Saturday, March 4, 2017

5 HADIAH TERBAIK YANG SESUAI UNTUK LELAKI


5 Hadiah Terbaik Yang Sesuai Untuk Lelaki

Pernah tak anda hadapi masalah bila nak bagi hadiah untuk teman lelaki atau kawan lelaki termasuk ayah atau adik beradik anda sendiri? Kadang-kadang anda nak beli sesuatu tu tapi takut si penerima tak berkenan pula dengan hadiah yang diberikan. Bagi saya, hendak menghadiahkan sesuatu kepada si lelaki tidaklah begitu sukar dan complicated berbanding menghadiahkan sesuatu kepada perempuan. Perempuan (sesetengah) perlukan benda yang lebih spesifik kepada kemahuan mereka (make up, roses, chocolate?) tetapi kalau bagi lelaki, memadai sahaja kalau hadiah yang diberikan boleh digunakan dalam kehidupan seharian (at least for me lah)

Entry yang bakal saya kongsikan kali ini ialah beberapa panduan untuk membeli hadiah untuk teman lelaki, ayah, adik lelaki, abang lelaki dan seumpa dengannya. Mungkin boleh dijadikan panduan oleh mereka yang tak tahu nak bagi hadiah apa untuk orang lelaki. Perkara yang saya akan share ni hanya berlandaskan saya punya pendapat. Tetapi saya rasa most of the guys memang tak kisah sangat dan ini mungkin hadiah typical untuk para lelaki haha.
1) JAM TANGAN
Hadiah Jam Tangan yang Sesuai Untuk Lelaki

Pada pandangan saya, jam tangan merupakan aksesori yang utama bagi seorang lelaki. Pendek kata, dengan adanya jam tangan maka lengkaplah penampilan si pemakai. Ada juga sesetengah di antara mereka tidak lengkap hari-hari mereka jika tidak memakai jam tangan seolah-olah ada yang mengatakan seperti "berbogel" tanpa jam tangan. Umum mengetahui bahawa jam tangan terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk. Antaranya ialah jam analog, digital dan automatic watch. Selan itu, strap jam juga terdirinya dari pelbagai jenis dan material. Ada yang jenis kulit, besi, rubber dan strap Nato/Zulu seperti yang kita tengok dekat jam DW (Daniel Wellington) strap.

Sebelum anda membeli jam untuk dihadiahkan kepada si lelaki, pastikan anda tahu personaliti lelaki tersebut atau gaya penampilannya. Kalau dia sejenis yang suka buat aktiviti luar dan lasak mungkin boleh belikan dia jam digital jenis strap yang rubber. Jam macam ni boleh tahan lama dan memang sesetengah tu dibuat khas untuk aktiviti lasak. Kalau bagi saya, saya lebih prefer jam jenis analog yang bertali besi sebab sesuai dengan penampilan saya terutama jika saya hendak pergi ke sekolah. Kalau pakai blazer/kot sekali dengan jam analog ni memang sesuai.
2) BAJU
Baju Untuk Lelaki

Baju juga merupakan satu barang yang mudah untuk dibeli dan dijadikan hadiah buat para lelaki. Satu, sebab korang hanya perlu tahu saiz badan lelaki itu sahaja. Tak payah tahu ukur lilit pinggang segala untuk beli baju kan? Saiz baju ni kalau kita tengok badan sahaja pun dah boleh agak dah nak beli yang mana satu. Lagi satu, baju ni dia ada yang regular fit and slim fit. Kalau laki tu korang rasa dia suka pakai ketat-ketat ambil yang cutting slim fit tu. Kalau korang tengok diorang pakai biasa-biasa sahaja dan loose, better ambil yang regular fit. Warna baju yang nak dibeli tu pula bergantung kepada warna kulit si pemakai. Kalau orang tu gelap (macam saya lah ni) ambil la warna yang bersesuaian dengan kulit dia. janganlah bagi warna highlight pula dekat orang kulit gelap.
3) KASUT
Kasut Untuk Lelaki

Kasut ni kalau nak beli untuk lelaki payah sikit saya rasa tapi saya memang harap sangat orang bagi kasut sebagai hadiah. Tolonglah bagi kasut time birthday saya! lol sounds so desperate, syed. Kasut ni depends kepada penggunaan si pengguna. Kalau lelaki tu jenis yang suka kasut sukan atau casual shoe, belilah untuk mereka kasut jenis macamtu. Tapi kalau tak cukup budget tak payah la kot nak beli kasut sebab harga kasut lelaki ni agak pricey sikit. Boleh habis duit sebulan makan tu kalau beli kasut ni. Lelaki ni memang ada jenis yang gila kasut. Kalau boleh pantang jumpa kasut cantik nak beli. Kalau macam saya, kasut ni selagi boleh guna saya akan pakai (maklumah takda duit nak beli baru sobs)
 4) TALI LEHER
Tali Leher yang Sesuai Untuk Lelaki

Hadiah tali leher ni hanya akan sesuai kalau lelaki tersebut merupakan seorang pekerja office yang sentiasa memakai tali leher ataupun seorang student dan CIKGU. Disebabkan saya seorang bakal cikgu, saya berpendapat bahawa tali leher merupakan satu perkara yang sangat penting sekali dalam penampilan seharian saya. Hal ini kerana, tali leher merupakan salah satu benda yang membuatkan seorang lelaki itu kelihatan berbeza dan lebih segak. Pemilihan tali leher yang sesuai sangat penting bagi memastikan seorang lelaki tampak lebih kemas dan bergaya. Namun begitu, pada pendapat saya wanita tidak begitu arif dan cakna akan pemilihan tali leher untuk lelaki.

Sama seperti baju dan kasut, tali leher juga mempunyai saiz yang tersendiri sama ada dari segi kepanjangan dan juga kelebaran tali lahir tersebut. Jika anda hendak membeli tali leher, mohon kenalpasti saiz tali leher terlebih dahulu. Ada saiz yang kecil, sederhana, besar dan sangat besar. Kita tak boleh simply pilih corak yang menarik sebab kadang-kadang tu walaupun coraknya menarik, tetapi saiz tali leher tu sangatlah tak sesuai dengan si pemakai. Kalau korang beli tali leher yang slim tu mostly orang pakai untuk pergi disco sahaja. Kalau saya, saya lebih prefer untuk pakai saiz yang kecil tapi tak kecil sangat. Maaf, tak ingat pula saiz apa kita panggil haha

Kalau boleh mohon elakkan dari bagi lelaki tali leher yang sangat besar tu hahaha. tak tahu kenapa tapi mostly kawan-kawan saya yang lain semua takkan pakai tali leher yang extra large tu. Kalau nak bagi lelaki yang lebih berusia mungkin sesuai. Basically, saiz tali leher ni kesesuaian dia bergantung kepada usia dan juga saiz badan. Kalau untuk badan yang besar tu boleh pakai tali leher yang besar takdalah nampak janggal. Tetapi kalau nak bagi lelaki yang muda belia and suami pilihan hati, better ambil yang size sedang-sedang sahaja.
5) GADGET 
Gadget Pilihan Lelaki

Okay yang ni kalau korang lahir-lahir makan bubur dalam mangkuk bersalut emas boleh lah kot nak bagi hadiah gadget hahahaha. Lelaki ni memang kalau bila sebut gadget hampir semua benda dia tahu. Contoh gadget yang anda boleh hadiahkan ialah kamera, smart phone, headset, PS4, xbox, GoPro dan sebagainya. Kalau anda memang ada duit lebih sikit dan nak belanja adik beradik atau ayah korang tak rugi pun kalau bagi gadget dekat diorang. Tapi belilah gadget yang mengikut kemampuan korang. Kalau tak mampu nak bagi iPhone, cukuplah sekadar beli headset ataupun earphone. Tapi janganlah beli earphone atau headset yang dekat pasar malam tu. Kalau yang macamtu dia punya sound tak best langsung and cepat rosak. Beli yang dalam RM100 ke bawah tu dah okay dah. Sekarang ni banyak sahaja brand yang berkualiti dan korang boleh dapatkan dengan harga yang murah dekat Lazada.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, nak bagi hadiah apa semua ni ikut kemampuan diri sendiri. Kalau rasa tak mampu, tak payah la sampai nak bergadai nyawa semua siap buat loan untuk bagi hadiah haha. Lelaki ni tak payah nak try hard sangat untuk bagi hadiah, kami appreciate sahaja apa sahaja bentuk hadiah yang diberikan. Kalau buat surprise untuk birthday pun dah sangat mengujakan bagi saya. Bukan senang orang nak rancang untuk buat kejutan dihari lahir kita dan benda tu akan sentiasa diingati seumur hidup la :) . Tiba-tiba saya rasa macam entry ni lebih kepada THINGS I WANT FOR MY BIRTHDAY HAHAHAHA. Tapi betul lah, saya siap buat pemerhatian lagi dan kebanyakan benda yang saya dah list dekat atas ni sangat sesuai untuk dihadiahkan buat para lelaki. 

p/s : birthday saya 12 April okay? (hahahaha tetiba kan)

83 comments :

  1. Uishhh tinggi malambung jugak taste lelaki ni hahahahhaha, k k k gurau :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha taste je tinggi tapi takda pun bendanya .

      Delete
  2. bab bagi hadiah dekat lelaki ni paling susah. paling complicated nak beli. nak2 dekat ayah. ayah bukan jenis kerja pakai kemeja, so nak bagi kemeja, tie, jam, memang macam tak sesuai. kadang2 dulu bagi belt atau dompet. pernah bagi jeans, lepas tu sekarang belanja makan je. tnya nak makan apa lepas tu belanja laa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul. lelaki punya barang macam limited sangat kalau nak buat bagi hadiah kan? belanja makan je akhirnya yang paling senang.

      Delete
  3. Sebagai lelaki, saya setuju sangat dengan senarai-senarai ni..

    Tapi apa yang lebih hebat dari senarai-senarai ni ialah kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada seorang wanita bergelar isteri..

    dan juga ibu :)

    ReplyDelete
  4. haa lepasni boleh bagi hadiah dekat abah, sebab tiap tahun kene tanya abah dulu nak hadiah apa, rasa macam bukan bagi hadiah hihihi, thankyouu for the tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kaella. tapi make sure la nak beli yang mana satu haha. dulu masa kecik selalu la nak bagi hadiah tanya parents diorang suka apa. kah3.

      Delete
  5. nak bagi gadget rasanya takkan mampu nak bagi kot hahaha. cuma last haritu elsa book surprise planner je. lepas tu dia pergi dekat pompuan lain. ops terlebih sudah huhu

    singgah klik nuffnang :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu kesian elsa, takpa elsa hadirnya dia sebagai satu pengajaran hehehe. Positivekan diri anda.

      Delete
  6. Hadiah untuk orang lelaki mostly mahal2 aih. Pastu macam tak banyak choice sangat. Selalu termenung kalau nak carik hadiah untuk ayah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu. barang laki mana ada sangat yang murah. kalau yang murah pun kat pasar malam la dapat.

      Delete
  7. Bahahaha siap gitau birthday 😂😂😂.

    Bagus idea ni, tapi boleh bagi bapak juga. Dulu masa sekolah rendah pernah kena marah sebab bagi lighter kt bapak. 😂😂😂😂😁.hahahah mana nak tahu benda tu macam perli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha mana tahu in case ada orang murah hati nak bagi hadiah. boleh dak macamtu? kah2. kenapa mai bagi lighter? hahahahaha lawak pulak. tak terfikir nak bagi lighter.

      Delete
  8. Sebelum diaorang bagi hadiah Birthday kat Syed, kena bagi kat saya dulu lah, saya 9 April..hehe... setuju dengan jenis hadiah tu.. rasanya sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh yaka, April babies juga lah ni hehehe. Boleh celebrate kat blog sekali kah2.

      Delete
  9. biasa ccl pernah bagi hadiah kat lelaki .. baju @ necktie aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CCL samalah. Syed pun bagi benda macamtu je sebab mudah.

      Delete
  10. Syed, hadiah lelaki biasanya simple tapi dalam kategori mahal. Hadiah untuk wanita pula bermacam-macam jenis dengan harga murah tapi dah cukup bermakna.. setuju tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. barang lelaki semuanya mahal kak. kalau nak beli hadiah untuk wanita senang ja, sebab banyak pilihan kan. Setuju sangat! haha.

      Delete
  11. Yeahhh semua dekat atas kak ana dah bagi dekat en suami. Sebab time tu masih bekerja. Adalah hasil bulanan. Skrg ni setiap kali birthday dia kak ana just buat suprise delivery macam kek dekat office dia supaya dia boleh makan dengan colleague ramai2. Senang cerita dan jimat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh bagusnya kak! hehe kalau barang lelaki, semua ni dikira macam typical dah kan kak. takda benda lain dah kalau nak bagi pun. Surprise delivery pun okay juga kak, sweet macamtu hehe.

      Delete
  12. BERILAH HADIAH MENGIKUT KEPERLUAN DAN KESUKAAN SI PENERIMA...PASTI DIHARGAI

    ReplyDelete
  13. Hahaha last tu terus bagi birth date. :p

    Kalau sy sendiri, sy pun lebih kepada bagi something yang akan digunakan. Tapi, ada orang suka benda2 yang cute, comel dan sewaktu dengannya. Cumanya sy sendiri tak sambut sangat birthday, blur jugak kadang2 bila orang bagi hadiah or nak bagi hadiah kat orang T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata sambil menyelam minum air ni hanis hahaha
      itulah apa2 pun depends kepada orang juga kan. saya pun bukat sambut sangat pun, kalau sambut pun pergi makan2 macamtu ja.

      Delete
  14. saya suka kalau jam tangan...memang terbaik tu..

    ReplyDelete
  15. Biasa orang bagi jam tangan dan kemeja la kan, klau dpt gadget tu mesti suka benor sampai makan pun tak. haha. Sy dulu masa sekolah rendah prnh beli hadiah utk ayah saya iaitu sabun buku. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes benda biasa la kalau jam tangan dengan kemeja hehehe. Kalau dapat gadget memang takkan lepas la gadget tu dari tangan. tidur pun siap peluk lagi haha. Saya rasa saya pernah bagi juga sabun buku tapi tak ingat kat sapa hahah.

      Delete
  16. Bagi kak PC biar kecil pemberian kita asal ikhkas sari hati..besar maknanya bagi mereka..lazimnya kak PC memilih pakaianlah Syed..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh kak, betul tu. tak kisah la apa orang bagi asalkan tanda ingatan dan dia ikhlas bagi dekat kita. Kak PC ni suka pakaian atau pilih untuk bagi hadiah pakaian dekat orang? haha.

      Delete
  17. Jap jap jap nak gelak jap. Dah kenapa abang pun kena 'abang lelaki'?? Dah sah sah la nama pun abang kan. 👆👆👆😂😂😂

    Ooo birthday 12/4. Memula baca, memang boleh agak la akan ada pemberitahuan tarikh birthday tu. Tepat sekali tekaan sayaaa! 😝

    Thanks bagi idea. Taklah mati kutu sangat memikirkannya bila tiba nak bagi present kat sesiapa. Gituuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha aah lah! tak perasan. waaaaa tajam betul mata boleh perasan. Sebab before that tulis adik lelaki sebab tu tersasul pergi ke abang lelaki hahaha. Alaaaaa boleh agak dah ke tak surprise la macamtu. Ni bukan idea sebenarnya. ni barang yang syed nak untuk birthday. boleh tak? huhuhu.

      Delete
    2. Tunggu je lah bila tiba masanya. Syed kan ramai peminat! Nanti mesti ada punyalah orang kasi birthday present tie ke, kasut ke untuk Cikgu Syed. Ececehhh...

      Delete
  18. Masalah sungguh kalau nak bagi hadiah pada lelaki. Payah eh nak fikir. Kalau perempuan, terlalu mudah pula nak bagi hadiah. Hihi.

    Teringin juga nak bagi gadget untuk hero kesayangan (suami dan ayah) tapi tak mampu lagi.. hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab barang lelaki limited kan? plus barang dia pun boleh tahan mahal haha. boleh kot, kalau kumpul duit nuffnang slow slow hehe.

      Delete
    2. Haa betul sangat. Barang lelaki limited. Lepas tu, harga kalah eh dengan barang perempuan. Perempuan ada juga choice barang murah tapi lelaki rasa semua macam mahal je. Hehe.

      Haha. Nak tunggu duit nuffnang, berjanggut lah saya :p

      Delete
    3. Tahu takpa. Baranh lelaki semuanya mahal2 sedih betul rasa. Cleanser semua pun harga lain dgn perempuan. Kalau baju kasut lagila. Mana ada yang murah sangat pun.

      Delete
  19. Bagi hadiah belanja makan je kot senang. Pergi restoran dan biar dia pilih makanan yang dia nak makan 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  20. Baru je lepas belikan gift untuk ayah. Tapi takda dalam list atas tu. Belikan wallet untuk ayah. Itu pun lelaki suka kan ? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah wallet pun turut tersenari dikalangan kasut, baju semua tu haha. antara barang typical untuk lelaki la. Saya suka juga wallet.

      Delete
  21. kalo nak beli hadiah kat abah, mmg xtahu.. last2 belanja makan.. kalo nak beli hadiah utk tunang, sy pun naik blur. dah la barangan lelaki mahal. hehehe. ini nak cr brg hantaran pun, tunang pun blur nak apa. rasa nak beli set spanar je untuk dia. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang ramai yang akan end up belanja makan je last2. Memang mahal, set penjagaan muka pun berkali ganda mahal dari perempuan kan. rare juga tu kalau bagi spanar untuk dia hehehe try la buat kelainan.

      Delete
  22. perghhh siapp promote birthday dia lagii tu.. awat tak letak skali alamat rumah, senang nak beli barangan dekat lazada zalora untuk hang. hahah aku mendiam sebab dah nak pi training dah ni. Selamat tinggal akim... selamat menikmati dunia anggur. aku merindui dunia itu. alahaiiii... dah terpaksa keluar dari tampuk selesaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak alamat rumah ka? hahaha nanti aku email okay. Aku tunggu hadiah sampai jelah nanti kan kahkah. Alaa awal sangat kau ni nak pergi training. Aku tak menganggur dah sekarang. ada kerja sikit hihi.

      Delete
  23. malas nak bagi hadiah sebab nak kena fikir macam2 tapi yang paling sedih kalau penat belikan last2 dia tak pakai pun. Hmmm :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmmm itulah, mungkin barang tu tak kenal dengan dia kot? I feel youuu.

      Delete
  24. Tak semestinya barangan yang mahal2.
    Yang pentingnya ingatan dan keikhlasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, setuju tu WP :)
      Keikhlasan dan ingatan tu yang penting.

      Delete
  25. Masa memula baca, terdetik dalam hati, "Dia ni macam nak bagi clue birthday nak dekat..." Sekali hujung2 tu dah bg tarikh.. hahahaha.. Leceh la nak bagi hadiah kat laki.. Semuamahal2.. Perempuan at least coklat bawah rm3 pun jadi dah.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha obvious sangat ke alahhhh. agak leceh laa juga sebab harga dia hmmmm plus tak banyak choice sangat. Tapi nanti perempuan cakap tak sayang dia kalau bagi RM3 coklat je.

      Delete
  26. kalau busyra yg trlintas hnya jam dan perfume. hehe. btw nice entry. mungkin yg tngh pening nak bagi apa tu, boleh refer entry syed :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perfume pulak ada lelaki yang pakai ada lelaki yang memang tak pakai hahaha. thanks busyra.

      Delete
  27. Dulu2 rajin gak lah bagi.
    tapi la ni dah malas.
    sebab dah ada semua. malah banyak sgt dah. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang kan. mula2 ja rajin,
      lama2 macam semua dah ada nak bagi apa lagi.

      Delete
  28. Biasanya lelaki sukakan batu, utamanya batu akik. Bagi dia batu, dah senang tuh.

    ReplyDelete
  29. Amboi... high taste sungguh aih... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah kan. dah lah siap minta hadiah lagi tu tak malu betul.

      Delete
  30. Antara 5 cadangan hadiah yang Syed bubuh nie, no1 sampai 3 memang dah pernah bagi dekat Encik Suami.. No 4 tu tak berbaloi sebab dia tak pakai.. No 5 tu dia bagi akak.. hahaha.. Tapi cadangan hadiah nie memang antara yang paling ohsem kalau bagi dekat lelaki sebab lelaki memmang pakai kesemua barang nie.. so tak rugi bagi kat lelaki.. Wah!! Birthday bulan April ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kannn. Lelaki ni barang dia tak banyak and mahal. So kalau nak beli tu macam pening sikit nak beli apa kan kak. Amboi kak, dapat gadget apa tu hehe. Kalau bagi hadiah kat lelaki memang kalau dia suka, dia pakau yg tu aje la. Ya saya bulan April. Akak bila? Hihi

      Delete
  31. Akak pun dh lama x bg apa-apa hadiah pd suami... perfume pun laki suka kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak perfume pun ada lelaki yang suka juga hehe.

      Delete
  32. selalunya sy bagi hadiah barang yg selalu dipakai. mcm bantal-pakaian-perfume keta. yg pntg barang tu bapa sy dpt guna. mcm adik lelaki plak, dompet-jersey-topi-kurta-baju melayu 😉 bab hadiah sy jenis yg x mau pening palo nak pilih, rembat ja 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa yessss saya pun lebih prefer kalau dapat hadiah yg kita boleh gunakan biarpun benda tu satu benda yg kecil je kan? Tak payah nak pening2 fikir nak beli apa

      Delete
    2. kan, yg pntg benda tu ada fungsi & dpt mbantu

      Delete
  33. Thank Syed share pasal ni.. Susah betul fikir nak kasi hadiah apa kat ayah.
    Last2 kasi baju jee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sememangnya hadiah yg paling senang nak bagi ialah baju sahaja.

      Delete
  34. akak dah masuk 11 tahun kawin..so semua senarai adiah atas tu dah bagi kat asbenggg...

    bulan 7 nih besdey dia..peninggggg nak cari adiahh..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha alaaa yeke kak. Nak bagi apa eh. Buat surprise la pulak kah2.

      Delete
  35. sy mls nk fikir byk. so sy bri buku dr tokoh atau idola dia... snf cite. kalu bkn, sy br cd fav penyanyi dia sng cite😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa. Ikut minat ayah la kan. Bagus juga idea tu hehe.

      Delete
  36. mellya dulu penah bagi teddybear sebab confused nak bagi apa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk haha biasanya lelaki yang bagi perempuan teddy bear hehe

      Delete
  37. suka beli baju sebab seronok bila nampak diorang pakai. hehehe.

    birthday saya 20 april. eh.

    ReplyDelete
  38. buku pun boleh. abah dan abang kakak suka membaca.

    ReplyDelete
  39. Like seriously ? I visit on ur web page at 12 april 2018 . So happy birthday haha.

    ReplyDelete