Tuesday, April 28, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI JEJARI KENTANG (POTATO FINGERS) VIRAL


ASSALAMUALAIKUM AND HELLO GUYS!

Alhamdulillah harini aku nak berkongsi satu resipi yang simple nak mampus untuk korang semua try. Aku rasa resipi ni bukan hanya untuk golongan orang yang "expert" memasak sahaja bahkan orang bujang macam aku ni pun boleh buat. Bahan-bahan yang diperlukan and steps semua memang sangat mudah. It's either kau malas atau rajin sahaja. Okay resipi kali ini diberi nama Jejari Kentang atau Potato Fingers bak kata orang kampung aku. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan!
BAHAN-BAHAN


Kentang (3 biji)
Tepung Jagung (5 sudu)
Tepung Beras (1 sudu) *tak letak pun okay*
Ayam Cincang (kalau nak ganti dengan daging cincang pun ok)
Daun Sup (dihiris halus)
Lobak (dipotong halus)
Lada (kalau sejenis yang tak boleh kalau tak pedas)
Garam (secukup rasa, jangan terlebih!)
Perasa (Maggi cukup rasa tu pun boleh)
CARA-CARA
 1) Rebuskan kentang sehingga empuk. Kentang ni actually kalau kau nak buat banyak, banyakkan la kentang tu. 3 Biji tu kalau untuk makan sorang dua lepas la haha. Buat dalam 10 biji kentang lepastu rebus la selama 10-20 minit. Lagi empuk lagi senang nak lenyek.

2) Lenyekkan kentang yang telah empuk tersebut. Make sure lenyek betul-betul sampai takda ketul-ketul. Baru sedap nak makan nanti.

3) Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Actually kalau takda tepung beras pun okay sebab aku pun tak letak tepung beras ni. Tapi kalau ada tepung beras mungkin kau punya jejari tu lebih crunchy camtu.

4) Kemudian masukkan garam dan perasa terlebih dahulu (senang masuk awal-awal sebab nanti bila dah campur semua bahan takut tak rata pula garam semua tu) dan gaul sehingga semuanya sebati.

5) Masukkan lobak, daun sup dan ayam yang telah dicincang. Macam aku cakap tadi, nak masuk daging cincang pun boleh. Lagi sedap aku rasa! 

6) Gaul semuanya sehingga sebati dan mesra. Adunan tu akan jadi kalau tepung tu tak melekat dekat tangan. Kalau melekat dengan tangan lagi maknanya kau kena tambah tepung jagung la. Lepas semuanya dah nampak perfect and sedap, rasa la dulu sikit kot-kot kena tambah garam or perasa lagi.


7) Bila dah selesai menggaul semua bahan, bentukkan adunan tadi kepada bentuk di atas. Kalau kau rasa nak buat bentuk kapal terbang ke, helikopter ke boleh ja. Tapi taklah nama dia jejari kentang haha. Mungkin nama dia akan bertukar jadi helikopter kentang? KAHKAH OKAY HAMBAR.

8) Selepas dah selesai menggentel semua kentang seperti gambar diatas, goreng dengan api yg marak semarak cintamu padaku.

9) SEDIA UNTUK DIMAKAN! Senang ja kan? ikut ja semua langkah-langkah di atas inshaAllah jadi punya.


Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba! :)

41 comments :

  1. Wah!..tahniah..lelaki pandai masak kena hati2 ya, sebabnya ramai wanita minat lelaki pandai masak ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. hebat naa laki masak selalunya sedap

    ReplyDelete
  3. Sedap ni. Bahan-bahannya pun mudah dicari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bahan yang mudah ja. Guna apa yang ada dalam peti ais ja.
      Cuma leceh part nak lenyek kentang tu la.

      Delete
  4. balas kunjungan! wahh nampak sedap jejari kentang tu, nak try lah nanti :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya! eh, sya dah follow blog ni dah rupanya..
    lawanya template blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha template lama ja. Tak reti la nak design template canggih2.

      Delete
  6. Chef terkenal biasanya memang lelaki.
    Lamanya tuan Syed mengeram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni chef kadang2 ja. Tetiba rajin pulak nak cuba masak itu ini.
      Mengeram cari ilham la WP.

      Delete
  7. wahh sedap ni , hebat dapur bujang syed.. kak ana singgah dan follow sini 413 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang sedap kak! boleh cuba nanti. thanks Kak Ana :)

      Delete
  8. Replies
    1. itu la. i'd love to try this nnt. nak cari bahan dulu then bru boleh buat. hehe

      Delete
  9. sedap nih ada mcm2 perisa...#done follow back, tq

    ReplyDelete
  10. Sedap ni..nak try buat jgk nanti..saya follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! cubalah nanti hehe thanks. Done balas kunjungan.

      Delete
  11. sekata je bentuknya. well done~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu pun tak berapa cantik bentuknya sebab nak cepat siap. Thanks btw.

      Delete
  12. InsyaAllah nanti cikbunga nak cuba🌹🌹

    ReplyDelete
  13. Mudah sungguh haih nak membuatnya. rajin tak rajin je ni. Nak try jugaklah buat nanti. Tq chef share resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuuuu. memang mudah sangat! hehe, most welcome.

      Delete
  14. Menarik dan dan sedap.. boleh cuba buat nie..

    ReplyDelete
  15. rajin parakzzz ni.. kalah akak camni.. haha.. semua sedap2 resepinye.. haisss x leh jadi ni.. nak kene menuntut jugak ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time PKP ni tetiba pulak la nak jadi rajin hahaha try la kak

      Delete
  16. okeh resepi ni bole cuba ni..tak renyah sangat..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni renyah part nak melenyek kentang tu ja haha.

      Delete
  17. rajinnya masak..tengok step macam senang.. boleh cuba ni..cuma 1 bahan je tak ada..kena pi cari dulu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time PKP ni tetiba lah nak jadi rajin. Aah ni memang senang ja nak dibuat.

      Delete
  18. Senangnya bahan pun mostly ada dkt rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah senang ja, campur ja semua bahan. Cuma renyah part nak melenyek kentang ja.

      Delete
  19. Replies
    1. Rajin ni ada masanya tetiba ja dia datang haha.

      Delete