Tuesday, November 12, 2019

REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA


Assalamualaikum and What's up guys! :)

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang terbiar ni. Aku seriously banyak juga idea nak update apa dekat blog ni tapi macam biasa (alasan cliche aku bagi untuk setiap kali dah lama tak update blog) aku malas nak menghadap laptop. It's okay, so apa kita punya topik harini?

Harini aku ingat nak tulis expectations aku masa aku belajar dulu-dulu sebelum bergelar sebagai seorang guru. Aku rasa normal lah kan, setiap orang ada expectations dia sendiri la before dia melangkah ke alam pekerjaan.Samalah macam aku pun, aku banyak juga berangan masa belajar dulu. Berangan nak buat apa dengan gaji yang aku akan dapat masa dah bergelar seorang guru dan juga sebagai seorang DEWASA haha. So dekat entry ni aku akan tulis la aku punya expectations and realitinya (samada benda yang aku expect tu terjadi ataupun tidak KAHKAH). Kalau rasa tajuk ni menarik, boleh baca. Kalau rasa bosan nak arwah, boleh pergi baca wikipedia ke apa hehe.
#1 SETIAP BULAN AKU AKAN BELI PAKAIAN BARU 

Aku ni bukanlah dari keluarga yang mewah pun. So, waktu zaman belajar dulu nak beli barang-barang untuk diri sendiri pun kena limitkan perbelanjaan. Selalunya tukar baju and beli barang-barang keperluan diri masa raya sahaja. Kiranya bila dah kerja nanti aku nak rewardkan diri aku dengan beli barang-barang untuk diri aku sendiri at least 1 pasang pakaian la sebulan haha (kemain ambitious kau Syed)

Realiti : Of course tak berjaya! haha. Mula-mula tu agak berjaya jugaklah. Every time dapat gaji wajib la ulang alik pergi KL tu menghabiskan duit. Tapi bila lama-lama rasa macam tak worth it pulak. Lepastu bila dah beli kereta baru, ha lagilah kelaut aku punya angan-angan tu. Jadilah sekadar angan-angan Mat Syed hihi.
#2 RAMAI KAWAN-KAWAN BAHARU
(eh ini kawan lama hahaha okay okay)

Aku selalu imagine yang bila aku dah start kerja, aku akan jumpa dengan ramai orang. Especially bila kau masuk sekolah dekat KL or Selangor (biasa ramai yang posting sekali dekat KL and Selangor ni. Chances to make new friends are higher if you're posted at these places. Siap berangan lagi after school ke apa, aku akan pergi la lepak Starbucks ke or somewhere especially bila stress. Lepastu nanti boleh la story pengalaman sekolah masing-masing and asking for advice.

Realiti : ha ha ha, hidup aku penuh kesenduan ya di sini anak-anak. I don't really have friends pun kat sini. Posting pula dekat sekolah yang 99% dah berkahwin. Daerah aku ni pun cikgu-cikgu yang baru posting tak ramai. Walaupun hidup aku sendu, aku bersyukur juga la in a way that aku tak perlu bazirkan a lot of money untuk hiburan. Kalau kau nak tahu rutin hidup aku, aku cuma main phone ja waktu lapang. Tambah pula rumah aku mana ada TV. Kalau aku nak tengok wayang ke apa, biasanya aku ajak housemate aku ataupun kadang-kadang aku bawa anak murid aku. Tapi since aku ajar Year 6, aku selalu buat kelas. Alhamdulillah dapat la buat amal sikit haha.
#3 MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT

Kau pernah tak berangan bila kau dah bekerja, balik daripada kerja tu kau akan pergi bersenam, jogging dekat taman tasik and jaga makanan kau semua? (since kau dah ada duit sendiri kan so kau mesti jaga apa yang kau nak makan haha). Most of the time, aku akan imagine kalau aku dah kerja, balik kerja tu aku akan mandi lepastu buat kerja apa yang patut dan petang tu pergi la jogging ke apa. Malam pula aku akan pergi gym la dalam sejam dua (sebab nak badan sedap katanya huhu). Makan pula aku akan ambil makanan yang berkhasiat. Contohnya pagi-pagi tu breakfast cereals and lengkap la semua sampai ke malam. (sebab waktu aku belajar dulu biasanya aku skip breakfast and selalu makan lunch dengan dinner ja, kalau waktu miskin makan megi jelah the whole day)

Realiti : OKAY SERIOUSLY GUYS, ini memang aku failed teruk! Bukan failed yang sikit-sikit haha tapi failed yang banyak nak mampus. Aku balik dari kerja ja memang aku tak tidur tapi aku main phone ja sampai ke petang. Petang tu nak jogging punyalah malas macam kena tindih dengan bulldozer kot! Aku tetiba akan berjogging kalau berat badan aku dah mencecah tahap peti ais dua pintu. Kalau aku rasa aku tak cukup gemuk lagi, aku rela bermalas-malasan dalam bilik. Ya Allah makhluk apalah yang malas sangat ni. Sebenarnya aku boleh ja kalau nak menulis blog ke apa, sebab memang literally petang-petang aku bosan gila tapi AKU TAK TAHU APA YANG AKU BUAT.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, aku berpendapat bahawa waktu kau muda (maksud aku zaman belajar la) dan masih belum bekerja, kau memang nak macam-macam. Kau rasa macam semua benda tu penting untuk kau dapat dan kau realisasikan. Tapi, bila kau dah masuk ke alam perkerjaan ni, pada aku kau akan tahu prioritize kan benda dalam hidup kau. Certain things tu kau akan rasa macam tak perlu kot. Semakin lama kau bekerja, semakin nampak la flow dan apa perancangan kewangan kau. Jangan risau kalau kau macam boros gila waktu mula-mula dapat gaji. Bagi aku itu normal, sebabnya itu first time kot kau dapat duit seumur hidup kau. Apa salahnya nak gunakan duit tu untuk beli barang yang kau nak. Bila dah lama bekerja, nanti kau rasa macam tak tahu nak beli apa dah sebab semua dah ada haaa. Cuma apa yang kena fikir ligat sikit ialah macam mana nak beli rumah lah.

Setakat ni perancangan aku cuma nak beli tanah and buat rumah atas tanah tu. I want my own space! dah lama membesar dekat taman perumahan rasa macam bosan pula. Teringin nak mendalami cara hidup orang kampung haha walaupun menebas apa semua satu habuk pun aku tak pandai! Okay lah kan asalkan kita punya matlamat tu ada


Akhir kata, mohon bantuan semua yang membaca blog aku ini untuk mendoakan kejayaan murid-murid aku dalam peperiksaan UPSR. Dengar kata result keluar 21 November ni. Semoga mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha mereka sendiri InshaAllah.
See you on the next blog post! :) 

18 comments :

  1. Assalamualaikum.. Ya Allah.. Lamanya tak singgah sini.. 🙈🙈

    Expectation vs Realiti.. hahaha.. part nie memang faham sangatlah.. Terutama tang enjoy tu.. Awal-awal dulu je dapat, lepas tu ke laut dalam.. Macam2 tanggungjawab yang membuatkan enjoy tu diletak tepi.. sama juga macam senam tu, setakat senam atas katil je lah yang mampu.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Aduhai memang boleh relate! Hahaha. Terutama bab gaya hidup sihat tu la.

    ReplyDelete
  3. kak memahami. dah 10 tahun keja, macam2 perasaan ada. hehe

    ReplyDelete
  4. Akhirnyaaaa seorang syed update blog!!!

    dah kerja, letih dia lain machiam tau berbanding dengan zaman sebelum bekerja, welcome to working life!hehe

    ReplyDelete
  5. reality may not seem as pretty as it looks.

    ReplyDelete
  6. BAB CARA HIDUP SIHAT, SAYA MAKAN APA JUA ADA DIDEPAN JANJI TAK SAKIT... HIHIHI...

    ReplyDelete
  7. selalu singgah blog ni tapi lama betul tak update hahahaha akhirnya dah tak bersawanggg

    betul lah tu semua reality alam pekerjaan tsk tsk apa yang kita expect sebelum habis study dulu bagai langit dan bumi ahahahaha

    ReplyDelete
  8. Macam dah lama gila tak update blog. Gigih baca satu2. Haha.

    ReplyDelete
  9. yg penting semangat, buat ke tak buat belakang kira..haha

    ReplyDelete
  10. Zaman belum kerja rajin memblog
    Dah kerja banyak komitmen lain.

    Mudah2an semua anak murid cikgu berjaya dalam UPSR
    Dan ada yang mencapai 6A

    ReplyDelete
  11. Wow, Teacher Syed! Dahsyat gak aaa expectations nak dibandingkan dengan realiti yang diulas dan dihuraikan panjang lebar tu. Tapi banyak yang betul. Cuma for me tbh, being an adult is hard! 😭 Hahahahaha padahal takde apa yang senang pun dalam hidup ni. Hiks! Ehhhh rasa macam baru je lagi start upsr, tuptup dah nak keluar result. Hopefully SK Gunong Senyum punya result upsr gempak belaka lah ye, ameen ameen ya Rabb. Oh, TERUTAMANYA english subject, yg Sir ajar. Wohooo! InsyaAllah. Debor tak?

    ReplyDelete
  12. Itulah kan reality vs expectation tu tak seiring sejalan. Selalu tersasar dari apa yang kita nak. Takpe, yang penting kita ada impian dan usaha. Perancangan Allah juga yang terbaik untuk kita :)

    ReplyDelete
  13. ayat headline cukup power..

    bukan semua ada kesanggupan untuk rajin hehehe.

    kalau rajin boleh la on jer apa-apa

    ReplyDelete
  14. sapa ckp bla dah dewasa lbh sng? hahaha... semua org akan hadapi detik ni yg penting kita tetap dilandasan yg betul

    ReplyDelete
  15. Bagus sharing ni. Betul sangat.

    Nanti boleh jenguk blog saya ye. Follow sekali :)

    ReplyDelete
  16. tagged u here hehe

    https://www.raydahalhabsyi.com/2019/11/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete
  17. Semua betul kecuali no 1 tu. Baju baru is wajib walaupun hanya baju rm10. Hahaha!

    ReplyDelete
  18. haha.. walaupun takda kerja tetap.. slalunya mcm tu lah.. bila tau gaji nak masuk kononnya mau mcm tu ini.. last2 tinggal kenangan saja.. haha

    ReplyDelete