Monday, May 22, 2017

TIPS TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DAN CONTOH SOALAN

Contoh Soalan Temuduga IPG

Assalamualaikum dan Hai!

Atas sebab banyak komen-komen dan email yang diterima daripada pembaca blog saya yang bertanyakan tentang tips untuk temuduga IPG, saya mengambil keputusan untuk menulis serba sedikit sebagai panduan kepada adik-adik. Walaupun internet sangat tidak mengizinkan di sini but I'll try my best to post this article as soon as possible. Saya telah menjalani temuduga IPG pada tahun 2011 yang lalu dan sekarang sudah bergelar sebagai salah seorang guru. Enam tahun yang lalu saya juga berasa tidak yakin dan tidak percaya bahawa saya akan terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar di IPG dan seterusnya bergelar seorang guru. Apa yang bakal saya kongsikan ini ialah berdasarkan pengalaman yang saya lalui ketika temuduga tersebut.
TIPS TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
1) Pakaian

Salah satu perkara yang paling penting ialah berpakaian dengan kemas dan sesuai. Waktu aku interview dulu adalah sorang mamat ni selamba sahaja dia pakai baju kemeja kotak-kotak dia dengan kasut converse dan berseluar macam seluar jeans. Aku tak tahu apa masalah dia waktu tu tapi dia datang lambat and he didn't bring along his documents. Mungkin mak ayah paksa ke apa, tapi that's not the issue. Make sure kau datang dengan preparation dan pakaian yang presentable. Jangan memalukan diri sendiri and please dress like a teacher. Takkan kau nak pergi temuduga tapi pakai pakaian nak lepak dekat Pavilion kan? Dengan berpakaian kemas, inshaAllah penemuduga akan ada penilaian yang baik terhadap kita. Markah dari segi pakaian juga ada diambil kira oleh panel penemuduga.

2) Dokumen

Apa sahaja dokumen yang telah disenaraikan amat penting untuk dibawa sewaktu temuduga. Jangan terlampau risau sangat dengan sesi temuduga yang bakal berlangsung. Kalau dokumen tu tak lengkap, nanti benda tu akan menyusahkan kau untuk pergi print, fotostat dan sebagainya. Sebaik-baiknya sebelum bertolak ke tempat interview yang telah ditetapkan, make sure everything is ready and good to go. Kalau boleh, buat persediaan awal untuk dokumen-dokumen tu. Kalau buat last minute nanti akan ada dokumen yang tercicir dan sebagainya (macam berpengalaman pulak kahkah)

3) Be confident

Kau cuak macam mana sekalipun sewaktu interview berlangsung, please get rid of those feelings and be confident instead. Kalau kau terlampau insecure dan fikir macam-macam waktu tu, benda tu akan affect kau punya cara penyampaian. Daripada body language pun dah boleh tahu kau ni jenis yang macam mana. Jangan tunjukkan yang kau tu nervous sangat. Kalau andai kata kau cakap benda yang salah pun, konfiden sahaja. Buat calon yang akan interview dalam Bahasa Inggeris, aku nasihatkan benda yang sama juga. Kalau grammar kau ke laut mana sekalipun, just dont bother about it. Apa yang penting kau punya maksud tu sampai dah mencukupi. Aku faham sesetengah orang bukannya lahir-lahir terus cakap English, so jangan risau interviewers tu pun faham. Kalau macam aku dulu selalu praktis cakap sorang-sorang sebelum interview sebab takut nanti tergagap kan. 

4) Baca tentang isu-isu semasa

Jadi seorang guru ni kau kena alert dengan isu-isu sekeliling kau. Apa sahaja yang berlaku dekat segala pelusuk dunia ni kau mesti kena tahu. Macam aku dulu, penemuduga ada tanya apa isu-isu semasa yang aku tahu. Kalau macam sekarang antara isu yang tengah hot ialah mengenai "Transformasi 50". Tak mustahil juga dia tanya kau "Apa pendapat anda tentang Transformasi 50?". Panel yang akan temuduga kau ni lain-lain orangnya. So, kita tak dapat predict apa soalan yang bakal diajukan. Selain dari baca tentang isu-isu semasa, banyakkan juga membaca tentang kabinet-kabinet di Malaysia. Who knows mungkin kau akan ditanya tentang tu. 

5) Buat research tentang course yang diminta

Research di sini bukannya maksud aku kau kena masuk makmal segala bagai haha. Apa yang aku maksudkan ialah banyakkan membuat pembacaan tentang course yang kau apply tersebut. Yelah, kau interview ni untuk sambung kau punya pelajaran kan, of course kau kena ready untuk tunjukkan knowledge kau dalam bidang tersebut. Contohnya kalau kau interview dalam bidang Bahasa Inggeris, kau kena tahu la pasal past tense, present tense semua tu. Sebab akan ada soalan yang berkaitan dengan course yang kau apply. Kalau kau sendiri pun takda knowledge tentang course yang kau apply, macam mana kau nak yakinkan dia untuk ambil kau belajar di IPG? Pendek kata, prepare yourselves. Kau ni kira macam nak berperang lah, sebelum nak berperang kena make sure semua benda lengkap. Baru lah tak gugur di tengah medan perang. Betul tak? 

6) Relax

Akhir sekali, aku rasa kau kena relaks sahaja. Kalau kau ada masuk group-group dekat fb tu, macam-macam orang post bahan-bahan untuk kau baca sebelum interview. Bagi aku, tak payah percaya sangat semua tu. Jangan push diri kau untuk baca semua benda dan percaya semua yang ada dalam group tu. Kalau tidak nanti kau yang akan stress bila hadap segala benda-benda tu. Tak perlu nak ingat semua benda. Kadang-kadang ada penemuduga yang tak tanya soalan-soalan fakta pun, ada yang suruh kau menyanyi or bercerita sahaja. Tapi itu bukannya tiket untuk kau tak baca apa-apa langsung. Cuma, janganlah terlampau push diri kau untuk baca dan ingat semua benda. Take it easy, inshaAllah everything will be fine.
CONTOH SOALAN KETIKA TEMUDUGA
Sesi temuduga akan dijalan dalam dua sesi. Pertama ialah secara berkumpulan dan yang kedua ialah secara individu. 
Berkumpulan
Kau akan dibahagikan kepada kumpulan dah waktu tu. Dalam satu kumpulan ada dalam 6 - 8 orang kot (aku tak berapa ingat yang ni). Kau akan duduk di dalam bulatan sambil menghadap satu sama lain. Interview secara berkumpulan ni dia just nak tengok macam mana kau discuss isu yang dia bagi dan macam mana setiap orang elaborate point masing-masing. Dari sini juga dia tengok kau punya communication skill. Bila interview dalam kumpulan, tolong ada common sense. Tak payahlah kau nak jawab semua benda. Bagi peluang untuk orang lain jawab sama. Kena pandai la ambil giliran masing-masing. Kalau ada ahli kumpulan yang diam, kau tanya lah orang tu untuk bantu dia. Waktu orang lain bercakap pula, jangan interrupt. Biar dia habiskan point dia, barulah kau boleh angkat tangan ke apa kalau ada soalan. 

Tajuk aku waktu interview dulu ialah "Aktiviti kokurikulum apa yang anda pernah terlibat waktu sekolah". Discussion tu akan berlangsung selama 30 minit tak silap aku. Bila dia dah bagi topik tu, bergantung la siapa yang nak start dalam group tu. Kalau kau tengok macam takda yang nak start, kau initiate lah discussion tu, dapatlah point lebih (apa yang diberitahu la, tak tahu ada markah lebih ke tak haha). Panel penemuduga tu akan tengok dari meja dia and observe discussion tu. Sesekali dia akan menyelit juga untuk tanya soalan dekat sesiapa. Bagi aku interview ni sangat fun haha. 10 minit yang terakhir dia akan suruh sorang-sorang untuk buat kesimpulan terhadap perbincangan tersebut.
Individu
- Beritahu saya isu semasa di dalam bidang pendidikan yang anda tahu
- Bayangkan anda akan mengajar murid-murid darjah 3 Grammar. Apa aktiviti yang akan dilakukan?
- Beri saya satu contoh grammar yang anda tahu
- Pendapat tentang grammar (grammar penting tapi kenapa ramai yang speaking tak ikut grammar)
- Isu Nasi Lemak tak boleh jual di sekolah
- Kalau Nasi Lemak tak boleh jual di sekolah, nak ganti dengan apa?
- Child abuse
- Pandangan pasal sukan di Malaysia

Apa yang aku boleh simpulkan, aku punya interviewer sangat berminat untuk tanya soalan tentang isu semasa. Aku rasa I cannot answer most of her questions tapi aku jujur sahaja bagitahu "I don't really read about current issues because it's boring, I prefer to read blogs". Waktu dia suruh bagi contoh grammar yang aku tahu tu, dia siap suruh aku tulis dekat whiteboard macam nak mengajar budak-budak tu. Aku rasa macam aku screwed up gila waktu temuduga secara individu ni. Sebab most of the questions semua berasaskan isu-isu semasa padahal aku waktu tu duduk rumah 5 bulan tak buat apa-apa kerja pun. Tapi janganlah contohi aku, aku bengap sikit waktu tu. Ambil yang positif sahaja boleh lah haha. 

Aku rasa, itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Aku harap perkongsian yang sedikit ini membantu adik-adik yang bakal menjalani temuduga nanti. InshaAllah, everything will be fine for you guys! Good luck and all the best! :)

29 comments :

  1. Good tips. Sekarang ni pulak tengah musim iv ipg untuk adik2 lepasan SPM memang menyuaplah kalau jumpa tips ni hahaa.

    Dah kira terlambat tak kalau nak ucap "Selamat Hari Guru Cikgu Syed" 😃

    ReplyDelete
  2. Wahh..sgat details. Sy baru tau mcm mana interview secara berkumpulan nie dibuat. haha baca entry nie saja pun boleh terasa dah debaran interview.. sy x pernah lagi hadir mana-mana interview. Thanks for the tips walaupun line kurg okay but still juga post entry baru haha xD

    ReplyDelete
  3. tips yang terbaiklah syed. boleh share kat junior sha yang asyik tanya tips nak pergi iv haha

    ReplyDelete
  4. Tips yang bagus.
    Tapi yang pentingnya result SPM mesti gempak.
    Kalau tak dapat 7A tak bermakna tips tu.

    ReplyDelete
  5. Tips yang berguna utk bakal2 guru. Selamat hari guru syed

    ReplyDelete
  6. Tips yang ohsem.. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg sgt bagus bg yg bakal atau yg berhajat utk menjadi bakal cikgu.

    Cikgu bz sgt ke skrg ni? Hp dah ok?

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Geru Syed.. rasanya tak terlewat sangat. Dan selamat menyambut ramadhan Almubarak.

    ReplyDelete
  9. Good tips syed...akak julia dah bertahun tak alami temuduga hahaha...sbb dah selesa kerja disini...

    ReplyDelete
  10. teringat2 pulak masa zaman i interview cikgu ni. heeeee
    kenangan terindah lahh.

    ReplyDelete
  11. Tips yang berguna ...boleh buat rujukan ni.Anak akak ada SPM tahun ni,kalau boleh nak lah juga dia memohon ke IPG untuk kerjaya guru kelak.

    ReplyDelete
  12. percaya atau tak, IQ pernah pergi IV IPG ni tau!! haha, IQ dapat IPG tapi IQ tak pergi, tip2 ni buatkan IQ teringat masa IV IPG IQ dulu. best! masa last session, dia suruh speaking english cara2 nak buat cekodok haaa..soalan masa tahun 2007 ok! hehe..

    all the best to all.

    ReplyDelete
  13. Alamakk! baru perasan entry syed. Harini adik pergi temuduga ipg.

    ReplyDelete
  14. Syed this is a very nice post. I remember old days where there is no complete guidelines on ipg interview, so yeah I come unprepared. Not to mention kad pengenalan pun lupa bawa. siap kena marah lagi 'Guru mcm apa kau mau jadi ni?' hahaha. So me now being a graphic designer and ia sedikitpun tidak mengurangkan rasa kagum saya kepada seorang guru.

    Eeveryone who have the passion to be teacher should read this before interview!

    ReplyDelete
  15. Untung yang nak pergi interview tu, details ni hah Syed cerita. Heheh.

    ReplyDelete
  16. Aiipppp, apeni cakap bengap pulak. Alhamdulillah la akhirnya, bergelar Teacher Syed jugak haa.. Kalau baca entry syed ni tapi still blur blur lagi, tak tau lah nak cakap. Ini dah habis tolong dah ni, based on pengalaman lagi. Siap bagi tips ye sekarang ni perlu peka lebih sikit pasal TN50. Gituu... Cayalah syed! Tetibe semangat macam nak pergi iv pulak! 😂

    ReplyDelete
  17. Tips ni untuk interview kerja lain pin boleh jd rujukan. Part nervous tu akk mmg xleh nak cover kalo interview. Mula lah blank xdpt jwb soalan. Huu

    ReplyDelete
  18. tq for the tips yg detail giler.. Insyaallah ll offer these tip to my adik n cousins too.

    ReplyDelete
  19. Semalam penemuduga ipg tu ustaz ustazah. Diorang tanya soalan agama hahahaha.

    ReplyDelete
  20. Berguna sangat tips ni buat mereka yang nak interview. ha sokong part baju tu. selamba je kadang ada yg datang selekeh la, tak formal la

    ReplyDelete
  21. LAma dah tak kena temuduga...hahahha kalau kena interview balik sure gagap sebab tua dah kikiki...anyway good sharing dik...

    ReplyDelete
  22. Infor panduan temuduga yang baik...bertuahnya dapat panggilan temuduga kan..selangkah kerjaya anda

    ReplyDelete
  23. Nanti tulis la pula pasal tips temuduga spp, hehe, permintaan dr seorang yang tunggu panggilan temuduga spp yg tk muncul2, haihhh...

    ReplyDelete
  24. Alamakkk, baru perasan tips temuduga spp dah adaaa...hahahah, okbai

    ReplyDelete