Sunday, April 30, 2017

CARA DAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA DARIPADA GSC

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Assalamualaikum dan Hi!

Sekarang ni aku dalam fasa bermalas-malasan untuk update blog. Kalau kau dapat baca entry ni dekat blog, means aku dah berjaya melawan segala sifat malas yang bersarang dalam diri aku harini. Aku rasa mungkin kerisauan nak masuk ke alam pekerjaan yang membuatkan aku banyak berfikir. Antaranya ialah nak pack apa, dapat sekolah mana, nak sewa rumah mana and so on. Tapi yang menariknya, aku risau pasal banyak benda and aku tak settlekan apa-apa pun lagi padahal esok dah nak pergi Kuantan! haha. Itulah perangai Seorang Syed yang sebenar, sobs.

Entry kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk korang dapatkan tiket wayang percuma daripada GSC! Tolonglah excited! haha. Bila sebut sahaja barang free, siapa yang tak nak kan? Bila dapat merasa benda-benda free ni nikmat dia lain macam sikit. Contohnya kalau kawan belanja makan, makanan tu tiba-tiba rasa macam sedap daripada biasa. Kalau GSC bagi tiket movie pula, walaupun kau kecewa dengan movie yang kau tengok, takdalah rasa kecewa sangat BECAUSE IT'S FREE. 
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA
1) Daftar sebagai ahli GSC di [sini] 

2) Dah ada akaun senang lah nak beli tiket wayang secara online. Tak payah la kau nak beratur panjang-panjang especially during weekends. Berjanggut jugalah nak tunggu turn kau kan

3) Wait for your birthday

4) Chek your e-mail

Sebenarnya benda yang paling penting ialah yang ke-3 sahaja! hahaha (sebab kalau tak birthday kau, tak dapatlah tiket free). Untuk setiap ahli GSC, mereka akan memberi 2 tiket wayang percuma kepada korang yang mendaftar. Movies yang korang boleh tengok hanyalah movies yang bertanda (*) sahaja. Tapi banyak juga pilihan movies yang baru bukannya movies yang ketinggalan zaman. Aku tak tahu pun boleh dapat tiket wayang percuma bila daftar sebagai ahli GSC. Sampailah aku check email aku baru-baru ni,

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Bila baca sahaja email ni, memang excited habis lah! At least kalau kau seorang yang forever alone, takda orang nak celebrate birthday kau, this would be perfect. Dapat juga merasa hadiah daripada takda kan? (kenapa rasa macam loser sangat ni). Nasib baik aku tergerak hati nak check aku punya email, kalau tidak memang goodbye lah free tickets ni. Tempoh kau boleh redeem free tickets ni ialah sepanjang bulan kelahiran kau. Contohnya kalau kau lahir 12 April, kau boleh redeem sampai 30 April. Lama juga masa yang dia bagi untuk kau fikir nak tengok cerita apa, nak tengok dengan siapa dan so on. It's quite cool isn't it?
MOVIE PILIHAN SEORANG SYED?
Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

I went to GSC last Wednesday dan movie yang ada (*) waktu itu ialah Smurf sahaja! I don't really like to watch cartoon at cinema, but since it's free why not? Aku pergi cinema dengan cousin aku ya, bukan dengan awek okay sebab aku terlampau hot untuk diorang and they can't handle me hahaha padahal tak laku. Movie lain ada, tapi kena datang hari lain. Disebabkan aku malas nak ulang banyak kali pergi mall tu, so hadap sahaja apa yang ada.

Smurfs : The Lost Village

Bagi aku cerita ni best gila. Walaupun cerita kartun, tetapi banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagi aku ini bukan antara cerita kartun yang bosanlah. Aku suka idea dia dimana setiap smurf ni ada nama dia sendiri contohnya "Clumsy, Hefty, Brainy". Setiap nama itu melambangkan karakter smurf tu sendiri. Kalau smurf yang clumsy tu memang clumsy habis la rasa nak lempang pula kalau ada depan aku tu. Kalau Brainy pula memang antara smurf yang bijak, semua benda kena refer buku dan dia ada gadget (iaitu kumbang) yang boleh tangkap gambar. It's cool. Lastly, Hefty pula smurf yang sado, kuat dan berani unlike the other smurfs.

Cerita ini mengajar penonton untuk menerima sesiapa seadanya tak kisahlah background dia macam mana sekali pun. Kalau kau nak tahu, Smurf perempuan dalam cerita ni (Smurfette) merupakan smurf jadian yang dicipta oleh ahli sihir. Ahli sihir tu kira nak gunakan dia untuk menculik semua smurfs yang ada sebab dia tak jumpa lagi kampung smurfs ni dekat mana. Unfortunately, it doesn't work. Plan tu tak berhasil, walaupun dia dicipta oleh ahli sihir yang jahat. Apa yang penting ialah hati. She has a kind heart unlike her creator. Dia yang menyelamatkan semua smurfs yang ada. She even willing to sacrifice herself sebab dia percaya, benda yang berlaku tu semua berpunca daripada dia. Okay aku suka gila ending cerita ni :')

Nak tahu lebih lanjut? itu kau kena tengok sendiri lah sebab kalau ikut aku review nanti kau tak larat nak baca haha. Tak sia-sia aku pilih untuk tengok movie Smurf ni. Thanks GSC for the free tickets and happy birthday to you too! :)

Thursday, April 27, 2017

DAPAT HADIAH DARIPADA LAZADA

Dapat Hadiah Daripada Lazada Malaysia

Assalamualaikum dan hello! :)

Okay, harini akulah orang yang paling bahagia sekali dekat dunia ni. Siapa tak happy kan bila dapat hadiah? lagi-lagi bila hadiah yang kita dapat tu merupakan hadiah yang kita nak. Bukannya senang orang nak bagi hadiah dekat kita. Biasanya kita akan dapat hadiah daripada orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Mana ada total random strangers yang akan bagi kau hadiah (unless kau Siti Nurhaliza tak hairanlah). Kalau kau nobody macam aku, memang harapan la nak orang bagi kau hadiah. Kena ada partner lah dulu kot. Mana tahu pakwe/makwe kau nak buat surprise birthday naik  limousine. So, bila dapat hadiah daripada Lazada ni pun aku dah cukup bersyukur :')

Actually Lazada bukannya bagi hadiah randomly dekat aku pun hahaha padan muka kena tipu. Sebenarnya "hadiah" yang aku maksudkan ialah hasil daripada baucer shopping yang aku menang dekat lazada waktu Lazada Birthday Bloger Contest dulu. Sebenarnya dah lama dah dapat baucer RM150 tu. Tetapi disebabkan aku tiada online banking, aku terpaksa peram lama-lama baucer tu. Kebetulan pula waktu Minggu Amanah Saham dekat Temerloh baru-baru ni, Maybank ada buka booth. Aku terus buka akaun dan daftar Maybank2u dekat situ! Lepas ni memang kencang lah aku beli barang online.

Disebabkan aku bakal masuk ke sekolah pada 2 Mei ni, so sebelum bekerja better aku persiapkan apa yang patut. Bila fikir balik barang-barang yang aku takda, memang banyaklah. Antaranya ialah jam tangan. Dah lama sangat sebenarnya nak beli jam tangan tapi takda duit lagi nak beli (sobs). Kebetulan pula ada baucer Lazada ni, memang senang lah kerja aku. Semalam aku mula survey jam-jam tangan yang menarik untuk dibeli di Lazada. Memang banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Baru aku sedar yang aku ni tak boleh la shopping online. I NEED TO FEEL AND TOUCH THE THING barulah boleh tahu jam tu kualiti dia macam mana kan?

Casio Men White Dial Stainless Steel Strap Watch
Lepas penat aku study website lazada tu yang setiap page dia tu habis aku teroka, I've decided to buy this watch! hahaha aku tak tahu la cantik ke tidak di mata korang. Tapi bagi aku okay sahaja kot sebab dia simple sahaja designnya and mungkin kalau ada warna biru ke dekat ring (cermin) dia tu lagi okay kot. Mana-mana pun okay lah sebab tengok gambar macam cantik kan?

Feedback

Lagi satu, aku beli jam ni sebab dia punya reviews semua elok-elok. hahaha aku terpengaruh weh dengan apa yang orang tulis dekat situ. Sebab semua cakap cantik, so aku pun lebih berkeyakinan untuk beli jam ni. Dasar takda pendirian diri betul syed! lemah betul sebab boleh terpengaruh dengan kata-kata manusia macamni! huh. So, tanpa berfikir panjang aku pun order lah jam tersebut.

Order hari semalam harini dah sampai!

Apa yang best dengan Lazada ni ialah, shipping dia cepat gila. Aku order semalam dan harini dah sampai dah! (except for another thing yang aku order sebab barang tu dari China so impossible lah). I'm so excited bila nampak van Pos Laju depan pintu rumah aku tadi haha. Rasa macam bagi hadiah dekat diri sendiri pula, tapi seronok! *iyalah takda orang nak bagi hadiah dekat kita kan :(

Jam dah sampai

Tadaaa! inilah dia rupa jam yang aku dah dapat tu. Memang puas hati la dengan barang ni. Apa yang aku tengok dalam gambar tu, sebijik la dengan apa yang aku dapat. Jam pun di bungkus dengan kemas, takda calar-balar semua siap ada bubble wrap lagi. So, memang puas hati habis.

Teruja dapat jam baru

Ni nak bagi gambaran yang lebih jelas lagi 
SESI PHOTOSHOOT
Men's Watch

Ingat manusia sahaja yang nak photoshoot? Jam aku pun kena lah juga photoshoot. Sexy betul jam ni dengan sentuhan seorang syed ni fuhh.

Men's Watch

Cantik pula gambar aku tangkap ni. Dah macam advertisement jam dah ni. Tiba-tiba rasa macam nak jual jam bila tengok gambar ni hahaha okay puji diri sendiri lagi.

Men's Watch

Perghhh tu sebenarnya tangan ke atau arang? Macam kayu pun ada juga. Kayu yang orang dah buat unggun api tu ha. hahahaha tolong bagitahu aku guys.

Thanks Lazada for the voucher! :')
and
Thanks everyone who reads this super lengthy post
(tak percaya aku taip sepanjang ni pasal jam hahaha!)