Sunday, May 21, 2017

PHONE ROSAK PUNCA SEORANG SYED BERDIAM DIRI


Assalamualaikum dan Hi!

Dah lama rasanya tak menaip dekat blog ni. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindu untuk melihat blog aku dihiasi coretan-coretan Seorang Syed. Alhamdulillah, harini aku cuba untuk clearkan kepada semua fans-fans aku (hahaha please Syed) tentang kenapa aku tak update blog. It's not that I've been really busy these few weeks. Tapi seriously banyak ujian-ujian yang mendatang lepas aku mula mengharungi alam pekerjaan ni. Firstly, aku pengguna Umobile dan malangnya rangkaian Umobile sangat teruk dekat sekolah aku. Tambahan lagi dekat rumah sewa aku pun aku tak dapat access kepada internet. Rugilah aku bayar RM70 tu tanpa sebarang penggunaan internet kan? So. I've changed to Celcom.

Walaupun Celcom punya line pun takdalah bagus mana pun. Rangkaian dekat sekolah aku pun not that stable. Kadang-kadang sahaja dapat 3G. most of the time dapat 2G sahaja and kadang-kadang GPRS. Apa yang penting, better daripada Umobile la even monthly aku kena bayar RM80. Aku tak kisah sangat la sebab dah mula kerja kan, so kena invest la sikit untuk penggunaan aku sendiri sebab dah ada gaji kan. Lepas beberapa hari aku guna Celcom (tak sampai seminggu pun seriously), phone aku buat hal. Phone aku tiba-tiba terpadam sendiri waktu aku tengah charge. Nak on balik semula tak boleh sebab dia stuck dekat loading screen. Insan mana yang tak kecewa teman-temanku sekalian? :(

Aku tak kisah kalau dia nak rosak bila aku jatuhkan dia dalam longkang atau jamban. Tapi masalahnya boleh pula dia rosak waktu aku tak gunakan langsung. Dah la waktu tu aku tengah tidur. Bertambah stress pula rasanya! Makluman untuk apa-apa aktiviti sekolah dah la semua ada dekat whatsapp. Takda phone ni buat aku rasa macam orang bodoh yang tak tahu apa-apa perkembangan dunia. Nak bagitahu cikgu-cikgu lain tak dapat maklumat sebab phone rosak pun rasa macam "lame nya alasan kau ni Syed". Rasa down sekejap sebab phone aku tu masih under warrantyThe best part is aku dah buang resit pembelian phone tu sebab aku rasa dah nak setahun and mustahil akan rosak hahaha.

Alhamdulillah, berbekalkan kebijaksanaan aku, aku berjaya dapatkan salinan resit pembelian untuk bukti nak claim warranty. Semalam lepas habis waktu sekolah terus bertolak ke Kuantan daripada Temerloh. Semalam juga nyaris dua kali nak accident sebab mengantuk punya pasal. Penat kot baru balik sekolah terus kena gerak ke Kuantan. Nak kejar masa sebab takut office dia tutup padahal dah sampai pun tak boleh proceed sebab takda bil. Thank god, ada cousin yang sudi membantu untuk passkan phone tu semalam and I need to wait 2 weeks approximately to get my phone back. Hopefully, everything is good and haraplah dapat replacement phone baru.

Dah lama juga tak melawat blog kawan-kawan blogger. Bukan tak nak atau takda masa, tapi ni la halangannya. Rasa macam bersalah sangat sebab tak blogwalking dah. Masalahnya aku nak buka blogger dashboard pun dah struggle macam apa. Belum lagi nak loading blog-blog, satu malam pun tak habis loading lagi agaknya. Maaf ya, nanti bila semua masalah dah selesai I'll try my best to visit everyone! 

Tak sabar nak tulis pasal hari guru, kerja baru and stuff. tapi tulah banyak sangat halangannya. InshaAllah aku akan tulis juga apa yang dah dirancang tu satu hari nanti. Amin, thanks for reading walaupun blog aku dah lama tak berupdate. Aku rasa sangat terharu sebab ada juga yang singgah tiap hari walaupun tanpa ada pengisian apa-apa dalam blog aku. I really appreciate it guys! Thanks again for your support :)

56 comments :

  1. Hari tu clam warranty phone tak perlu bawak resit. Bawak phone terus je, sebab dalam phone memang ada set warranty beberapa lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, sepatutnya macamtulah. tapi tahla kenapa orang tu nak juga resit sebagai bukti pembelian. Kalau takda dia tak ambil.

      Delete
  2. Patutla syed senyap jer...rindu celoteh syed...haha..semoga semua masalah cepat selesai ye syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah pasal, sedih betul rasanya. Aminnn.

      Delete
  3. alahai all the best syed. sabar jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks aira nampaknya itu ja lah yang mampu dibuat setakat ni haha.

      Delete
  4. Replies
    1. Tengoklah kalau termampu sikit nak beli yang baru kan hehe.

      Delete
  5. Syed kat mana? Syed kat mana? Hehe. Patutlah sunyi sepi. Semoga dipeemudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dekat pahang, tak ceruk pun. tapi still sunyi sepi haha. thanks kak aminnn.

      Delete
  6. Huih, byk sungguh ujiannya yr, sabo lah ye, oh..ngajo kt temerloh ye,idokle pedalaman sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, bak kata salah seorang kakitangan sekolah saya, bukan senang nak senang. kena berkorban la dulu hehe. Takdelah pedalaman tapi sekolah kawasan kampung gak la haha.

      Delete
  7. Dia bagi petanda for a replacement tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, kena replace dengan iPhone la ni gamaknya haha.

      Delete
  8. MOGA SEGERA SELESAI MASALAHNYA YA CIKGU

    ReplyDelete
  9. nak ganti baru tuuu. tapi serius kalau benda lain rosak tak apa. tapi kalau fon rosak aduii nak kena ganti beratus jugak kan. dia tahu kita tengah duit, tu yang dia buat hal macam2 tuu. sabar ye syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. phone ni bukannya benda yang kita selalu ganti. So, kalau dia buat hal tu rasa macam stress sangat la rasanya. Dah la tak berduit haha. Sabar jelah mampu.

      Delete
  10. ku ingatkan Syed sudah hilang. dah lama Syed tk update blog. Gila tak bosan. Hari2 tunggu Syed update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi ni setelah beberapa minggu menghilang haha. Yelah tu tunggu-tunggu kan :P

      Delete
  11. Mesti nak minta tukar phone baru tu, cepat-cepat update entry Hari Guru, rindu zaman sekolah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak menyabar betul nak minta tukar pun haha. Tapi tak tukar la kot kalau masih boleh dipakai lepas hantar service tu hehe. Taktau la bila boleh update tu.

      Delete
  12. selamat kembali ye syed.. lama menghilang.. tak de fon mmg susah.. sabar jerk la ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! hehehe lama juga lah hilang dari radar haha. Tengah sabar je ni haaa.

      Delete
  13. Dua minggu tu rasa macam sebulan juga tu, Syed. Tak mengapalah, fikir positif. And hope everything goes well for you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa itulah, tapi dah tak lama dah ni. tinggal lagi seminggu macamtu ja haha. Aminnn, harap semuanya baik-baik sahaja.

      Delete
  14. Patut la senyap je. Alhamdulillah dapat dengar khabar dari Syed. Moga moga semuanya okay je la at your side ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Alhamdulillah everything is okay, cuma tulah takda internet yang stable dan phone rosak. sobs. Aminnn

      Delete
  15. geram jugak bila phone buat hal tiba2 ni, dahla takde usik pun phone tu.
    2 minggu tu masa yg agak lama utk sesorang yg sangat memerlukan phone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa memang agak geram lah, dah la tak usik apa-apa pun tetiba nak rosak haha. Alhamdulillah tinggal seminggu lagi baki penantian. haraplah siap cepat.

      Delete
  16. Serius stress klu HP rosak...Syed try guna Yes 4g,line dia ok tapi check coverage dulu b4 daftar...sy guna Yes Alhamdulillah laju walaupun kwsn xberapa nak elit...RM99 utk 32gb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang stress pun haha. takda kak, coverage dekat sekolah saya tak dapat YES. sobs.

      Delete
  17. Kak PC dah rasa...subhanAllah down sungguh...tapi anggap itu teguran Allah..memang berat...tak mengapa...selesaikan satu per satu...sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang down kak, but now getting better Alhamdulillah :)
      Terima kasih kak, inshaAllah tak lama dah ni.

      Delete
  18. Fuhhh dengan phone rosak, line semput, mood nak blogging pun boleh terbang. Sabor jelah Syed. Semoga dipermudahkan urusan kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa mai, kadang rasa bersalah pula bila buka blog and tengok komen-komen orang tapi tak mampu nak reply satu-satu and even jenguk blog diorang balik. Aminn.

      Delete
  19. Ooooo, ingatkan senyap coz busy dgn budak2 nak exam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak lah, saya tak buat kertas exam lagi hehehe.

      Delete
  20. Kesiannya. Tapi betul. Selalunya banyak dugaan yang bakal kiter tempuh...huhu. kes phone tu sama macam hp IQ. IQ pakai samsung. Cas tetiba xhidup. Tak buat ape pun. Hantar samsung servis centre cakap motherboard rosak. Mujur ada warranty...huhu...klu tak...byar la 600++...motherboard rosak sbb hp kerap jatuh....huhu...

    Anyway...jangan risau...peminat blog syed ni sentiasa ada. Jangan putus asa menulis yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya IQ 600. Lega juga ada warranty kan. Macam syed punya phone tu kalau google memang ramai yang hadapi masalah yang sama. So, tak tahu siapa yang perlu dipersalahkan. Nak kata selalu jatuh tak juga, tapi ada la jatuhnya hahaha.

      hahaha amboi peminat tu takleh blah tu :P InshaAllah, terima kasih.

      Delete
  21. OOO PATUTLAAHHHH.... Hehe.. Nanti update tauuu, tak sabar nak baca pasal Hari Guru. Mesti boot kereta penuh hadiah. Kalau dapat phone baru bau kedai, memang untunglaahhhh! Takpe, semua dah settled nanti, update and bw balik. 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaha taktahu nak update ke tak sebab takda gambar. Rasa macam tak best la nak cerita takda gambar. Sedih kan, dah la first time sambut hari guru tapi takda gambar. Aduhaiiii. Tak dapat kot rasanya phone baru. macam mustahil ja haha.

      Delete
  22. errr... hello... iphone baru??? nak order ke? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kalau ikutkan memang nak order. Tapi tak mampu nak bayar kah2. sedih tak.

      Delete
  23. Sabaq na Syed. Walaupun akak boleh faham perasaan kalau handphone rosak or buat hal camana. Cari jalan nak selesaikan masalah ok. Masa-masa macam ni kena tengok 'bende' yang baik pulak ALLAH bagi pada kita. Contohnya, Syed sekarang sihat tubuh badan, boleh beribadah, boleh bekerja ada orang sekeliling yang caring pasal Syed. Akak doakan semoga semuanya dipermudahkan yer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak for the comforting words, betul apa yang akak cakap tu. Kena tengok nikmat-nikmat lain juga kan. Alhamdulillah, walaupun phone takda tapi takda rasa susah mana pun. Aminnn, terima kasih kak.

      Delete
  24. syed try tukar ke digi hahaha sha baru guna dannn internet dia ok sgt! btw semoga dipermudahkan semuanya! mana tau rezeki nak dapat phone baru kann hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm Digi dekat sini macam teruk sikit coverage dia. Ramai kata celcom ja yang ok dekat sini but still, bila masuk kawasan sekolah terus coverage teruk haha.

      Delete
  25. Phone rosak????? Akak pulak sebab line internet slow punca tak dpt nak update n blogwalking selalu..*sedeh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet slow pun salah satu benda yang stress juga tu kak. haha lebih kurang juga la kita nampaknya.

      Delete
  26. Mesti ada rezeki untuk dpt yg baru. Woot woot

    ReplyDelete
  27. Alahai.. patutlah senyap sunyi je.. rupanya HP rosak.. cian Syed..

    ReplyDelete
  28. ohhh patut lahhh .... ramai sungguh peminat syed lepas windu kat sini haa.. x pelah Syed slow2 ..asalkan sihat walafiat.. :)

    ReplyDelete
  29. menagjar di temerloh ke syed? dekat dah tu dengan kampung akak

    ReplyDelete
  30. Hati2 bawa kereta tu syed...haihhh tanjat dengar almost nak accident tu...hmmm syed update blog guna hp ye? Ada laptop atau tabs ke? Untuk keselesaan invest dari sekarang utk miliki salah satu gadget tu...puas sikit nak mengarang kalau hp buat hal. Sis pengguna setia umobile, so far kt kl line ni much better...sis balik kg kuantan okey pula linenya...maybe certain area kot tak stable.

    ReplyDelete
  31. Kalau nadia pun nadia jadi sedih + bengang phone tiba2 tak leh . Adui . Dah lah zaman sekarang hp tue dah mcm benda pntg lepas wallet. Hihi.

    Nak settle , settle kan jugak . Drive safely , Syed next time . Ok =)

    ReplyDelete