Monday, April 17, 2017

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BAGI SEKOLAH RENDAH

In the name of Allah, the most merciful the most gracious
Assalamualaikum dan Hai!

Semakan Penempatan Guru Baharu
Alhamdulillah! Hari ini aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka-sangka oleh semua (aku rasa). Aku menulis entry ini pun masih di dalam perasaan yang tak sangka dan terkejut. Namun aku syukur sangat dengan berita gembira yang aku terima pada hari ini. 

"Penantian itu satu penyeksaan"

Benarlah apa yang orang kata, rasa macam dah lama sangat menunggu untuk dapat penempatan sekolah. Akhirnya terjawab juga pada 17 April 2017. Serius ni tarikh keramat bagi aku (over betul kan, but yeah excited kot!). Alhamdulillah, finally aku akan ditempatkan di negeri kelahiran aku sendiri, iaitu negeri Pahang. Untuk pengetahuan semua, masa aku isi borang penempatan tu aku letak negeri Selangor sebagai pilihan pertama. Tapi, apakan daya jodoh dan rezeki ada di Pahang mungkin. Aku okay dapat mana-mana pun, kalau dapat jauh boleh travel dan ambil pengalaman sikit, tapi dapat dekat pun okay juga. Aku percaya, setiap pilihan tu ada advantages and disadavantages masing-masing. 

Advantages dapat negeri Pahang

1) Dekat dengan mak

Since aku ni anak bongsu daripada 2 orang adik beradik, aku kena jaga mak aku lah. Bila dapat penempatan dekat Pahang ni, inshaAllah la dapat sekolah yang dekat-dekat sahaja. So, takda masalah untuk aku melawat mak aku bila-bila masa aku nak. Lagi satu, kalau ada rezeki untuk dapat sekolah depan rumah, itu lebih bagus.

2) Dah familiar dengan tempat?

Aku memang dari kecil membesar dekat Pahang ni. Dapat penempatan dekat Pahang ni takdalah aku susahkan diri nak survey rumah sewa semua. Tapi memang banyak lagi kawasan dekat Pahang ni aku tak pernah jejak sebab Pahang ni memang besar. Aku tak tahu aku bakal dicampak dekat kawasan mana. Tapi please lah jangan kawasan pedalaman. Aku bukannya lembik dan lemah sangat taknak masuk pedalaman, but I prefer not to go there hahaha. Kalau dapat pun I take it as a challenge la. Bring it on!

Disadvantages dapat negeri Pahang

1) Tak dapat nak travel tempat orang

Bagi aku, aku seorang yang suka memulakan sesuatu yang baru untuk permulaan hidup yang baru. Bila aku dapat tahu yang aku bakal ditempatkan di negeri Pahang ni, rasa macam hmmm. I thought I wanna go to other places. Bosan juga sebenarnya duduk Pahang ni. Teringin nak tengok tempat-tempat orang sementara masih muda tak beristeri dan tak beranak ni lol. Kalau boleh tak nak jumpa orang-orang yang berkemungkinan untuk aku kenal bila dah jadi cikgu nanti haha. Mana tahu kot-kot dapat sekolah depan rumah, lepastu semua cikgu kenal aku. Aku tak kisah, tapi rasa macam tak best la. Kau nak buat apa pun macam limited tahu dak? That's not a big issue pun.

2) Tak berkembang

Orang selalu cakap, kalau duduk negeri sendiri sahaja tak berkembang lah and I do feel the same. Rasa macam "alamak, bosannya nak duduk negeri ni lama-lama!". I want to have that feeling of travelling from different places and when you come back to your hometown, you feel like you belong there. Kalau duduk tempat sama sahaja, rasa rindu semua tu macam kurang sikit. Lagi satu nanti tak boleh la nak berdikari kalau duduk tempat sendiri. Bila rasa macam dah selesa dengan tempat sendiri, kita rasa macam lebih bergantung dekat orang yang kita kenal tu tak seronok.

Akhir kata, aku tak kisah walau dimana pun aku bakal dicampak, aku terima sahaja dengan hati yang terbuka. Even kalau aku terpaksa berkhidmat dekat pedalaman pun, aku terima sebagai satu cabaran. Aku tahu dekat Pahang ni memang banyak lagi sekolah-sekolah pedalaman. I need to get ready for any possibilities. Rasa macam excited dan happy tapi at the same time rasa cuak juga kalau kena campak jauh-jauh kan. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Semoga kita semua dipermudahkan urusan masing-masing inshaAllah!

86 comments :

  1. Tahniah dan moga dimudahkan segala urusan.
    Akak doakan moga dapat sekolah yang dekat rumah...aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ada hikmah tu dekat dengan mak. Perancangan Allah :)

    Tahniah wish you all the best cikgu, selamat berkhidmat untuk nusabangsa 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mungkin ada hikmah hehehe. Allah knows best.
      Thanks ira! :)

      Delete
  3. Alhamdulillah syukur..rezeki...tak kisah di mana-mana pun yang utana lillahitaala..setiap apa yang berlaku..Allah dah susun tersangat cantik..pasti berhikmah..tahniah Cikgu Syed..moga terus menjadi pendidik yang bukan sahaja membina kecemerlangan akal tapi juga jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sangat-sangat kak. Saya memang tak kisah pun mana-mana saya dicampak pun. Setiap yang berlaku ada hikmah kan? Aminnnn, inshaAllah.

      Delete
  4. okay la tu. alhamdulillah rezeki bro. buat terbaik!

    ReplyDelete
  5. Perghhh dapat dekat pahang.. terbaikk.. hehehe.. tahniah ye syed.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sekali dapat dekat kuantan kan kak hadoi. Thanks kak :)

      Delete
  6. Kalau dapat kat sarawak..nangis lah jawabnya..haha..tahniah dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harap dapatlah sana nak tengok boleh survive ke tak haha.
      rupanya rezeki dekat sini ja. Thanks kak.

      Delete
  7. Abg sy first posting dapat pedalaman Sarawak, sampai skrg dah nak masuk tahun ke-6 dah masih tak lepas2 permohonan balik semenanjung. Elaun pedalaman banyak jugak katanya, tapi kalau kena keluar masuk bandar yg ada main airport... habis duit kat situ jugak. Hehe dulu rumah dia elektrik pun takde, banyak guna duit utk minyak generator

    Apa-apapun, insyAllah mana2 pun Syed ditempatkan, may be blessed! :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius hanis? lama juga tu sampai tahun ke enam masih tak dapat keluar dari sana kan. Ohhhh kalau duit banyak habis macamtu tak best juga lah kan haha adui.

      Thanks hanis for the wish Aminnn.

      Delete
  8. Tahniah Syed! Ok lah tu berbakti untuk negeri kelahiran sendiri :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah! Kite tumpang gembira juga, seorang syed!!! Tempat jatuh lagi dikenang, syed. Ada tu hikmahnya. Part disadvantages tu, janganlaaa macam tuuu... Fairuz ni lagi lah tau! Dari sekolah sampailah ke uni diploma degree, taakkk keluar keluar dari kepompong. Lagi sadis. Harapnya dapatlah kerja tetap jauh sikit, nak juga merasa diri sebagai perantau. Baru syahdu sikit raya nyanyi lagu balik kampung tu. Hiks! 🙊
    Papepun, congrats again CIKGU SYED!!! 🎈💐

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks fairuz! Syed pun lebih kurang ja. Keluar dari kepompong sikit ja time degree. Itu pun dekat KL ja haha. Takpalah, lagipun pahang ni pun luas. Tak tahu dapat mana lagi kan? Semoga fairuz dapat kerja jauh jauh! baru faham perasaan dia macam mana. :)

      Delete
  10. Tahniah Syed...ada pro and con baik dinegeri sendiri atau sebaliknya..apa2 pun semoga terus cemerlang untuk berbakti pada negara, bangsa dan agama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, tapi tak kisah lah. asalkan dapat kerja hehe. Thanks kak :)

      Delete
  11. Tahniahhh Syed.. Selamat berbakti nanti.. seronok lah dapat tempat kerja di negeri sendiri.. Dah rezeki kan. Ada kawan kawan saya susah berkali permohonan tukar tak dapat.. Kesian tengok berjauhan suami isteri.. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la hehe. Itulah, kesian juga yang terpaksa berjauhan tu. Nak uruskan anak-anak lagi. Macam-macam kena fikir kan? :(

      Delete
  12. Sekali syed kena pegi kg Bantal ulu tembeling daaa..haaa..cepat google Cari tempat tu. Tapi syed, sekolah ni siap ada acon, siap ada peruntukan kerwta lagi tau, cikgu kt sana semua kete beso2, sekolahnya pun cantik, ada asrama lagi, tapi pedalamanlah, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulu tembeling tu kampung saya kak hahahaha. Tapi taknak la bahagian sana tu huaaaa. tak tahu lah, rasa macam tak ready nak masuk pedalaman kah2.

      Delete
  13. Tahniah cikgu. Takpelah nanti travel lah ke mana suka walaupun duduk di tempat yg sama. Kak ana masa kerja memang nk cr dekat dgn rumah sebab senang. Jimat pun jimat. Dah merasa duduk merantau katanya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak ana. Itulah, haraplah saya duduk tak jauh dengan rumah saya dekat Pahang ni. Pahang ni kan besar, risau juga saya.

      Delete
  14. Tahniah, semoga dipermudahkan setiap urusan 💪

    ReplyDelete
  15. tahniah sebab dah dapat penempatan sekolah, bersyukur tau sebab ada lagi yang masih tak dapat, dan untung la dapat dekat dengan keluarga sebab kalau dapat jauh2, dah kahwin nanti susah jauh dari bini..hihi...ada sorang kawan IQ dapat dekat pendalaman Sarawak sampai sekarang tak dapat tukar sejak dia ditransfer ke sana 6-7tahun lepas...seee...kesian dia, balik sekolah pun naik bot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu IQ, bersyukur sangat sebab at least dapat negeri kelahiran kan. Kalau saya ditempatkan di negeri lain, tak tahu lagi nasib saya macam mana haha. Tapi kadang2 teringin juga nak keluar dari zon selesa ni.

      Delete
  16. seronoknya syed.all the best jaddi cikgu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang seronok lah, dah lama menunggu.

      Delete
  17. TAHNIAH pernah rasa perasaan mcm nie..macam menanti buah yang tak gugur2 sekalidapat alhamdulillah back to kampung halaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak! Memang happy sangat lah bila keluar berita ni. Lagi-lagi bila dapat negeri yang kita familiar kan.

      Delete
  18. Alhamdulillah tahniah syed...
    Oklah tu dapat berbakti untuk anak2 negeri sendiri.Pahang kan besar,masih boleh timba pengalaman mengajar di daerah orang lain.
    Cik sebagai mak2 ni pun lebih suka anak2 berkerja di negeri sendiri....tak lah memendam rindu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih kak.
      Tapi Pahang banyak pedalaman lagi hahahah alahai.
      Takut juga dapat jauh dari rumah sendiri.

      Delete
  19. Assalamualaiku. tahniah adik. selamat mendidik :) moga Allah permudahkan segala urusan. tak pe, dapat jauh ka dekat ka, Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak. Terima kasih! Betul apa yang akak cakap tu. Allah knows best :')

      Delete
  20. tahniahhhhh!!! moga2 segala urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  21. tahniah dan selamat bertugas. nak luar dari negeri sendiri bukan apa. jauh perjalanan luas pemandangan. doa2 la nanti jodoh org jauh. kot boleh tukar dekat tempat jodoh tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! hahah takpelah, taknak lah jauh-jauh sangat (pulak dah)

      Delete
  22. Orang pahang yer..xpe janji dekat dengan mak.. Jodoh nanti cari yg jauh baru la travel bile time cuti raya.. haha.. jemput join GA akak.. http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp orang Pahang ja. Takpelah kak, jodoh tu tak payah jauh-jauh sangat nanti payah haha. Thanks for the invitation kak :)

      Delete
  23. wow! bestnya dah dapat penempatan.. tahniah cikgu syed.. senang la duk dekat dengan mak.. boleh jaga mak

    ReplyDelete
  24. Tahniah cikgu Syed. Semoga dipermudahkan segalanya. Selamat berbakti kepada anak bangsa.

    ReplyDelete
  25. tahniah cikgu :) and selamat bertugas.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...tahniah cikgu syed, semoga dipermudahkan segala urusan. Ye lah kalau boleh nak juga berada dinegeri orangkan, tapi sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baikkan...Selain dapat kerja dapat berbakti pada orang tua. sebab dapat tempat yang dekat dengan mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, itu lah saya pun fikir macamtu. Mungkin ada hikmahnya kan :')

      Delete
  27. tahniah syed dapat jadi cikgu... tak sangka rupanya cikgu.. best dapat posting dekat semanjung kan.. adik kak ekin posting sabah jauh di sana hihihihi.. rezeki dekat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks akak. alamak tak sangka eh. tapi kalau posting sabah tu boleh la pi jalan-jalan sekali kak haha.

      Delete
  28. Tahniah Cikgu Syed 👏👏👏
    Akak rasa tak perlu difikirkan sangat disadvantages tu dalam keadaan ekonomi sekarang.. Banyak hikmah disebalik mengajar di negeri sendiri. Paling penting selalu dekat dengan mak. Tak ramai orang berpeluang mcm apa yg Cikgu dapat tau 😄..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! alamakkkk akak tak payah la panggil cikgu cikgu rasa awkward pula. Betul apa yang akak cakap tu. Ada hikmah semua ni kan.

      Delete
  29. Takpe syed. nnt ada duit bleh la travel time2 cuti. Eh sorry.. Cikgu syed. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, Aminnn. Tak payah nak bercikgu-cikgu sangat aih hahah.

      Delete
  30. Tahniah cikgu.
    Dapat gaji nanti jangan lupa kasi mak sikit setiap bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pakcik hehe itu sudah semestinya. InshaAllah.

      Delete
  31. Ha a kalau hakak suka jugak kalau dapat bukan negeri sendiri. Barulah adventurers sikit ye Syed... Tapi kalau boleh, tempat tu bolehlah dilalui dgn kenderaan 4 roda. Kalau kena naik sampan ke bot ke cuak jugak tu

    Apa pun niat kita menabur ilmu kpd anak bangsa tu diberkati Allah. Insyallah walau ditempatkan dimana mana pun terimalah dengan senang hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah betul tu kak. Itulah, saya ingatkan dapat la jalani kehidupan yang adventurous sikit kahkah. Kalau tempat kena naik sampan, saya dah la tak reti berenang haha.

      InshaAllah kak. Thanks for the calming words hehe.

      Delete
  32. Alhamdulillah kena syukur banyak2 kat Allah ada lah tu hikmah tersembunyi.. tak gi jauh pun ,,dah dekat dengan mak? Mak pon tak runsing 2 dah.. orang lain pergi lagi jauh nak balik pon payah lagi ..kira beruntung dah syed ni.. eh cikgu Syed.hiii.. . selamat mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, memang bersyukur sangat hehe. terima kasih kak :)

      Delete
  33. Totally agree dengan disadvantages tu kalau boleh nak dok luar negara teroih but still time nak dekat dengan rumahhhh. Konflik betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu takpa! kalau boleh la nak pi luar negara lepastu bawa mak sekali semua duduk sana. boleh tak? kahkah.

      Delete
  34. Setuju dengan part rasa rindu tu kurang bila kerja dkt hometown sendiri and takde istilah "balik kampung" sangat kan.
    Anyway tahniah cikgu syed :) semoga cepat adapt dgn tempat kerja baru and jadi cikgu yang berdedikasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Lya? itu pasal kalau boleh nak jauh sikit hahaha.
      Thanks Lya. Aminnnn.

      Delete
  35. Kenapa pilih Selangor Sir Syed? 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dekat selangor la best hahaha.
      tak tahu la sebab apa. Nak area KL kot tapi tak nak tengah bandar kl, so pilih la selangor hehe.

      Delete
  36. Tahniah Syed!! Semoga semuanya dipermudahkan untuk Syed nanti!

    Ditempatkan di mana saja takpe, Siqah tahu Syed okay je kan, cuma asalkan ada internet please. Hii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Siqah! haah, tak kisah pun mana-mana asalkan jangan terputus line internet sudah la! memang tak dapat hidup hahaha.

      Delete
  37. Alhamdulillah! tahniah dik! Perancangan ALLAH itu adalah yang TERBAIK. Selamat menabur bakti kepada anak bangsa yer!

    ReplyDelete
  38. Tahniah! akhirnya berakhir sudah satu penantian.

    Best ke jadi cikgu? Nanti boleh up entry pasal tu ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs. A!
      InshaAllah nanti saya akan update pasal tu lepas sebulan bergelar cikgu hehe.

      Delete
  39. Tahniahh! Bestnya dapat dekat negeri sendiri. Kawan2 saya yg Klate semua dapat dekat luar, susah nau nak masuk Klate nih.

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah.. Tahniah syed !!
    maknanya sekarang ni dah tau la kena kat sekolah mana kan

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah tahniah...bukan senang nak dapat negeri sendri...paling penting dekat dengan mak..senang nak jenguk

    ReplyDelete
  42. Salam. Lepas dapat tahu negeri Pahang, apa pulak step seterusnya?Isteri dapat di Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam. Tunggu la lagi beberapa minggu untuk dia panggil pergi ke bpnp kuantan. Dekat sana baru tahu sekolah.

      Delete
    2. Dia panggil melalui surat atau bagaimana cikgu?

      Delete