Monday, May 4, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI POPIA CARBONARA CHEESE SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi! 

Okay first of all, mula-mula aku quite confused nak eja popia ni as popia or popiah. Nasib baik aku macam bijak sikit harini so aku Google la dulu untuk tahu ejaan yang sebenar. Menurut kamus dewan edisi ONLINE (HAHA), ejaan yang sebenar ialah POPIA yang membawa maksud "kuih yang berinti sayur-sayuran". Tapi sekarang ni kan zaman dah moden, we don't need SAYUR anymore! ALL WE WANT IS CHEESE! Nasi Lemak Cheese contohnya hahah gurau ja.

Entry aku kali ini aku akan membebel sikit la pasal cara nak buat Popia Carbonara Cheese. Resipi ni sangat simple dan cepat untuk disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Boleh ambil buku nota dan catat resipi ni sekarang! haha
BAHAN-BAHAN

 - Kulit Popia
- Bawang Holland (1 biji dipotong dadu)
- Bawang Putih (4 ulas dipotong dadu juga)
- Sosej Daging (pastikan jenama Ramly!)
- Isi Ayam (ataupun boleh masukkan daging/ayam cincang)
- Sos Carbonara 
- Cheese Slice (2 ja, jangan letak semua pula)
- Lada (aku letak lada tapi takda la dalam gambar ni haha)
CARA-CARA
1) Panaskan minyak dalam kuali dan setelah panas, masukkan hirisan bawang besar, lada dan bawang putih. Tumiskan sehingga bawang tu bertukar warna dan layu sedikit.

2) Kemudian masukkan isi ayam yang telah dipotong halus. Kalau kau nak guna daging cincang atau ayam cincang pun okay. Next time kalau aku buat aku nak guna daging cincang pula.

3) Setelah isi ayam bertukar warna dan tekstur, masukkan pula potongan sosej daging Ramly tadi dan kacau selama beberapa minit. To be honest, Ramly punya sosej ni sedap gila. Rasa dia tak sama macam kita makan sosej jenama lain. Memang agak mahal la tapi rasa dia okay and I guess dia macam sihat la sikit kot? hehe.

4) Setelah semuanya telah masak dan bertukar warna, masukkan Sos Carbonara. Oh ya, aku salah beli tu! aku terbeli sos Mac and Cheese! HAHA tapi okay la sedap juga rasa dia. Kacau selama beberapa minit.

5) Masukkan pula Cheese Slice ke dalam kuali dan kacau sehingga cheese tersebut cair.

6) Seterusnya, masukkan garam dan gula serta perasa tambahan sehingga secukup rasa. Kacau sehingga campuran garam tadi larut and we're done!

7) Tunggu sehingga inti tersebut sejuk, dah sejuk sikit baru boleh kita gulung.
MENGGULUNG DAN MENGGORENG

Part nak menggulung tak lah aku tunjuk sebab aku rasa semua orang tahu kot nak gulung popia? haha. Kalau tak tahu, ikut la kau nak gulung cara macam mana asalkan nampak bentuk popia tu kira halal lah okay? Lepastu lekatkan dia dengan telur. Kalau buat banyak-banyak boleh letak dalam peti, bila nak makan kita ambik ja dari peti and goreng. Ataupun bila tetamu datang rumah dan kau tak tahu nak hidang apa, buka ja peti ais dan gorenglah popia tersedap ni! confirm tetamu kau datang rumah tiap hari lepasni kahkah.

Actually benda ni senang sangat nak buat, cuma part nak menggulung tu ja maybe leceh la bagi sesetengah orang. Kalau dah expert, sambil pejam mata pun boleh siap okay! haha. Bahan-bahan tu semua kau boleh adjust ikut citarasa kau. Mudah bukan?

TADAAAAA! SEDIA UNTUK DIHIDANG KEPADA MAKWE, PAKWE, TUNANG, SUAMI ATAU ISTERI ORANG KORANG 



Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba! :) 

44 comments :

  1. Belum buat lagi tapi pernah makan. Entah bila nak cuba. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sy pula first time buat and first time makan.
      tak tahu la rasa yg orang lain buat macam mana.

      Delete
  2. Masa PKP haritu dah buat juga, cuma untuk puasa ni belum rajin nak mengpopia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun buat waktu PKP dulu ni.
      Puasa ni nak repeat lagi tapi buat version lain pulak la.

      Delete
  3. Sedapnya. Boleh cuba nnti ni. Aril singgah kejap ye..

    ReplyDelete
  4. rasanya adik2 dah pernah buat nie, memang sedap sebab rasa2 lemak2 cheese dan carbonara tu! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! kalau lada lada lagi sedap dia macam pedas2 butter chicken camtu.

      Delete
  5. Amvvoooii, rajin sungguh si bujang sorang ni masuk dapur yek, bagus3x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak kerja kan kak, kita duk try resipi baru jelah.

      Delete
  6. sedapppp. my sister made some for me last time. I love it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I never had it before so had no idea how it tasted like haha.
      Decided to try it on my own and it isn't that bad. Love it too! :)

      Delete
    2. Reading your post makes me crave for one again. haha

      Delete
  7. Ada jiran jual popia ni..memang sedap.
    Lepas ni boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  8. Good try, cikgu:) sedikit sharing, kalau nak jimat sikit, untuk gam kulit popia tu, selain telur, kita juga boleh guna air masak atau bancuh sedikit tepung gandum dengan air, bagi cair dan sedikit likat.InshaAllah, resultnya better than guna telur.heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada juga terbaca hari boleh guna benda lain selain telur masa buat.
      Tapi tak ingat kena guna apa. LEpas ni boleh la try guna tepung pula. Thanks for the new knowledge! hehe.

      Delete
  9. teringin nak rasa, nak buat...dap errr

    ReplyDelete
  10. Rajinnya memasak.. Nampak sangat cantik hasil gorengan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nak update blog, takda bahan yang menarik dah kak.

      Delete
  11. ok boleh buat untuk berbuka nanti.

    ReplyDelete
  12. Saya telah mencatat resepnya, saya ingin coba membuatnya juga.
    Terimkasih untuk resep Popianya.

    Salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan untuk mencuba ya.
      Salam kenal dari Malaysia. Terima kasih ya.

      Delete
  13. uishh ini sikit lagi boleh buat channel macam khairulaming nih. haha. apa pun suka popia. segala jenis popia pun boleh termasuk la popia simpul cenonet masa raya tu ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah lambat lagi nak jadi khairulaming. Tu dah another level tu kih2.
      Ya Allah popia cenonet tu mmg favourite la! kalau duk depan tv, tak perasan pun dah habis

      Delete
  14. Boleh try buat untuk berbuka hari ni. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  15. sedapnya. boleh lah cuba lepas ini

    ReplyDelete
  16. Ye, dah baca dan tengah komen ni. Bulan puasa memang teringin sangat nak makan popia goreng tapi bahan takde, so sad. Pastu tengok Syed buat popia pulak haiihhhh. Belum masuk waktu buka lagi weiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa pergi la keluar kejap beli barang apa yang patut.
      Lepastu buat la haha. 2 3 minit ja lagi tu nak berbuka.

      Delete
  17. Fav ni, tambah2 klo isinya byk..hihi btw fone follow #442

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau isi banyak memang puas makan hehe, thanks ya follow saya.

      Delete
  18. Anak-anak mesti suka popia carbonara cheese begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, biasa benda moden2 ni suka la budak2 hehe.

      Delete
  19. tak pernah lagi buat carbonara... nanti nak cuba..selalu buat inti kentang or sayur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh takpa, nanti cuba la memang sedap hehe.

      Delete
  20. kite dah settle dah popia ni, lepas ni nk try buat kuih tradisional pulak, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa buat la kuih tradisional nak tengok juga hehe.

      Delete
  21. To be honest, nak beli ni memang mahal and izzati perlu ambik resipi ni. Hehe, thank you for the sharing. <3 done follow your blog, btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No biggie, you can use the recipy and try it on your own :)

      Delete
  22. Baru ulang buat semalam.... frozenkan, senang sikit nak goreng buat buka nanti.

    ReplyDelete