Sunday, March 5, 2023

WARISAN BONDA | RAMADAN BUFFET BY ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON



Assalamualaikum and What's Up guyssss!

I KNOW IT'S BEEN A WHILE SINCE THE LAST TIME I UPDATED THIS BLOG
BUT TODAY IS MY DAY! 

Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, aku nak cerita sikit dekat korang semua tentang satu bufet Ramadan yang korang WAJIB TRY bertempat di AnCasa Residences, Port Dickson. 
WARISAN BONDA RAMADAN BUFFET

Tengok nama "Warisan Bonda" pun korang dah tahu yang masakan yang disediakan memang menu mak-mak dekat kampung. Pendek kata memang selera orang kampung ah. Buffet ni hanya available bermula 25 Mac sehingga 19 April 2023 (set reminder dalam phone cepat!) Antara signature ataupun highlight untuk buffet Warisan Bonda kali ni ialah;

  Shell Out Masak Lemak dan Daging Gulai Kawah

SHELL OUT MASAK LEMAK 

In my opinion, Shell out masak lemak ni memang unik teruk! biasanya kita hanya jumpa yang shell out kuah merah tu sahaja kan? tapi yang uniknya di AnCasa ni, korang boleh cuba Shell Out yang berbeza. Seafood yang digunakan memang tidak dinafikan kesegarannya

Apa yang aku suka pasal Shell Out ni, rasa lemak dia memang PADUUUU. Kuah dia pekat likat pastu pedas pulak tu, dicampur pulak dengan rasa daripada seafood yang digunakan memang terangkat beb. Aku memang rate 10/10 untuk shell out ni. Chef dia masak upon request untuk korang tau! 

GULAI KAWAH

Gulai kawah dia pun tak kurang power jugak. Rasa memang complete. SEDAP! Korang boleh makan sekali dengan murtabak dia. Memang puas hati. Mak aku yang takda gigi pun boleh makan tanpa ada masalah! hehehe. 

Selepas rasa kedua-dua signature menu diorang ni, aku tak pelik lah kenapa kedua menu ni jadi pilihan chef dia sebab memang dedua sedap! Tapi i'd suggest you to try that Shell Out masak lemak sebab for me it's something new and masak lemak dia pun rasa lain dengan yang kita biasa makan! (maybe because it's from Negeri Sembilan kan?)

Selain dari menu signature diorang, kat sini ada banyak lagi makanan yang menarik! Antaranya ialah;

 Nasi Kandar
Ayam Kalio Kentang
Sayur Goreng Jawa
Ikan Keli Masak Nenas
Pelabagai Kuih Muih
Ayam Rendang Minang Daun Maman
Gulai Ikan Masak Keladi
Mussels Berlada
Pastries
Buah-buahan Segar


Nak lagi best, Lauk-pauk kat atas tu korang makan pulak dengan Nasi Bukhari Tashkent ni memang tak pandang kiri kanan dah haaa. Untuk makluman korang, lauk-pauk ni diorang akan rotate tau dari masa ke semasa. Maksudnya takdalah korang pergi setiap minggu pun menu yang sama ja ada. 
KAMBING GOLEK

Kalau korang pergi buffet Ramadan, memang tak lengkap lah kalau tak makan kambing golek kan? Aku bukan nak puji lebih-lebih tapi seriously memang kambing golek dekat AnCasa ni 
SEDAP TERUK!
First, memang aku rasa dia marinate lama kot kambing tu sebab rasa spices kat daging memang kuat. Sometimes kalau kita makan kambing golek ni dia tak rasa sangat dia punya perapan tu (tak sama macam kita makan kambing grill). Tapi kambing golek ni memang lengkap ah rasa dia. Daging dia pun lembut ja pastu makan pula dengan sos blackpepper, mashed potato and coleslaw dia. Aku boleh repeat berkali-kali beb dia punya sedap tu. MEMANG 100/100!
IKAN DAN AYAM BAKAR, CHAR KUEY TEOW & SATAY

Stall untuk makanan bakar-bakar pun ada guys kat sini. Haritu aku makan satay, ayam bakar, ikan bakar dan kuey teow! Aku suka konsep dia sebab makanan yg dimasak tu sentiasa panas and fresh. Imagine lah nanti korang berbuka puasa dengan makanan yg masih berasap. KAN PUAS HATI tu? Lepastu kuah kacang dia pun best! 
ROTI JOHN, MURTABAK & ROJAK SOTONG

Antara makanan lain yang WAJIB ada waktu bulan Ramadan tak lain tak bukan mestilah Roti John dan Murtabak. Kalau pergi bazaar tu memang tak sah kalau tak mencari dua juadah ni kan? hehe.
Korang juga boleh try dia punya rojak sotong. Biasanya mak-mak suka makan rojak ni. haaa apa lagi, pi bawak mak korang kat sini nanti! 
ANEKA SAMBAL

Ada tak geng yang tak boleh hidup kalau tak makan pedas? I MEAN MEMANG KENA ADA SAMBAL BARU PUAS BILA MAKAN HAHA. Aku lah orangnya tu.

Dekat AnCasa ni korang cakap ja nak sambal apa semua ada. Literally semua jenis sambal ada dekat meja tu. Ikan masin pun ada sekali. Korang tinggal pilih ja yang mana satu pilihan hati. Kalau lauk tu tak pedas, korang pergi ja dekat meja ni. So, memang takkan potong mood korang untuk makan. 
LEMANG DAN KETUPAT

Lemang dan ketupat pun ada yeeee! boleh la nak feeling-feeling raya awal hehehe. Boleh makan dengan rendang ayam dan serunding. Serunding dia sedap jugak korang!
SPAGHETTI

Kalau korang sejenis yang pergi mana-mana pun makan Spaghetti, haaa kat sini pun ada tau! Korang pilih ja nak jenis yang macam mana nanti chef akan masak. Nanti korang makan pun panas-panas lagi tau! Lepas ambik Spaghetti ni, pergi la ambik lauk yang bakar-bakar tu. OMG Lapar balik ah macam ni
ANEKA MEE CELUP

Untuk yang nak berdiet pulak, tak nak makan yang berat-berat, boleh la pergi ke stall mee celup ni. Pilihan mee sahaja dah ada 4 tu! korang pilih ja yang mana satu berkenan, lepastu celupkan dalam air panas. Sup pulak ada 3 jenis tu haaa. Paling favourite aku mestilah sup kambing tu. SEDAPPPP BETULLLL

KUIH CARA DAN APAM BALIK


Tidak dilupakan juga kuih tradisional melayu kita. Kuih cara dan apam balik. Ini kalau kita pergi kat bazaar Ramadan tu kena beratur beb nak dapat beli haha. Tapi kat AnCasa ni tak payah bersesak, ambik ja kuih mana yang korang berkenan!
CAKES, PASTRIES AND DESSERTS

Dalam banyak-banyak stall, aku paling suka eh bahagian desserts and pastries dia sebab ya Allah cantikkk and semua sedap! aku suka most of their desserts. Kek coklat tu pun sedap! Decorations dia menarik pulak tu. Rasa macam sayang nak makan hahaha. Waffle with ice cream on top pun ada kat sini. Dah macam korang pergi dekat Cameron Highlands dah. Tak payah pergi jauh2. dekat AnCasa pun ada dah tuuuu.
CENDOL, ANEKA JERUK, BUAH-BUAHAN DAN AIR

Alright last one! Makanan ni korang kena makan last sekali. Korang dah kenyang tapi dah tak tau nak makan apa? Ambik lah cendol, jeruk, buah-buahan dan air. Sambil dalam tempoh bertenang sebab kenyang, korang makan la sikit-sikit lagi sebelum nak pergi terawih tu hah.
PROMOSI RAMADAN BUFFET WARISAN BONDA

Korang rasa berbaloi tak RM78 dengan juadah yang korang dapat makan tu? For me personally aku rasa sangat MURAH DAN BERBALOI. Yang penting korang akan puas hati sebab memang sedap weh makanan dia. Kalau nak jimat, boleh pergi waktu weekdays dengan harga RM45 sahaja seorang.

 Untuk info lebih lanjut korang boleh hubungi; 

06 662 7288 samb. 3 atau Whatsapp ke 011 5881 5167 

9 comments :

  1. Wow, nampak menariknya shell out Masak Lemak tu!!! Harga murahhh berbaloi baloi ekkk! Mantap!!! Me too, suka pedas! Tak ngam Kalau takda makan benda pedas pedas ...

    ReplyDelete
  2. Wow...nama jer SA ni duduk Seremban..x pernah lagi berbuka puasa kat PD...tak pernah jugak pi Ancasa Residence..kena pi jugak la nanti ni...semua menu nampak menarik..especially gulai kawah dan kambing golek tu...

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan harganya kira mampu milik lagi dan pilihan makanan pun banyak. Mujurla jauh bebeno kat PD nun

    ReplyDelete
  4. Syeedddd!! wahhh, up entry terus beffet ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Kalau datang makan berbuka kat sini nak singgah makan mussels berlada. Hehe. Kalau anak tu sure singgah nak makan pasta.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik jauh, terhindar dari godaan nak pergi buffet Ramadhan hihi...

    ReplyDelete
  7. wah buffet Ramadan terlebih sedap tu

    ReplyDelete
  8. waduhh menu mewah bulan ramadan nih,. hehe

    ReplyDelete