Showing posts with label Personal Life. Show all posts
Showing posts with label Personal Life. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

SEORANG SYED OFFICIALLY TURNS 24 TODAY - HAPPY BIRTHDAY!

Happy Birthday Syed!

Salam and Hi! dear readers,

Alhamdulillah, tanggal 12 April 1993 Seorang Syed telah dilahirkan di salah sebuah Hospital di daerah Temerloh, iaitu Hospital Mentakab pada jam tak tahu dengan berat tak tahu hahaha (who really cares to remember all those stuff). Tapi yang pasti aku memang agak berat dan gemuk lah masa baby dulu hahaha. Dalam 3 kg kot aku lahir? Bila fikir balik semula rasa macam tak percaya yang aku dah berumur 24 tahun. Dulu-dulu aku selalu terbayang macam mana keadaan aku di umur 24 tahun. Rasa macam sempat tak aku nak cecah umur 24 tahun tu dan apa pula kerja aku. Sekarang ni semuanya dah terjawab. Walaupun hanya kerja sementara di restoran but I'm happy with what I've achieved in life. 

Apart from getting older, aku tak tahu apa sahaja yang berubah dekat diri aku ni haha. Rasa macam aku still insan yang sama macam mana aku waktu belasan tahun dulu. Nak kata matang, aku tak tahu aku ni matang atau tidak. Kadang-kadang rasa macam perangai aku macam budak-budak juga tapi kadang-kadang aku mampu berfikiran lebih matang juga haha. Mungkin ikut persekitaran dan dengan siapa aku bergaul kot? . Betul la orang cakap, kematangan ni bukan boleh diukur dengan umur kau. Tak semestinya semakin tua umur kau, semakin matang cara pemikiran kau. Tidak sama sekali okay!
Throwback gambar-gambar 2010-2017
Koleksi Gambar Selekeh Seorang Syed

Bila tengok balik gambar lama-lama rasa macam nak gelak terbahak-bahak juga lah! hahaha kau tengok la betapa selekehnya aku tahun 2010 dulu. Masa tu aku form 5, aku tak tahu kenapa aku yakin sangat pakai samping warna biru dengan baju warna coklat? aku tak tahu mana aku dapat sumber keyakinan tu! hahaha time tu aku rasa acam aku dah paling hensem kot. Macam dah takda siapa dah dapat melawan kehenseman aku waktu tu. Ya Allah, kalau diberi peluang untuk undur waktu, aku nak kembali ke zaman tu dan nasihat sikit diri sendiri tentang fashion lol.

Nothing really change. Sama sahaja aku tengok muka aku dari 2010 sampai 2017 cuma bezanya aku semakin berisi tahun demi tahun. Tahun 2010 sehingga 2013 tu memang tahun yang aku makan apa pun tak nak gemuk. Time tu heaven sangat sebab aku sumbatlah apa benda pun dalam perut aku dan berat aku tetap mantain. Tapi bila masuk 2014 tu aku dapat rasa pertambahan berat badan haha. Bila makan lebih sikit mesti berat aku naik, so I controlled my portion at that time. Sehinggalah ke tahun 2017, lemak-lemak terkumpul makin banyak dan seorang Syed kelihatan semakin "sado". Berat pun sekarang ni dah pandai cecah angka 70kg! . Aku selesa sahaja dengan berat badan sekarang ni, kurus sangat pun tak handsome mak aku cakap.
Harapan Seorang Syed yang berumur 24 tahun
Aku seriously tak harap apa pun untuk birthday aku. Sambut atau tak, kalau orang nak sambut dan ingat birthday aku, sambutlah. Kalau takda orang nak wish ataupun nak sambut birthday aku, aku okay juga haha. Dah terlampau berusia untuk aku untuk kisah dengan benda-benda remeh macam tu. Mak aku call ucap birthday tadi pun aku dah happy sebab sebelum-sebelum ni mak aku selalu lupa nak wish birthday aku. Kadang-kadang dia ingat tapi bila sibuk buat kerja cari rezeki, terlupa nak call aku. Takpalah, sebagai seorang anak kita kenalah faham kan? So, disebabkan mak aku call tadi aku siap suruh dia nyanyi lagu lagi! hahahaha lawak la mak aku nyanyi macam malu-malu. Mesti awkward sebab kami memang tak biasa pun sing to each other kah2.

 Jodoh?

Setakat ni matlamat hidup aku bukan untuk fikirkan pasal jodoh. Banyak lagi benda lain yang aku kena fikirkan sebelum sampai ke tahap itu. Sebagai seorang anak bongsu, aku kena bahagiakan semua orang dalam family aku dahulu then baru aku boleh fikir soal berumah tangga bagai. Aku rasa I'm too young for that, tak ready lagi nak deal dengan perangai orang dan tak yakin if I can accept her weaknesses and all. You're going to spend your lifetime with your partner, so think twice. Jangan ikutkan nafsu atau kata-kata orang lain. Let them talk and judge, you know yourself better.

Akhir kata, aku harap pertambahan usia ini bergerak seiringan dengan kematangan seorang Syed. Semoga Syed mampu menjadi seorang insan yang lebih matang dan seorang muslim yang lebih baik (masih berusaha). InshaAllah, kuatkan semangat Syed! :) . Terima kasih di atas doa dan ucapan daripada kalian.  

*Motif letak GoPro dengan DSLR dalam poster sebenarnya nak bagitahu tu wishlist aku untuk birthday hahaha nanti nak beli sendiri bila dah bekerja! 

Sunday, April 9, 2017

5 TIPS TERBAIK STUDY LAST MINUTE YANG BERKESAN


Salam dan Hi! 

Aku memang jenis yang suka study last minute. Bukannya sebab aku pandai or genius ke apa, tapi memang aku dah dibiasakan dengan study last minute sejak dari bangku sekolah lagi. Kadang-kadang waktu sekolah dulu tak study langsung hahaha buka buku untuk buat syarat sahaja. Asyik fikir nak main je waktu kecil dulu sampaikan mak suruh belajar pun tak nak dengar! Lepastu dah besar ni mulalah menyesal tak sudah sebab dulu tak belajar sungguh-sungguh. Masuk zaman belajar waktu degree, baru kesedaran untuk study tu ada walaupun tetap study last minute. 

Bagi aku, aku lebih selesa untuk study last minute sebab aku lebih senang "catch up" benda yang aku baca tu. Aku ni sejenis yang kena ada pressure baru aku boleh mula buat sesuatu. So, kalau aku nak study awal-awal tu memang tak boleh sebab tak ada rasa "pressure" untuk aku study. Aku tahu bila waktu aku perlu study bila pressure tu datang sendiri tengok kawan-kawan yang dah mula study tapi aku satu benda pun tak baca. Lepastu bila terbaca nota and banyak benda lagi yang aku tak faham dan tak tahu. Daripada situ, aku tahu I should begin studying at least to get A- for the exam hahaha (kau dah la study last minute, kalau kau expect nak dapat A+ macamlah genius sangat kan!?)

Untuk entry kali ini aku akan berkongsi beberapa tips yang berkesan untuk study last minute. At least it works for me kalau untuk kau tak boleh guna, kena panggil bomoh la jampi bagi muncul jawapan time jawab exam kahkah.

#1 Focus on your weak area
Bila kau dah mula study last minute ni, you don't really have time to read the whole book and go through chapter by chapter. Kalau kau baca the whole book pun belum tentu kau akan ingat semua content buku-buku yang kau dah baca tu. So, be smart. Fokus kepada perkara yang kau lemah sahaja. Biasanya bila kita dah belajar ni mesti kita tahu di mana kelemahan kita. Konsep ni kira macam "sediakan payung sebelum hujan". Since kita tak tahu soalan apa yang akan keluar dalam exam, kita prepare sahaja untuk sebarang kemungkinan. Mana tahu perkara atau topik yang kita lemah tu masuk dalam exam? Kalau soalan tu keluar dalam exam, at least kau dapatlah jawab based on apa yang kau dah study tu :)
#2 Tulis apa yang kau tahu
Get yourself a piece of paper. Tulis apa benda yang kau tahu. Contohnya kalau kau tengah study Bab 1. Bab 1 tu pula pasal faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. So, tulis la apa yang kau tahu pasal bab tu. Jangan refer buku! I repeat, don't refer to your book. Kalau kau rasa macam banyak benda yang kau tak tahu, that's how you're going to be in the examination hall. Benda yang kau tahu tu lah yang kau akan tulis dalam kertas peperiksaan kau. Jangan panic kalau kau rasa macam banyak benda yang kau tak tahu, tapi ambil beberapa minit, untuk baca balik dan refresh balik otak kau. Bila kau dah dapat recall informasi-informasi tersebut, then baru mula tulis balik dan compare apa yang kau tulis dengan apa yang ada dalam buku. 
#3 Study group
Sesetengah orang tak prefer untuk study secara berkumpulan, tetapi aku rasa study secara berkumpulan ni sangat membantu especially bila kau study last minute. Pada pendapat aku, study group tu akan berkesan kalau ada 4 hingga 5 orang sahaja ahli dalam kumpulan. Kalau lebih dari tu memang tak jadi study group, kau akan end up main game "warewolf" (macam aku zaman degree dulu hahahaha okay rindu pulak). Kenapa pentingnya study group?

Antara sebabnya ialah,  kau boleh share apa yang kau tahu dengan kawan-kawan kau dan pada masa yang sama, benda yang kau tak tahu pun kau boleh belajar dengan kawan kau. Aku percaya kalau kita share dengan orang ilmu yang kita ada, mesti lebih senang urusan kita nanti. Kalau ada soalan-soalan yang kau tak faham, masa ni lah kau nak tanya dekat kawan-kawan kau. Bila dengar penjelasan daripada kawan kau, mesti kau akan ingat benda tu sampai nak masuk dewan peperiksaan tu nanti. Kadang-kadang ada juga yang berkongsi cara dan formula untuk ingat sesuatu maklumat. Kan bagus tu? 
#4 Past year questions
Biasanya setiap kali nak exam, mesti lecturer ataupun cikgu akan bagi soalan-soalan tahun sebelumnya dekat pelajar kan? so, aku cadangkan kau supaya manfaatkan soalan-soalan tu! Kebiasaannya memang ada soalan tahun lepas yang masuk dalam exam cuma bentuk soalan tu diubah sikit. Kadang-kadang benda yang nak ditanya tu sama sahaja tetapi cara soalan tu ditulis seoalah-olah kita nampak macam ia satu soalan yang berbeza. Kalau dapat skema jawapan untuk soalan-soalan tu, baca juga sebab macam tu jugalah kau punya jawapan akan dinilai nanti. Jangan terpengaruh dengan soalan ramalan semua tu. Kalau kau terlampau meletakkan harapan terhadap soalan ramalan, nanti kau akan cenderung untuk study soalan tu sahaja. Akhirnya kau yang akan kecewa bila soalan yang diramal tak masuk. 
#5 Be positive 
Sebelum tidur tu, make sure yang kau dah habis buat semua perkara di atas. Kalau kau dah buat, don't worry everything will be fine inshaAllah. Yang penting kau jangan overthinking. Jangan rasa macam apa yang kau baca tu tak cukup untuk buat bekalan masuk dewan peperiksaan nanti. Believe yourself! "kau dah pergi kelas semua kot lepastu kau baca lagi takkanlah tak dapat jawab". Aku selalu pesan kat diri sendiri macamtu, sebab aku tahu apa yang aku dah belajar dan aku dah berusaha yang terbaik (walaupun last minute). Dengan apa yang kau pelajari dalam kelas dan apa yang kau dah belajar untuk exam, mustahil kalau tak lulus.

Akhir kata, study last minute ni bukan satu perkara yang sihat untuk kau contohi. Kalau boleh study awal-awal tu, aku nasihatkan better untuk kau mula study awal-awal sebab banyak advantages yang kau boleh dapat kalau kau study awal. Bila study last minute ni kalau kau tak dapat handle pressure benda tu akan affect kau punya diri juga. Sebab study last minute jugalah aku tak dapat first class degree! hahaha tapi Alhamdulillah berbaloi la dengan usaha aku kan? Good luck! 

Friday, April 7, 2017

DAPAT GAJI PERTAMA BEKERJA SEBAGAI CASHIER DI RESTORAN FAST FOOD

Gaji Pertama Sebagai Cashier di Restoran Fast Food

Salam dan Hi! 

Alhamdulillah, setelah sebulan beberapa hari aku kerja dekat tempat sekarang, finally aku dah dapat gaji pertama untuk bulan Mac. Cepat betul rasanya waktu tu berlalu, pejam celik pejam celik dah pun 7 April 2017. Tak perasan pun yang aku dah bekerja di restoran tu selama sebulan. Kalau nak ikutkan tak sangka juga aku mampu survive sejauh ni, sebab banyak kali rasa macam nak berhenti je kerja haha. Nak berhenti pulak di atas sebab-sebab tak munasabah seperti kena complain cara kerja kau dan etc. Bagi aku benda tu is a part of learning kan. Cuma biasalah, lain orang lain cara dia. Ada yang tak reti cara menegur dan bercakap dengan elok. So, apa kita mampu buat kita respect sahajalah dan buat tak tahu. Kadang-kadang kau rasa macam kau tak diberi peluang langsung untuk justify kau punya reason sendiri semuanya kau salah haha okay.

Gaji Bulan Mac

Gaji bulan ini hanya RM794.50 sahaja, lepastu tolak pula harga topi RM5.30. Balance lepas dah tolak topi dapatlah aku RM789.20. Gaji ni dah dicampur dengan overtime semua tau dan waktu bekerja pula 8 jam dan ada shift. 

Buat adik-adik yang rasa berminat nak kerja dekat fast food, abang nak nasihatkan lah bahawa gaji yang korang dapat takkan capai tahap RM1300 pun melainkan kau supervisor ke apa boleh la dapat. Ataupun kalau kau kerja KL memang RM1300 tu boleh dapat lah. Kalau setakat jadi cashier atau backup memang harapan lah nak dapat gaji sebanyak tu. Kenapa aku cakap macamtu? Sebab ramai adik-adik lepasan SPM dan ada yang baru habis belajar semua datang nak minta kerja dekat tempat aku. Tapi dia tulis dekat bahagian "salary expectation" RM1300. Tak salah pun kita nak letak berapa-berapa haha tapi aku dulu pun tulis RM1000 je sebab aku rasa minimum wage dekat Malaysia ni RM1000 kan? (tak sure pula aku). Kalau kau memang nak cari pengalaman dan sekadar ingin mengisi masa lapang macam aku, well go for it! 

Sambal Garing Che' Nor

Dapat je gaji pertama, terus terpandang Sambal Garing Che' Nor ni. Sambal ni boleh tahan laris juga dekat restoran aku kerja ni! Aku macam terfikir juga nak beli sebab nampak macam sedap and orang yang letak sambal ni pun banyak kali dia restock. Tinggal satu ni sahaja yang orang tak beli lagi. Aku ada post gambar ni dekat Twitter and ramai orang yang comment cakap sambal ni memang sedap! So, aku akan beli juga sambal ni nanti. Sanggup korbankan RM10 semata-mata sambal ni haha. Mula-mula rasa macam mahal, tapi since orang cakap sedap why not kita cuba kan? Ada rakan blogger yang dah try sambal ni ke? 

Indera Mahkota 8

Bila baru dapat gaji of course kau nak reward diri kau sendiri kan? dah penat-penat bekerja apa salahnya spend seringgit dua (sebab gaji sikit kahkah) untuk beli barang yang kau nak. Kebetulan pula harini hari Jumaat, dan aku punya shift pula waktu pagi. Habis sahaja kerja pukul 8 malam, aku terus pergi pasar malam dekat Indera Mahkota. Walaupun agak jauh juga perjalanan ke tapak pasar malam tu, tapi orang cakap "jauh perjalanan luas pemandangan" so aku gagahkan juga melangkah lol.

Nasi Kerabu

Harini dekat tempat kerja memang aku tak makan nasi langsung sebab aku dah target nak guna duit gaji untuk beli nasi dan makanan dekat pasar malam hahaha. Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk berkunjung ke pasar malam. Sebelum ni tak dapat sebab aku tak pernah dapat shift pagi bila hari Jumaat. Rasa seronok sangat dapat makan nasi ni hasil titik peluh aku bekerja! hahaha okay macam over pula. Aku ada life hack bila nak membeli nasi kerabu dekat pasar malam ni. Biasanya orang jual nasi kerabu lauk ayam RM6.50 and paling murah pun kadang-kadang RM5.50. So, aku ambil nasi kerabu kosong sahaja. Baru RM2. Untuk lauk dia pula aku beli lah lauk cucuk-cucuk dekat gerai lain. Bila campur-campur baru RM4. Haaa kan dah jimat! haha aku bukan kedekut, tapi kadang-kadang ayam goreng dia pun rasa biasa-biasa ja. mana ada rasa rempah sangat pun. 

Nasi kerabu aku beli ni okay-okay sahaja rasa dia. Tapi ada rasa macam dah tak sedap and nak basi sikit. Sayur dia kot aku rasa. Tapi okaylah sebab nasi dia banyak dan aku kenyang gila lepastu harga pun murah so aku maafkan hahaha. Paling best sekali ialah jus durian belanda yang aku beli tadi. Aku beli dengan harga RM5 cawan besar. Memang puas lah minum sebab durian belanda dia memang fresh and bila kau minum banyak isi-isi dia yang kau dapat sekali. Aku tak tahu sejak bila aku jadi penggemar durian belanda, I just randomly like it! hahaha. 

Ini sahajalah cara yang mampu aku lakukan untuk celebrate gaji pertama. Selebihnya nak simpan buat bekalan di hari tua nanti. Harap aku mampu simpan semua duit gaji aku ni, kalau nak guna pun RM50 sahaja maximum.

Sorry kalau ada blog-blog yang aku tak sempat aku nak jejak dan balas komen sebab aku busy sangat-sangat sekarang ni. Kalau dulu aku boleh curi-curi masa sebab aku tidur pukul 4 pagi untuk make sure aku dah blogwalking and tulis entry siap-siap. Tapi sekarang ni aku dah tak mampu nak tidur lambat dan bangun awal macamtu haha. InshaAllah kalau aku ada masa terluang aku akan cuba yang terbaik untuk balas jejak rakan-rakan blogger. Terima kasih! :)

Monday, April 3, 2017

PENGALAMAN BEKERJA DI RESTORAN ATAU FAST FOOD SEBAGAI CASHIER

Assalamualaikum dan Hi!

Semalam aku kerja overtime dari pukul 10.30 pagi sampai ke pukul 11.30 malam. Ada rehat dua jam in between. Aku cuba juga untuk update blog aku semalam tapi gagal-segagal-gagalnya (hahaha ada ke eja macamni?). Harini aku overtime lagi. Waktu yang sama juga macam semalam, tapi HARINI AKU LAMBAT 30 MINIT PERGI KERJA. Kenapa? Sebab semalam balik kerja aku tidur pukul 4 pagi, aku dah bangun dah subuh tu. Tapi tidur balik. Lepastu aku sedar pun sebab ada orang call tanya "CASHIER MANA CASHIER" hahaha tengok jam dah pukul 10.45. Aku pun dengan mamai tahap cipan, terus grab towel and iron baju, seluar semua (walaupun dah lambat tetap steady kena iron baju juga!) . Sampai tempat kerja pukul 11.04 minit. Lambat setengah jam!

Hari ini aku dah bertekad dan bersemangat waja untuk menulis juga satu entry di blog ni. Walaupun pengisian yang tak berapa penting pun harini tapi korang hadap jelah dengan sepenuh jiwa dan raga ya. Hahaha terpaksa berkorban waktu rehat aku untuk tulis entry kali ini.

Actually this is my first working experience in my life. Aku takdalah tak pernah bekerja langsung tapi sebelum ni just buat part time ajar tuisyen dan juga jadi fasilitator. Kiranya ni macam first time lah aku bekerja full time selepas bergelar sebagai seorang graduan. Kalau nak ikutkan boleh saja aku minta kerja yang berlatar belakangkan pendidikan. Tetapi aku rasa macam bila aku jadi cikgu nanti aku akan habiskan sisa hidup aku dekat sekolah kot. Apa salahnya kalau kerja kali ni aku cuba untuk kerja sesuatu yang berbeza. I need to step out of my comfort zone! So that's it, aku pilih untuk menjadi seorang cashier di restoran makanan segera. 

Al Huda Fried Chicken, Indera Mahkota Kuantan
Al-Huda Fried Chicken, Indera Mahkota Kuantan
Aku bagi brief introduction jelah pasal restoran ni ya. Kalau kau nak tahu kena pergi sendiri lah dekat kedai ni and experience it yourself macam mana makanan dia. Restoran ni actually konsep dia sama macam McD dan juga KFC. Ayam goreng, burger, potato wedges, mashed potato, coleslaw semua ada. Cuma menu dia takda lah sebanyak KFC dengan McD. Yang bestnya pasal restoran ni ialah ayam-ayam yang disediakan semuanya ayam organik. Aku tak pasti ayam organik tu macam mana, aku rasa takda suntik-suntik la kot. Means, selamat untuk dimakan dan pastinya lebih segar dan sihat.

Setelah sebulan berkecimpung dalam bidang ni, aku rasa aku tak sesuai untuk bekerja di restoran macamni terutamanya sebagai seorang CASHIER. Korang nampak je kerja cashier ni macam senang, just ambil order dari customer and buat dia punya makanan kan? tapi sebenarnya ada banyak lagi kerja-kerja lain yang kena buat dan kau kena kejar semua benda sebab takut customer tunggu lama (I hate that the most).

Berikut merupakan beberapa sebab kenapa aku rasa aku tak sesuai nak jadi cashier.

#1 I hate numbers

Aku ni dah la maths ke laut, tengok nombor pun boleh sawan kot hahaha. Nak bagi balance dekat customer pun kira 2 3 kali takut salah mula-mula tu. Entah lah, bagi aku kalau tengok nombor banyak-banyak ni dia jadi memeningkan. Tambahan pula kalau customer tu datang bawa satu family yang order dia sahaja sampai ratus-ratus ringgit dan kau kena scroll dia punya resit tu nak check satu-satu benda yang dia dah order. Sangatlah menyeksakan aku rasa. Lagi satu, bila customer nak cancel order dia, itu lagi satu perkara yang menduga emosi aku. Bila dia nak cancel order walaupun resit dah keluar, kau kena bagi balance lepastu kena godek-godek dekat komputer tu buat resit baru dan refund resit yang lama. 

Kadang-kadang customer ni bukannya sorang je yang tukang order. Kalau boleh dua tiga orang sekali nak order. Orang ni sebut 2, orang tu sebut 3, orang lagi satu semput 4 so lama-lama kau sebagai seorang yang blur pun terkeliru (sebab terlampau banyak maklumat). Nanti benda yang aku key in kan dalam resit tu tak sama dengan apa yang diorder. Ahhh I hate that moment, nak pula kalau customer ramai time tu kan? Rasa nak nangis pula.

#2 Kena buat kerja laju-laju

Aku baru sebulan kot kerja dekat situ. Kalau kau expect aku untuk buat kerja laju-laju memang tak lah. Buat masa ni aku dalam fasa membiasakan diri dengan buat benda-benda tu. Bila orang order, kau terus kena letak coleslaw dalam pinggan, mashed potato sekali lepastu letak air dan ayam. Dah buat semua tu pergi depan dia balik sambung ambil order. Memang boleh pun aku buat laju-laju kalau orang tak ramai. Kalau orang ramai dan aku sorang sahaja yang jadi cashier dekat situ memang tak lah. Tapi aku rasa sekarang ni aku dah improve banyak dah lah. Nak ambil order pun takdelah tercari-cari menu yang customer nak tu dekat screen. Benda ni take time, bila kau dah makin lama kerja dekat situ barulah kau boleh buat kerja makin laju. Bukannya baru kerja terus boleh buat laju-laju. dah la tak biasa kerja kan? 

#3 Clumsy

Sebab aku ada attitude yang gelabah ataupun clumsy ni, aku rasa memang aku tak sesuai nak jadi cashier hahaha. Pernah sehari tu memang aku sorang sahaja yang jadi cashier waktu tu. Dah la orang ramai beratur sampai ke pintu masuk restoran, tempat duduk memang full house. Aku dah gelabah dah ni, order ambil banyak tapi takda orang nak letakkan makanan yang diorder dalam pinggan. Time tu ada aku dengan akak sorang tu je yang handle. Bila tengok orang ramai dan resit banyak-banyak aku dah gelabah dah tahap tak boleh berfikir. Aku fikir aku nak completekan ambil order sahaja. Biarlah orang lain yang settlekan apa yang patut. Alhamdulillah nasib baik takda pelanggan yang maki-maki time tu. Cuma ada seorang mak cik tu lah dia cakap "nak ambil order pun dah berapa minit saya duduk sini. awak cashier kan? tak payah la buat kerja lain". 

Dan di atas kegelabahan aku dan kealpaan aku sebagai seorang syed, aku pernah terlupa nak bagi customer punya makanan. Semalam ada customer take away makanan. Aku dah bungkus semua siap dah makanan dia, tapi ada satu benda tertinggal. Air dia aku lupa nak buat. Padahal makanan dia order tu sekali dengan air so aku rasa macam bersalahnya. Kesian dia makan takda air. Aku expect dia akan datang balik tapi takda pulak. Kes air terlupa nak bagi dah banyak kali dah berlaku haha. Kes terlebih bagi makanan ada sekali hahaha apalah nasib (hahaha rajin pula aku kira kesalahan aku kan)

Walaupun aku rasa aku tak sesuai jadi cashier, tetapi atas satu sebab aku rasa they need me to be a cashier
Kenapa aku perlu jadi cashier?
Selain dari makanan yang sedap, restoran yang bersih dan persekitaran yang menarik, sudah pasti pekerja juga antara faktor yang mampu menarik pelanggan kan? Terutamanya cashier. The moment orang melangkah masuk pintu restoran tu, perkara pertama yang mereka akan nampak ialah cashier. So, antara sebab kenapa mereka perlukan aku untuk jadi cashier ialah kerana aku berperwatakan yang menarik dan handsome. Bila orang tengok cashier sahaja dah handsome, mesti mereka akan terdorong untuk order banyak sikit. Bila customer order makanan banyak, means banyak lah keuntungan yang restoran tu dapat. TU JE SEBENARNYA HAHAHA tak lawak kot Syed.

Aku rasa setakat ni sahajalah aku punya penulisan sebab dah nak habis waktu rehat ni. Kalau boleh nak tulis panjang lagi tapi takpelah. Akhir kata, kalau korang nak kerja fast food, make sure lah kau get ready mentally and physically sebab kerja dia ada shift. Lepastu kadang-kadang bukannya kau jadi cashier sahaja sampai bila-bila. Kalau tak cukup orang tiba-tiba kau punya skop kerja jadi tukang sapu sampah semua tu haaa so get ready lah. Kerja dia pun agak penat sikit tapi kalau kau enjoy je kerja inshaAllah everything will be fine hehehe. 

Thanks for reading! :)

Saturday, April 1, 2017

MARCH IN A NUTSHELL | PAGEVIEWS BLOG SEORANG SYED DAH 100K!

MARCH IN A NUTSHELL

Assalamualaikum dan Hi!

Alhamdulillah, tanpa kita sedar bulan Mac telah pergi meninggalkan kita. Aku rasa macam bulan ni pantas sangat berlalu. Pejam celik, pejam celik dah bulan April. Untuk entry kali ini aku nak review sedikit tentang kehidupan dan blog aku sepanjang bulan Mac yang lalu. Bulan Mac bagi aku merupakan bulan yang penuh dengan rezeki yang melimpah ruah dariNya. Izinkan aku mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara-perkara menarik yang berlaku kepada aku sepanjang bulan Mac yang lalu :)
Dapat kerja sementara
Fast Food Worker Meme

Sebenarnya aku tak expect pun nak kerja dekat Kuantan ni. Aku saja jalan-jalan rumah tok dekat sini lepastu tak sangka dia bawa pergi intverview kerja terus dan kerja itu ialah sebagai cashier di salah sebuah fast food restaurant. Fast food yang aku kerja ni bukannya fast food macam McD atau KFC okay! tapi yang ayam organic punya, kira keluaran bumiputera lah. Aku nak cerita pasal kerja aku ni tapi maybe di entry yang lain lah. Aku interview harini esoknya terus dapat masuk kerja, rezeki sangat. It's a good experience lah even gaji kerja dekat sini murah sahaja. Alhamdulillah, esok cukuplah sebulan aku kerja sebagai cashier tapi aku dah hantar surat resign sebab nak prepare document untuk posting. Duit yang aku dapat dari kerja ni aku nak guna bila dah dapat posting nanti. Haraplah cukup walaupun tak banyak mana haha.
Keputusan temuduga dah keluar
Tawaran Pelantikan Tetap Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Antara penyebab aku yakin nak berhenti kerja awal ialah sebab dah keluar keputusan temuduga dan sekarang ni hanya menunggu penempatan sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat aku lulus temuduga tu walaupun aku rasa macam aku goreng habis-habisan waktu tu hahaha. Aku harap rezeki untuk posting awal  bulan April ni. Tak sabar nak masuk sekolah balik! (walaupun takdalah bersedia sangat untuk menempuh cabaran dan alam pekerjaan) :)

Boleh baca entry aku excited sangat lulus temuduga di SINI
Peluang untuk collaborate dengan Traveloka
Traveloka Promotion

Sebagai seorang blogger baru dan picisan, dapat collaborate dengan company yang dah terkenal merupakan satu peluang keemasan bagi aku. Siapa sahaja yang tak tahu Traveloka ni kan? Kalau kau nak tempat hotel ke apa, dengan menggunakan Traveloka ni memang mudah. Dah la banyak discount. Rasa macam terharu bila blog macam aku diberi kepercayaan untuk review produk mereka dan urusan dengan mereka pun semua berjalan dengan lancar. Kalau ada yang nak collaborate boleh email di syedhakimalyahya@gmail.com ya. (sempat lagi promote)
Dapat hadiah daripada blogger
Bagpack Hadiah Daripada Blogger

Aku ada review pasal dapat hadiah daripada seorang blogger iaitu Kak LZ. Best sangat okay bagpack yang akak ni bagi dah jadi beg favorite aku dah hahaha. Kalau pergi mana-mana setakat ni memang angkut beg ni sahaja kalau tak banyak barang. 

Boleh baca sebab apa aku dapat beg ni di entry Terima Kejutan Daripada Blogger
Pageviews dah 100K!
Pageviews Blog Seorang Syed

Sepanjang dua bulan aku buat blog ni, Alhamdulillah pageviews blog ni dah mencecah angka 100K! Tak sangka pula boleh capai angka 100K pageviews! bila aku punya angka pageviews dah mencecah ke 100 ribu ni aku memanglah happy tapi aku tak yakin pula dengan apa yang aku tulis. Maksud aku, betul ke apa yang aku tulis memang betul-betul bagus dan berguna? Kadang-kadang aku tengok bahasa aku tunggang langgang bila baca balik. Selalunya bila baca balik semula aku akan edit apa yang perlu hahaha.

Antara entry aku yang paling meletup dekat blog ni ialah entry pasal 5 Sebab Kenapa IPG Menjadi Pilihan yang ditulis pada bulan Mac juga. Terima kasih buat yang sudi membaca dan meninggalkan komen di entry tersebut. Entry tu mendapat sambutan sebanyak 23518 pageviews sehingga ke hari ini.
Menang Lazada birthday blogger contest
Lazada Birthday Blogger Contest

Alhamdulillah, yang ni aku masuk sekadar nak cuba-cuba nasib sahaja. Tak tahu pula ada rezeki untuk aku. Menang jugalah walaupun hanya tempat ketiga. Tetapi tetap merasa RM150. Aku plan duit tu nak beli jam tangan kot dekat lazada hadiah untuk birthday aku bulan April ni! yeayyyy syoknya beli hadiah sendiri bagi dekat diri sendiri kahkah okay.

Kesimpulannya, bulan Mac aku dipenuhi dengan rezeki-rezeki yang Allah berikan. Terima kasih Ya Allah. Harapan aku untuk bulan April ni ialah supaya dapat posting cepat-cepat. Aku berharap sangat posting akan dapat bulan April ni. Kalau betul Alhamdulillah, itu merupakan hadiah hari lahir paling bermakna untuk seorang Syed! Selain itu, aku harap semoga aku sentiasa diberi inspirasi dan kekuatan untuk terus merepek di dalam blog aku ni. Bulan lepas terkandas pula. Tak mampu nak update tiap hari. 7 hari tak update sebab busy asyik over-time sahaja kerjanya hehe. 

Terima kasih kerana membaca! :)

Thursday, March 23, 2017

ADAB BERKUNJUNG KE RUMAH ORANG LAIN

Adab-Adab Berkunjung Ke Rumah Orang Lain

Salam dan hi!

Kalau tengok my previous entries, semuanya berkisarkan education kan? haha. So, bila aku nak tulis entry baru ni aku rasa macam something wrong somewhere. Susah sangat rasanya nak mula menulis pasal benda lain. Tapi kalau aku tak mula menulis harini, maknanya blog aku akan terbengkalai untuk harini tanpa sebarang entry. Memang takda siapa kisah pun, tapi aku rasa tak puas lah kalau terlepas update entry dekat blog! (padahal entry ni aku dah mula taip semalam tapi still tergendala sebab kerja haih apalah nasib).

Entry aku pada hari ini akan membincangkan tentang adab berkunjung ke rumah orang lain. Yes, kalau ada yang tak tahu, mana-mana tempat yang kau pergi pun ada adab yang kau perlu jaga. Entahlah, bagi aku benda ni macam common sense yang sesetengah orang tak mampu nak laksanakan. Tapi tak boleh salahkan mereka juga sebab common sense ni benda yang kau tak boleh belajar dekat sekolah dan kau hanya boleh develop common sense through experience and the way you were brought up. Berikut merupakan apa yang kau perlu lakukan apabila berkunjung ke rumah orang lain;
#1 KEMAS TEMPAT TIDUR KAU
Kemas Tempat Tidur

Kalau kau bermalam dekat rumah orang, please jangan bawa perangai malas nak kemas tempat tidur kau dekat rumah orang. Takkanlah kita expect tuan rumah yang nak kemaskan katil untuk kita kan? Apa salahnya kita sebagai tetamu untuk kemas kita punya tempat tidur sendiri. Perkara macamni pun akan memberi persepsi yang berbeza dekat tuan rumah. Contohnya kalau kau kemas katil kau elok-elok lepas guna, mesti tuan rumah fikir "ehhh bagusnya budak ni, boleh buat jadi menantu ni". Dan kalau kau tak mampu nak kemas tempat tidur kau sendiri mesti tuan rumah akan fikir "budak ni memang kat rumah tak pernah kemas tempat tidur sendiri ke? Anak siapa lah ni?"

Aku seboleh-bolehnya cuba untuk kemas tempat tidur aku kalau pergi rumah orang. Kalau boleh, susunan semua tu 100% ikut yang sebelumnya kadang-kadang siap double check lagi untuk make sure dah kemas ke belum haha. (kan bagus kalau kat rumah, aku buat macamni kahkah)
#2 HORMAT HARTA BENDA TUAN RUMAH
Hormat Harta Benda Tuan Rumah

Memanglah kalau pergi rumah orang kau akan dapat ayat "buatlah macam rumah sendiri ya?". Tapi itu bukan satu tiket untuk kau buat rumah dia betul-betul macam rumah kau sendiri! there's a limit. Orang kita ni kan memang suka berbahasa, padahal nak cakap "janganlah malu-malu walaupun kau duduk rumah orang lain". Apa yang aku maksudkan dengan hormat harta benda tuan rumah ialah jangan simply guna barang-barang tuan rumah without permission. Bagi aku, even kau nak guna shower gel dalam toilet pun kau kena bagitahu tuan rumah! hahaha entahlah aku sorang je ke atau semua orang buat macam tu. Dia ada rasa yang tak selesa kalau kau pakai guna sahaja barang-barang dekat rumah orang.

Lagi satu, kalau kau buka peti ais dia ke apa, janganlah simply ambil sahaja semua benda yang kau nak. Kalau dia tak pelawa, kau try lah bagi hint hahahaha mungkin kadang-kadang tuan rumah lupa ada makanan dalam peti ais (okay ni tak boleh blah).
#3 TOLONG APA YANG PERLU
Tolong Tuan Rumah Apa Yang Perlu

Kau kena ingat, kau pergi rumah orang kot bukannya kau duduk hotel. Jadi, bila kau pergi rumah orang, janganlah kau duduk dalam bilik tu 24 jam dan hanya keluar bila time makan sahaja. Ingat kau puteri ke apa nak orang serve untuk kau semua? Especially for the girls. Memang kadang-kadang tuan rumah cakap "takpalah, tak payah susah-susah nak tolong", tapi sebenarnya kalau kau tolong pun tuan rumah sangat menghargai kau punya pertolongan kot. Kalau yang perempuan ni nak pergi rumah bakal mertua, keluarkan sikit segala skill memasak kau tu. Mana tahu dapat tambat hati bakal mak mertua nanti dapatlah jadi menantu kesayangan! hehe. *Mak aku nak menantu pandai masak kot macam mana?
#4 HORMAT TUAN RUMAH
(lol baru perasan point ni lebih kurang dengan nombor 2 hahaha k fine) 

Hormat Tuan Rumah


Sebagai tetamu, kau kenalah hormat tuan rumah bila datang rumah dia. Banyak aspek hormat yang kau kena patuhi. Satu, bila nak datang rumah orang make sure time tu tuan rumah dah sedia maklum dan dia dah bersedia nak terima kedatangan kau. Janganlah datang tak bagitahu lepastu bila sampai rumah tuan rumah dah pukul 11 malam. Orang nak tidur dah kot, kita kenalah hormat waktu dia. Kalau bagitahu awal-awal at least boleh tuan rumah kemas apa yang patut and get ready with drinks or food. Pada pendapat aku, kalau kau memang rapat dengan orang tu macam adik-beradik kau ke, okaylah nak buat macamtu. Kalau dengan orang lain tak proper kot.

Kedua, jangan aibkan tuan rumah di atas segala kekurangan dan layanan. Kita kena sedia maklum lah, kadang-kadang memang ada kekurangan bila berkunjung ke rumah orang. Tapi jangan lah kita cerita dekat orang lain, rumah si polan tu kotor, masak tak sedap lepastu anak-anak bising, tak selesa dan sebagainya. Tak elok lah macamtu, kena jagalah aib dia. Itu antara kau dengan tuan rumah sahaja lah. Kalau orang datang rumah kita pun, kita taknak kan orang mengata belakang kita? . Jadi, hormat satu sama lain, jangan buat benda yang kita tak nak orang buat kat kita.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jagalah adab kita bila kita berkunjung ke rumah orang lain. Benda ni semua bagi aku common sense. Aku dari kecil lagi mak aku dah ajar kalau pergi rumah orang jangan buat sekian sekian. Kalau buat mesti kena habuannya haha. Kadang2 time makan ambil lauk yang jauh sikit dari aku, kena cubit dekat kaki secara sorok-sorok. lawak pula bila ingat balik. Tapi Alhamdulillah bila besar ni ingat dekat kepala apa yang kena buat bila pergi rumah orang. Dalam Islam pun ada mention bab adab-adab menjadi tetamu ni. Benda ni nampak macam simple tapi besar impaknya. Semoga bermanfaat ya.

Tuesday, March 21, 2017

LULUS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Semakan Keputusan Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua,

Untuk pengetahuan semua, pada tarikh 23 Januari 2017 yang lalu, aku dah selesai menjalani interview untuk jawatan Pegawai Pendidikan DG41 (cikgu lah tu). Kalau nak ingat balik macam mana sesi interview tu aku rasa dah tak sanggup dah sebab sangat mendebarkan haha. Dah la nervous gila time tu tak tahu macam mana nak handle so aku buat confident aku jelah. Kalau korang nak baca perjalanan aku sewaktu interview dan soalan-soalan yang telah diajukan kepada aku ketika itu, boleh refer entry TIPS TEMUDUGA SPP PEGAWAI PENDIDIKAN DG41 LEPASAN IPG.

Alhamdulillah, harini ada berita baik untuk aku rupanya. Aku lulus temuduga tersebut! Time nak check tu dah berdebar dah jantung ni hahaha. Kalau ikutkan aku punya confident, aku memang yakin aku lulus interview tu. Tapi who knows kan? mana tahu tiba-tiba penemuduga tu tak suka English aku ke? So, there's a possibility kot. Dah la aku pakai seluar baju fit time tu, terus rasa bersalah kahkah.

Secara jujurnya aku sangat menanti-nanti keputusan temuduga ni. Sebab apa? Sebab aku tak sabar nak masuk sekolah nak mengajar. Aku dah belajar selama 5 tahun setengah kot lepastu menganggur tak buat apa dari bulan 12 tahun lepas sampai bulan 2. Walaupun sekarang ni aku tengah kerja sementara, tapi serius cakap, kerja yang aku tengah buat sekarang ni bukannya jiwa aku. Aku tak boleh nak buat kerja tu lama-lama.  Nantilah aku share apa kerja yang aku buat. Tunggu bulan depan lah kot? sebab saja nak tunggu sebulan kerja lepastu barulah boleh buat review pasal kerja tu kan.

Bila time aku sorang-sorang, aku selalu feeling-feeling cakap English dekat diri sendiri sebab rasa macam dah lama sangat tak guna bahasa tu. Lepastu bila jumpa budak-budak yang datang dekat tempat kerja aku ni pakai baju sekolah, rasa nak sahaja aku sembang dengan dia nak tanya dia sekolah mana. Aku rindu suasana sekolah sebenarnya hahahaha over kot. Rindu juga nak sembang-sembang dengan budak-budak, sebab dulu masa aku praktikal dekat sekolah, aku memang kuat sembang dengan budak. Jadi, bila dah lama tak buat semua benda tu rasa macam I miss those good moments hehe.
TAK SAMPAI HATI
Jujur aku cakap, bila tahu sahaja keputusan temuduga ni terus rasa macam nak berhenti kerja haha walaupun penempatan tak tahu bila. Mengikut khabar angin, ramai yang kata awal bulan empat. So, kalau betullah apa yang aku dengar tu means aku kena berhenti kerja la bulan 4 nanti. Sempat lah sebulan aku kerja dekat situ. Tapi, masalahnya aku tak tahu macam mana nak bagitahu yang aku nak berhenti kerja haha. Rasa macam tak sampai hati nak cakap. Tak suka buat orang rasa kecewa. Tapi memang dari interview kerja tu lagi aku dah cakap aku nak kerja mungkin sekejap sahaja. 

Bila tengok senarai dokumen yang aku kena selesaikan tu macam banyak pula hehe. Dah la off day kerja aku cuma satu hari sahaja. Nak buat apa pun tak sempat kot aku rasa. Aku cuti harini duk online lepastu basuh baju yang banyak-banyak tu. Boleh tahan lama juga aku tak basuh tangan manually. Penat kot nak basuh tangan kalau tak pakai mesin basuh. Zaman aku basuh pakai tangan ni zaman duduk asrama time form 1 dulu sahaja haha. Patut ke tidak eh aku berhenti kerja bila masuk bulan 4 ni? ataupun aku just kerja sahaja sampai dapat panggilan posting? hmmm dilemma betul.

Apa-apa pun, aku doakan kepada kawan-kawan yang masih belum mendapat panggilan temuduga (calon-calon SJKT) supaya sentiasa bersabar. InshaAllah tak lama lagi tu ada lah panggilan temuduga untuk korang semua. Supaya dipermudahkan segala urusan korang. Good luck! :)

Untuk semakan keputusan temuduga SPP, boleh layari;

Saturday, March 11, 2017

WHAT MAKES ME CONFIDENT?

What Makes Me Confident?

Assalamualaikum dan selamat petang,

First of all I would like to apologize for this entry would not be in English.  Disebabkan aku tak dapat nak fikir tajuk yang sesuai dalam Bahasa Malaysia, so aku pun dengan selamba badaknya tulislah dalam English sahaja. Sebenarnya aku tengah kekeringan idea dan tak tahu nak tulis pasal apa, I think it's easier to talk about myself. Actually ini merupakan soalan untuk Sunshine Blogger Award yang aku kena tag tapi malas nak jawab semua lol sorry Razanah Anis.

Aku ni sebenarnya makhluk tuhan yang sangatlah kurang keyakinan diri hahaha. Especially bila aku ditempat baru dan kenal dengan orang-orang baru, aku punya confident level tu macam teruk gila. Macam-macam benda yang aku fikir dalam kepala otak. Biasanya aku selalu fikir apalah impression mereka semua dekat aku. Aku ni boleh diketegorikan dalam insecure juga lah kan? tapi takdalah insecure teruk cuma it just that aku takut first impression orang dekat aku ialah impression yang buruk. Memang lah kita hidup ni bukan nak impress sesiapa pun, tapi tak nak la orang ada any negative perception dekat kita. 

So, untuk memastikan aku punya confident level tu naik mendadak macam harga minyak kita sekarang, aku selalunya akan buat perkara-perkara di bawah,
PAKAIAN
Bagi aku untuk ada keyakinan diri ni, yang paling penting dan utama sekali ialah untuk aku jaga pakaian aku. Aku akan pastikan setiap benda yang aku pakai itu bersesuaian dengan aku (at least ikut taste aku sendiri lah). Kalau aku pakai barang orang ke apa, kalau barang tu cantik and ikut selera aku, aku akan confident. Tetapi kalau tak kena dengan gaya aku, memang susah sikit la untuk sesuaikan diri dengan pakaian tu haha. Disebabkan aku ni jenis yang berkulit hitam manis (manis ke?), aku tak yakin betul kalau kena pakai warna putih. Aku tak tahu kenapa, aku rasa bila aku pakai baju warna putih, automatik aku tenggelam. Perasaan aku sahaja kot? Tapi memang kalau boleh, aku lebih selesa untuk pakai baju yang berwarna lebih gelap sebab tak naklah menonjol sangat hahaha biarlah gelap sama gelap.
Iron Murah dan Cantik
Aku ni ada habit untuk iron pakaian-pakaian aku setiap masa. Even bila aku pakai t-shirt untuk duduk rumah sekalipun, aku tetap akan iron baju aku! hahaha. Tak confident weh kalau tak iron baju. Memang dari darjah satu lagi aku dah mula iron baju dengan sendiri (cukup berdikari tak?). So, bila aku belajar dengan sendiri semua benda ni, aku dah mula selesa untuk iron setiap benda yang aku pakai. Kadang-kadang ada sesetengah baju kemeja yang memang agak sukar sikit nak iron ikut material kain dia. Kalau macam tu, biasanya aku akan iron lebih dari 3 kali untuk memastikan kedutan dia betul2 hilang. Tapi kalau kedut dia tu banyak juga dan tak nak hilang, aku tukar baju lain huhuhu.

Tak boleh la pergi kelas atau sekolah untuk pakai baju yang berkedut. Aku rasa aku sangat selekeh dan serabut kalau tak iron baju. Cukup pantang kalau orang tegur aku tak iron baju, sebab aku setakat ni memang tak pernah tak iron baju kalau pergi mana-mana especially baju kemeja. Tapi habit ni sekarang makin kurang dah hahaha. Aku dah boleh terima kalau ada kedut sikit-sikit but not too much lah. Aku pernah sterika seluar trek yang kain dia berbunyi bila kita berjalan tu (entah apa nama material dia). Hasilnya, habis hangus seluar trek aku! hahaha so aku lebih berhati-hati dah kalau nak iron seluar trek sekarang ni.

Kalau ada benda yang tak lengkap dekat pakaian aku pun aku tak boleh hidup juga haha. Contohnya kalau aku punya tali leher atau tali pinggang tak tahu aku campak dekat sungai mana, aku takkan pergi kelas without wearing them. Sanggup aku ponteng kelas kot daripada aku pergi kelas tapi tak pakai tali pinggang semua tu. Benda ni aku dah buat since sekolah menengah lagi hahaha. Kalau tak jumpa saja barang-barang aku, aku takkan pergi sekolah. Malu lah kalau nak pergi sekolah tak lengkap dengan benda-benda tu. Selain rasa takda keyakinan diri, rasa malu juga kalau orang tengok haha tah benda-benda kau ni Syed.
DIKELILINGI RAKAN-RAKAN 
Men in Suit

Bila aku dengan kawan-kawan aku yang dah lama kenal aku takda hal lah. Memang keyakinan diri aku melonjak naik tahap dewa dengan diorang. Aku ni jenis yang kena rasa selesa dengan keadaan sekeliling aku. Bila aku dah mula rasa selesa aku takda masalah pun nak buat benda-benda bodoh depan orang ramai. Kalau dengan strangers, susah sikit la aku nak bercakap dekat depan. Kalau dengan kawan-kawan aku yang memang dah lama aku kenal ni, setakat suruh bercakap depan diorang 3 hari 2 malam pun aku boleh buat haha. 
MACAM MANA NAK JADI CIKGU KALAU TIADA KEYAKINAN DIRI?
Macam Mana Nak Jadi Cikgu Kalau Tiada Keyakinan Diri?

Kalau kau nak jadi cikgu, memang kau kena ada keyakinan diri yang tinggi weh itu aku akui. Sebab apa? Sebab kau kena berdiri depan budak-budak yang seramai 40 orang dalam kelas. Itu bukan satu perkara yang mudah. Mula-mula aku rasa susah juga nak deal dengan situasi ni. Boleh baca pengalaman pertama kali aku mengajar di SINI. Lama-lama, bila kau dah makin lama makin biasa dengan keadaan tu, so takda masalah langsung nak mengajar. Sekarang ni aku dah yakin dah kalau nak masuk kelas ke apa sebab aku ada KUASA. Bila kau percaya yang kau berhak dan berkuasa daripada budak-budak tu, kau akan rasa takda masalah pun sebab kau yang akan handle situasi tu. Senang cerita kena ubah mindset kau lah. Kena fikir positif. 
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kau nak confident ataupun tak nak terletak dekat diri kau sendiri sebenarnya. Mindset kau tu yang penting. Kalau kau sejenis yang insecure teruk cuba ubah supaya berfikiran lebih positif. Kadang-kadang kita ni fikir banyak sangat. Hakikatnya benda yang kita fikir tu orang lain tak fikirkan pun. Tapi setakat ni bagi aku memang pakaian itu memainkan peranan yang penting untuk aku menjadi seorang yang sangat confident! Aku rasa kalau pakai tie tak matching dengan baju kemeja pun boleh murung aku seharian dekat sekolah hahaha. Okay itu sahaja perkongsian untuk harini. Penting sangat kan entry aku harini? kahkah terima kasih. 

Friday, March 10, 2017

SENARAI KARTUN YANG WAJIB DITONTON SEMASA KECIL

Senarai Kartun Terbaik Yang Wajib Ditonton

Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Nampaknya semalam aku dah mendiamkan diri tanpa sebarang update di blog ni hahaha. Sorry guys I was so busy yesterday. Tengoklah kalau rajin bolehlah bila-bila aku cover balik post hari semalam. Lagipun semalam rasa macam malas pula nak menaip (sebab kena cari gambar dan edit so terus perangai malas tu menjadi-jadi walaupun idea banyak saja. Post ni sepatutnya aku tulis semalam tapi sebab aku busy (malas sebenarnya) mengalahkan perdana menteri so aku terpaksa forwardkan kepada hari ini. Disebabkan harini hari Jumaat, aku tak nak la update benda yang berat-berat untuk kepala hotak kita nak hadam (haha ada kaitan tak?).

Harini aku nak bawa korang semua kembali ke zaman kanak-kanak korang. Aku 'dak-dak 90-an' dan zaman aku membesar tu banyak juga aku tengok kartun! dah nama pun budak-budak kan, takkan kau nak tengok berita pula hahaha. Bila ingat balik kartun dulu-dulu rasa nostalgic gila kot. Walaupun grafik dulu takdalah cantik mana kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Tapi aku rasa dia punya jalan cerita dan moral values yang ada dalam kartun tu yang membuatkan kartun tu best gila tahap kau memang mengamuk kalau miss satu episod. Tanpa melengahkan masa, aku mulakan senarai kartun terbaik yang wajib aku tonton semasa aku seorang budak yang innocent dan hensem.
DRAGON BALL
Dragon Ball Z

Dragon Ball ni antara kartun yang memang aku rasa semua orang patut tahu dan pernah tengok! Cerita ni dulu selalu ditayangkan pukul 9.00 pagi kalau tak silap aku setiap hari Sabtu dan Ahad. Aku tak ingat apa yang best sangat cerita ni tapi dulu memang kalau aku bangun lambat hari sabtu tu aku rasa macam hidup ni tak lengkap! Rasa macam tak boleh blah betul bila terlupa nak tengok. Bila ada rancangan lain yang ganti  (contohnya sambutan hari merdeka) aku rasa pissed-off gila sebab boleh pula dia ganti rancangan favorite aku waktu tu! 

Aku rasa kartun ni best sebab dia ada kuasa la. Aku memang suka kartun-kartun yang ada kuasa ni. Aku kagum macam mana dia boleh edit bagi ada kuasa bagai tu. Time tu aku fikir juga wujud ke manusia yang ada kuasa macamni. Nampak tak sel-sel otak aku dah berhubung kejap bila tengok kartun ni? haha. Selain dari ada kuasa dan best aku tengok kartun ni juga sebab "semua orang tengok" kot. Kalau kat sekolah aku dulu, hari Isnin tu mesti wajib sembang pasal kartun-kartun yang kau dah tengok. Kalau diorang sembang pasal cerita Dragon Ball dan kebetulan aku tak tengok pula, mestilah aku tak dapat jadi budak yang paling cool dekat sekolah! . 
DORAEMON
Doraemon
Siapa yang kata dia tak tengok kartun Doraemon ni memang menipu lah kan. Aku bukan setakat tengok doraemon saja malah buku dia pun aku siap beli lagi dekat kedai (wow aku pernah membaca rupanya!) Kalau aku tak beli buku dia, aku akan pinjam dekat orang. Aku ada ramai kawan yang memang akan beli setiap keluaran komik doraemon ni. Kalau aku ada duit belanja yang lebih aku belilah, tapi biasanya selalu pinjam saja sebab rasa tak berbaloi nak beli pakai duit sendiri! hahaha dari kecil dah develop perangai kedekut duit nak beli buku sobs. Lepastu bila dah pinjam tu kau kena ikut lah syarat yang member kau bagi. Antaranya jangan lipat buku dia dan tak nak ada kesan terbuka, terlipat or whatsoever walaupun kadang2 buku tu sendiri pun dah memang macamtu kah2.

Aku dulu tak pernah terfikir pula Doraemon ni kucing. Aku ingatkan dia robot macam biasa saja rupanya dia kucing tapi telinga dia kena gigit dengan tikus, so sebab itu dia buang telinga dia dan dia takut dengan tikus sampai sekarang. Kartun ni best bagi aku sebab dia sangat futuristic. Doraemon ni ada banyak alat-alat yang cool yang kau sendiri harap kau ada alatan dia masa kau kecil dulu. Lagi satu, jalan cerita dia kau boleh relate dengan kehidupan kau sendiri. Kau sendiri pun mesti ada kawan-kawan yang macam Giant, Sizuka, Sunyo dan juga Nobita kan? Setting cerita tu pun mostly memang dekat sekolah, so memang kenalah dengan jiwa budak-budak aku time tu. Budak-budak dekat sekolah pula kalau ada yang lemah dan selalu kena buli automatik panggil orang tu Nobita. Kalau chubby dan comel terus label dia sebagai Doraemon. Kaki buli pula terus panggil Giant. Biasalah, budak-budak dan ejek-mengejek memang bagai aur dengan tebing. Aku dah penat dah nak solvekan isu gaduh pasal mengejek ni time jadi cikgu praktikal dulu
CRAYON SHIN CHAN 
Shin Chan
Kalau ada Doraemon wajiblah ada Shin Chan! Dua-dua kartun ni memang wajib tengok tiap hari Sabtu bermula pukul 7 malam sampai 8 malam. Nak solat ke apa, kena tunggu iklan dan solat macam macam bas express time tu takut terlepas cerita dia hahaha budak-budak sungguh. Korang tahu tak cerita Shin Chan ni actually berkisarkan kisah benar yang sebenar-benarnya? Shin Chan ni actually dah mati, sebab kemalangan. Lepastu satu hari ni mak dia jumpa krayon milik dia dalam kereta, so terus namakan kartun ni Crayon Shin Chan. Cerita-cerita yang ada dalam kartun ni katanya semua kisah benar. Mak dia memang depress dan sedih atas kehilangan anak dia, so dia ceritakan kisah Shin Chan dalam bentuk kartun. Tak tahulah betul ke tidak cerita yang aku pernah baca satu ketika dahulu ni.

Bagi aku kartun ni merupakan kartun keluarga. Bukannya budak-budak sahaja yang sesuai tengok, bagi aku kartun ni sesuai untuk semua lapisan umur. Aku suka gila cerita ni sebab dia berkisarkan kekeluargaan dan aku boleh relate juga benda tu dengan kehidupan aku. Budak-budak bila tengok kartun mesti suka bila kartun tu ada kaitan dengan hidup dia hehe. Shin Chan ni bagi aku budak yang nakal dia tak boleh blah tapi kadang-kadang baik pula. Aku suka tengok sebab setiap karakter dalam cerita ni ada ragam dia yang tersendiri yang buat aku fikir "ada atau tidak kehidupan orang yang sebiji macamni?" dah lah Shin Chan tu kecil lagi tapi pervert asyik duk usha perempuan saja haha. Adik dia pun sama asyik duk usha laki! haih
YOKIES
Yokies

OKAY SIAPA TAHU CERITA NI SILA ANGKAT TANGAN! Cerita ni serious ah aku cakap memang best dan legend gila kot. Cerita ni berkisarkan tentang keluarga telur. Ada papa telur, mama telur, adik telur dan semua telur-telur yang lain. Yang menariknya cerita ni, rumah dia pun dia duduk dalam telur tapi dalam telur tu la ada sofa, tv semua macam tak masuk akal pula haha. Tapi macam yang aku cakap tadi, since aku suka kartun yang bertemakan kekeluargaan I did love this cartoon as well! Aku dulu pelik juga kenapa nama kartun ni YOKIES macam pelik saja bunyinya kan? tapi lepas aku dah bijak sikit sekarang ni, aku dah dapat break the code dah! sebenarnya YOLK ialah telur kuning. Takkan nak bagi nama YOLKIES kan? macam pelik pula, so sebab nak bagi penonton berfikir, dia omit la "L" dalam YOLK tu dan jadilah YOKIES.  Kreatifnya! kenapa aku tak terfikir time sekolah dulu so dapatlah jadi bijak sikit bila dapat solvekan misteri macam ni huhu.

Takda apa sangat yang dapat aku cerita panjang lebar mengenai kartun ni, jalan cerita dia macam kehidupan manusia yang biasa cuma dia guna telur sahaja sebagai watak utama. Jalan cerita dia best juga sebab dia banyak spread awareness tentang isu-isu semasa (waktu dulu la). Ada satu episod tu adik dia tu jalan sorang-sorang dalam hutan lepastu kena culik dengan orang jahat sebab tak dengar kata ibu bapa. Dari situ, bila budak-budak tengok dia dapat satu pengajaran dah kan? (pergh aku ingat pulak tu episod zaman bila entah haha)

Jimmy Neutron Boy Genius

Last but not least, Jimmy Neutron! Cerita ni bagi aku sangat best! aku enjoy gila kartun ni sebab alasan yang sama macam doraemon tadi, cerita ni futuristic! Jimmy ni budak-budak lagi kot tapi sebab dia genius dan suka hasilkan pelbagai ciptaan dia sendiri aku rasa sangat kagum dengan dia waktu aku kecil dulu. Aku suka idea-idea dia buat barang walaupun at the end barang tu mesti meragam punya haha. Cerita ni sedikit sebanyak bagi aku dorongan untuk meminati sains, walaupun otak aku bukan otak sains bila tengok kartun ni ada terdetik sikit lah nak jadi saintis. Tapi memang taklah nak jadikan cita-cita. 

Selain itu, cerita ni juga berkisarkan tentang persahabatan. Itu yang membuatkan aku lebih tertarik untuk tengok cerita ni dulu. Sheen tu aku paling annoyed sekali dengan dia, sebab macam slow and bodoh-bodoh macamtu tak habis-habis dengan mainan dia. Geram juga tengok dia kadang-kadang! hahaha. Lagi satu kawan dia yang Nerd pakai spec tu aku memang sakit hati juga (Carl kot nama dia). Bila tengok kartun ni aku rasa kesian dengan Jimmy sebab dia tersepit dengan budak dua orang tu. I mean he's a genius but stuck with idiots. I feel you bro. Lagi satu aku pelik kenapa yang perempuan tu tak suka Jimmy? Rambut dia okay juga walaupun berketinggian seperti KLCC, genius pula tu. Aku rasa cerita ni dia saja nak tunjuk yang perempuan sukakan lelaki yang hensem dan famous di sekolah. kahkah.

Okay, panjang pula aku mengarut pasal kartun kegemaran aku zaman dulu kala ni! itu pun banyak lagi sebenarnya kartun yang tak dimasukkan hahahaha. Terima kasih kerana sudi membaca, nak get ready untuk ke masjid pula. Bye! :)

Monday, March 6, 2017

SUNSHINE BLOGGER AWARD | FEAR OF DARK

Blogger Award

Okay, it's surprising that a few bloggers have awarded me with this "Sunshine Blogger Award!". I'm so touched that I never thought I would be someone who will shine other people's life. I would like to thank Lya Amie for nominating me. I don't really know how to start this entry because it's my first time ever writing in English in this blog. It's quite awkward to be honest because I don't know how to make "pun intended" kind of post since I am naturally a joker when using Malay Language? Never mind, let's give it a try. There's no harm in trying right?

Sunshine Blogger Award
So, above are the rules that I need to follow in order to complete this Sunshine Blogger Award (suddenly the song of "you are my sunshine" popped out in my mind lol. Since she disabled right click in her blog, I had to screencapture the rules. Thanks for making my life so difficult Lya (had to retype the questions as well) HAHA.
Without further ado, let's start to answer the questions
1) A simple introduction about yourself and your blog

I am a future teacher InshaAllah in the nearest time.  Previously, I don't really want to become a teacher. I don't even know how on earth I could be in this profession but after going through 5 and a half years of training, I fall in love with the profession :) . I am 24 years old and single (lol do you have to mention that Syed?). Definitely not a short-tempered person but don't go beyond my limit. I could be your worst nightmare. I don't really have a specific niche for this blog because my blog simply talks about everything. If I think that the issues are worth to be written, I just literally knocking my laptop's keyboard (since I only blog using laptop).

2) What's your fear or phobia? Why?

I don't know what I am fear of. I think maybe I have this fear of dark places. Even though I am dark, it doesn't mean that I am fear of myself. NOOOO hahaha. I have this different feeling when I am strolling around the city in the dark. I am not scared of ghost or any abnormal things, but I am more insecure with the people around me. I am scared that some random people I met by the roadside would rape me or something hahaha. (you're not a girl syed!). Please don't believe this, it's not even true.

3) What makes you happy? Why?

Happiness is something  that is very subjective. Different people has different views about what happiness is. For me, I am not that hard-to-please kind of person, little things like a smile in the morning could make me happy. That's why its important for you to smile to every person you met because you never know how your smile could change someone's world. In the blogging world, I am happy to receive a lot of positive feedback from the bloggers and random people as well. I never thought that my blog could inspire them. I like to eat and eating my favorite food could make me happy as well. You don't need to impress me with presents or gifts during my birthday, you can just bring me to any good restaurant and I could be happy for the rest of my life. why? because food is like a therapy for everyone! hehe.

4) What is the thing that you would like to change about yourself? Why?

This question is pretty hard for me to answer because I love myself. Every inch of me is perfect from the bottom to the top! (lol it's Meghan Trainor's song!). If I am given the opportunity to change myself, maybe I would want to be a little bit fair. I know that black is the sexiest thing in this world but I need to look good in pictures too. I hate it when I need extra lighting to capture a photo of myself (sometimes, not every time). However, I'm grateful that I stumbled a lot of blog posts saying that dark-skinned men are the sexiest men in this world. So, I changed my decision. I don't want to change anything hahahaha so indecisive me..

5) What was the last movie you watched and the last book you read? How was it?

The last movie I watched was...I can't remember any! That movie must be damn boring so that's the reason why I don't have any idea of it hahaha. Book? it's been so long since I read books. I have the same answer as well, I can't remember any of it because it's stored in my short-term memory. I need to sit and meditate for 2 days only then I can remember all the movies I had watched and the books I had read. Sorry for not answering this question nicely hahahaha.

6) When was the last time you broke someone's heart? Why?

Recently?  I don't know how to answer this question haha. Sometimes we thought that "yeah, she's the one!" but you know you just suck in relationship. I think, we know what we want and everyone should respect that. To live together until we're getting old by days need a lot of patience and tolerance. If you can't even tolerate with his/her weaknesses. How do you expect to live as a happy couple for the rest of your life? Marriage or relationship is not something that you can toy with. If you don't like someone, tell him/her straight in their face. Stop giving false hope.

7) Wash dishes, clean bathroom or vacuum the house?

Is it compulsory for me to choose any of the chores above? hahahaha I choose not to do anything and laying on bed doing nothing! can I? hehe kidding. For me, I would prefer to vacuum the house. Since I don't own any vacuum in my house, it must be fun if I have that opportunity to hold a vacuum cleaner and 'playing' with it! I will always wash my dishes every time I have finished eating my food. It doesn't feel good when someone has to wash you dishes. Don't be selfish, you have to clean your own shit. Don't depend too much on others and try to ease someone else's burden especially your mother.

8) Where do you see yourself in 10 years?

School. I'll be in school like for the rest of my life after this. If there's any opportunity for me, maybe I would want to be a lecturer so I could be in the campus teaching the university students.

9) What is that one thing you will never do?

I am that kind of person who likes to try something new. So, I am up to any new challenges even if it's difficult for me to cope with. I love that feeling I had when I had done something new and out-of-my-capabilities. (I am serious about this one)

10) If you could eat only one meal for the rest of your life, what would it be?

Since I love eating and trying new food, I am offended by this question!. It's not fair, it must be difficult to make a decision. I can't even respond to the question "where to eat" properly and now you asked me to answer what meal will I have for the rest of my life? No, you ain't getting any answer from me hahaha I can't make any decisions right now. Everything looks so delicious and tempting when it comes to food. You get me?

11) Name 2 items and 1 person you'll bring along to survive with on a deserted island. Why?

Okay this one is pretty easy for me to decide. Two things I would bring are wok and spatula. I would bring along my mother to survive with me because she is a great cook. Having a wok and spatula would help us to survive longer on that island! (if only I know how to start a fire). Wait, can I bring a lighter as well? so it's easier to make a campfire and cook everything we want haha.
Okay I think that's all from me. Sorry for not being able to make new questions and nominate other bloggers to answer my questions. I am not good in making questions haha and most of blogs that I read, have been nominated by someone else. I'm so happy to be able to publish my first post in English for this blog (okay lame)