of all, nak minta maaf kepada semua jika pengumuman ni agak lambat dari yang dijangkakan. Bukannya sibuk gila-gila macam perdana menteri bila mula bekerja ni. Tapi masalahnya internet dekat tempat saya bekerja dan rumah sewa tidak mengizinkan. Kalau ada line Edge pun jadilah, ini jangan kata Edge, GPRS pun susah nak dapat. Most of the time phone aku boleh guna untuk emergency calls sahaja. Lepastu aktiviti sekolah pula kena pergi hutan juga selama dua hari. Nak curi masa untuk update pun tak lepas sebab dekat sana pun takda line. Jadi, harap maafkan syed ya?
Alhamdulillah, pada 18 April yang lalu, Seorang Syed telah berjaya melancarkan satu segmen untuk mencari blog list. Terharu sangat dengan penyertaan seramai 57 orang! Mula-mula aku target dalam 20 penyertaan sahaja. Sebab yelah kan, blog noob lagi dan followers pun tak ramai. Syukur sangat-sangat bila ada yang sudi menyertai dan support segmen blog Seorang Syed yang masih baru bertapak dalam dunia blog ni (tapi dah menghilang kejap dah sekarang. haha!). Terharu juga dengan feedback yang diberikan oleh semua peserta. Tak terungkap dengan kata-kata, I enjoyed reading each and every post of the participants. Daripada penyertaan korang semua, inshaAllah boleh aku buat penambahbaikan dan baiki apa yang patut.
Bila ramai peserta yang join ni, aku rasa macam serba salah nak pilih pemenang. Semua penyertaan pun rasa macam best. Tak tahu nak pilih mana satu. Risau juga kalau ada yang terasa hati kalau tak menang ke apa. Haraplah followers Seorang Syed ni semua chill untuk menerima keputusan ini dengan berlapang dada. Rasa serba salah sebab effort yang korang buat untuk tulis post tu bermakna sangat bagi aku. Ada yang tengah busy, mengantuk, takda masa pun masih sanggup meluangkan masa untuk join segmen aku ni. Aku jadi tak tentu arah, mandi tak basah tidur tak lena hehe (okay tipu). Diharapkan keputusan yang aku bakal umumkan ini diterima baik oleh semua peserta! :)
* click untuk lihat senarai peserta dan boleh blogwalking ke blog mereka sekali
DUA PEMENANG BERTUAH YANG AKAN MEMENANGI TIKET PENERBANGAN KE KOREA RM10 SETIAP SEORANG IALAH *drum rolls
Tahniah buat kedua-dua pemenang yang telah dipilih! kalau tengok dari segi penulisan, kedua-dua mereka ada gaya penulisan sendiri yang menarik hati aku. Bukannya aku nak cakap orang lain takda penulisan yang bagus, tak langsung. Cuma cara mereka state reasons and review blog aku tu membuatkan aku terpaut hati untuk pilih mereka sebagai pemenang! Actually sukar juga untuk aku membuat pemilihan ni. Terpaksa go through balik setiap penyertaan demi penyertaan. Eyqa, make sure you use my RM10 just to buy novel! jangan beli benda lain okay haha.
Disebabkan penyertaan lebih dari aku punya expectation, tak dapat lah aku nak masukkan kesemua 57 blog di dalam blog list aku. Nanti aku yang tak terkejar nak blogwalking dekat blog mana satu kan? So, aku akan pilih 20 blog yang lain untuk berada di dalam blog aku.
20 BLOG YANG BERTUAH
Kepada yang tidak terpilih, maaf sangat-sangat saya ucapkan. Terima kasih sudi join segmen yang saya anjurkan. Buat para pemenang sila hubungi saya di email syedhakimalyahya@gmail.com untuk menuntut hadiah anda! hehehe. Harap jangan serik okay nak join segmen Syed lepas ni? InshaAllah, walaupun korang tak terpilih dalam blog list Syed, Syed akan sentiasa terjah juga blog-blog kalian. Thanks again for your support! :)





