Showing posts with label Tips Temuduga IPG. Show all posts
Showing posts with label Tips Temuduga IPG. Show all posts

Saturday, May 2, 2020

PANDUAN TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) SECARA DALAM TALIAN


Assalamualaikum and Hi!

Pada pendapat saya, Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar bagi pelajar lepasan SPM Tahun 2019. Mereka sedang sibuk menyiapkan diri bagi menduduki temuduga UPU dan juga Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Kali ini pengendalian temuduga IPG agak berbeza kerana ia dijalankan secara dalam talian. Sebagai seorang alumni IPG, saya terpanggil untuk berkongsi panduan atau tips bagi menduduki temuduga IPG secara dalam talian. Perkongsian ini saya kongsikan daripada saudara Zulqarnain

Untuk memudahkan pembacaan anda, saya akan bahagikan penulisan saya kepada 3 bahagian iaitu:
1) UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)
a. Ujian UKCG ini adalah dilaksanakan secara online di portal yang telah ditetapkan. Para pelajar diminta untuk bersiap sedia 30 minit awal di hadapan komputer atau laptop sebelum peperiksaan online bermula.

b. Soalan-soalan yang kebiasaannya di tanya adalah soalan inventori sahsiah keguruan yang lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggangugjawab , ikhlas, amanah dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.

c. Para calon diminta untuk menjawab soalan ini secara terus menerus tanpa perlu memikir panjang kerana ia melibatkan penilaian kendiri diri masing-masing. Pastikan calon dapat menjawab sehingga habis tanpa meninggalkan sebarang soalan.

d. Selain itu, calon diminta untuk juga bersiap sedia membaca tentang pengetahuan am dalam bidang pendidikan dan isu-isu semasa berkaitan. Contohnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM), Isu PPSMI, nama-nama Menteri dan jawatan-jawatan utama dalam Pendidikan, cabaran guru, teknologi terkini dalam bidang Pendidikan, dasar-dasar Pendidikan yang terkini, isu-isu guru yang berlaku di Malaysia, kemahiran-kemahiran Pendidikan, isu-isu murid yang terkini, kehendak kemenjadian Pendidikan yang terkini dan pelbagai lagi.

e. Paling utama adalah nilai-nilai sahsiah dan etika keguruan yang para calon perlu kuasai dengan sebaiknya untuk dinilai di dalam peperiksaan ini.
2. PENGHASILAN VIDEO PENGAJARAN
Penghasilan video ini adalah batu asas yang paling utama dan penting untuk para panel menilai calon-calon yang layak untuk diterima masuk dalam IPG ini. Video mestilah dihasilkan dengan paling baik dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Para calon dikehendaki untuk menghasilkan video mengikut keperluan yang diminta sahaja tanpa berlebih-lebihan. Perkara utama yang harus difokus adalah content atau isi yang ingin di sampaikan. Para calon perlu memanfaatkan 8 minit yang diberi sebaik-baiknya untuk diberikan penyampaian yang mudah diterima dan faham oleh para panel. 

Jangan sesekali mencacamerbakan video anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan meleweh-leweh sehinggakan penyampaian isi tidak tercapai dan tidak difahami oleh para panel. Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian mengikut tertib video yang perlu dihasilkan.
2.1 PERSEDIAAN RAKAMAN VIDEO
a. Pastikan calon menyediakan peranti kamera yang terbaik dan berkualiti mengikut kemampuan masing-masing.

b. Calon diminta untuk berpakaian formal dan yang bersesuaian dengan profesion perguruan. Bagi pelajar lelaki, pastikan memakai kemeja berwarna cerah dan tie yang bersesuaian. Cadangan yang terbaik adalah pakaian kemeja berwarna putih, tie berwarna merah, bertali pinggang, memakai name tag (amat digalakkan), berseluar hitam dan berkasut hitam. Pastikan juga rambut bagi pelajar lelaki pendek dan bersisir dengan kemas dan berminyak. 

Bagi calon wanita pula, pakaian yang menutup aurat dan sesuai, kebiasaanya adalah baju kurung dan tudung yang sesuai. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan tidak sopan. Pastikan bajunya juga tidak terlalu “heavy” warnanya dan bercorak yang banyak. Di elakkan juga memakai baju yang mengerlip-ngerlip labucinya, kurang tarikan baju yang dipakai. Pastikan juga tidak memakai aksesori yang terlalu banyak di baju dan tudung kerana ia mengganggu konsentrasi panel. Elak memakai kerongsang yang besar-besar dan berkilat-kilat. Begitu juga, tidak digalakkan calon perempuan memakai makeup yang terlalu tebal persis model dan pengantin.

c. Calon di minta untuk membuat demonstrasi pengajaran ATAU bercerita cerita kanak-kanak. Anggaplah seoalah-olah berhadapan dengan sekumpulan murid. Tunjukkan bahawa anda mampu menjadi seorang guru yang baik dan mempunyai teknik mengajar serta lontaran suara yang bagus.

d. Rakaman mestilah dibuat secara audio dan visual. Calon melakukan aktiviti dalam keadaan berdiri dengan memperlihatkan keseluruhan badan dari kepala hingga kaki. Pastikan rakaman tersebut juga nampak kasut kaki.

e. Rakaman video TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum, politik, agama dan menghina mana-mana individu lain.

f. Rakaman video hendaklah jelas, berterusan dan tidak diubahsuai. Elemen tambahan multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah TIDAK DIBENARKAN.

g. Format video yang ditetapkan adalah MP4, MOV, AVI, WMV dan FLV. Manakala resolusi video yang dibenarkan untuk dimuat naik adalah 720p: 1280x720 (16:9) atau 1080p: 1920x1080 (16:9). Hal ini bermaksud calon diminta untuk merakam secara melintang. Jangan menegak. Calon juga diminta tidak set kan rakaman tersebut secara mirror. Rakam secara biasa. Jika rakam secara mirror nanti menyukarkan panel kerana perkataan dalam video akan jadi terbalik. Hal ini menyukarkan pihak panel untuk membaca.Perkara ini akan berlaku ketika calon menunjukkan atau menayangkan sijil-sijil mereka nanti.
2.2 PENGISIAN RAKAMAN VIDEO
Mengenai pengisian rakaman video pula, calon telah diberi dua pilihan iaitu “mengajar” atau “bercerita”. Calon-calon perlu kenalpasti dan memilih dengan bijak. Jangan tersilap memilih pilihan ini. Kebiasaanya bagi calon yang mempunayi subjek asas khusus, sesuai untuk memilih pengajaran. Manakala bagi calon yang tidak mempunyai subjek khusus seperti bimbingan kaunseling dan Pendidikan awal kanak-kanak sesuai untuk bercerita. Pastikan calon tidak terperangkap dengan pemilihan ini. PILIH mengikut kesesuaian subjek masing-masing kerana pengajaran melibatkan subjek yang diperoleh. Saya akan pecahkan kepada tiga bahagian juga dalam segmen ini :-

a. Komponen Pengenalan Diri dan Pernyataan hasrat (3 minit)

Dalam komponen ini, calon dikehendaki untuk memperkenalkan diri serta Nombor IC. Pastikan calon menyebut dengan suara yang jelas dan lantang. Selepas itu, calon perlu menyatakan hasrat calon (Kenapa pilih bidang ini? Kalau saya terpilih apa akan saya buat? Kalau saya dah jadi seorang guru, apa yang saya berikan?) Kemudian di cadangkan juga untuk masing-masing melobi diri masing. Kenapa perlu pilih saya?..kerana saya merupakan ………….(nyatakan pencapaian tertinggi dan terbaik calon pernah dapat). Bagi calon Pendidikan Islam, sebelum menyatakan hasrat, di minta untuk membaca ayat Al-Quran. Letakan meja kecil dan kerusi disebalah anda untuk membaca ayat al-quran tersebut. Pelajar Pendidikan islam perlu memperkenalkan diri dalam Bahasa Arab.

b. Komponen Demonstrasi Pengajaran (4 minit)

Pastikan calon memilih topik atau tajuk yang mudah bagi subjek masing-masing. Jangan sesekali perangkapkan diri dengan tajuk-tajuk yang sukar. Pastikan pengajaran yang ingin diajar mempunyai perancangan pengajaran yang ringkas. Misalnya, wujudkan 3 step mudah pengajaran iaitu set induksi, sesi pengajaran dan penutup. Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Kreatifkan pengajaran anda sebaik mungkin. Gunakan masa yang diberikan sebaik-baiknya. Banyakkan pemudah cara pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar(BBM). Pastikan calon menggunakan suara yang jelas dan lantang. Elakkan rakam yang tersasul-sasul. Membuat simulasi pengajaran yang terbaik seoalah-olah calon sedang mengajar di dalam kelas. Di situlah kayu ukur pertama panel melihat bagaimana calon mempunyai potensi untuk jadi seorang guru. Elakkan terlalu over atau berlebih-lebih. Kawal gaya dan gerak geri tubuh ketika mengajar.

c. Komponen Paparan Dokumen (1 minit)

Dalam komponen ini, calon di minta untuk menunjukkan dokumen-dokumen rasmi di dalam video tersebut. Di sini yang saya katakan, elakkan menggunakan setting mirror di rakaman anda. Calon diminta untuk paparkan Sijil SPM dan Sijil Anugerah Pencapaian Tertinggi. Pastikan anda menunjukkan aturan dokumen rasmi yang tertib seperti berikut :-

1.Sijil SPM
2.Sijil Pencapaian Peringkat Antarabangsa
3.Sijil Pencapaian Peringkat kebangsaan
4.Sijil Pencapaian Peringkat Negeri
5.Sijil Pencapaian Peringkat Daerah

Pastikan setiap tonjolan sijil perlu disebut oleh calon bagi memudahkan para penilai melihat dan mendengar. 
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Semasa tempoh penilaian rakaman video dibuat, calon juga boleh dihubungi oleh panel penilai menerusi panggilan video/Skype/panggilan telefon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut tentang calon.

2. Calon dikehendaki bersedia dengan gajet dan aplikasi yang bersesuaian (telefon pintar/komputer riba/PC/Skype) dan kemudahan internet bagi melancarkan perbualan menerusi kaedah tersebut.

3. Calon yang menggunakan Skype atau panggilan video, akan dihubungi terlebih dahulu supaya calon bersedia. Tarikh dan masa perbualan akan dimaklumkan kepada calon.

4. Panel boleh menghubungi calon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut dari 5 hingga 7 Mei 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
KESIMPULAN
Saya percaya bahawa pemilihan untuk kemasukan ke IPG ini adalah sangat mencabar. Justeru, anda digalakkan untuk melakukan yang terbaik jika anda bersungguh-sungguh mahu bergelar seorang guru. Akhir kata, saya doakan supaya semua calon temuduga IPG berjaya menempuhi cabaran ini. Sekian, terima kasih.
ARTIKEL INI DIKONGSIKAN OLEH
Mohd Zulqarnain bin Abdol Rahman
Guru Muda Negeri Melaka
Penulis Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia
Panel Penilai Buku Teks & Pembangunan Kurikulum

Monday, May 22, 2017

TIPS TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DAN CONTOH SOALAN

Contoh Soalan Temuduga IPG

Assalamualaikum dan Hai!

Atas sebab banyak komen-komen dan email yang diterima daripada pembaca blog saya yang bertanyakan tentang tips untuk temuduga IPG, saya mengambil keputusan untuk menulis serba sedikit sebagai panduan kepada adik-adik. Walaupun internet sangat tidak mengizinkan di sini but I'll try my best to post this article as soon as possible. Saya telah menjalani temuduga IPG pada tahun 2011 yang lalu dan sekarang sudah bergelar sebagai salah seorang guru. Enam tahun yang lalu saya juga berasa tidak yakin dan tidak percaya bahawa saya akan terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar di IPG dan seterusnya bergelar seorang guru. Apa yang bakal saya kongsikan ini ialah berdasarkan pengalaman yang saya lalui ketika temuduga tersebut.
TIPS TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
1) Pakaian

Salah satu perkara yang paling penting ialah berpakaian dengan kemas dan sesuai. Waktu aku interview dulu adalah sorang mamat ni selamba sahaja dia pakai baju kemeja kotak-kotak dia dengan kasut converse dan berseluar macam seluar jeans. Aku tak tahu apa masalah dia waktu tu tapi dia datang lambat and he didn't bring along his documents. Mungkin mak ayah paksa ke apa, tapi that's not the issue. Make sure kau datang dengan preparation dan pakaian yang presentable. Jangan memalukan diri sendiri and please dress like a teacher. Takkan kau nak pergi temuduga tapi pakai pakaian nak lepak dekat Pavilion kan? Dengan berpakaian kemas, inshaAllah penemuduga akan ada penilaian yang baik terhadap kita. Markah dari segi pakaian juga ada diambil kira oleh panel penemuduga.

2) Dokumen

Apa sahaja dokumen yang telah disenaraikan amat penting untuk dibawa sewaktu temuduga. Jangan terlampau risau sangat dengan sesi temuduga yang bakal berlangsung. Kalau dokumen tu tak lengkap, nanti benda tu akan menyusahkan kau untuk pergi print, fotostat dan sebagainya. Sebaik-baiknya sebelum bertolak ke tempat interview yang telah ditetapkan, make sure everything is ready and good to go. Kalau boleh, buat persediaan awal untuk dokumen-dokumen tu. Kalau buat last minute nanti akan ada dokumen yang tercicir dan sebagainya (macam berpengalaman pulak kahkah)

3) Be confident

Kau cuak macam mana sekalipun sewaktu interview berlangsung, please get rid of those feelings and be confident instead. Kalau kau terlampau insecure dan fikir macam-macam waktu tu, benda tu akan affect kau punya cara penyampaian. Daripada body language pun dah boleh tahu kau ni jenis yang macam mana. Jangan tunjukkan yang kau tu nervous sangat. Kalau andai kata kau cakap benda yang salah pun, konfiden sahaja. Buat calon yang akan interview dalam Bahasa Inggeris, aku nasihatkan benda yang sama juga. Kalau grammar kau ke laut mana sekalipun, just dont bother about it. Apa yang penting kau punya maksud tu sampai dah mencukupi. Aku faham sesetengah orang bukannya lahir-lahir terus cakap English, so jangan risau interviewers tu pun faham. Kalau macam aku dulu selalu praktis cakap sorang-sorang sebelum interview sebab takut nanti tergagap kan. 

4) Baca tentang isu-isu semasa

Jadi seorang guru ni kau kena alert dengan isu-isu sekeliling kau. Apa sahaja yang berlaku dekat segala pelusuk dunia ni kau mesti kena tahu. Macam aku dulu, penemuduga ada tanya apa isu-isu semasa yang aku tahu. Kalau macam sekarang antara isu yang tengah hot ialah mengenai "Transformasi 50". Tak mustahil juga dia tanya kau "Apa pendapat anda tentang Transformasi 50?". Panel yang akan temuduga kau ni lain-lain orangnya. So, kita tak dapat predict apa soalan yang bakal diajukan. Selain dari baca tentang isu-isu semasa, banyakkan juga membaca tentang kabinet-kabinet di Malaysia. Who knows mungkin kau akan ditanya tentang tu. 

5) Buat research tentang course yang diminta

Research di sini bukannya maksud aku kau kena masuk makmal segala bagai haha. Apa yang aku maksudkan ialah banyakkan membuat pembacaan tentang course yang kau apply tersebut. Yelah, kau interview ni untuk sambung kau punya pelajaran kan, of course kau kena ready untuk tunjukkan knowledge kau dalam bidang tersebut. Contohnya kalau kau interview dalam bidang Bahasa Inggeris, kau kena tahu la pasal past tense, present tense semua tu. Sebab akan ada soalan yang berkaitan dengan course yang kau apply. Kalau kau sendiri pun takda knowledge tentang course yang kau apply, macam mana kau nak yakinkan dia untuk ambil kau belajar di IPG? Pendek kata, prepare yourselves. Kau ni kira macam nak berperang lah, sebelum nak berperang kena make sure semua benda lengkap. Baru lah tak gugur di tengah medan perang. Betul tak? 

6) Relax

Akhir sekali, aku rasa kau kena relaks sahaja. Kalau kau ada masuk group-group dekat fb tu, macam-macam orang post bahan-bahan untuk kau baca sebelum interview. Bagi aku, tak payah percaya sangat semua tu. Jangan push diri kau untuk baca semua benda dan percaya semua yang ada dalam group tu. Kalau tidak nanti kau yang akan stress bila hadap segala benda-benda tu. Tak perlu nak ingat semua benda. Kadang-kadang ada penemuduga yang tak tanya soalan-soalan fakta pun, ada yang suruh kau menyanyi or bercerita sahaja. Tapi itu bukannya tiket untuk kau tak baca apa-apa langsung. Cuma, janganlah terlampau push diri kau untuk baca dan ingat semua benda. Take it easy, inshaAllah everything will be fine.
CONTOH SOALAN KETIKA TEMUDUGA
Sesi temuduga akan dijalan dalam dua sesi. Pertama ialah secara berkumpulan dan yang kedua ialah secara individu. 
Berkumpulan
Kau akan dibahagikan kepada kumpulan dah waktu tu. Dalam satu kumpulan ada dalam 6 - 8 orang kot (aku tak berapa ingat yang ni). Kau akan duduk di dalam bulatan sambil menghadap satu sama lain. Interview secara berkumpulan ni dia just nak tengok macam mana kau discuss isu yang dia bagi dan macam mana setiap orang elaborate point masing-masing. Dari sini juga dia tengok kau punya communication skill. Bila interview dalam kumpulan, tolong ada common sense. Tak payahlah kau nak jawab semua benda. Bagi peluang untuk orang lain jawab sama. Kena pandai la ambil giliran masing-masing. Kalau ada ahli kumpulan yang diam, kau tanya lah orang tu untuk bantu dia. Waktu orang lain bercakap pula, jangan interrupt. Biar dia habiskan point dia, barulah kau boleh angkat tangan ke apa kalau ada soalan. 

Tajuk aku waktu interview dulu ialah "Aktiviti kokurikulum apa yang anda pernah terlibat waktu sekolah". Discussion tu akan berlangsung selama 30 minit tak silap aku. Bila dia dah bagi topik tu, bergantung la siapa yang nak start dalam group tu. Kalau kau tengok macam takda yang nak start, kau initiate lah discussion tu, dapatlah point lebih (apa yang diberitahu la, tak tahu ada markah lebih ke tak haha). Panel penemuduga tu akan tengok dari meja dia and observe discussion tu. Sesekali dia akan menyelit juga untuk tanya soalan dekat sesiapa. Bagi aku interview ni sangat fun haha. 10 minit yang terakhir dia akan suruh sorang-sorang untuk buat kesimpulan terhadap perbincangan tersebut.
Individu
- Beritahu saya isu semasa di dalam bidang pendidikan yang anda tahu
- Bayangkan anda akan mengajar murid-murid darjah 3 Grammar. Apa aktiviti yang akan dilakukan?
- Beri saya satu contoh grammar yang anda tahu
- Pendapat tentang grammar (grammar penting tapi kenapa ramai yang speaking tak ikut grammar)
- Isu Nasi Lemak tak boleh jual di sekolah
- Kalau Nasi Lemak tak boleh jual di sekolah, nak ganti dengan apa?
- Child abuse
- Pandangan pasal sukan di Malaysia

Apa yang aku boleh simpulkan, aku punya interviewer sangat berminat untuk tanya soalan tentang isu semasa. Aku rasa I cannot answer most of her questions tapi aku jujur sahaja bagitahu "I don't really read about current issues because it's boring, I prefer to read blogs". Waktu dia suruh bagi contoh grammar yang aku tahu tu, dia siap suruh aku tulis dekat whiteboard macam nak mengajar budak-budak tu. Aku rasa macam aku screwed up gila waktu temuduga secara individu ni. Sebab most of the questions semua berasaskan isu-isu semasa padahal aku waktu tu duduk rumah 5 bulan tak buat apa-apa kerja pun. Tapi janganlah contohi aku, aku bengap sikit waktu tu. Ambil yang positif sahaja boleh lah haha. 

Aku rasa, itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Aku harap perkongsian yang sedikit ini membantu adik-adik yang bakal menjalani temuduga nanti. InshaAllah, everything will be fine for you guys! Good luck and all the best! :)