Wednesday, May 6, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI


Assalamualaikum and Hello!

Blog aku sejak bulan Ramadan ni dah macam blog mak-mak ya. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempoh PKP haha. Aku harap korang semua hadap jelah dengan segala juadah yang aku nak buat ni. Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal resipi donat gebu!
Actually aku ada terbaca dekat satu blog (tapi tak ingat blog siapa) pasal resipi donat ni. Aku tak save pula link blog dia. Cuma ingat dalam otak ja. Lepas baca post dia, aku jadi macam nak try la sebab ada bahan dia yang "rare" sedikit hehe.
RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
 BAHAN-BAHAN

- Yis (15 gram)
- Fresh Milk
- Susu Pekat Manis (2 sudu)
- Marjerin/Butter (2-3 sudu)
- Gula kastor
- Tepung Gandum (500gram)
- Garam (secubit)
CARA-CARA
1) Masukkan yis serbuk ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan air. Biarkan selama beberapa minit (jangan biar lama sangat okay?). Kacaukan yis sehingga ia hancur.

2) Kemudian, masukkan 500gram tepung gandum ke dalam bekas (bekas ambil yang besar sedikit supaya memudahkan proses menguli doh) diikuti marjerin, susu pekat, garam dan juga fresh milk. 

3) Bila dah campurkan semua bahan yang disenaraikan, uli semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Jika adunan keras, tambahkan fresh milk ke dalam adunan. 

4) Setelah selesai menguli doh, biarkan doh selama 30 minit (benda ni actually depends on yis kau. Kalau yis elok, sekejap ja doh akan kembang. Kalau tak elok, biar sejam pun doh tak nak naik)

Hasilnya apabila doh sudah kembang dan sedia untuk diacukan
5) Seterusnya, bulat-bulatkan doh tersebut sebelum kita tekap menggunakan acuan donat

Untuk tak nak bagi doh melekat di acuan, golekkan doh ke atas tepung dan tekapkan dengan acuan
6) Selesai diacukan, tunggu dalam 5 ke 10 minit sebelum menggoreng.

Donat yang telah selesai diacukan. Adunan ni dianggarkan boleh menghasilkan 30-40 biji donat kot?
Donat harus digoreng dengan api yang sederhana besar. Sambil tu rajinlah balik-balik kan donat tu kalau tidak warna dia gelap la sikit hehe


Gaulkan bersama gula kastor apabila sudah selesai! Kalau nak letak topping coklat pun boleh. Ikutlah masing-masing punya selera hehe. Tapi aku akui la resipi ni memang menjadi sebab donat ni LEMBUT SESANGAT. Aku buat ni untuk berbuka puasa, now dah pukul 2 PAGI still lembut. Aku rasa sebab kandungan fresh milk tu dia menjadikan donat ni lembut. Aku sangat berpuas hati dengan donat aku harini hehe. Sebab donat ni banyak sangat, aku dah sedekahkan kepada jiran-jiran dan juga sedara aku yang duduk satu taman perumahan dengan aku ni. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca dan Selamat mencuba! 

100 comments :

  1. musim PKP ramai pula jejaka hensem ambil alih aktiviti anak dara cantik untuk beraksi di dapaur..

    BTW ..tahniah kerana berjaya buat donate yang empuk dan gebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah dia, untuk mengisi masa lapang. Terima kasih ya hehe.

      Delete
  2. Bahan yang luar biasa tu rupanya susu segar ya .
    Haha baru nak cakap rajinnya masak. Untunglah yang jadi jiran Syed sebab dapat rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah susu segar la bahannya haha. Tak tahu kenapa letak susu segar tu jadi lembut lain macam.

      Delete
  3. Sejak sejak pkp ni mauripan pon habis dkt kedai kahkah!

    ReplyDelete
  4. gebunya donut. boleh try resepi ni in the future sbb sblm ni x pernah try pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh la try ray. Donat ni paling senang la nak dibuat.

      Delete
  5. Hihi.... tak perlah sesekali jadi mak mak dlm bulan pose ni. Tengok ni hakak pun jadi teringin nak buat donatlah wei, padahal hari tu dah try buat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah kak. Rajin pulak nak try masak2 ni. Boleh la buat lagi kak, letak fresh milk pula hehe.

      Delete
  6. Penuh ya entri nanti dgn resepi! 🤣😂 bAgus²... donut ni senang nak buat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah setiap hari update pasal resipi.
      Donat ni memang senang nak buat. Campak2 ja bahan dia.

      Delete
  7. Makan dengan sambal ikan bilis pun nikmat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC. Boleh la buat untuk berbuka nanti hehe.

      Delete
  8. Wowww menjadi gebu diaaa...sedap ni makan panas-panas...nanti nak buat gak lagi donut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam lepas siap terus makan masa berbuka panas2 memang sedappp hehe.
      Try la buat.

      Delete
  9. wah.. cantik dan kelihatan gebu kejadiannya

    ReplyDelete
  10. RAJINNYA MENDONAT ELOK KEJADIANNYA

    ReplyDelete
  11. Rajinnya. Nampak sedap pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saja try memasak time PKP ni. Memang sedappp.

      Delete
  12. dahsyat ek sampai ke pagi donatnya masih lembut lagi..ye la kot sebab ada susu segar tu ha...pos sini sikit ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tulah, first time try guna susu segar haha.
      Meh sini alamat haha.

      Delete
  13. sedapnya.. ni dah boleh join segment mama ni. jemputlah join http://www.mamapipie.com/2020/05/calling-to-join-segment-share-resepi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yang join segment mama tu hebat2 la segan pula saya.

      Delete
  14. Anak2 akk donat gula kurang suka, tapi donat coklat ke atau yg stail donat big apple tu dorg suka plak.

    Tahniah syed, mcm2 resepi dah berjaya dicuba ye sempena bulan ramadhan ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang jugak kak donat ni. Tapi lama dah tak makan, jadi sedap pula haha.

      Delete
  15. banyak dapat tu, puas makan..ada yg campur kentang nak bagi lembut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang puas la makan. Siap bagi jiran lagi haha.
      Oh yeke? memang lembut la kalau campur kentang ya?

      Delete
  16. nak pindah kejap la belakang rumah syed sementara ramadhan masih berbaki ni. hahahaha rajin gila hari2 ada makanan. banyak pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mai la pindah belakang rumah.
      Hari2 kita bagi makanan nanti.

      Delete
  17. kawaii sangat donat tu. kalau hias dengan krim colorful jadi corak unicorn pun best ni hihi. nice sharing as always you got here!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboiii panjang betul imaginasi dia. Thanks izzati :)

      Delete
  18. Assalamualaikum. Waa.. sedapnya nampak donut dia... menjadi! Boleh buat jual ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, hehe dulu mak memang jual donat.

      Delete
  19. ops.. lupa pulak nak tanya, header cantik tu cikgu tempah kat mana? berkenan laa pulak... jemput laa ke blog saya utk membalas. kot2 saya tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Header tu saya buat sendiri ja. Buat simple2 boleh la haha.

      Delete
  20. Selamat mendonat
    kenapa donut mesti bentuk macam tu sejak dahulu kala lagi.
    Kena buat inovasilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks WP! Ada ja bentuk yang lain saya tengok, tapi bulat tetap jadi pilihan hati haha.

      Delete
  21. Dah mendonut hari tu.. seronok dpt buat kueh sendiri.. biasa beli jerk.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, biasa tak rajin nak buat kuih haha
      Tetiba rajin pula PKP ni

      Delete
  22. rajin dia masak..thanks sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  23. Nampak lembut dan gebu. Hebat bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lembut dan gebu sangattt hehe.
      Thanks bro.

      Delete
  24. geboooo nya donut dia..tkpernh lg buat sdiri donut...sblum ni pernh tgk mak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang gebu sangat. Try lah nanti buat sendiri hehe.

      Delete
  25. steady orang bujang buat kuih sendiri

    ReplyDelete
  26. selamat berpuasa syed. lama awak menyepi. hehe. welcome back.

    ReplyDelete
  27. bagus tu buat donut n sedekahkan kpd jiran. sambil makan dpt menderma n beramal. pasti lps ni boleh bisnes donut d sek.

    ReplyDelete
  28. gebu betul niii. thanks for recipe, boleh buat moreh!

    ReplyDelete
  29. Doughnuts look amazingly fluffy. Nanti nak cuba. Bahan cam ada. Yis ada yang palsu ya. Bila beli tu tengok takde tarikh luput. Ada orang share la...kita share kat sini.

    ReplyDelete
  30. Plan nak buat juga donut gebu ni. Thanks syed share resepi

    ReplyDelete
  31. Amvoiii...tajuk kemahen buat Mrs. A rasa nak cuba buat aje tapi tulah macam complicated je.

    Anak Mrs. A Aryssa ada gak ajak buat donat tapi tulah tak koser nak layan. lagipun takde acuan donat. Ok tak alasan tu hiks!

    Tapi tulah tengok Syed punya resepi pastu cantik gebu macam nak mencabar diri buat pula, tak jadi takpe boleh masuk dalam FB 'masak apa tak jadi hari ini' eh!

    ReplyDelete
  32. assalammuaalaikum bro. masih ingat kah lagi dikau akan daku hahaha.. blogwalking.
    mind to exchange bloglist bro.

    btw. rajin eh hng bermasak masak semua ni huhu

    ReplyDelete
  33. gebu betul donut tu. sangat rare tau letak dalam nyiru :)

    ReplyDelete
  34. sedapnyer, rsa nak buat hri ni utk berbuka, wehuu..

    ReplyDelete
  35. pantang betoi aku tengok donut ni. boleh terbayang ooo kalau gigit gebu bergula macam mana.. fuhhhh

    ReplyDelete
  36. adekah seorang syed bakal menjadi another 'KhairulAming' hehe. padu arhhhhhh donut gebu gebasssssss! hehehe

    ReplyDelete
  37. Bagus la menjadi. lepas ni boleh jual donat gebu tu, hehe. Saya dah lama teringin nak buat donat, tapi tak terbuat2. macam best je tengok dia mengembang sebagaimana saya mengembang

    ReplyDelete
  38. Lama dah akak tak mendonut...rajin betul Syed. Boleh jual ni Syed...sempena PKP..hahah! gurau jer. Selamat mengejar malam lailatul Qadar yang berbaki lagi 2 dua hari lagi.

    ReplyDelete
  39. Wahhhhh gebu donatnya cantik elok rupanya

    ReplyDelete
  40. Sekali lagi singgah sini.. aduiii, lemah iman betul tengok donut tu... dah laa favourite saya.. *telan air liur.

    ReplyDelete
  41. Ramainya orang rajin buat donut sekarang. Ai masih tak tergerak nak belajar buat.

    ReplyDelete
  42. wehhhh puasa niii. bahan semua ada, macam boleh je kan try buat. park resipi sini, nanti senang boleh refer. terima kasih siap siap erk

    ReplyDelete
  43. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  44. Saya rasa lapar lah pulak.Haishhhh

    ReplyDelete
  45. Memang, nampak sangat kegebuannya tu..

    ReplyDelete
  46. dapat ilmu baru, fresh milk rupenye. sebelum ni buat x prnah cube pn fresh milk. blh try.
    Done follow #459

    ReplyDelete
  47. Wahhh, tqlah.
    Memang tengah cari resepi donat gebu gebas yang bertahan lembut sampai ke pagi. Selalu resepi takde letak fresh milk, rupanya itu rahsia kegebuan donat. Wohohoho.

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    ReplyDelete
  49. donut dengan karipap 2 bende yg AD tak reti buat smpai sekarang..ade je yang tak kena..alahai jeles nau tgk donut die..cntik gebu gebas

    ReplyDelete
  50. Betul ke kamu buat ni.. Macam tak percaya je.. macam nampak sedap sangat nih.. Betul ke ni???

    Hahahah

    ReplyDelete
  51. Nice sharing. Nanti zumal nak try buat juga

    ReplyDelete
  52. W'salam.
    Hebatlah Teacher Syed pandai buat donut gebu.

    ReplyDelete
  53. gemok2 si donut..heheh

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    ReplyDelete
  54. Wah..rajin ya memasak. Bertuah wanita yang bakal jadi jodoh..hehehe

    ReplyDelete
  55. Lamanya tak singgah simi. Tapiii apasal kat sini pun dah lama tak up entry baru yer

    ReplyDelete
  56. Tengok donut cikgu rasa nak mendonut kejap lagi 😅. Lama gak x mendonut nih.

    ReplyDelete
  57. Wah, boleh cuba ni. Suka donut gebu dan lembut macam Krispy Kreme. Buat utk moreh pun sedap ni.

    ReplyDelete