Friday, June 9, 2017

TIPS RINGKAS BERFESYEN UNTUK LELAKI

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki

Assalamualaikum dan Hai!

Zaman sekarang ni bukan sahaja perempuan yang harus menjaga penampilan diri. Lelaki juga tidak ketinggalaan dalam dunia fesyen. Banyak kot designer-designer yang datangnya dari kaum lelaki. Kalau tengok daripada style dan trend berpakaian masa kini, pakaian untuk lelaki sudah semakin berkembang dan range of choices sudah semakin banyak. Pendek kata kalau anda pergi berkunjung ke mall-mall, banyak jenis pakaian yang menarik untuk digayakan.

Tidak dinafikan, sesetengah di antara lelaki tidak berapa gemar untuk berfesyen, mereka lebih selesa berpakaian t-shirt dan mengenakan jeans sahaja. Namun, dalam beberapa keadaan mereka terpaksa juga berfesyen seperti menghadiri majlis makan malam dan beberapa majlis besar yang lain. Untuk itu, di sini saya kongsikan dengan anda semua beberapa tips berfesyen yang ringkas untuk anda tahu sebelum anda menggayakan apa-apa jenis fesyen.

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki
Source : Google

1. Jangan terlampau over

Pernah dengar tak pepatah "less is more"? yes, pada pendapat saya seorang lelaki tidak perlu "try hard" dalam berfesyen. Cukuplah sekadar mengenakan pakaian yang simple tapi smart. Tak perlu nak pakai sesuatu baju yang terlampau crowded sampai lebih dari 3 warna ataupun baju yang ada bling-bling penuh satu badan. Yang penting, baju yang anda pilih haruslah sesuai dengan majlis yang anda akan hadiri.

2. Minta pendapat orang sekeliling

Lain orang lain pendapat dia tentang fesyen. Kalau anda seorang yang tidak begitu arif tentang fesyen, get someone to help you out. Jangan malu untuk bertanya pendapat orang. Kalau boleh waktu nak shopping tu, bawa sekali kawan-kawan supaya boleh membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak. Kadang-kadang bila kita dengar pendapat orang yang berlainan, baru kita yakin untuk membuat pilihan yang terbaik.

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki

3. Lihat kesesuaian baju dengan anda

Anda kena tahu, bukan semua baju yang ada dipasaran sesuai dipakai oleh anda. Kadang-kadang kita tengok baju tu terletak cantik sahaja dekat badan mannequin, tetapi bila kita pakai jadi sebaliknya. ALWAYS ask yourself whether it suits you or not. Bila dalam fitting room tu, tengok betul-betul sama ada nampak pelik atau tidak baju tu dibadan anda. Kalau anda sendiri rasa ia nampak "awkward"dan tidak sesuai, pilih baju yang lain.

4. Tampil dengan sesuatu yang berbeza

Tampil dengan sesuatu yang berbeza ni bukan maksudnya bukan anda kena tampil dengan fesyen yang luar biasa. Tetapi, apa yang saya cuba sampaikan ialah untuk cuba sesuatu yang baru. Takkan nak keluar pergi mana-mana asyik pakai style yang sama sahaja kan? Sekali sekala, cuba pakai sesuatu yang luar dari kebiasaan anda, mungkin anda akan nampak lebih menyerlah dan berbeza.

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki

5. Buat "research" terlebih dahulu

Kalau anda teringin untuk tampil berbeza dengan fesyen anda, banyakkan buat research. Banyak rujukan-rujukan untuk berfesyen yang anda boleh ambil di internet. Lihat model-model pakaian ataupun public figure mengenakan fesyen mereka. Take note do's and don'ts dalam berfesyen. Saya percaya banyak panduan tentang fesyen yang anda boleh dapatkan di laman sesawang.

Antara website yang boleh anda lawati : Chic Menswear Style Trends

6. Be confident

Ini adalah salah satu faktor paling penting sebenarnya sebelum anda berfesyen. CONFIDENT. Kadang-kadang kalau pakaian kita tu tak berapa kena sangat pun sebenarnya, tapi bila kita confident, nampak elok sahaja baju tu bila kita pakai. Pendek kata, tak payah fikirkan sangat apa pandangan orang lain terhadap apa yang kita pakai. As long as you're confident and comfortable with whatever you wear, it should be fine. Tapi janganlah pula sampai over-confident. Kalau terlebih confident dalam fesyen pun tak berapa digalakkan and it's not healthy. Pandai-pandai la anda untuk pastikan anda berfesyen dengan betul.

Harap perkongsian ringkas ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam berfesyen. Terima kasih kerana sudi membaca :)

66 comments :

  1. Hi syed...org lelaki sng je nk berfashion...org pompuan ni hadoii laa ssh sikit...hihi,klu salah pakai habislaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aah sebab orang perempuan ni dia punya fashion range macam luas sikit. banyak benda boleh pakai.

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu. setuju sangat dengan WP! Takkan nak fesyen sama ja kan.

      Delete
  3. Yes Yes. Less is more. Kalau crowded sangat nampak serabut pulak kan. For me, lelaki mudah untuk berfesyen. Wanita kena tambah satu lagi, bab tudung pulak. Tudung je kadang2 buat pening kepala nanye. Hihi.

    Betul cakap Syed. Tak semua baju di pasaran sesuai untuk kita. Baru je Siqah cuba baju kurung yang bukan main cantik tengok di Instagram. Tak selesa pakai. Mujur tak beli online :D

    Cikgu macam Syed pasti menjaga penampilan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, less is more sangat tepat

      Delete
    2. Betul tu. Perempuan banyak sangat peraturan dalam fashionnya haha. Itulah tak berani nak beli baju-baju online sebab takut tak sesuai bila dah dapat nanti.

      saya tak reti sangat berfashion tapi cukuplah sekadar kemas kan.

      Delete
  4. Good tips. Setuju, zaman sekarang ni lelaki juga kena pandai jaga penampilan sebab banyak company or organisation sangat menitikberatkan perkara ini. Good tips, Syed! Suka yang no. 4 tu, tampil dengan sesuatu yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks pojie. Betul tu, the way we dress shows our personality kot. Daripada cara kita berpakaian ja dah boleh nampak kita ni jenis macam mana kan?

      Delete
  5. Good tips ....tips ke6, be confident tu mmg perlu, baik lelaki mahupun wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! betul tu. tapi nak confident tu payahnya especially bila kita pakai sesuatu yang lain dari yang lain haha.

      Delete
  6. Pakai apa pun, confident tu penting,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bila confident semua nampak smart ja hehe.

      Delete
  7. Haaa~ tips nie boleh nadia pakai untuk style kan husband Nadia . Agree !!!! I like less is more too tapi suka jugak style lelaki Korea ber-fashion hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh boleh guna pakai kalau rasa bermanfaat haha. Orang korea sebab putih kot. pakai benda pun nampak effortlessly nice.

      Delete
  8. penampilan penting untuk kita jadi lebih confident . yeahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. tapi kena pilih baju yang selesa la dengan kita hehe.

      Delete
  9. Ank bujang akk yg umur nk masuk 18 tu suka fesyen yg fit2 tu, minggu oreantasi kena pakai kemeja warna putih, lengannya besar sikit jer pun, sanggup dia oter sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha budak2 zaman sekarang ni biasalah kak. Saya dulu tak terdedah lagi dengan benda ni. Zaman orentasi pakai besar-besar ja adui.

      Delete
  10. I agree with being confident.. Pakai ikut trend tapi tak confident pun, tak guna jugak.. :)

    ReplyDelete
  11. Lagi satu perasan kan, bergantung kepada figure guys, korang tak boleh hentam semua style taw. Tambah abam sado, nampak weird pakai seluar hipster yang senteng tu, basically nampak weird go hispter, At least for me lah. Tak macam perempuan, kurus gemok biasa selalu boleh pull off all kind of style.

    Tetiba je konon pandai fesyen, walhal sarung tshirt dengan seluar jean jugakk.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesssss!! setuju sangat. Kalau lelaki ni dia ikut figure guys tu. Ada perasan juga benda ni.

      Kita ni tahu ja pasal fesyen tapi cuma malas kadang-kadang tu hahaha.

      Delete
  12. oo camni la lelaki muda bergaya ya. terbaik syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bergaya la sangat kak. saya biasa ja bab2 fesyen ni keh2.

      Delete
  13. Wahh..Syed ni mesti pandai berfesyen juga kan? Baguslah, sekurang-kurangnya, dapat tunjuk sesuatu yang baik kepada adank murid. Pada akak, apa pun fesyen yang kita pakai. Kena kemas dan menutup aurat. Cer share OOTD seketul Syed. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha serius tak pandai mana pun fesyen ni kak. Cuma saya suka pakai simple-simple dan kemas. Yesss, kemas dan menutup aurat tu sangat penting kan kak. OOTD takda lah kak tak yakin sangat.

      Delete
  14. Lelaki ni makin minimal, makin kemas, makinlah hensem. Hahah. Pakailah apa pun, jangan pakai baju melayu roti jala macam yang viral kat fesbuk tu dah la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke mai? Okay kalau macamtu nak pakai simple2 ja la pasni haha. Baju roti jala tu menggelikan sungguh.

      Delete
  15. Banyak confident tu banyak yang kita jumpa... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lebih sangat konfiden pun tak bagus juga kan? haha.

      Delete
  16. wahhh, kemain Syed bagi tips, please buat gambar ootd skali. hehe..

    anyway, nais tips! sebab tak ramai lelaki pandai bergaya, tapi kalau da pandai bergaya kemain berselfie. opss..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. bagi tips ja boleh lah tapi tak pandai mana pun bergaya kahkahkah ootd tak pernah ada la. Maluuuu.

      Delete
  17. Tak ramai lelaki yang stylo.

    Tapi lelaki janganlah selekeh dan tak pedulikan langsung cara berpakaian sebab kalau nak ikutkan mudah aje bagi lelaki nak nampak kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak perlu nak fashion mana pun. Kalau jaga penampilan bagi kemas sahaja dah mencukupi kan.

      Delete
  18. salam..
    singgh sini..

    tips bgus utk guys ni..bia tau fesyen n kemas sikit..heee

    ReplyDelete
  19. bagus tips ni. suka tngk bila llaki pandai bergaya dan tak selekeh. lelaki pun kadang2 kena melawa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aswaleyla. Betul tu, melawa kadang-kadang nampaklah hensem sikit haha.

      Delete
  20. nice tips :) salam perkenalan dan jemput datang ke blog saya missaziemah.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  21. Great tips!

    Fatina Mudz | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. "Kadang-kadang kita tengok baju tu terletak cantik sahaja dekat badan mannequin, tetapi bila kita pakai jadi sebaliknya" ni semua sebab dorg kepit penyepit belakang mannequin.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu warna putih and tak realistic. memang la pakai semua cantik haha.

      Delete
  23. Kita perlu berfesyen agar sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  24. pakai apa pun kalau dah confident memang tak jadi hal dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. nak ada keyakinan diri tu payah sikit tu haha.

      Delete
  25. lelaki ni pakai apapun nampak okay je. perempuan ni ha yg payah sikit nk cari baju hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupppp tapi laki pun boleh tahan banyak juga pilihan baju2 sekarang haha.

      Delete
  26. Konfiden tu penting wlau kkdg over sudh..huhuu..laki pakai ap pun smart gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau over tu macam annoyed juga la tengok kah2.

      Delete
  27. i hv 3 boys syed..
    fuhhh.. pandai semua dah.. termasuk yang kecik tu.
    pening mak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sabar jelah kak, budak2 sekarang ni memang advance sikit.
      Asalkan menutup aurat sudah la kan

      Delete
  28. kalau x suka berfesyen pun, at least kna ambik tau perkara basic jugak.. kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. at least tahu tentang kod-kod baju dah mencukupi supaya tak tersalah pakai baju bila pergi majlis hehe.

      Delete
  29. Bagus andai lelaki baca tips Cikgu Syed ni. Sis seorg yg mementingkan penampilan tak kira lelaki atau perempuan. Paling tak suka tengok lelaki serabai (bahasa pasar). Husband sis selalu kena tegur bila rambut panjang dan tak terurus.. Bayangkan itu baru rambut, cerewet tak? Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itulah harap membantu la sikit laki laki di luar sana kehkeh. Amboiiii untung husband sis haha. Takdalah cerewet cuma kalau kemas tu sedap la sikit mata memandang kan.

      Delete
  30. Tips yang bagus.. terutama sekali yang no 6 tu.. confident tu penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak hehe. kadang-kadang saya ni tak confident juga haha.

      Delete